Sie sind auf Seite 1von 3

Kesan Permainan Video

Dengan popularnya video game atau dalam Bahasa Malaysia, Permainan Video, jarang kali kita
berjumpa dengan orang yang tidak tahu mengenainya. Permainan video sangat popular dan
dimain oleh setiap lapisan umur. Seperti dengan hiburan lain, permainan video ada keburukan
dan kebaikannya. Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan
kerehatan tubuh badan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah
bin Amr bin Al-As, yang bermaksud:
"Wahai Abdullah bin Amar, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t.,
dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka
berilah kepada yang miliki hak tersebut.
Permainan video membuatkan kita mudah untuk menjadi ketagih dengannya. Tidak
hairan kita melihat orang bermain permainan video sehingga melupakan segala benda lain. Inilah
antara keburukan serius dalam permainan video. Kes-kes serius seperti ini selalu kita terlihat di
Internet di mana orang terlalu ketagih dengan permainan video sehingga lupa akan tugas lainnya
sehingga tidak makan dan bermainan untuk berpuluh jam, ini amat tidak sihat untuk kita. Pernah
juga ada kes yang sepasangan suami isteri amat ketagih dengan permainan videonya sehingga
lupa memberi makanan kepada anak bayi mereka.
Permainan video ini boleh membuatkan kita lalai dengan dunia dan lalai dengan kerja
yang sepatutnya dibuat. Ini adalah sangat bahaya dan boleh mengakibatkan kita lupa dengan
tugas harian seperti solat lima waktu. Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan,
menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan tidak terdapat jika kita ketagih dengan jenis
hiburan ini.
Tetapi, permainan video juga mempunyai kelebihannya jika kita tidak terlalu obsess
dengannya. Permainan video dapat mengajar kita dalam pelbagai aspek ilmu dan pemikiran.
Kebanyakan permainan video perlu pemain menggunakan pemikiran supaya dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Proses ini yang selalu dimainkan akan membuat
pemain lebih biasa dengan menyelesaikan masalah, menjadikan pemain seorang yang sudah
terbiasa menghadapi masalah dan cara untuk menyelesaikannya. Ada juga permainan video yang
menguji refleks mata,tangan dan kepantasan pemikiran kita. Ini membuatkan pemain lebih aktif

secara mental. Permainan video juga ada mengandungi ilmu ilmu sains dan sejarah yang kita
boleh pelajari secara tidak langsung. Kebanyakan permainan video mempunyai jalan cerita yang
mengikut sejarah dan ada juga yang menguji tentang ilmu sains kita. Secara tidak langsung kita
boleh mempelajari ilmu tersebut dengan bermain permainan video.
Allah s.w.t berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu, tiadalah orang yang sesat itu akan
memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah
kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu
kerjakan.
(Ali Imran 105)
Kesimpulannya, permainan video mempunyai keburukan dan kebaikannya. Kita sebagai
pengguna harus tahu batas untuk kita sendiri supaya tidak menjejaskan hidup kita dan
menggunakan hiburan ini untuk kelebihan kita. Asalkan kita mengelakkan keburukannya, kita
akan menikmati kebaikan yang diberikannya.

RUJUKAN
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8300-islam-dan-hiburan
Muhammad Mutawwali Syarawi(2010). Ensiklopedia Adab Islam berdasarkan Al-Quran,
Jasmin Publications, Puchong Selangor,ms 559.

Das könnte Ihnen auch gefallen