Sie sind auf Seite 1von 3

Pengenalan Falsafah (Siri 1)

Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 4:40 AM | Category : Diskusi dan Ringkasan Kitab |


Sesi ini sahaja, saya mengajar 4 subjek falsafah, dan keempat-empat kitab
yang digunakan hampir-hampir sama penulisannya. Sesi lepas dua kali
(kaherah dan iskandariah), dan tahun sebelumnya sekali.. Lebih kurang sama
sahaja method kitab yang digunakan. Alhamdulillah, Allah inginkan diri ini
lebih mahir dalam bidang falsafah.. Maka, untuk memudahkan sahabatsahabat tahun 2, saya buatkan sedikit ringkasan sebagai permulaan bagi
pengajian Falsafah Tahun 2 Usuluddin.
Pengenalan Falsafah
Asal Usul Perkataan Falsafah
1. Falsafah adalah perkataan yang berasal dari Bahasa Yunani
2. Ia tergabung daripada dua perkataan
a. Faila Mahabbah (cinta, suka dan sebagainya)
b. Sofia Hikmah (faedah, hasil, natijah dan sebagainya)
3. Ia bermaksud, cintakan faedah, sukakan hasil daripada sesuatu dan
sebagainya.
4. Contohnya falsafah solat, bermaksud faedah daripada solat seperti
menyihatkan badan, menambahkan tenaga dan sebagainya.
5. Contohnya yang lain, falsafah cinta, ialah faedah atau hasil daripada cinta,
iaitu kasih sayang, kebahagiaan dan sebagainya
Makna Istilah Falsafah
1. Makna Falsafah dari segi istilah berbeza mengikut perbezaan aliran
falsafah, dan perbezaan zaman
2. Iaitu, setiap aliran falsafah atau tokoh falsafah mempunyai tarif-tarif
mereka yang tersendiri
3. Begitu juga perbezaan zaman. Setiap zaman mentarifkan falsafah dengan
makna yang tertentu
4. Maka, ia terbahagi kepada 4 zaman yang berbeza :
a. Makna Falsafah Pada Zaman Yunani
b. Makna Falsafah Pada Zaman Pertengahan
c. Makna Falsafah Pada Zaman Baru
d. Makna Falsafah Pada Zaman Terkini (Kontemporari)
Makna Falsafah Pada Zaman Yunani
Pada zaman Yunani, terbahagi kepada 4 peringkat zaman

1. Zaman Sebelum Socrates (sebelum 469 SM)


a. Takrif : Kajian bersifat teori yang mengkaji tentang alam, dan sebab
kewujudan alam
b. Mengkaji tentang asal usul alam, sistem alam semulajadi, tabiat alam,
unsur-unsur alam dan sebagainya.
c. Contohnya, Thalis mengatakan alam itu berasal dari air, Anxiesmanes
mengatakannya dari angin, dan Demokritis mengatakannya dari zarah.
2. Zaman Socrates (469 SM 399 SM) dan Sufustaiy
a. Takrif : Kajian tentang manusia
b. Sufustaiy banyak bermain lidah dan lebih mengutamakan perdebatan
c. Mereka menyebabkan keruntuhan akhlak disebabkan hanya berhujah
dengan bermain-main.
d. Socrates bangun menentang mereka, dan membentuk satu kajian tentang
akhlak dan nilai-nilai murni.
3. Zaman Plato (427 SM 348 SM) dan Aristotle (384 SM 322 SM)
a. Takrif Plato : Kajian tentang asal usul kehidupan, dan kajian tentang tabiat
manusia.
b. Takrif Aristotle : Ilmu tentang sesuatu yang wujud, berdasarkan hakikat
kewujudannya.
c. Muncul Falsafah Metafizik yang mengkaji tentang kuasa ghaib, atau
dinamakan sebagai Ilmu KeTuhanan.
4. Zaman Abiqoriah dan Rawaqiah (selepas Aristotle)
a. Abiqoriah dan Rawaqiah adalah 2 aliran falsafah yang berbeza. Ia adalah
kumpulan ahli falsafah yang mempunyai dua manhaj pemikiran yang
berbeza.
b. Takrif Abiqoriah : Penyelusuran ke arah kehidupan yang bahagia dengan
menggunakan akal
c. Takrif Rawaqiah : Seni bagi nilai-nilai murni
d. Pada zaman ini, falsafah hanya ditafsirkan berdasarkan akhlak atau nilai
murni semata-mata.
e. Kedua-dua aliran ini menitik beratkan aspek praktikal, bukan konsep
semata-mata.
Makna Falsafah Pada Zaman Pertengahan
1. Zaman pertengahan ialah 400 M hingga 14 M
2. Terbahagi kepada jenis ahli falsafah
a. Ahli Falsafah Kristian
i. Mencari keselarian di antara falsafah dan agama Kristian
ii. Tokoh : Saint Agustine, dan Saint Toma Aquini

iii. Takrif : Kajian tentang tabiat, ilmu kehidupan, dan ilmu metafizik
b. Ahli Falsafah Islam Timur
i. Al Kindi : Ilmu tentang hakikat sesuatu yang wujud, berdasarkan
kemampuan manusia.
ii. Al Farabi : Ilmu tentang sesuatu yang wujud, berdasarkan hakikat
kewujudannya.
iii. Ibnu Sina : Penyempurnaan jiwa manusia dengan menggambarkan
sesuatu, kemudian membenarkannya dengan mengenal hakikatnya.
c. Ahli Falsafah Islam Barat
i. Ibnu Bajah : Kajian tentang sesuatu yang wujud, berdasarkan hakikat
kewujudannya.
ii. Ibnu Thufail : Cintakan hikmah atau faedah (makna asal)
iii. Ibnu Rusyd : Kajian tentang sesuatu yang wujud dari sudut perkaitan
dengan penciptanya
Makna Falsafah Pada Zaman Baru
1. Bermula pada kurun ke 17 hingga 1945 M (Perang Dunia Kedua)
2. Terbahagi kepada dua jenis aliran
a. Aliran Yang Menggunakan Akal
i. Fransis Becon : Ilmu yang terhasil daripada akal, atau kekuatan akal
ii. John Loke : Gambaran bagi penyelesaian secara kritikan bagi akal manusia
iii. Hume : Kajian tentang tabiat manusia
b. Aliran Yang Menggunakan Uji Kaji (Eksperimen)
i. Decart : Pengetahuan yang sempurna, yang mampu untuk diketahui oleh
manusia
ii. Kent : Gambaran tentang penelitian menggunakan akal, dengan cara
kritikan
Makna Falsafah Pada Zaman Terkini (Kontemporari)
1. Bermula pada 1945 M sehingga sekarang
2. Pemahaman terhadap falsafah semakin sempit
3. Banyak berkembang dalam bentuk teori-teori sahaja, maka falsafah
diterjemahkan melalui teori-teori yang dicipta
4. Contohnya, Teori Kewujudan, Teori Relitiviti Masa dan sebagainya

Das könnte Ihnen auch gefallen