Sie sind auf Seite 1von 13

ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

Tuesday, March 3, 2015


Alam Sekitar Di Malaysia
MAKSUD ALAM SEKITAR

ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment
membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya
berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah
menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara
khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik
atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk
juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku,
2002)
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi
tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal
alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.
(A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan
mencegah , menghapus , mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam
sekeliling dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu
pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara
lansung dan tidak lansung terhadap sifat-sifat fizikal , haba dan kimia termasuk

kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air , udara ,
bunyi , tanah serta laut dan untuk masalah ini , pelbagai punca telah dapat
dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada
masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan
organisasi yang tidak bertanggungjawab . Hal ini jelas kerana tiada
kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana
bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang
sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan
mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila
mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika
direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian
sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan
sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan
operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan
keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah
mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan
sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini
akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap
tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya
pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang
yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil
dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain


ialah pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan

atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan,


mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang
akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu
kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana
akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan.
Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan
menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera
berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat
daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya
pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah
dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir
terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh
menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan
ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam
sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,


motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari
penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap
kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang
berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus
meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut
meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan
pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri
untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai
menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan
bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran
udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya
penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal
terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan
yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya
pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan
kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya
pencemaran alam sekitar.

Antara punca lain


penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara
terbuka . Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok
tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika
dilihat dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik
tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh
sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna
disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu
bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin
panas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar
serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh


pihak kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya
pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya
membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan
oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang
bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya
melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini
sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air,
tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan
dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang
kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan
dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran
berada ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini.
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di
dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat
daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran

dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke
semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang


sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan
mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis
(Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan
epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan
cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga
mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh. Haiwan haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar
telah memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh
dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahanbahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan
akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan bahan toksid di
udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai
contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang


melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan
gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat
penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan
lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya
kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub
bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada
masa kini.

Seterusnya, pencemaran udara juga


menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan
gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku
apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan
ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam
awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa
hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga
hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan

bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh
seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesanpemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan
ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh
seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gasgas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang
terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu
bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah
banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang
berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga
menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklahmenggangu
persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang
melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat
bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu.
Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap
dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.

Pencemaran bunyi
menyebabkan kerosakan pada telinga manusiasecara serta-merta dan juga
secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada
120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang
kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal.
Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8
jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi
tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahanlahan

LANGKAH LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN

Langkah-langkah yang boleh diambil


adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah
televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini,
media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat
tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di
televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir
dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini
sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang
keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya
dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah
pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam
sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran
ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih
banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar . Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempenkempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam
sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar.
Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar
semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan
dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokokpokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan.
Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi
dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam


sekitar pula ialah melaluiorganisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat,
kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula
diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan
Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti
Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap
alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap
guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar
melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara
kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar
dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan
proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya
dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan
dapat dipupuk dalam diri pelajar
.

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden .Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden,
tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan
sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita
dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa
pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini
sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden
seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap
kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon
monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar
pencemaran udara di sekeliling.

CABARAN MENANGANI ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah


meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik.

Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus


melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan
alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor menggunakan yang
mengeluar asap yang kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih
50 UAH seperti yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan
Pelepasan Asap dan Gas) 1977. Majoriti rakyat Malaysia masih tidak mempunyai
kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka
apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas
media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan diambil untuk
menyelesaikannya. Rakyat perlu sedar bahawa mereka bertanggungjawab
dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan sematamata. Tindakan dalam memelihara perlu dilakukan dan bukannya hanya
mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apaapa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama
mencurahkan air ke atas daun keladi.

KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat
peruntukan perbelanjaan pembangunan awam yang berjumlah RM 40
juta.Jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia
Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak.Bagi
buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak
50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1
bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan
bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan
perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan
tentunya menyukarkan pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya.
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal
berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar
berbandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah
adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak
kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun demikian, jika
pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya
tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang
terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran,
program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat.
Namun demikian, nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan
pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini

membuktikan kecacatan dalam sistem pendidikan negara yang gagal


menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar
kepada masyarakat dan golongan pelajar. Di sekolah Rendah dan Menengah,
pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan
dan dimuatkan dalam mata pelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan.
Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian
Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam
sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan
menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian
tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan
alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan
alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat
biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan
persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang
betul.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Kekurangan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam


menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil
adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.Keadaan
ini menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan
semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu
bekerja banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan
asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai. Di peringkat Kerajaan Tempatan
dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang
terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara
menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka
yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan
undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah
Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal
penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan
berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin
bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan,
Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di
samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.Selain itu ,
kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada
pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap
kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini
seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar,
bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya
adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai
bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab
bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari
dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

Das könnte Ihnen auch gefallen