Sie sind auf Seite 1von 3

AKU SEBUAH KOMPUTER

Aku adalah alat telekomunikasi yang paling


canggih ciptaan sains dan teknologi. Kini,
aku bukan lagi lambang kemewahan
malahan menjadi satu peralatan kegunaan
harian manusia. Aku adalah sebuah
komputer riba. Nama aku ialah 'Samsung'.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang
terletak di Pulau Pinang. Aku berbentuk
segi empat tepat. Aku diperbuat daripada
gabungan besi dan plastik. Warna aku
merah hitam.
Setelah siap diproses, aku dan kawankawanku dihantar ke sebuah kedai
komputer yang terletak di Johor Bahru.
Kami dimasukkan ke dalam sebuah kotak
yang besar dan dihantar dengan sebuah
lori. Kami berasa girang kerana ingin
berantau ke tempat lain.Setelah perjalanan
yang penat selama sepuluh jam kami
sampai ke destinasi kami. Kami dipungguh
masuk ke dalam sebuah kedai komputer
yang terdapat di pasar raya Jusco. Aku dan
beberapa orang kawan aku dipamerkan di
dalam almari kaca. Aku berasa sungguh
megah kerana akulah komputer riba yang
paling mahal di kedai itu. Iaitu lima ribu
ringgit.

Pada suatu hari, seorang jejaka yang


tampan datang ke kedai itu untuk membeli
komputer riba. beliau merenung dan
menekan papan kekunci yang terdapat di
badan aku. Beliau terpesona dengan
keanggunan dan kebolehan aku. Beliau
sangat berpuas hati dan membeli aku tanpa
tawar-menawar. Dari saat itu, beliau
menjadi tuan aku.
Tuan aku merupakan seorang
penuntut universiti. beliau menggunakan
aku untuk menyiapkan tugasnya. Tuan aku
menaip dan menyimpan pelbagai data
dalam aku. Beliau juga melayari internet
untuk berhubung dengan kawan-kawannya
di serata dunia. Pada masa terluang,beliau
akan mendengar lagu dan bermain
permainan melalui aku.
Pada suatu hari, apabila tuanku
sibuk melayari internet, aku terkena 'virus'.
Tanpa membuang masa , beliau
menghantar aku ke kedai komputer untuk
diperbaiki. Kini aku dapat berfungsi seperti
sediakala.Aku berterima kasih kepada
Tuhan kerana mendapat seorang tuan yang
baik seperti malaikat. Beliau pun menjaga

aku seperti 'menatang minyak yang penuh


di dulang'.

Das könnte Ihnen auch gefallen