Sie sind auf Seite 1von 4

PERMAINAN TRADISIONAL

KEMUDAHAN AWAM

CARA MENGGUNAKAN ANDUH

CARA MEMBALUT LUKA

RESEPI SANDWICH TELUR


Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 15 minit

Jumlah Hidangan : 4 orang


Bahan-Bahan:
4 biji telur, direbus
8 keping roti sandwich
Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
2-3 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil garam
Daun salad
Tomato
Cara Penyediaan:
Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu
hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata
di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut
kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.

RESEPI ROJAK BUAH


Bahannya :1 biji sengkuang
1 biji mangga

1 biji buah jambu batu


Boleh tambah lain2 buahan yg anda suka ye.. :)
Caranya :Kupas kulit buah, kemudian potong kecil ikut suka anda ye, saya potong kecil
seperti kiub tu
Sos Rojak
Bahannya :600 grm gula merah dimasak dengan 2 cawan air
400 grm gula pasir
1 cawan cili kering kisar halus (ikut kepedasan yg disukai)
1 botol kicap pekat (330ml)
1 botol cili sos (340g)
1 botol otak udang (240g)
1/2 keping belacan dihancurkan dengan sedikit air
50grm bijan
300 gram kacang yg siap ditumbuk
4 cawan air sejuk
Caranya :Masak gula merah dengan 2 cawan air, bila telah mendidih angkat dan ditapis.
Satukan kesemua bahan dalam periuk kecuali bijan dan kacang tumbuk, kacau rata.
Masak sehingga kuah memekat. Bila kuah dah pekat masukan bijan, kacau sekata,
tutup api.
Kacang tumbuk boleh di masuk bersama kuah rojak atau ditaburkan diatas kuah
rojak apabila hendak memakannya.
Sejukan kuah dan simpan kuah rojak didalam bekas kedap udara, kemudian boleh
disimpan didalam peti sejuk

Das könnte Ihnen auch gefallen