Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
PENGENALAN
Manusia mempunyai ilmu dan pemikiran, ilmu dan pemikiran tidak boleh dipisahkan. Begitu
juga akhlak dan moral. Manusia tidak boleh dipisahkan dengan akhlak dalam kehidupan
mereka walaupun sedikit. Sebelum manusia melakukan sesuatu tindakan, sudah pasti akan
berlegar-legar di dalam pemikiran mereka samaada mengambil keputusan yang baik atau
yang sebaliknya. Jika seseorang manusia itu biasa melakukan kebaikan, maka sudah tentu
kebaikanlah yang menjadi pilihan namun sekiranya mereka biasa melakukan keburukan maka
keburukanlah yang akan dilakukan. Kenyataan ini menjelasan betapa tingginya kedudukan
akhlak di dalam diri manusia sehingga orang yang tidak bermoralpun akan berfikir bahawa
betapa perlunya akhlak untuk memandu diri mereka kearah kehidupan yang sebenar. Akhlak
dan moral seolah-olah mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Namun timbul persoalan
dihujung minda penulis berkaitan konsep akhlak dan moral dari persepektif Islam yamg
sebenar. Benarkah ia berbeza atau terdiri daripada prinsip dan dasar-dasar ilmu yang sama
dengan akhlak. Disini penulis akan meninjau beberapa pandangan ulama berkenaan konsep
akhlak dan moral untuk memberikan gambaran dan pemahaman yang lebih jelas kepada kita.
1.2
Secara etimologinya perkataan akhlak berasal dari perkataan Arab al-akhlak() , kata
jamak dari al-khuluk( )perkataan ini pula adalah pecahan dari perkataan al-Khalq()
yang bermaksud ciptaan.1 Firman Allah S.W.T:
Maksud ayat:
Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai
penciptaan manusia dari tanah
(As-sajdah: 7
Maka keindahan ciptaan manusia juga mempunyai dua bentuk iaitu bentuk lahiriah (jasmani)
dan batiniah (nafsaniah). Keindahan itu termasuk dalam istilah al-Khalq(). Manakala
keindahan bentuk batiniah termasuk dalam istilah al-khuluk( )atau al-akhlak ( ) . 2
Prof. Dato Dr. Haron Din, 1999. Manusia dan Islam. Selangor: Hizbi, hlm. 154.
Ibid.
Walaupun kedua-dua keindahan ini memang dituntut di dalam Islam untuk dijaga dan
dipelihara, namun Islam telah meletakkan keindahan kedua itu sebagai asas dan matlamat
dalam usaha pembentukan kesempurnaan diri di sepanjang perbatasan umur kerana
keindahan insan nafsaniah inilah yang akan kekal abadi.
Seseorang manusia jika insan jasmaniah mereka indah tetapi dari segi nafsaniahnya
hina, manusia ini menurut pandangan Islam tidak memiliki nilai dan maruah diri ( ) .
3
Malah harga diri atau maruah diri golongan manusia ini berada pada martabat paling hina
Maksudnya:
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,
kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)
(At-tin:4-5
1.3
MAKSUD MORAL
Penulis ingin memetik pandangan Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Aulad
Fi Islam yang boleh menjelaskan tentang konsep moral:
maruah diri ( ) adalah satu daripada lima perkara yang mahu dipelihara oleh syara disebalik objektif
pensyariatan sesuatu hukum dalam Islam. Sila rujuk Wan Mohd Nasir Bin Abdul Wahab 2011, Maqasid
Syariah;Cabaran dan Penyelesainnya dalam merealisasikannya. Kuala Lumpur:Telaga Biru, hlm.27.
Pendidikan moral ialah sekumpulan prinsip-prinsip akhlak dan budi luhur yang mesti
dilengkapkan ke dalam jiwa anak-anak serta mesti dipelajari, dibiasakan semenjak usia
mereka tamyiz, iaitu dari mula akalnya tumbuh sehinggalah dia menjadi seorang mukallaf,
yakni baligh sehingga umurnya meningkat dewasa dimana dia mula mengharungi lautan
hidup 4
Menurut beliau lagi seorang anak apabila dibesarkan dengan keimanan, ketaqwaan,
ketakutan kepada Allah dan pemeliharaan yang berunsurkan agama tidak syak lagi akan
membentuk budi yang luhur dan akhlak yang mulia. Maksudnya disini, beliau berpandangan
pendidikan moral merupakan sekumpulan prinsip-prinsip akhlak yang dihasilkan daripada
keimanan yang kukuh kepada Allah dan pemeliharaan yang berunsurkan agama. Malah
penulis tidak menemui maksud moral dihuraikan secara khusus di dalam penulisan beliau
sebagaimana yang dapat ditemui dalam buku-buku teks sekolah atau buku-buku tulisan ahli
falsafah barat pada hari ini.
Sebagaimana yang telah dinyatakan moral terdiri daripada kumpulan prinsip-prinsip
akhlak, namun moral dari segi kedudukan dan falsafahnya tetap berbeza dengan akhlak.
Prinsip atau kaedah-kaedah ialah dasar yang perlu diikuti dan dipatuhi serta dipraktikkan
dalam semua kegiatan hidup manusia sama ada dalam skop hubungan manusia dengan Allah,
manusia dengan manusia dan menusia dengan alam sekitar 5. Pendek kata segala perbuatan
dan moral manusia akan dibentuk melalui acuan prinsip dan kaedah akhlak tersebut. Ini
Abdullah Nasih Ulwan, 1999. Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, Jil. 1, Cetakan 9, Singapore: Pustaka
Nasional,hlm. 201.
5
Dr. Yusof Al-Qardhawi,1998. Madkhal Li Diraasaat asy-Syariah al-Islamiah, Selangor: Pustaka Ilmu, hlm.9.
bermakna sesiapa yang mengamalkan akhlak yang baik secara tidak langsung mereka juga
memiliki moral yang baik.
1.4
Disiplin ilmu mempunyai asas falsafahnya yang tersendiri. Ilmu akhlak juga mempunyai
disiplin ilmunya. Falsafah akhlak ini timbul disebabkan tuntutan masyarakat hari ini yang
agak filosofik dalam membincangkan sesuatu disiplin ilmu yang juga bertujuan untuk
memperlihatkan kedudukan sistem akhlak Islam mengatasi sistem akhlak ciptaan manusia.
Kemunculan ilmu falsafah akhlak ini masih baru yang cuba dikemukan oleh para pemikir
Islam berpandukan prinsip-prinsip, dasar-dasar, ciri-ciri akhlak yang terkandung dalam islam.
Namun ia mempunyai daya tarikan yang berkesan kepada generasi Islam untuk mengetahui
persoalan ini dengan lebih dekat.
Dalam disiplin ilmu falsafah akhlak terbahagi kepada dua corak iaitu akhlak Islam
dan akhlak falsafah. Akhlak Islam ialah akhlak yang bersumberkan wahyu al-Quran dan alHadis. Sementara akhlak falsafah ialah akhlak yang berpunca dari daya usaha kemampuan
pemikiran akal manusia. Sumber akhlak Islam ialah Allah, sementara sumber akhlak falsafah
ialah bukan Allah, tidak tetap dan tidak mutlak iaitu manusia atau kemanusiaan.6 Contohnya
jika seorang anak dididik dan dibesarkan oleh ibubapa dengan budi-budi yang luhur, secara
tidak langsung dia akan terbiasa dengan kelakuan yang baik dan mulia. Namun jika ibu
bapanya telah meninggal dunia atau telah meninggalkannya, kemungkinan anak itu akan
berubah sifat dan akhlaknya kerana sumber mereka adalah ibubapa atau unsur kemanusiaan.
6
Prof. Dato Dr. Haron Din, 1999. Manusia dan Islam. Selangor: Hizbi, hlm. 155-156
Tetapi bagi anak-anak yang dididik dengan akhlak Islam, budi-budi luhur yang tumbuh di
dalam diri mereka ini bersumberkan Allah. Budi-budi luhur yang tumbuh di dalam diri
mereka akan berkekalan kerana mereka dididik di atas rasa takut kepada Allah, sentiasa
menjaga diri, menggantungkan diri, memohon pertolongan hanya kepada Allah serta
menyerahkan seluruh kehidupan mereka kepada Allah. Hal ini kerana akhlak mereka sudah
diresapi perkara yang berunsurkan agama sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.
Penjelasan di atas seolah-olah telah memberitahu kita tentang kedudukan akhlak dan
moral mempunyai tempat yang berbeza menurut pandangan Islam. Akhlak falsafah
dibahaskan seperti pendefinisian moral di dalam buku-buku falsafah barat. Sebenarnya
kekeliruan ini tidak akan berlaku, sekiranya kita memahami akhlak itu sendiri. Justeru itu
dalam Islam, falsafah akhlak dan moral tidak begitu dibincangkan kerana kepentingan akhlak
itu lebih penting dan fardhu ain kepada setiap anggota masyarakat. Perbahasan falsafah
akhlak atau moral pula hanya suatu tuntutan fardhu kifayah sahaja dan takhassus (terbatas)
kepada orang-orang yang berkeupayaan memperincikannya sahaja.
1.5
AKHLAK ISLAM
Islam adalah agama Allah. Setiap agama Allah mengandungi risalah yang perlu dilaksanakan.
Dalam risalah agama Allah terdiri daripada dua asas yang menyeluruh iaitu akidah dan
syariat. Akidah dan syariat merupakan dua tuntutan semulajadi dalam kehidupan ini untuk
membina kehidupan di akhirat. Akhlak merupakan roh kepada risalah Islam ini. Ini bermakna
tujuan atau sasaran utama yang hendak dicapai oleh risalah Islam dalam kehidupan manusia
ialah akhlak.
((
))
((
))
Masudnya: Akhlak adalah akhlak al-Quran. Sebaik-baik akhlak ialah akhlak Allah yang
Maha Agung
( Riwayat Muslim
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya:
(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan
menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila Telah Kusempurnakan kejadiannya dan
Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; Maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud
kepadanya".
(As-sad:71-72
Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan bahawa akhlak itu boleh diubah dan ia juga boleh
berubah sebagaimana yang diinginkan oleh manusia. Segala ajaran Nabi Muhammad s.a.w
menjurus kearah mendidik manusia agar menjauhkan nafsu ammarah atau nafsu yang paling
jahat daripada berputik di dalam diri manusia.9
i)Membudayakan diri dengan akhlak
Sebagaimana yang dinyatakan dalam akhlak Islam, setiap agama Allah mengandungi dua
asas iaitu akidah dan syariat. Apabila akidah dipelihara, dijadikan matlamat dan syariat
sebagai jalan maka dengan sendirinya akan berbuahlah akhlak dalam diri seseorang. Tanpa
akidah dan syariat, akhlak tidak mungkin dihasilkan.
Imam Al-Ghazali, 2006. Mukhtasar Ihya Ulumiddin. Johor Bharu:Jahabersa, hlm. 180-181.
Ibid.
Nafsu ammarah maksudnya nafsu mencela. Orang yang memiliki nafsu ini selalu terlibat dengan dosa, leka
dan dibuai dengan nikmat dosa tanpa berfikir akibatnya. Mereka tidak selamat di dunia dan akhirat.
10
sendiri terdiri daripada prinsip dalam akhlak. Baik akhlak baiklah moralnya. Malah seseorang
itu tidak boleh lagi dikatakan bermoral walaupun dia mempunyai sifat-sifat yang baik selagi
aqidah dan syariat tidak dijadikan matlamat dalam setiap tindakan.
1.6
RUMUSAN
Untuk memudahkan huraian selanjutnya, penulis merumuskan akhlak dan moral itu sinonim
kepada akhlak yang baik dari segi lokalitinya(urf)10 selaras dengan penggunaan moral itu
adalah akhlak dalam masyarakat Melayu11 :
1.
Akhlak dalam Islam ialah satu kumpulan sifat-sifat yang baik dan terpuji yang
dihasilkan daripada dua komponen utama dalam agama Allah iaitu aqidah dan syariat.
Manusia yang berpegang dengan aqidah yang sahih dalam melaksanakan tuntutan syariat
yakni perintah Allah S.W.T, akan menghasilkan akhlak kerana akhlak merupakan roh kepada
kedua-duanya. Tindakan atau perbuatan yang tidak bermatlamatkan kedua-dua asas ini tidak
akan menghasilkan akhlak menurut pandangan Islam.
2.
Moral dalam Islam tidak diberikan istilah yang khusus kerana ia dikategorikan
sebagai prinsip-prinsip atau kaedah dalam akhlak Islam. Islam tidak begitu membahaskan
persoalan moral kerana apa yang dipentingkan dalam Islam ialah akhlak. Akhlak yang wajib
10
Syariat Islam memelihara urf manusia dengan syarat tidak berlaku kerosakan dalam kehidupan dan tidak
hilang kepentingan (maslahah) kehidupan. Terminologi urf mempunyai hubungan yang erat dengan terminologi
adat dimana kebanyakan sarjana Islam tidak membezakan kedua-duanya. Kedua-dua terminologi ini
mempunyai pola unsur-unsur kebudayaan. Dalam penggunaan bahasa Melayu terminologi urf jarang
digunapakai.
11
Othman Ishak, 2003. Hubungan Antara Undang-Undang Islam dengan Undang-Undang Adat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahas Dan Pustaka, hlm. 27.
11
diketahui dan difahami oleh manusia kerana sasaran akhlak ialah manusia. Tujuan Nabi
Muhammad s.a.w diutuskan kepada manusia ialah untuk menyempurnakan akhlak.
3.
kerana tuntutan dunia filosofik hari ini. Akhlak falsafah dibincang bertujuan menaikkan
kedudukan dan martabat akhlak Islam dalam generasi hari ini. Perbincangan akhlak falsafah
terbatas untuk para pemikir Islam yang berkeupayaan sahaja dan tidak disebarkan kepada
orang awam untuk mengelakkan kekeliruan dalam memahami akhlak dan falsafah itu sendiri.
4.
Menurut pandangan Islam seseorang yang berakhlak apabila dia melakukan sesuatu
bentuk tingkah laku yang baik secara berulangkali sehingga menjadi kebiasaan melalui cara
menjaga diri terhadap Allah, takut kepadaNya, mengulang-ulang sesuatu perintah Allah
sehingga kesyumulan sifat ini meronai seluruh kehidupan mereka dalam semua tindakan.
Akhlak Islam ini pula bertunjang daripada pegangan aqidah dan pelaksanaan syariat.
5.
Moral menurut pandangan Islam pula, terdiri daripada prinsip dan kaedah-kaedah
dalam akhlak Islam. Ia sebahagian daripada akhlak sahaja. Oleh itu, seseorang yang
mempunyai sifat-sifat yang baik belum boleh dikatakan berakhlak jika sifat-sifat yang baik
itu tidak dilakukan bermotifkan aqidah Islamiah dan syariat untuk mematuhi perintah Allah
S.W.T.
Kesimpulannya, konsep akhlak dan moral menurut pandangan Islam tidak berbeza
dari aspek lokalitinya(urf). Contoh masyarakat Melayu menggunakan istilah moral itu
sebagai akhlak samaada didalam penulisan atau komunikasi mereka. Namun, hal ini tidak
menjadi persoalan kerana orang-orang melayu memahaminya dengan kehendak syara.
Istilah akhlak pula banyak digunakan orang-orang di Timur Tengah, walaubagaimanapun
12
perbezaan diantara akhlak dan moral ini tetap perlu diperjelaskan secara ilmiah kerana
interpretasi daripada kedua pemahaman istilah tersebut akan menentukan sama ada seseorang
manusia itu mentaati perintah Allah atau sebaliknya.