Sie sind auf Seite 1von 47

SEJARAH RINDU: BEBERAPA PETUA HIDUP

MAKSUD
FIKIR DAN KATA
RANGKAP 1

RANGKAP 2

RANGKAP 3

RANGKAP 4

Penulis berkata bahawa manusia yang


kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti
tidak akan dapat mengatasi masalah yang
dihadapinya.
Penulis berkata bahawa manusia mestilah
berfikiran matang sebelum bercakap apaapa supaya dapat mengelakkan sebarang
perselisihan faham waima persengketaan.
Penulis berkata bahawa manusia yang suka
marah akan orang lain dengan kata-kata
yang menyakitkan hati akan melukakan
perasaan orang lain.
Penulis berkata bahawa manusia seseorang
yang kasar dalam pertuturan akan
menyebabkan dirinya ditimpa pelbagai
masalah.

SILANG DAN SENGKETA


RANGKAP 5
RANGKAP 6

Penulis berkata bahawa manusia yang suka


bergaduh dan berselisihan faham akan hidup
dalam kesedihan.
Penulis menasihati kita agar tidak sengaja
mencari pergaduhan dengan orang lain dan
setiap perselisihan faham harus diselesaikan,
bukannya dielakkan.

ILMU
RANGKAP 7

RANGKAP 8

Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai


dengan sempurna kerana ilmu yang tidak
kuasai dengan baik tidak dapat
memanfaatkan kita.
Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan
dalam diri seseorang harus ditimba dengan
kesungguhan dan kerajinan asalkan kita
memiliki kemahuan yang tinggi.

DUNIA PERGAULAN
RANGKAP 9
RANGKAP 10
RANGKAP 11

Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia


ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak
memilih rakan sebaya.
Penulis berkata bahawa seseorang manusia
dapat dikenali melalui budi bahasanya dan
melalui pergaulannya.
Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan
yang baik biasanya akan bersama-sama
dalam pelbagai aktiviti kehidupan dan

sentiasa bersama di mana-mana sahaja.


SIFAT-SIFAT YANG BAIK
RANGKAP 12
RANGKAP 13
RANGKAP 14

Penulis berkata bahawa seseorang yang


berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan
dihormati oleh ahli masyarakat.
Penulis berkata bahawa seseorang yang
murah hati dan suka menderma akan
mendapat perhatian daripada masyarakat.
Penulis berkata bahawa seseorang yang
bersifat pemurah akan mudah mendapat
kawan dan menjadi tempat untuk meminta
bantuan.

PERBUATAN YANG BAIK


RANGKAP 15
RANGKAP 16

Penulis berkata bahawa seseorang yang


banyak berjasa dalam masyarakat akan
sentiasa dikenang orang pada bila-bila masa.
Penulis berkata bahawa kita haruslah
membantu diri sendiri sebelum
menghulurkan bantuan kepada orang lain.

SIFAT-SIFAT YANG JAHAT


RANGKAP 17
RANGKAP 18

Penulis berkata bahawa kita mestilah


berhati-hati terhadap manusia yang nampak
baik tetapi berhati busuk.
Penulis berkata bahawa seseorang yang
mengkhianati orang lain akan mendapat
balasan Tuhan pada kemudian hari.

TEMA DAN PERSOALAN


Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan
dan nilai murni yang dapat kita teladani
dalam kehidupan. Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap manusia memiliki
sifat yang berbeza. Oleh sebab itu, kita
haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan
menjauhi sifat yang negatif.
Persoalan
(a) Kepentingan menimba ilmu demi masa
depan.
(b) Menjauhi persengketaan.

(c) Penjagaan tutur kata demi maruah diri.

Sikap rajin berusaha mencari ilmu


akan membolehkan kita memperoleh ilmu
dan kemahiran yang diingini.
Hidup orang yang suka bersengketa
tidak akan bahagia. Oleh itu, persengketaan
hendaklah dijauhi dan perlu diselesaikan
jika ia berlaku.
Sebelum seseorang berkata-kata, dia
hendaklah berfikir dahulu supaya tidak

(d) Kepentingan menjaga adab dan memilih


rakan sebaya.

(h) Sifat budi bahasa penting dalam


kehidupan.

membuat kesilapan. Kata-kata yang tidak


elok akan menyakitkan hati orang yang
mendengarnya, malahan dapat
menimbulkan perselisihan faham dan
masalah yang lain.
Dalam menjaga adab pergaulan, kita
hendaklah memilih orang yang baik untuk
dijadikan sahabat. Kriteria sahabat yang
dicari itu dapat dikenal pasti melalui budi
bahasa dan latar pergaulannya.
Orang yang berbuat jasa akan dihormati dan
dikenang namanya oleh orang lain selamalamanya. Namun begitu, sebelum berbuat
jasa kepada orang lain, kita haruslah
membuat pertimbangan yang sewajarnya.

NILAI
1)Nilai kerajinan

Sikap rajin belajar untuk menambah


pengetahuan kita membuat penilaian yang
wajar.

2)Nilai hemah tinggi

Sifat beradab dalam pergaulan disenangi


oleh rakan-rakan dan dapat mengelakkan
perselisihan. Selain itu, berbudi bahasa, baik
dan pemurah perlu diamalkan. Orang yang
berhemah tinggi akan sentiasa dihormati.

3)Nilai bantu-membantu

Amalan bantu-membantu dalam kalangan


masyarakat adalah satu kemestian dan perlu
diamalkan.

PENGAJARAN
1)Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan
budi pekerti dalam pergaulan.
2)Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut
ilmu supaya bermanfaat untuk diri sendiri.
3)Kita hendaklah bijak memilih sahabat.
4)Kita hendaklah bersikap pemurah dan
dermawan.
5)Kita hendaklah bersikap jujur dalam
persahabatan.
6)Janganlah kita suka bersengketa.

SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU


MAKSUD
Rangkap 1

Raja memerintah empat orang pembesar dan


pawang raja membina istana yang tersergam
indah. Seramai 44 orang tukang yang mahir
dipaksa bekerja tanpa henti siang dan
malam.
Masa yang diambil untuk membina istana
yang lengkap selama 7 bulan. Istana itu
mengandungi sembilan bilik, sepuluh
rembat guntung, sebelas pancung serong
dan 12 anjung tinggi.
Tiga ruang di istana yang unik dan menarik
dikhaskan kepada lapan orang menteri .
Hiasan dalaman istana bermotifkan unsurunsur alam. Corak ukiran amat indah dan
halus seninya.
Setelah istana itu siap tukangnya dibunuh
agar tiada orang yang boleh meniru seni
bina istana tersebut. Lalu istana itu pun
dipersembahkan kepada raja dan
permaisurinya

Rangkap 2

Rangkap 3
Rangkap 4
Rangkap 5

TEMA
Sindiran terhadap golongan raja yang
Contohnya:
mengutamakan kepentingan sendiri untuk
(R1)
Pawang mengerah orang bekerja.
kemahsyuran peribadi sehingga sanggup
Empat puluh empat tukang dan utas.
mengorbankan nyawa orang lain.
Siang malam tidak berhenti.
(R5) Istana siap tukang pun mati.,
Tiada orang dapat meniru

PERSOALAN
1. Persoalan seni bina istana
masyarakat melayu tradisional.
(R3) Galang-galangnya ular berang.
Kasau kecil puteri menyembah.
Kasau lentik helang berbega.
2. Persoalan golongan raja yang
mementingkan diri sendiri.
(R5) Istana siap tukang pun mat.,

Tiada orang dapat meniru:


3. Persoalan kehalusan seni ukiran
melayu tradisional
(R4) Lilit-melilit akar Cina:
Garam sebuku sisa jeragan.
Bunga kenanga dimakan ular.
Layang-layang di pintu Raja.

GAYA BAHASA
(a) Repitasi
(b) Imej alam atau imejan
(c) Anafora

(d) Responsi

Buktinya, empat puluh empat tukang dan


utas
Buktinya, Berbunga sawa mengelempai,
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenangan dimakan ular
Buktinya, Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
Buktinya, Istana siap dengan alatnya,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

NILAI MURNI
(a) Kesetiaan
(b) Bertanggungjawab
(c) Amanah
(d) Kegigihan

(e) Ketaatan

PENGAJARAN
(a) Kita mestilah setia kepada raja dan
menjalankan titah perintah raja dengan
sempurna.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab dalam
semua tugasan yang kita jalankan.
(c) Kita mestilah memegang amanah yang
diberikan kepada kita oleh raja.
(d) Kita mestilah gigih mengerjakan sesuatu
tugasan sehingga selesai.
(e) Kita mestilah taat setia kepada raja dan
mengikut titah perintah baginda.

SAJAK SEJADAH RINDU (Mohd. Haikal Aminuddin)


A MAKSUD
RANGKAP 1

RANGKAP 2

RANGKAP 3

Penulis menangis sewaktu sujud di atas kain


sejadah sambil membaca ayat-ayat suci
dalam sembahyang yang didirikannya. Pada
waktu itu, dia yang khusyuk bersembahyang
dikuasai rasa insaf yang sudah lama
terpendam mula terbit di dalam hati. Hal ini
terjadi demikian kerana penulis teringat
akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya
sejak dahulu.
Dengan penuh keinsafan di dalam hati,
penulis tetap bersyukur kerana dia mendapat
peluang hidup yang dikurniakan kepadanya
oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa. Penulis
juga sedar bahawa hidupnya semakin
terbatas dan terhad kerana usianya semakin
lanjut. Oleh hal yang demikian, penulis
berharap agar Tuhan mengampunkannya
sebelum dia menemui ajal pada waktu yang
ditetapkan oleh-Nya.
Sewaktu bersujud di atas tikar sembahyang,
penulis mengalirkan air mata keinsafan dan
ikhlas memohon keampunan daripada-Nya.
Dalam kesepian dan kesunyian diri pada
usia tua itu, penulis juga meluahkan rasa
insaf dan taubatnya kepada Tuhan melalui

doa yang dipanjatkannya dalam


sembahyang yang didirikan. Pada masa
yang sama, penulis berasa sebak atas segalagalanya yang terjadi kerana banyak dosa
yang telah dilakukannya sebelum ini.
RANGKAP 4

Penulis berasa bahawa perasaannya sedih


sekali dan jiwanya terkesan oleh perasaan
insaf yang makin galak menguasai
sanubarinya. Oleh sebab itu, dia terus
memanjatkan doa di atas tikar sembahyang
yang sudah lama digunakannya. Penulis
meminta maaf dengan bersungguh-sungguh
daripada Tuhan yang Maha Berkuasa agar
mendapat keampunan demi meneruskan
sisa-sisa hidupnya yang tidal lama lagi akan
menemui Pencipta.
Penulis berdoa kepada Tuhan yang Maha
Esa agar dia menjadi manusia yang taat
akan didikan agama. Selain itu, penulis juga
berjanji akan mengikut segala perintah
Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini penting
agar dia tidak akan lupa untuk
mengingatkan diri bahawa kita hidup untuk
sementara waktu sahaja.

RANGKAP 5

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema sajak ini ialah ketuhanan dan ketaatan
seseorang kepada agama. Hal ini dapat
dibuktikan oleh penyajak yang berasa insaf
ketika mendekatkan diri kepada Tuhan.
Apabila mengabdikan diri kepada Tuhan,
dia berharap agar dosa-dosanya dapat
diampunkan sebelum dia meninggal dunia.

Persoalan
(a) Keinsafan seseorang yang banyak
berdosa.
(b) Kepentingan mendirikan sembahyang.
(c) Kepentingan didikan agama
(d) Kebaikan sifat bertaubat atas dosa yang
dilakukan.
(e) Pengabdian kepada Tuhan Yang Masa

Esa.

C GAYA BAHASA
(a) Metafora
(b) Bahasa asing, bahasa Arab

(c) Pengulangan kata

(d) Sinkope

(e) Responsi

-Buktinya, di sejadah rindu


-Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
-Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
-Buktinya, mengenang dosaku yang
terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
-Buktinya, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa

D NILAI MURNI
(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri
dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.

(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya


kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang
Maha Esa.

(c) Kita mestilah berfikiran matang dan


rasional dalam tindakan terutamanya
sewaktu usia semakin tua.

(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan


atas segala nikmat dan peluang hidup yang
dikurniakan kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama
dan mengamalkan ajaran agama dengan
penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri
dan sedar bahawa keampunan daripada
Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta
keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa
agar hidup menjadi lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan
tingkah laku agar tidak menyesal kemudian
hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala
cabaran dalam kehidupan demi ketenangan
hidup pada usia tua

SAJAK PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS (Sazalee Yacob)


A MAKSUD

RANGKAP 1

RANGKAP 2

Penulis menghantar anaknya menghirup


udara kehidupan yang baharu di bandar
kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran
di sana. Oleh sebab suasana dan
persekitaran bandar dan kampung jauh
berbeza, penulis berharap agar anaknya
dapat menyesuaikan diri di bandar. Penulis
mahu anaknya menimba pengalaman baharu
di universiti yang bakal mengubah
kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di
sebuah universiti.
Penulis sanggup membenarkan anaknya
hidup di bandar untuk meluaskan
pengalaman kehidupannya. Hal ini
dikatakan demikian kerana penulis mahu
melatih anaknya agar tabah menghadapi
cabaran dalam kehidupan agar dapat
mematangkan diri. Dengan berbuat
demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih
matang dan bijaksana menghadapi segala
cabaran dalam kehidupannya sebagai
seorang mahasiswa agar dapat berjasa
kepada keluarga, bangsa, dan negara pada
masa depan.

RANGKAP 3

Penulis beranggapan bahawa universiti ialah


tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan
untuk ditimba oleh anak gadisnya yang
sedang menimba ilmu di sana. Walau
bagaimanapun, penulis beranggapan bahawa
banyak pengaruh negatif juga tersebar luas
apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya
waima pengaruh media massa. Oleh hal
yang demikian, penulis berharap agar
anaknya dapat membuat pertimbangan dan
keputusan yang terbaik buat dirinya agar
dapat mengelakkan sikap negatif seperti
sombong dan mementingkan status sebagai
seorang mahasiswa di bandar.

RANGKAP 4

Penulis berhadap agar anak perempuannya


yang belajar di universiti bijak
menyesuaikan diri dan belajar dengan
bersungguh-sungguh di bandar terutamanya
dia yang terpaksa berjauhan daripada
keluarga. Dengan kejayaan yang dikecap
oleh anaknya, dia dapat mengembangkan
sayapnya demi masa depannya yang lebih
cerah. Sebaliknya, penulis berharap agar
anaknya tidak mudah berputus asa lalu
pulang ke pangkuannya. Hal ini dikatakan
demikian kerana penulis mahu anaknya
menjadi seorang perantau yang tabah
menghadapi segala cabaran dalam
kehidupan harian.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan
seorang bapa kepada anak yang bakal
melanjutkan pelajaran di menara gading.
Dalam sajak ini, penulis berharap agar
anaknya dapat menyesuaikan diri dalam
keadaan yang berbeza daripada di kampung
halaman. Selain itu, penulis berharap agar
anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah
diri sepanjang bergelar mahasiswa serta
matang dalam pemikiran demi menghadapi
pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Persoalan
(a) Kepentingan pendidikan demi masa
depan
(b) Perbezaan kehidupan di bandar dan di
luar bandar.
(c) Fikiran waras dan matang daripada
pengalaman hidup.
(d) Cabaran hidup di bandar
(e) Harapan ibu bapa kepada anak yang
bergelar mahasiswa
(f) Nasihat ibu bapa kepada anak

C GAYA BAHASA
(a) Sinkope

Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin


baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
Kulepaskan kau menjadi burung putih
Pandai-pandailah kau terbang
jangan kau pulang

(b) Responsi

Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin


baru
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal

menongkah awan perak dan kabut dingin


mengenal kalimat hujan dan bilah petir
Di awan kampus yang sarat ilmu
di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
(c) Anafora
(d) Metafora

Buktinya, Di awan kampus yang sarat ilmu


di pohon kampus yang tegar status
di padang kampus yang hijau pertimbangan
Buktinya, mengenal kalimat hujan dan bilah
petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

(e) Perlambangan

Buktinya, burung kebebasan


sembilu kesedihan yang disebabkan oleh
cabaran
tangga gading universiti

(f) Imejan atau imej alam

Buktinya, Kuhantar kau mengecapi angin


baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
menongkah awan mulus dan kabus dingin
D NILAI MURNI

(a) Kasih sayang


(b) Kesungguhan
(c) Kegigihan
(d) Ketabahan
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Berdikari

(h) Kesabaran
(i) Kebijaksanaan

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga
dan sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka.
(b) Kita mestilah bersungguh-sungguh
dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.
(c) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan
pengalaman demi kegunaan pada masa
depan.
(d) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran
dalam kehidupan demi mematangkan diri.
(e) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan
tidak melupakan mereka selepas berpindah
ke bandar.

(f) Kita haruslah menjaga maruah diri dan


mengekalkan jati diri yang mulia di manamana sahaja kita berada.
(g) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di
bandar seorang diri supaya tidak terlalu
bergantung pada orang lain.
(h) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa
cabaran yang menimpa kita agar dapat
menjadikan diri kita lebih kental.
(i) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri
dalam apa-apa keadaan agar dapat
menghadapi cabaran dalam kehidupan

SAJAK ERTI HIDUP BERERTI (Teo Wei Sing)


A MAKSUD

RANGKAP 1

Penulis berkata bahawa setiap malam yang


dilaluinya adalah sepi seribu bahasa yang
tidak pernah membawa apa-apa perubahan
dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri
sendiri sama ada anaknya akan datang
menjenguknya. Oleh hal yang demikian,
penulis yang mengeluh telah meluahkan
kesunyiannya pada usia tua dengan harapan
hari-hari tuanya akan menjadi lebih
bermakna.

RANGKAP 2
Penulis hanya dapat membayangkan
ketenangan hidup dan kesegaran usia
mudanya yang pernah dilaluinya pada usia
muda. Pada usia tua yang semakin terbatas
ini, penulis meluahkan perasaan kecewanya
terhadap anak-anak yang kian melupakan
ibu yang pernah mengandungkannya. Hal
ini dikatakan demikian kerana anak-anaknya
tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu
yang sudah tua, sebaliknya dihantar dari
rumah seorang anak ke rumah seorang anak
yang tidak mahu menjaganya dengan lama.
Hal ini menyebabkan penulis berfikir
tentang erti kehidupan sebagai ibu yang
sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat
untuk mengadu sakit waima meneruskan
hidupnya.
RANGKAP 3

Penulis berkata bahawa dirinya sebagai


seorang ibu seolah-olah tidak bermakna
kepada anak-anak kandungnya. Penulis juga
berharap agar anak-anaknya insaf akan
kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar
tidak terus menjadi anak yang derhaka.
Penulis ingin menegaskan bahawa setiap
manusia akan melalui kehidupan, ketuaan,
dan kematian. Oleh hal yang demikian,
penulis berharap agar kesedihan dan
kepiluan rasanya dapat diubati dengan kasih
sayang dan keprihatinan daripada anakanaknya.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema sajak ini ialah kesunyian hidup warga
tua yang berharap agar anak-anak akan
datang menjenguknya dan menyayanginya.

Hal ini dikatakan demikian kerana penulis


berasa seih dan pilu serta kesunyian pada
usia tua. Dia berharap agar anak-anak dapat
melawatnya dan memberikan kasih sayang
kepadanya sebagaimana dia menyayangi
anak-anaknya sewaktu mereka kecil dulu.

Persoalan
(a) Kesunyian hidup pada usia tua.
(b) Kasih sayang ibu kepada anak.
(c) Pengorbanan ibu bapa terhadap anak.
(d) Nasib warga tua yang dipinggirkan oleh
anak-anak
(e) Harapan ibu bapa kepada anak.
(f) Kesepian hidup sendirian pada usia tua.
(g) Penderitaan ibu bapa yang diabaikan.
(h) Hidup dan mati ketentuan Tuhan

C GAYA BAHASA
(a) Personifikasi

Buktinya, malam sepi


semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati

(b) Simile

Buktinya, bagai kalung

(c) Sinkope

Buktinya, yang melingkari leherku


siapa yang akan datang menjengukku
kucari erti hidup
anakku bakaku

(d) Anafora

Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu


dari angah ditendang ke sulung balik
ada yang mati
ada yang hidup

(e) Responsi

Buktinya, dari sulung ditendang ke bongsu

dari angah ditendang ke sulung balik


ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Buktinya, Keheningan tasik
kehijauan rumput
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin

(f) Metafora

(g) Imejan atau imej alam

Buktinya, Keheningan tasik


kehijauan rumput

D NILAI MURNI
(a) Kasih sayang
(b) Ketabahan
(c) Ketaatan
(d) Berdikari
(e) Kesabaran
(f) Bertanggungjawab

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga
dan sentiasa mendoakan kesejahteraan
mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari
tua mereka.
(b) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran
dalam kehidupan demi mematangkan diri,
terutamanya menghadapi usia yang tua.
(c) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan
tidak melupakan mereka selepas berpindah
dari rumah ibu bapa, malah sentiasa
menjenguk mereka.
(d) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di
bandar seorang diri supaya tidak terlalu
bergantung pada orang lain, walaupun
sewaktu tua.

(e) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa


cabaran yang menimpa kita agar dapat
menjadikan diri kita lebih kental.
(f) Kita haruslah menjadi anak yang
bertanggungjawab dengan menjaga
kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan
serta membahagiakan mereka.

SAJAK KUDUP PERANG (Tuah Saujana)


A MAKSUD
RANGKAP 1

Penulis berkata bahawa pemimpin perang


yang sedang berkuasa pada masa ini terus
membuat kezaliman dan dendamnya
terhadap manusia semakin bernanah. Walau
bagaimanapun, penulis menasihati kita agar
bersyukur kerana dapat melalui kehidupan
yang bebas merdeka hasil daripada usaha
pemimpin terdahulu. Kita juga mempunyai
kebebasan bersuara dan kebebasan menulis
tentang perdebatan pahlawan yang
sebenarnya.

RANGKAP 2

Oleh sebab sejarah kepahlawanan Tuah dan


Jebat sudah lama berlaku, kita yang hidup
pada zaman ini tidak berpeluang untuk
menjadi saksi pertelingkahan antara mereka.
Pelbagai rahsia yang disembunyikan
daripada umum tentang kepahlawanan yang
sebenar menyebabkan manusia tertanyatanya tentang pemimpin sebenar yang
benar-benar berkewibawaan mencipta
sejarah. Walau bagaimanapun, pada zaman
ini, manusia masih lagi mengungkit
pertanyaan tersebut kerana mereka belum
mengetahui perkara yang sebenar.

RANGKAP 3

Hang Tuah tidak dilabelkan sebagai


pemimpin yang tersohor pada ketika itu
kerana kesetiaannya terhadap sultan masih
diragukan. Selain itu, banyak pembohongan
yang berlaku pada waktu itu menyebabkan
masyarakat tidak pasti sama ada Hang Tuah
benar-benar memiliki ciri-ciri
kepahlawanan. Akhirnya, Hang Tuah tidak
disanjung tinggi oleh masyarakat dan
maruahnya sengsara kerana perbuatannya
yang tidak betul.

RANGKAP 4

Hang Jebat tidak digelar sebagai


pengkhianat kerana dia mencurahkan
kesetiaannya kepada sultan pada waktu itu.

RANGKAP 5

RANGKAP 6

Kesetiaan yang ada pada Hang Jebat


menyebabkan dia membunuh kawan
baiknya, Hang Tuah. Walau bagaimanapun,
dia tidak digelar pengkhianat walaupun
masyarakat bersedih atas kematian Hang
Tuah. Selepas kematian Hang Tuah, Hang
Jebat dinobatkan sebagai pemimpin yang
sebenar sehingga membelakangkan
keadilan.
Peperangan yang berlaku antara pemimpin
dengan pemimpin yang dikuasai penipuan.
Kebenaran pada waktu itu tidak mempunyai
nilai lagi kerana masyarakat lebih percaya
dan yakin akan kewibawaan pemimpin
daripada menilai kejahatan
yang pernah dilakukannya. Pada masa yang
sama, masyarakat akan berusaha untuk
membangunkan negara dan
menyejahterakan rakyat sehingga terlupa
bahawa mereka belum mendapat seorang
pemimpin yang benar-benar berkewibawaan
dan berketerampilan.
Walaupun sejarah sudah berlalu dengan
waktunya, penulis sedar bahawa manusia
pada zaman moden ini masih lagi
mengungkit dan bertegang leher untuk
memimpin negara dan menguasai pupuk
kepemimpinan. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka belum dapat mencari seorang
pemimpin yang benar-benar memiliki
ketokohan untuk menerajui sesebuah
organisasi.

B TEMA DAN PERSOALAN


Tema sajak ini ialah kepentingan
kewibawaan dan ketokohan seseorang
pemimpin dalam menerajui sesebuah
organisasi. Hal ini dikatakan demikian
kerana pemimpin pada masa ini semakin
berani memutar-belitkan keadaan yang
sebenar demi menjaga kepentingan diri.
Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa
manusia pada zaman moden ini masih
memikirkan calon pemimpin mereka yang
paling berwibawa dan berketerampilan.

Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin

(b) Ketokohan pejuang bangsa


(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan
(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat
tentang pemimpin
(e) Masalah peperangan yang masih berlaku
(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan
pemimpin

C GAYA BAHASA

(a) Personifikasi

Buktinya, membajakan kezaliman sering


mengudupkan putik dendam
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
dan darah yang tiba-tiba membuak
bertiup dan memindahkan kebenaran pada
tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula

(b) Metafora

Buktinya, mengudupkan putik dendam


kepada jari-jemari takdir
menumbuhkan kelopak rahsia
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
perca-perca bahagia seperti perawan
Buktinya, untuk berlari dengan tangan
bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:

(c) Anafora

(d) Responsi

Buktinya, mewarnakan keindahan pada


hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya

(e) Sinkope

Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih


Andai namamu Jebat, kita masih tidak

(f) Imejan atau imej alam

Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar


menghembus
ringkik kuda, gemerincing

bercabang lalu bertemu bayu palsu;


Sehingga senja tiba,
(g) Simile

Buktinya, perca-perca bahagia seperti


perawan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas
melambangkan waktu zaman sudah tua

(h) Perlambangan

D NILAI MURNI
(a) Keberanian
(b) Kebijaksanaan
(c) Hemah tinggi
(d) Bertanggungjawab
(e) Amanah
(f) Keadilan

E PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan
dan hujah tentang sesuatu perkara yang
benar.
(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin
yang benar-benar berkewibawaan dan
memiliki ketokohan untuk menerajui
sesebuah organisasi waima negara.
(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin
yang berkewibawaan demi menjaga maruah
diri dan keluarga.
(d) Kita mestilah bertanggungjawab
menyelesaikan segala tugasan yang
diberikan kepada kita sebagai seorang
pemimpin.
(e) Kita mestilah amanah dalam usaha

menjalankan tanggungjawab sebagai


seorang yang memimpin sesuatu organisasi.
(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam
segala perbuatan demi memastikan
kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita
pimpin.

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


A. SINOPSIS:
- Negara Siam mendengar Melaka sebuah
negara yang kuat dan tidak pernah
dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam
iaitu Bubunnya menghantar wakil
berjumpa Sultan Muzaffar Syah meminta
supaya Melaka menyembah (membayar
ufti) kepada raja Siam. Sultan Muzaffar
menolaknya. Raja Siam marah dan
menghantar hulubalangnya iaitu Awi
Cakri menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu.
Baginda mengumpulkan semua orang lelaki
di Melaka. Tun Perak dari kelang
mengumpulkan orang lelaki dari Kelang
dengan keluarga mereka dengan tujuan
supaya mereka berperang dengan
bersungguh-sungguh demi menyelamatkan
keluarga mereka. Tentera Siam dapat
dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak
mendapat perhatian sultan dan diminta
tinggal di Melaka serta dilantik
sebagai bentara.
- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun
Perak dan memfitnahnya kepada Sultan
bahawa Tun Perak mengainiayainya, Sultan
memanggil Tun Perak mengadap untuk
ditanya. Tun Perak berkata dia bertugas
untuk negara. Dia meminta sultan
memecatnya jika percaya fitnah orang
Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan
percakapan Tun Perak lalu melantiknya
sebagai perdana menteri dengan
gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak
setaraf dengan seorang lagi pegawai
iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian
berpihak Paduka Raja dan sebahagian

berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua


saling berselisih faham dan tidak
bermaufakat hingga boleh membinasakan
negara. Sultan sedih dan bercadang
mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun
Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak
Raja iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat
dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun
Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja
dengan tanggungan sultan. Sejak
dikahwinkan, hubungan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri
Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja
menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar
yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka
Raja dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih
Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang
Kaya Kanayan di Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang
Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai
pertahanan Melaka untuk menentang
Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai
tentera Melaka untuk menyerang Siam yang
sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun
Umar pula telah menaiki perahu dan
melanggar banyak perahu Siam hingga
mereka kalah. Tentera Siam sangat hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja
memerintahkan supaya pokok kayu bakau,
nyirih dan tumpu api-api dibakar. Cahaya
api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai
tentera Melaka sedang berkawal di tepi
pantai. Askar Siam ketakutan melihat
banyaknya askar Melaka lalu mereka balik
ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar merayakan kemenangan
askar Melaka dengan hadiah persalinan
baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat
marah. Dia mengarahkan anaknya Cau
Pandan untuk menyerang Melaka dengan
pelbagai kelengkapan dan perahu yang
sangat banyak bilangannya.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan
Muzaffar memerintahkan seorang yang
warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi
Arab menggunakan kesaktiannya. Dia
menggunakan panahnya mengarahkan ke
Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan

mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit


dada kemudian muntah darah lalu mati.
Sultan menghadiahkan Tuan Sidi Arab
dengan pelbagai anugerah.
- Selepas 42 tahun memerintah, Sultan
Muzaffar mangkat dan digantikan oleh
anakanda baginda iaitu Sultan Mansur
Syah yang berusia 27 tahun. Baginda
berkahwin dengan Tun Patih Nur
Pualam iaitu anak Seri Nara Diraja.

B. TEMA:
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan - Contoh: Tun Perak menyuruh orang lelaki
dari Kelang membawa isteri dan anak-anak
masalah dihadapi.
mereka supaya mereka berperang dengan
bermati-matian untuk mengalahkan Siam.
C. PERSOALAN:
1. Kebijaksanaan menggunakan akal dan
- Contohnya, Sultan Muzaffar menggunakan
strategi
strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja
dengan Tun Kudu untuk mendamaikan
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
2. Perpecahan dalam kalangan pemimpin
- Contohnya, perbalahan antara Paduka Raja
akan membinasakan negara
dengan Seri Nara Diraja menyebabkan
orang Melayu berpecah dua dan Melaka
dalam keadaan bahaya.
3. Bersiap siaga dengan ancaman musuh
- Contohnya, Paduka Raja sentiasa bersiap
sedia dengan strategi awal yang bijak untuk
mengalahkan askar Siam.
4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan
- Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu
yang tinggi hingga boleh membunuh Cau
Pandan di Siam hanya dengan menggunakan
panahnya dari Melaka.
5. Keberanian menghadapi cabaran
- Contohnya, Tun Perak tidak takut apabila
dipanggil sultan setelah orang Kelang
menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya
beliau berani memberi jawapan yang baik
hingga sultan melantiknya sebagai perdana
menteri.
6. Taat setia kepada pemimpin
- Contohnya, rakyat Melaka setia dan
memberikan daulat kepada sultan Muzaffar
hingga menjadikan Melaka sebuah negeri
yang kuat dan maju.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:

i.

bijaksana

ii.

berani

iii.

baik hati.

iv.

berpengaruh

i.
ii.

iii.
iv.
v.

1. Tun Perak:
- mengarahkan lelaki Kelang membawa
anak isteri ketika menentang Siam.
- memimpin askar Melaka menentang askar
Siam yang hendak menyerang Melaka.
- menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan
sultan sebelum Tun Kudu berkahwin
semula.
- beliau mempunyai pengikut yang
menyokongnya ketika bersengkita dengan
Seri Nara diraja.

2. Sultan Muzaffar Syah:


- meraikan askarnya yang menang dengan
pemberian hadiah pakaian persalinan.
Tidak terburu-buru
- tidak menghukum Tun Perak setelah Tun
Perak difitnah sebaliknya memanggil Tun
Perak menceritakan keadaan yang
sebenarnya.
mementingkan keharmonian Melaka - berusaha mendamaikan Paduka Raja
dengan Seri Nara Diraja untuk
memakmurkan Melaka.
bijaksana
- mendamaikan pembesarnya dengan
mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun
Kudu.
menghargai rakyatnya
- memberi anugarah dan pujian kepada Tun
Sidi Arab yang telah membunuh Cau
Pandan.
perihatin

E. LATAR:
i.

Muar

ii.

Kelang

iii.

Melaka

iv.

Batu Pahat

v.

Siam

i.

Zaman pemerintahan Sultan


Muzaffar Syah

1. Latar tempat:
- askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu
berada di Muar selepas menyerang Melaka.
- tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik
menjadi bendahara Melaka.
- cerita berkisar di negeri Melaka pada
zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- askar Siam berada di Batu Pahat untuk
menyerang Melaka di bawah Awi Dicu.
- tempat tinggal Paduka Babunnya.

2. Latar masa:
- Sultan Muzaffar memerintah Melaka
selama 42 tahun dan Melaka menjadi negeri

ii.
iii.

Zaman Pemerintahan Kerajaan


Melayu Melaka
Zaman Tun Perak menjadi
bendahara Melaka

i.

baik hati

ii.

Keikhlasan

iii.

Pengorbanan

iv.

kebijaksanaan

v.

bersatu padu

vi.

i.
ii.
iii.

iv.
v.
vi.

keberanian

yang makmur.
- semasa Melaka sedang maju dan kuat.
- Tun Perak dilantik menjadi bendahara
dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu
Melaka sangat kuat.
F. NILAI:
- Sultan Muzaffar memberikan askarnya
yang menang peperangan dengan sepasang
persalinan.
- Seri Nara Diraja sepakat menyokong
Paduka Raja dengan ikhlas untuk menjadi
bendahara supaya rakyat Melaka bersatu
padu dan kuat.
- Sultan Muzaffar berkorban menceraikan
Tun Kudu demi mendamaikan Seri Nara
Diraja dengan Paduka Raja.
- Tun Perak bijaksana apabila membakar
bokok bakau pada waktu malam hingga
cahaya api itu disangka askar Melaka yang
ramai dan menakutkan askar Siam.
- Semua lelaki Kelang berkumpul dan
bersatu untuk mengalahkan askar Siam.
- Tun Perak berani menentang askar Siam
yang ramai jumlahnya hingga dua kali
percubaan Siam menyerang Melaka
menemui kegagalan.

G. PENGAJARAN:
Kita mestilah bijak menggunakan
strategi untuk mendapat
kemenangan. Contohnya...........
Kita mestilah sanggup bekeorab
demi mendapatkan kebaikan.
Contohnya, Sultan Muzaffar...........
Kita mestilah menghargai jasa dan
usaha yang telah dilakukan oleh
orang lain kepada kita. Contohnya,
Sultan
Muzaffar ..................................
Kita mestilah berani menghadapi
ancaman musuh demi negara.
Contohnya ............
Kita mestilah ikhlas apabila
melakukan sesuatu perbuatan.
Contohnya ..............
Kita mestilah bersatu padu supaya
negara menjadi kuat dan maju.
Contohnya, ...............

CERPEN CINTA AHAMAD MUTAWAKKIL

A. SINOPSIS
- Ahamad Mutawakkil seorang pejuang
nasionalis berjuang membebaskan negara
daripada penjajah Inggeris dan PKM (Parti
Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui
dalam keadaan cedera parah oleh penduduk
kampung semasa mereka selesai
sembahyang maghrib di surau. Imam Ngah
Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap
memapah Ahamad yang cedera di bahu serta
membaringkannya. Ahamad tercungapcungap dan akhirnya pengsan.
- Kampung Ahamad telah diterokai sejak
tiga generasi yang berkebun dan bertanam
padi. Pada tahun 30-an Tuan Booth datang
ke situ dan meneroka hutan dengan
mengupah beratus-ratus buruh untuk
menanam getah. Ahamad menjadi yatim
piatu apabila bapanya, Wak Sadir meninggal
dunia. Ahamad terpaksa hidup menumpang
Tuan Booth selama 3 tahun.
- Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah
Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa
berpindah dan kekejaman Jepun menjadikan
penduduk hidup susah. Ahamad telah
dijadikan anak angkat oleh Imam Deraman.
Beliau mengajar Ahamad termasuklah
bercakap bahasa Inggeris. Pada tahun 1943,
Ahamad bekerja di bandar.
- Pada tahun 1945 Jepun kalah akibat
serangan bom atom di Hiroshima dan
Nagasaki. Pada Tahun 1946, Ahamad
menjadi seorang yang berpengaruh dan
semua ucapannya dipercayai oleh orang
kampung serta daerahnya. Tuan Booth balik
semula ke estetnya dan beliau sungguh
mesra dengan orang kampung di situ serta
mengeratkan hubungan antara penduduk di
kampung itu.
- Ahamad menjadi seorang pejuang
nasionalisme dan semakin terserlah
perjuangan serta menentang perjuangan
komunis serta penjajah melalui pidato dan
penulisannya di dalam surat khabar.
Akhirnya dia telah mendapat jawatan
nombor dua dalam partinya pada tahun
1952. Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula
jatuh hati kepada Ahamad dan ini
menimbulkan prasangka kepada orang

kampungnya.
- Pada tahun 1948, komunis mula
mengganas di Perak dan Ahamad semakin
tegas menyedarkan rakyat supaya
menentang ideologi komunis. Akibatnya,
komunis menyerbu banglo tuan Booth dan
membunuh 5 orang penghuni. Mereka
mengugut Tuan Booth supaya menasihati
Ahamad supaya berhenti mengajak orang
kampung membenci Komunis. Ahamad
tidak mendengar nasihat Tuan Booth dan
Penghulu Sigap, sebaliknya dia semakin
berani bersuara dengan lantang.
- Pada malam Jumaat yang lepas semasa
menyampaikan ceramah, seorang budak
lelaki telah datang berjumpa Ahamad.
Ahamad mengikuti budak itu dan sejak itu
Ahamad hilang dan tidak ditemui. Tiga
kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth
telah berusaha mencari Ahmad tetapi
Ahamad tidak dijumpai.
- Akhirnya, selepas solat maghrib itu, segala
kerungsingan penduduk kampung tentang
kehilangan Ahamad telah terjawab apabila
Ahamad muncul dalam keadaan cedera
parah. Ahamad meninggal dunia di atas riba
Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap
akibat ditembak dengan 3 das peluru. Pada
malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung
mengadakan doa tanda kemerdekaan serta
tahlil ke atas Ahamad.
- Tuan Booth balik ke England seminggu
selepas kemerdekaan Tanah Melayu.
Setahun selepas itu, Sandra balik semula ke
banglo bapanya kerana terkenangkan
cintanya kepada Ahamad. Dia telah
mengajar anak-anak penduduk kampung
membaca dan menulis.

B. TEMA:
Kegigihan dan keberanian seorang
- Contohnya - Ahamad Mutawakkil seorang
yang berani menyampaikan maklumat
pemuda berkorban nyawa untuk
mendapatkan kemerdekaan tanah air. kepada masyarakat agar berani menuntut
kemerdekaan daripada penjajah serta
menentang ideologi komunis.
C. PERSOALAN:
1. Kasih--sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya, Tuan Booth bertindak
membawa semua ahli keluarganya

2. Ketabahan menghadapi kesukaran hidup


semasa peperangan.
3. Semangat patriotisme yang tinggi dalam
diri seorang pejuang tanah air.
4. Hubungan cinta yang sangat mendalam.

5. Kerjasama yang erat dalam kalangan


masyarakat.
6. Kekejaman dan kezaliman pihak penjajah
terhadap masyarakat.

1. Ahmad Mutawakkil:

berpindah semasa penjajahan Jepun kerana


beliau menyayangi keluarganya.
Contohnya, penduduk kampung sentiasa
tabah dan sabar ketika menghadapi
kesusahan hidup semasa penjajahan Jepun
dan keganasan komunis.
Contohnya, Ahamad sentiasa berjuang untuk
menyedarkan rakyat untuk mendapatkan
kemerdekaan daripada penjajah serta
kekejaman komunis.
Contohnya, Sandra amat mencintai Ahamad
sehingga dia sanggup kembali semula ke
banglo bapanya setelah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.
Contohnya, penduduk kampung bersatu
membentuk tiga kumpulan untuk mencari
Ahamad yang hilang.
Contohnya, pengganas menyerang banglo
Tuan Booth dan membunuh lima penghuni
di banglo itu.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:


i.
berusia 25 tahun ketika meninggal
dunia kerana ditembak komunis.
ii.
anak tunggal Wak Sadir dan menjadi
yatim piatu apabila bapanya
meninggal dunia.
iii.

pintar - boleh membaca dan menulis


bahasa Inggeris yang diajar Imam
Ngah Deraman.

iv.

patriotisme - berjuang menyedarkan


rakyat untuk menentang komunis
dan penjajah.

v.

bijak merancang masa depan belajar membaca dan menulis bahasa


Inggeris daripada Sandra ketika
tinggal di rumah Tuan Booth selama
3 tahun.

vi.

petah berpidato - selalu berpidato


kepada penduduk kampung untuk
menyedarkan mereka supaya
menentang komunis dan penjajah.

vii.

berani - berani bersuara menyatakan


pendapatnya kepada rakyat supaya
menentang komunis dan penjajah
walaupun dinasihati oleh Tuan
Booth supaya menghentikannya.

viii.

Sanggup berkorban - sanggup

berkorban nyawa untuk


mendapatkan kemerdekaan tanah air
daripada penjajah serta menentang
keganasan komunis.

2. Tuan Booth:

3. Sandra:

ix.

sangat berpengaruh - beliau


dihormati dan dipilih sebagai
pemimpin nombor dua partinya.

x.

menghargai jasa - beliau menghargai


jasa Tuan Booth yang telah
memeliharanya dengan menghadiri
majlis yang dibuat oleh Tuan Booth
di banglonya.

i.

pengurus ladang dan majikan kepada


beratus-ratus orang buruh di ladang
getahnya.

ii.

mesra - mudah tersenyum apabila


bertemu dengan penduduk kampung.

iii.

baik hati - menjemput pasangan


pengantin di kampung itu datang ke
banglonya untuk diraikan serta
sanggup memelihara Ahmad di
banglonya.

iv.

peramah - suka bersembang dan


bergaul dengan penduduk di surau
pada waktu petang.

v.

penyayang - membawa keluarganya


yang disayangi berpindah ketika
Jepun menyerang

i.

anak Tuan Booth yang fasih


berbahasa Inggeris.

ii.

baik hati - mengajarkan Ahamad


menulis dan membaca Inggeris.

iii.

penyayang - amat menyayangi


Ahamad dan beliau menangis
apabila Ahamad dilaoprkan hilang.
setia - balik semula ke banglo
bapanya selepas merdeka serta
mengajar anak-anak kampung itu
menulis dan membaca kerana
terkenang cintanya kepada Ahamad.

iv.

E. LATAR:

i.

surau kampung

1. Latar Tempat:
- Ahmad balik dalam keadaan cedera parah

ii.

Banglo Tuan Booth

iii.

Estet Ephill dan Estet Sungai Siput

iv.

bandar

v.

Tanah Estet Tuan Booth

vi.

Laman estet Tuan Booth

vii.

England

viii.

pertengahan tahun 30-an

ix.

waktu pagi

x.

waktu petang

xi.

waktu malam

xii.

tahun 1941

xiii.

Malam Jumaat

xiv.

31 ogos 1957

xv.
xvi.

seminggu selepas merdeka


31 Ogos 1958

xvii.
xviii.

di surau itu pada waktu selepas maghrib. Di


surau itu dia meninggal dunia kerana
ditembak oleh komunis.
- Tuan Booth tinggal di banglo estet itu
bersama keluarganya. Di situ juga 5 orang
dibunuh oleh komunis.
- komunis membunuh 3 orang pengurus
estet berbangsa Inggeris.
- Ahamad bekerja di bandar sebagai
pembaca dan penulis surat Inggeris kepada
penentang Jepun.
- tempat 15 keluarga buruh dari India
tinggal dan bekerja di estet itu.
- Komunis melepaskan tembakan ke udara
untuk menakut-nakutkan orang kampung
daripada menentang mereka.
- Tuan Booth dan keluarganya pulang ke
England selepas seminggu Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.

2. Latar Masa:
- Tuan Booth datang ke kampung itu dan
membuka estet getah serta menggaji ratusan
buruh.
- 5 orang komunis memasuki banglo tuan
Booth dan mendesaknya supaya menasihati
Ahamad agar tidak menghasut rakyat
menentang komunis.
- tuan Booth selalu pergi ke surau untuk
bersembang dengan penduduk kampung.
- Ahamad selalu menyampaikan pidato
untuk menyedarkan rakyat supaya menuntut
kemerdekaan.
- tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan
Tuan Booth keluar dari banglonya untuk
menyelamatkan diri.
- Ahmad melangkah lemah kerana
kecederaan ke surau kampungnya. Dia
meninggal dunia pada malam itu kerana
ditembak komunis.
- penduduk kampung mengadakan majlis
doa kesyukuran kerana kemerdekaan negara
dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.
- tuan Booth balik ke England.
- Sandra balik semula ke banglo bapanya
kerana dia terkenang akan cintanya kepada
Ahamad.

3. Latar Masyarakat:
masyarakat yang mempunyai
- Ahamad memberi pidato kepada penduduk
semangat patriotisme yang tinggi
kampung supaya bangun menentang
penjajah dan komunis.
masyarakat Melayu
- tinggal di kawasan pedalaman sejak 3

xix.

masyarakat yang bersatu padu

xx.

masyarakat yang menjadi mangsa


keganasan

xxi.

Masyarakat penjajah yang bertindak


mengaut keuntungan
Kumpulan komunis

xxii.

1. bahasa Arab
2. bahasa slanga/ bahasa pasar
3. Repitasi/ pengulangan
4. Personafikasi
5. Simile
6. Metafora
7. Sinkope
8. peribahasa

1. kasih sayang
2. patriotisme

3. keberanian

4. ketabahan
5. kebijaksanaan
6. tanggungjawab
7. kerjasama

8. hormat-menghormati

generasi yang lalu dengan berkebun dan


bersawah padi.
- orang kampung membentuk 3 kumpulan
untuk bersama-sama mencari Ahamad yang
hilang.
- Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3
orang pengurus estet berbangsa Inggeris
menjadi mangsa keganasan komunis.
- Tuan Booth membuka ladang getah di
Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.
- kumpulan ini bertindak ganas dan kejam
membunuh ramai mangsa termasuk
Ahamad.

F. BAHASA:
- solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah
- "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
- Hati Melayu tak reti bermusuh, hati
Melayu penuh dengan persahabatan.
- ...ketenangan merayap ke seluruh
negara...../ diratah atau dirobek peluru.
- Sawah pula, laksana lautan emas.....
- garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
- tak, tu, dulu, tau
- anak angkatnya, minta diri, tangan kosong
G. NILAI:
- Tuan Booth membawa semua keluarganya
keluar dari bunglonya seminggu sebelum
Jepun menjajah.
- Ahamad berjuang meniupkan semangat
mendapatkan kemerdekaan kepada
penduduk kampungnya dan menentang
kekejaman komunis.
- Ahamad berani bersuara dengan lantang
dalam pidatonya mengajak penduduk
kampung memperjuangkan kemerdekaan
daripada penjajah.
- Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai
cabaran dalam perjuangannya menuntuk
kemerdekaan negara.
- Ahmad bijak mengambil peluang belajar
dan menulis bahasa Inggeris daripada
Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.
- Imam Ngah Deraman bertanggungjawab
menjadikan Ahamad sebagai anak angkat
setelah Ahamad menjadi yatim piatu.
- penduduk kampung dan tuan Booth
membentuk 3 kumpulan untuk bekerjasama
mencari Ahamad yang hilang ditangkap
komunis.
- Tuan Booth amat menghormati penduduk

9. mengenang jasa

kampung dan selalu ke surau untuk berbualbual dengan penduduk.


- Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang
pernah memeliharanya dengan menghadiri
majlis yang dibuat oleh tuan Booth di
banglonya.

H. PENGAJARAN:
1. kita hendaklah berani dalam melakukan
- Ahamad berani bersuara lantang mengajak
sesuatu tindakan yang baik
penduduk supaya berjuang mendapatkan
kemerdekaan.
2. Kita mestilah mempunyai semangat
- Ahamad mengajak penduduk kampungnya
patriotisme
supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan
tanah air daripada penjajah.
3. kita mestilah bekerjasama dan saling
- penduduk kampung dan tuan Booth
membantu
bekerjasama untuk mencari Ahamad yang
hilang kerana ditangkap komunis.
4. Kita mestilah mengenang budi
- Ahamad mengenang budi tuan Booth yang
pernah memeliharanya dengan menghadiri
majlis tuan Booth di banglonya.
5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita
- tuan Booth membawa keluarganya
berpindah sebelun Jepun menjajah kampung
itu.
6. Kita mestilah mengambil peluang untuk
- Ahamad mengambil peluang untuk belajar
membaiki diri
menulis dan bercakap Inggeris daripada
Sandra ketika tinggal di banglo tuan Booth.

CERPEN: HIPERTENSI
A. SINOPSIS:
- mengisahkan seorang pelajar pintar yang
meminati bidang aeroangkasa. Cerita
dimulakan dengan kisah Aiman Aqil berehat

di rumahnya di lereng bukit yang telah


gondol akibat penerokaan hutan.
- Aiman teringat peristiwa lalu di mana dia
berdebat dengan cikgu Faridah tentang teori
Graviti. Kelas menjadi kecoh. Cikgu
Faridah menggelar Aiman sebagai professor
kerana dia mempunyai daya fikir yang
tinggi serta lebih pintar daripada rakannya
yang lain.
- Amran ialah anak sulung serta mempunyai
2 adik perempuan iaitu Fadilah Fatin dan
Azilah Atiqah. Di rumah, Aiman selalu
menyindir adik-adiknya kerana kurang bijak
matematik. Aiman juga teringat bahawa
semasa di sekolah rendah, dia selalu
ponteng kerana berasa bosan apabila
berasakan silibus di sekolah tidak setanding
kepintaran yang dimilikinya.
- Disebabkan kepintarannya, di sekolah
Aiman selalu menyakat rakan-rakannya
yang lambat menyelesaikan masalah dan
latihan terutamanya dalam subjek
matematik. Dia juga suka merayau di dalam
kelas serta ditegur oleh gurunya. Guru
kelasnya melaporkan perkara ini kepada ibu
bapanya. Ibu bapa Aiman marah dan
merotan Aiman di bahagian pinggul hingga
lebam.
- Disebabkan kepintarannya, di sekolah
Aiman selalu menyakat rakan-rakannya
yang lambat menyelesaikan masalah dan
latihan terutamanya dalam subjek
matematik. Dia juga suka merayau di dalam
kelas serta ditegur oleh gurunya. Guru
kelasnya melaporkan perkara ini kepada ibu
bapanya. Ibu bapa Aiman marah dan
merotan Aiman di bahagian pinggul hingga
lebam.
- kejadian ini menyebabkan Aiman ponteng
kelas. Dia mengambil kesempatan untuk
berhalusinasi (berangan-angan) tentang
dunia sains angkasa lepas. Dalam
imaginasinya usianya bertambah 10 tahun.
Dia berimaginasi pokok kelapa di rumahnya
sebagai tempat berlepas kapal Soyuz. Sikap
peliknya itu diketahui oleh ibu bapanya.
Aiman dirotan lagi di pinggulnya. Ibunya
memprotes tindakan bapanya di dalam hati
sahaja.
- Aiman semakin galak/ kerap
membayangkan dirinya sebagai seorang
angkasawan dan berpeluang berlatih dengan
pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya
mendarat di bulan dengan menaiki kapal

Soyuz melalui Stesen Angkasa


Antarabangsa. Aiman juga membayangkan
dirinya berada di bulan dengan pakaian
lengkap angkasawan di tempat yang tiada
udara. Dia membayangkan dia melihat ciriciri fizikal di bulan.
- Setelah dia remaja, daya imaginasinya
semakin kuat. Bapanya terpaksa bersikap
kasar kepadanya dan selalu menampar
Aiman. Akibat tamparan itu Aiman menjadi
gagap pertuturannya. Ibu bapa Aiman
menghantar Aiman mendapat rawatan
intensif dan latihan terapi.
- Suatu hari Aiman mendengar suara ghaib
yang mengajaknya berubah dan berpijak ke
dunia nyata. Suara ghaib itu juga
menyuruhnya supaya melihat kepada realiti
dirinya serta meminta Aiman supaya
mendekatkan diri kepada Tuhan.
- Aiman akhirnya sedar dan memberitahu
ibu bapanya bahawa dia tidak perlu lagi
rawatan intensif dan terapi. Aiman juga
sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh
berimaginasi. Dia berdoa kepada Tuhan dan
berharap hidupnya akan berubah.

B. TEMA:
bertemakan "keinginan yang tinggi
- Contohnya; Aiman sangat meminati
dalam bidang yang diingini sehingga bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi
mendarat ke bulan dengan menaiki kapal
menyebabkan seseorang
Soyuz yang diterbangkan dari Stesen
berimaginasi".
Angkasa Antarabangsa.

C. PERSOALAN:
i. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakCth - ibu bapa Aiman menghantar Aiman
anaknya.
untuk mendapat rawatan intensif dan terapi
setelah Aiman gagap pertuturannya.
ii. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan
Cth - Aiman mampu menyelesaikan masalah
masalah sesuatu perkara.
matematik murid tingkatan 5 walaupun dia
baru berada di sekolah rendah.
iii. Rasional dalam membuat sebarang
Cth - guru Aiman mengambil tindakan tegas
keputusan.
menegur Aiman yang suka merayau-rayau
di dalam kelas serta melaporkan perbuatan
Aiman kepada ibu bapanya.
iv. Sikap tanggungjawab guru kepada anak
Cth - Cikgu Faridah mengajar matematik
muridnya.
kepada Aiman dan murid-muridnya yang
lain dengan bersungguh-sungguh.
v. Impian dan angan-angan yang tidak
Cth - Impian Aiman untuk menjadi seorang
kesampaian.
angkasawan tidak kesampaian kerana apa

vi. Perasaan dendam akibat kesalahan masa


lampau.

1. Aiman Aqil:

2. Bapa Aiman:

3. Ibu Aiman:

yang berlaku pada dirinya hanyalah


imaginasinya sahaja.
Cth - Aiman menyimpan rasa dendam
kepada bapanya yang telah menampar serta
merotannya kerana sikapnya yang suka
mengganggu murid lain serta suka
berimaginasi.

D. WATAK DAN PERWATAKAN:


- berwajah cengkung dan jari-jemarinya
yang kurus runcing.
- berwajah cengkung dan jari-jemarinya
yang kurus runcing.
- anak sulung daripada 3 beradik.
- gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya
akan menganga lebar sebelum kata-kata
dapat dikeluarkan dari mulutnya.
- seorang yang pintar. Cth - boleh
menyelesaikan masalah matematik murid
sekolah menengah walaupun masih berada
di sekolah rendah.
- suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah
Aiman suka menyakat rakannya yang
lambat menyelesaikan masalah matematik.
- bercita-cita tinggi. Cth - bercita-cita untuk
menjadi angkasawan terkenal seperti Neil
Armstrong.
- suka memberontak. Cth - Aiman akan
ponteng sekolah apabila dirotan oleh
ayahnya setelah diadukan sikapnya yang
suka merayau di dalam kelas.
- pendendam. Cth - menyimpan dendan
terhadap bapanya yang sering merotan dan
menamparnya.
- insaf dengan kesilapannya. Cth - Aiman
insaf akan kesilapannya yang terlalu suka
berimaginasi dan akhirnya berserah kepada
Tuhan.
- seorang jurutera mekanikal.
- seorang yang bertanggungjawab. Cth menghantar Aiman yang gagap untuk
mendapatkan rawatan intensif dan terapi.
- bengis dan garang. Cth - pernah merotan
dan menampar Aiman kerana kedegilan
anaknya.
- seorang yang penyayang. Cth - berusaha
memulihkan pertuturan Aiman yang gagap
dengan menghantar untuk mendapat
rawatan intensif dan terapi.
- bertugas sebagai saintis bidang geologi.
- penyayang. Cth - berasa kasihan melihat

Aiman dirotan oleh bapanya.


- taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman
tidak membantah apabila suaminya merotan
Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati
sahaja.
- penyabar - sabar dengan sikap suaminya
mendidik Aiman dengan garang.

i. Penggunaan diksi
ii. penggunaan bahasa Inggeris
iii.Pengulangan/ repetasi
iv. Personafikasi.
v. Simile.
vi. Metafora.
vii. Sinkope.

i. Kasih sayang.
ii. Kebijaksanaan.
iii. Belas kasihan/ simpati.
iv. Dedikasi.
v. Tanggungjawab.

vi. Kesabaran.
vii. Keinsafan.

viii. Kebersihan fizikal dan mental.


ix. Rasional.

E. GAYA BAHASA:
- sesuai dengan cerita. Cth - orbit,
aeroangkasa, planet.
- IQ, genius.
- Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
-Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
-Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan
tahun lamanya"
-Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
-Cth - "Betapa tak bangganya?"
F. NILAI:
Cth - Ibu aiman amat menyayangi anakanaknya dan sedih apabila Aiman dirotan
oleh bapanya.
Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah
matematik tingkatan 5 walaupun baru
bersekolah rendah.
Cth - Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali
melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori
Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan rakannya di dalam kelas.
Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab
mendapatkan rawatan intensif dan latihan
terapi kepada Aiman yang telah gagap
pertuturannya.
Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap
suaminya yang terlalu garang ketika
mendidik anak-anaknya.
Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang
terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa kepada
Allah serta kembali dalam kehidupan
sebenar.
Cth - Aiman mengamalkan makanan
seimbang dan menjalani gaya hidup sihat.
Cth - Guru Aiman berfikiran rasional
dengan menasihati Aiman yang suka
merayau supaya kembali ke tempat
duduknya dan tidak mengganggu rakannya
yang lain.
G. PENGAJARAN:

i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita.

Cth - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya


dan sedih apabila melihat Aiman dirotan
oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam
Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah
menyelesaikan sesuatu masalah.
matematik tingkatan 5 walaupun baru
berada di sekolah rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah.
Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti
dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman
dan rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga Cth - Bapa Aiman mendapatkan rawatan
kesihatan keluarga kita.
intensir dan terapi kepada Aiman yang
gagap pertuturannya.
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan
Cth - Ibu Aiman bersabar apabila melihat
dengan masalah.
Aiman dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan Cth - Guru aiman menasihati Aiman supaya
tindakan.
duduk di kerusinya dan tidak merayau serta
mengganggu rakan lain.

GERHANA MANUSIA - AMINAH MOKHTAR

SINOPSIS
Cerpen ini memaparkan kisah seorang
doktor yang mementingkan ganjaran
material ketika merawat pesakit sehingga
menyebabkan berlakunya pengabaian nilai
kemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi cuba
mempengaruhi kakitangannya agar
memastikan semua pek darah yang ada di
hospital tersebut hanya diberikan kepada
Tuan Besar Musa yang menjadi
penyumbang utama kepada jamuan tahunan
kelab elit mereka.
Nusia sedang memberikan rawatan kepada
Tuan Besar Musa yang koma dan semakin
tenat akibat pengambilan minuman keras
selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu
Doktor Murni berkaitan dengan bank darah
yang sudah kehabisan stok tabung darah.
Doktor Murni mengarahkan Nusia supaya
mengebahkan masalah itu kepada pihak
media dengan harapan ada insan yang mahu
menderma darahnya kepada Tuan Besar
Musa.
Dalam keadaan dirinya yang seddang koma
dan tenat itu, Nusia merasakan bahawa Tuan
Besar Musa tidak mampu lagi diselamatkan
kerana dia hanya hidup bergantung pada alat
sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan
kritikal tersebut, bacaan surah Yasin dan
pengucapan Syahadah lebih diperlukan.
Nusia turut mempersoalkan waris Tuan

Besar Musa yang tidak kelihatan


menjenguknya. Doktor Murni menyatakan
bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan
Besar Musa hidup. Nusia mempertikaikan
tindakan Profesor Doktor Juaidi itu.
Menurut Nusia, harapan Tuan Besar Musa
untuk hidup adalah terlalu nipis dan arahan
Profesor Doktor Juaidi supaya dia
memasukkan darah ke dalam tubuh Tuan
Besar Musa itu dianggap satu pembaziran.
Doktor Murni meminta Nusia agar tidak
terlalu beremosi dan menurut sahaja arahan
itu.
Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakitpesakit yang sedang koma serta menunggu
bantuan darah untuk membolehkan mereka
kembali sihat. Solehah tenat dan koma
akibat pundi janinnya yang pecah di ovary.
Al-Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta.
Di wad Unit Rawatan Rapi itu juga terdapat
bayi buangan yang hampir kekeringan
darah, gadis malang yang koma dan tenat
akibat didera, dan mahasiswa yang
menghidap penyakit leukemia. Nusia
mengatakan bahawa selagi riwayat hidup
pesakit di wad itu ditentukan oleh Profesor
Doktor Junaidi, maka selama itulah akan
berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan
di situ.
Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor
Murni mendapatkan sepuluh pek darah
daripada hospital lain dengan segera setelah
diberitahu bahawa bank darah di hospital
sudah kehabisan. Profesor Doktor Juaidi
memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar
Musa merupakan tokoh korporat dan
teknokrat yang banyak menyumbangkan
dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat
dermawannya yang telah menaja majlis
makan malam tahunan yang bernilai ratusan
ribu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi
berasa amat terhutang budi dan mencuba
sedaya upaya untuk menyelamatkan
nyawanya.
Nusia memberitahu bahawa tekanan darah
Solehah semakin rendah. Profesor Doktor
Juaidi menyuruh Nusia memberikan
gelafundin untuk menggantikan darah
disebabkan bekalan darah tidak mencukupi.
Nusia mempertikaikan tindakan Profesor
Doktor Juaidi yang tidak mahu memberikan
darah tulen kepada Solehah. Profesor
Doktor Juaidi menyoal Nusia mengenai
status perempuan yang sedang koma itu jika
dibandingkan dengan Tuan Besar Musa.

Akhirnya, Nusia akur dengan arahan


Profesor Doktor Juaidi dan mengambil
sebotol gelafundin lalu dimasukkan ke
dalam tubuh Solehah yang sedang koma
untuk menggantikan darah.
Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada
Doktor Murni mengenai pek-pek darah di
dalam bank darah di hospital itu adalah
kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor
Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu
emosional kerana mereka ialah golongan
minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan
bahawa berlakunya pembaziran darah
apabila seratus pek darah diperlukan selama
dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar
Musa yang koma serta memang tidak boleh
diselamatkan. Walhal, hanya empat pek
darah diperlukan untuk menyelamatkan
mahasiswa yang berpenyakit leukemia itu
dan setengah pek darah sahaja diperlukan
untuk menghidupkan bayi buangan yang
sedang koma.
Nusia memberitahu juruteknik makmal
darah bahawa hanya lima pek darah
diperlukan untuk memberikan peluang
kepada empat orang yang sedang koma
pulih kembali. Juruteknik makmal darah itu
menegaskan bahawa darah itu adalah untuk
kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia
menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa
sebenarnya sudah mati kerana hanya
adrenalin, dopamine, serta atropine yang
masih merangsang denyutan jantungnya
ketika itu. Juruteknik makmal darah itu
termakan pujukan Nusia dan menyerahkan
lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia
menjelaskan kepada juruteknik makmal
darah itu bahawa dia sanggup menanggung
segala risiko atas tindakannya itu.
Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah
itu mampu menyelamatkan Solehah,
mahasiswa yang menghidap penyakit
leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz
yang boleh mengajar beratus-ratus tahfiz
kecil. Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah
itu dimasukkan ke dalam Tuan Besar Musa,
nilai pembaziran yang amat besar dilakukan
oleh Profesor Doktor Juaidi.
Profeser Doktor Juaidi berusaha untuk
menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa
dengan meningkatkan kadar penggunaa
adrenalina,dopamine dan atropina . Namun
demikian,Tuan Besar Musa yang sedang
tenat dan koma itu gagal di selamatkan dan
meninggal dunia . Profesor Doktor Juaidi

berasa tertekan kerana kematiannya


menyebabkan kelab elit mereka akan
kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu .
Doktor Murni datang dan memberikan surat
peletakkan jawatannya sebagai doktor
perubatan di hospital itu yang mengetepikan
nilai kemanusiaan terhadap pesakit.
Keadaan itu menyebabkan Profesor Doktor
Juaidi tercengang dengan keputusan Doktor
Murni itu . Kemudian, Doktor Murni
menggapai tangan Nusia dan mengajaknya
ke bank darah supaya mereka dapat
menderma darah untuk disalurkan kepada
semua pesakit yang sedang koma di wad
Unit Rawatan Rapi itu .

NUSIA

DOKTOR MURNI

WATAK DAN PERWATAKAN:


1. Nusia ialah seorang jururawat yang
bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi di
sebuah hospital .
2. Dia merupakan seorang yang akur akan
perintah ketua.Contohnya,dia menurut
arahan Profesor Doktor Juaidi supaya
memberikan sebotol gelafundin kepada
Solehah untuk menggantikan darah tulen.
3. Nusia seorang yang penyayang,iaitu dia
amat menyanyangi dan mengambil berat
terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
4. Nusia seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, dia berusaha untuk memberikan
khidmat rawatan terhadap pesakitnya Tuan
Besar Musa dengan penuh tanggungjawab .
5. Dia seorang yang sangat bersimpati.
Contohnya,dia menitiskan air mata apabila
melihat penderitaan yang ditanggung oleh
Solehah .
1. Doktor Murni merupakan pegawai
perubatan muda di sebuah hospital .
2. Dia bertugas merawat pesakit di Wad
Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu .
3. Doktor Murni mementingkan aspek
kemanusiaan pesakit.
Contohnya, dia menyerahkan surat
peletakan jawatan sebagai doctor kerana
tidak berpuas hati dengan kaedah rawatan
untuk pesakit di hospital itu.
4. Dia seorang yang prihatin dan
bertanggungjawab .
Contohnya,dia memaklumkan kepada
Profesor Doktor Juadi mengenai bekalan
darah di bank hospital itu yang telah
kehabisan stok .

PROFESOR DOKTOR JUAIDI

TUAN BESAR MUSA

5. Dia bersifat tenang ketika merawat


pesakit.
Contohnya,dia menasihati Nusia agar tidak
terlalu emosional ketika merawat Tuan
Besar Musa .
1. Profesor Doktor Juaidi merupakan
pegawai perubatan senior di sebuah
hospital.
2. Dia merupakan ketua jabatan kepada
Doktor Murni dan seorang jururawat, Nusia.
3. Profesor Doktor Juaidi sudah berumur,
bermata bulat dan berkening lebat.
4. Dia amat mementingkan ganjaran
material daripada nilai kemanusiaan.
Contohnya, dia berasa tertekan apabila Tuan
Besar Musa meninggal dunia kerana kelab
elit hospitalnya akan kehilangan tajaan
berjumlah RM100 ribu.
5. Dia seorang yang bijak dalam
menyelesaikan masalah.
Contohnya, dia meminta Doktor Murni
menghubungi hospital lain bagi
mendapatkan bekalan darah tulen untuk
mengisi tabung darah di hospitalnya yang
kehabisan stok.
1. Tuan Besar Musa merupakan seorang
elit korporat dan teknorat yang memiliki
gedung perniagaan yang besar.
2. Dia merupakan seorang dermawan.
3. Tuan Besar Musa ialah seorang suami
kepada wanita jelita yang tidak setia.
4. Dia mempunyai sepasang anak yang
menjadi penagih dadah berjenis heroin.
5. Tuan Besar Musa mempunyai perut yang
buncit.
NILAI

1. Nilai kasih sayang.

Contohnya, Nusia amat menyayangi dan


mengambil berat terhadap kesihatan pesakitpesakitnya.

2. Nilai belas kasihan.

Contohnya, Nusia menitiskan air mata


apabila melihat penderitaan yang ditanggung
oleh Solehah.

3. Nilai tanggungjawab.

Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia


bertanggungjawab untuk merawat semua
pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat
seseorang.

4. Nilai kebijaksanaan.

Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijak


mengatasi masalah kekurangan bekalan darah
di bank darah, iaitu dengan mengarahkan
Doktor Murni mendapatkan bekalan darah

tersebut daripada hospital lain dengan segera.


5. Nilai sayang akan nyawa.

Contohnya, Nusia mengatakan bahawa hanya


lima pek darah diperlukan untuk
menyelamatkan empat nyawa pesakit yang
sedang koma.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersifat penyayang sesama
insan tanpa mengira darjat atau pangkat
seseorang.

Contohnya, Nusia amat menyayangi dan


mengambil berat terhadap kesihatan pesakitpesakitnya.

2. Kita hendaklah bersimpati terhadap


orang yang bernasib malang.

Contohnya, Nusia menitiskan air mata


apabila melihat penderitaan yang ditanggung
oleh Solehah.

3. Kita perlulah bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas yang diberi.

Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia


bertanggungjawab merawat semua
pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat
seseorang.

4. Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk


menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Contohnya, Profesor Doktor Juaidi


mengarahkan Doktor Murni menghubungi
hospital lain untuk mendapatkan bekalan
darah bagi mengisi tabung darah di hospital
mereka yang kehabisan.

5. Kita hendaklah bersedia menderma darah Contohnya, Doktor Murni dan Nusia
untuk menyelamatkan nyawa pesakit/insan
bermurah hati untuk menderma darah bagi
yang memerlukannya.
menampung bekalan darah yang tidak
mencukupi di bank darah hospital.

DRAMA BUKAN GILA - SHARIF SHAARY

SINOPSIS
Drama ini berkisar tentang Azmir yang
sedang dirawat di wad sakit jiwa Hospital
Besar . Sewaktu di wad tersebut,Azmir telah
berkhayal akan kehadiran kekasihnya,iaitu
Ani. Azmir telah meminta Ani membawa dia
keluar tetapi Ani memberitahu dia bahawa
mereka bahagia di tempat itu.
Kemudian, Azmir berkhayal lagi
tentang kehadiran ayahnya. Beliau
bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir
memanggil Ani untuk mengusir ayahnya.
Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang
akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa

ayahnya berbohong lalu berlaku


pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya
sehingga munculnya khayalan tentang Pak
Haji datang dan memberikan salam. Azmir
bertengkar pula dengan Pak Haji tentang
namanya dan sikap manusia yang dikatakan
oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.
Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang
sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu,
Azmir dan Ani bercakap tentang cinta
mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan
bahawa cinta Ani masih bersifat luaran.
Setelah itu, Azmir dikunjungi oleh doktor.
Setelah memeriksa Azmir, doktor
membenarkan Azmir bersiar-siar di luar.
Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk
keluar dari wad Hospital Besar. Akhirnya,
Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon
drama yang sedang berlatih drama bertajuk
Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakonpelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir
memberikan pendapatnya tentang sistem
dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
Sewaktu Azmir memberikan pendapatnya
tentang sistem tersebut kepada para pelakon
yang berlatih itu, kepalanya berasa sakit.
Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu
pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahanya
dan penyakitnya adalah betul. Azmir juga
menjelaskan bahawa dia datang untuk
membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa
tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah
ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepurapuraan. Azmir juga ditanya tentang gila.
Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa
bukan gila tetapi suatu penderitaan yang
tidak tertanggung. Kemudian, Azmir
menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga
berdarah. Azmir menjelaskan bahawa
tindakannya menghantukkan kepala itu
adalah bukan kerana gila tetapi akibat
menderita suatu kesakitan yang tidak
tertanggung dan tidak terucap dengan katakata.
Kemudian,doktor datang dan menjelaskan
kedudukan sebenar Azmir. Doktor membawa
Azmir pulang ke wad sakit jiwa semula.
Setelah itu, keadaan Azmir begitu sejak
tingkatan enam dan semakin teruk ketika di
universiti. Arif menasihati ibu bapa Azmir

agar bersama-sama membantu Azmir. Arif


memberitahu ibu bapa Azmir bahawa Azmir
memerlukan kasih sayang, semangat dan
perangsang, bukannya cemuhan dan
penghinaan. Pelakon II memberitahu ibu
bapa Azmir bahawa dia melihat Azmir
sedang menghadapi suatu penderitaan yang
tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa
Azmir agar segera mengunjungi Azmir
sebelum terlambat.
Di wad pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan
mengimbas kembali tentang kisah cintanya
dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia
sedang berkhayal,dia menjadi lemah dan
rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah
telah membaca berita tentang kematian
Azmir seorang diri di wad. Kematiannya
dikatakan berpunca daripada penyakit barah
otak. Berita itu membuatkan Ani berasa
bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam
terhadap Azmir.

PEMIKIRAN
Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi
yang berbeza yang boleh mempengaruhi
tindakan/cara hidup.

PERSOALAN
1. Perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan
seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat
sekeliling.

- Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan


yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat
kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.

2. Kepentingan cinta dan kasih sayang

Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi


menjamin kebahagiaan

3. Rencah kehidupan

Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka


dan dukanya.

4. Dunia ini ibarat pentas lakonan

Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah


pelakonnya yang membawa pelbagai watak

5. Kesakitan boleh membawa penderitaan

Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana


menghidap barah otak.

6. Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh


memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran
hidup.

Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa


sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

7. Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia.

Contoh:Tindakan para pelakon yang mengunjungi

rumah Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup


Amir
8. Setiap orang perlu mempunyai sikap bantumembantu .

Contoh : Para pelakon yang membantu


mengurangkan kesakitan dengan memicit-micit
kepalanya

9. Kekuasaan Tuhan

Contoh: perlu menerima takdir terhadap yang telah


ditentukan oleh Tuhan

10. Sifat berterima kasih

Contoh: setiap manusia perlu berterima kasih


terhadap sumbangan orang lain dalam kehidupan
mereka ibu bapa, para petani.

11. Hikmah di sebalik sesuatu kejadian

Contoh: sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai


pelbagai hikmah yang tersembunyi

AZMIR

ARIF

DOKTOR RAZI

IBU AZMIR

WATAK DAN PERWATAKAN:


1.
Azmir merupakan watak utama
drama.
2.
Dia seorang anak muda .
3.
Azmir menghidap penyakit barah
otak.
4.
Dia dikatakan telah mengalami sakit
jiwa.
5.
Azmir menerima rawatan sakit jiwa
di Hospital Besar.
1.
Dia merupakan pengarah drama
Sasau.
2.
Arif prihatin terhadap keadaan
Azmir.
3.
Arif telah menasihati ibu Azmir
berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap
anaknya.
4.
Dia seorang yang berjiwa besar,iaitu
sanggup belajar daripada Azmir untuk
membantunnya membikin drama Sasau.
1.
Beliau merawat Azmir yang
dikatakan menghidap sakit jiwa.
2.
Doktor Razi tidak memahami
penyakit yang dialami oleh Azmir.
3.
Doktor Razi bersikap baik terhadap
Azmir kerana telah membenarkan Azmir
bersiar-siar.
1.
Beliau telah mengesan sikap gilagila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan
enam.
2.
Beliau tidak mampu mengurus
Azmir.
3.
Ibu yang tidak menjaga anaknya
kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah
neneknya.
4.
Ibu yang berasa malu dengan sikap
anaknya yang gila-gila.

1.

Nilai keprihatinan.

2.

Nilai kesetiaan.

3.

Nilai baik hati.

4.

Nilai menghargai.

5.

Nilai kasih sayang.

NILAI:
Contohnya, Arif prihatin akan kesakitan dan
penderitaan yang ditanggung oleh Azmir.
Arif juga memahami bahawa Azmir tidak
gila.
Contohnya, Azmir setia dengan cintanya
terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang
Ani datang kepadanya walaupun
hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
Contohnya, doktor bertanggungjawab dalam
menjalankan tugasnya dengan mencari dan
membawa Azmir ke wad pesakit jiwa
semula.
Contohnya, Azmir menghargai petani,
nelayan dan buruh yang telah menyumbang
demi kesejahteraan hidup orang lain.
Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir
yang dirawat di wad pesakit jiwa.

PENGAJARAN:
1.
Kita hendaklah sentiasa prihatin
Contohnya, Arif prihatin terhadap nasib
terhadap nasib orang lain supaya kita dapat
Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar
membantu mereka.
segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa
sebelum terlambat.
2.
Kita hendaklah setia kepada
Contohnya, Azmir setia terhadap Ani yang
pasangan supaya kita tidak melakukan
telah meninggalkannya setelah Ani
perbuatan khianat.
beranggapan bahawa Azmir gila.
3.
Kita mestilah bersikap baik hati
Contohnya, doktor bersikap baik hati
kepada orang lain.
terhadap Azmir dengan membenarkan
Azmir
bersiar-siar di kawasan hospital.
4.
Kita hendaklah menghargai jasa
Contohnya, Azmir menghargai jasa-jasa
orang lain supaya orang tersebut tidak
petani, nelayan, dan buruh yang
berasa dipinggirkan.
menyumbang kepada kesejahteraan hidup.
5.
Kita haruslah memberikan kasih
Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir
sayang yang sepenuhnya terhadap anakwalaupun anaknya itu dikatakan gila.
anak.

Das könnte Ihnen auch gefallen