Sie sind auf Seite 1von 10

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023

SOALAN 1
Analisis perkembangan kanak-kanak di sekolah
Psikoseksual Freud dan Teori Psikoseksual Erikson.

rendah

berdasarkan

Teori

Mengikut teori ini tahap perkembangan kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa


bahagian:
Teori Psikoseksual (Sigmund Freud)
a. Tahap oral (mulut)
Tahap ini berlangsung selama 18 bulan pertama dalam kehidupan manusia. Mulut
merupakan sumber kenikmatan manusia yang utama dalam kehidupan manusia. Terdapat 2
aktiviti tahap oral di sini iaitu menggigit dan menelan makanan. Selain itu, ia merupakan
prototaip bagi ciri perwatakan yang berkembang di kemudian hari. Kenikmatan yang
diperolehi dari inkorporasi oral dapat dimasukkan ke bentuk-bentuk inkorporasi lain, seperti
kenikmatan setelah memperoleh pengetahuan dan harta. Sebagai contoh, orang yang
senang ditipu adalah orang yang mengalami fiksasi pada taraf kepribadian inkorporatif oral.
orang seperti itu akan mudah menelan apa saja yang dikatakan orang lain.
b. Tahap anal
Tahap ini berlangsung antara usia 2 dan 4 tahun. Kenikmatan akan dialami anak-anak dalam
fungsi pembuangan. Sebagai contoh, menahan dan bermain-main dengan dubur, atau juga
senang bermain-main dengan lumpur dan kesenangan melukis dengan jari.
c. Tahap falik
Tahap ini berlangsung antara usia 4 dan 6 tahun. Tahap ini sesuai dengan nama remaja
lelaki.sehingga ia merupakan daerah kenikmatan seksual lelaki. Sebaliknya pada anak
wanita merasakan kekurangan akan penis kerana ia hanya mempunyai klitoris, sehingga
terjadi penyimpangan jalan antara anak wanita dan laki-laki. lebih lanjut, pada tahap ini anak
akan mengalami oedipus complex iaitu keinginan yang mendalam untuk menggantikan
orang tua yang sama jenis kelamin dengannya dan menikmati afeksi dari orang tua yang
berbeza jenis kelamin dengannya. misalnya anak lelaki akan mengalami konflik oedipus
iaitu mempunyai keinginan untuk bermain-main dengan penisnya dengan penis tersebut ia
juga ingin merasakan kenikmatan pada ibunya.
d. Tahap latensi
Tahap ini berlangsung antara kira-kira usia 6 dan 11 tahun. Tahap latensi ini merupakan
tahap yang paling baik dalam perkembangan superego dan dalam tahap ini seksualitas
seakan-akan mengendap, tidak lagi aktif dan menjadi laten.
e. Tahap genital
Tahap ini berlangsung antara kira-kira dari masa remaja dan seterusnya, bersamaan dengan
pertumbuhannya, alat-alat kelamin menjadi sumber kenikmatan dalam tahap ini, sedangkan
kecenderungan-kecenderungan lain akan ditekan.kualiti yang tersedia ada dalam diri
seorang anak untuk memenuhi keperluan boleh dikatakan terbatas. Oleh kerana itu apabila
keperluan seseorang anak tidak dapat dipenuhi pada tahap tertentu, sebahagian
1

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023


daripadanya akan tetap berorientasi ke arah pembentukan keperluan tersebut dan mereka
melawati tahap perkembangan berikutnya.
TEORI PSIKOSOSIAL(ERIK ERIKSON)
Terdapat 8 tahap untuk teori ini iaitu:
i.

Percaya vs tidak percaya

-0-11 tahun
-menerangkan tentang kasih sayang
-contohnya: Puan Nurul amat menyayangi anaknya iaitu Amin,namun Amin tidak
mempercayai bahawa ibunya amat menyayanginya kerana puan nurul tidak
menunjukkan kasih sayangnya terhadap Amin.
ii.

Autonomi vs ragu-ragu

-1-2 tahun
-memerlukan keyakinan dalam diri untuk memilih sesuatu yang diingini
-contoh: -kanak-kanak perlu menggunakan minda mereka untuk berfikir
iii.

Inisiatif vs rasa bersalah

-3-5 tahun
-kanak-kanak akan rasa bersalah jika mereka melakukan sesuatu
-contoh: Muaz merasa amat terkilan kerana perbuatannya sering dikritik oleh ibu
bapanya.
iv.

Industri vs rasa rendah diri

-6-11 tahun
-sudah pandai membaca,mengira,menulis,melukis
-contoh: Aiman sudah pandai melukis kerana di sekolah cikgu ada mengajar
v.

Identiti vs keliru peranan

-12-19 tahun
-mencari identiti diri yang sebenar
-sudah tahu untuk menilai tentang identiti diri masing-masing
-sudah tahu yang mana baik atau buruk
-contoh: Apit tidak keliru tentang persaan dia yang sebenarnya kerana dia amat
meminati Ayu.tetapi Ayu tidak tahu yang Apit menyukainya kerana.Apit keliru samada
beliau harus berterus terang atau tidak.
vi.

Imaginasi vs isolasi

-awal dewasa
-memikirkan masa depan (cita-cita,kerjaya dan pasangan)
-contoh pasangan:memperkembangkan hubungan yang rapat dengan pasangan.

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023


viii.
Generativiti vs penyerapan kendiri
-dewasa pertengahan
-memikirkan tanggungjawab yang akan dipikul dimasa hadapan
-memberi tumpuan kepada keluarga,adik beradik,anak-anak
-memikirkan tentang masalah dan perasaan orang lain.
ix.
Keutuhan vs putus asa
-tua
-mereka mudah putus asa dengan apa yang mereka lakukan.
-mak cik fatin,mudahberputus asa kerana setipa apa yang beliau lakukan semuanya
tidak menjadi

SOALAN 2

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023


Gejala sosial sering menjadi isu yang selalu dibincangkan. Bincangkan dengan
membuat perbandingan antara perspektif Kohlberg dan Islam tentang isu moral.
TEORI PERKEMBANGAN MORAL MENURUT KOHLBERG
Makna Perkembangan Moral
Perkembangan sosial merupakan proses perkembangan anggota masyarakat dalam
berhubungan dengan orang lain. Perkembangan ini berlangsung sejak masa bayi hingga
akhir hayat. Perkembangan merupakan suatu proses pembentukan social self (peribadi
dalam masyarakat), iaitu pembentukan peribadi dalam keluarga, bangsa dan budaya.
Perkembangan sosial hampir dapat dipastikan merupakan perkembangan moral, sebab
perilaku moral pada umumnya merupakan unsur asas dalam tingkah laku sosial.
Seperti dalam proses perkembangan yang lainnya, proses perkembangan sosial dan
moral selalu berkaitan dengan proses belajar. Sebenarnya hasil perkembangan sosial
sangat bergantung bagaimana proses belajar dan bergaul samada di sekolah, keluarga atau
di lingkungan masyarakat. Hal ini bermakna bahwa proses belajar dan pergaulan sangat
menentukan kemampuan manusia dalam bersikap dan berperilaku sosial yang selaras
dengan norma moral, agama, moral tradisi, moral hukum, dan norma moral yang berlaku
dalam
masyarakat.
Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg (1984)
Pada tahun 1958 melalui hasil kajiannnya, Kohlberg telah membahagikan peringkat
perkembangan moral kepada tiga peringkat yang utama dan setiap peringkat dipecahkan
kepada dua tahap :
Tiga tahap asas penaakulan isu-isu moral dan setiap satunya dibahagi kepada dua.
J.P Shaver dan W.Strong (1982) menyatakan tiga tahap dan dua peringkat
Perkembangan Moral Kohlberg adalah seperti berikut :
Tahap 1: Penaakulan Moral Pra-konvensional
Pertimbangan berdasarkan keperluan individu dan peraturan orang lain
Peringkat 1

Orientasi Hukuman dan Kepatuhan

Peraturan dipatuhi untuk mengelakkan hukuman. Perbuatan yang baik buruk ditentukan oleh
akibat fizikal
Peringkat 2

Orientasi Ganjaran Individu (Instrumen Relativist)

Keperluan individu menentukan salah dan betul. Pertolongan adalah atas dasar
mengharapkan balasan
Tahap 2: Penaakulan Moral Konvensional
Pertimbangan adalah berdasarkan persetujuan orang lain, harapan keluarga, nilai
tradisional, undang- undang masyarakat, dan kesetiaan kepada Negara.
Peringkat 3
Orientasi kanak-kanak baik (Good boy-Nice girl orientation)
Ini berdasarkan apa yang baik, bantuan, dan dipersetujui oleh orang lain
4

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023


Peringkat 4
Orientasi mengekal susunan sosial
Undang-undang adalah mutlak. Pihak berkuasa mesti dihormati dan susunan sosial
dikekalkan.
Tahap 3 : Penaakulan Moral Pos-Konvensional
Peringkat 5
Orientasi Perjanjian Sosial
Kebaikan dinilai dari standard hak individu yang ditentukan secara sosial.
Peringkat 6
Orientasi Prinsip Etika Universal
Kebaikan dan betul adalah perkara-perkara yang melibatkan hati nurani Seseorang individu
dan melibatkan konsep abstrak seperti keadilan, maruah insan dan kesamaan.
AKHLAK & MORAL DARI PERSPEKTIF ISLAM
1.0 PENDORONG TABIAT MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT
Dari perspektif Islam. Terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia
iaitu:
a) Nafsu Ammarah
b) Nafsu Lawwamah:
c) Nafsu Mulhamah:
d) Nafsu Mutmainnah:
2.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL ANAK-ANAK UNTUK MENJAGA MORAL
Kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan
yang buruk dan perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Barat dan Islam mempunyai
perspektif yang sama dalam hal ini, Apa yang membezakan ialah Islam menekankan
pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi
pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan
jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di
aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, akibatnya
generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya
tetapi dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya.
Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan
pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan
keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset
penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah
generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah
negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak
keunggulan Islam sebagai agama sejagat.
Justeru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan
awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangan moral
yang
akan
datang.

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023


2.0 TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK MENURUT ISLAM & KAITAN DENGAN
PEMBENTUKAN MORAL
Sekiranya setiap suami isteri menghayati dan mempraktikkan nilai keislaman dalam
kehidupan keluarganya, mudahlah mereka mendidik anak dengan benih ajaran Islam.
Sebaliknya, jika pasangan itu gagal menerapkan nilai Islam dan mengekalkan kerukunan
rumah tangga, amat sukar bagi mereka untuk mentarbiah anak mengikut acuan dan budaya
hidup Islam.
Satu hal yang amat penting dan wajar diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti
mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan
ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Memang
benar ibu bapa ada memberi didikan agama pada anak-anak mereka tetapi adakah didikan
itu mencukupi dan diberi secara menyeluruh?
Hari ini, rangkaian televisyen, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu pengetahuan
kebanyakkannya tidak menjurus kepada ketaatan. Adakah ini punca terjadi peningkatan
perbuatan negatif oleh generasi muda kita? Siapakah yang bersalah? Orang tua, guru atau
pelajar itu sendiri? Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu
gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa
hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa.
Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri.
3.0 PUNCA MASALAH SOSIAL / KENAKALAN ANAK
1. Faktor keluarga
Akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada
dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah
di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah
rumahtangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka
kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Isu
pembawaan keluarga itu ialah;
a. Status ekonomi ibu bapa yang rendah dan daif di mana anak membesar dalam keadaan
terbiar.
b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumbang dengan maksiat.
c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan
keluarga.
d. Rumahtangga yang tidak kukuh atau bercerai berai.
e. Syiar Islam tidak kukuh dalam rumahtangga.
2. Faktor Peribadi Yang Kotor
Peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau
mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti pemarah, tamak, dengki, pendendam,
panas baran, sombong, tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku kerana
individu itu telah dikuasai oleh naluri agresif dan tidak rasional (nafsu kehaiwanan), hasil
daripada pengalaman yang diterima sejak kecil dan kemudian diperkukuh pula bila anak itu
melalui zaman remaja. Dengan lain perkataan peribadi fitrah anak telah terencat dan
menjurus kepada peribadi yang kotor hasilnya.
3. Faktor sekolah
Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak
6

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023


selepas ibu bapa. Akhir-akhir ini ini dunia pendidikan kita pula tercabar melihat keadaan
pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan pelbagai aktiviti yang tidak mencerminkan
keperibadian yang baik. Dahulu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana pelajar
bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan. Guru adalah
pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang anak kepada
ayahnya. Akan tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula dibakar oleh pelajarnya,
guru yang semestinya dicontohi kini diburu. Daripada hati kecil kita timbul persoalan kenapa
terjadi perubahan yang besar di kalangan pelajar kita hari ini?
Mengikut kajian, faktor sekolah yang boleh mempengaruhi anak ialah:
a. Disiplin sekolah yang longgar.
b. Ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak di sekolah.
c. Guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
4. Faktor Persekitaran
Dalam Islam, persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak sehingga
wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan diduduki. Anakanak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu, tinggal di suatu
tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting membentuk sahsiah anak
untuk menjadi generasi yang baik. Persekitaran yang baik ini bermakna bukan hanya baik
dari segi keadaan fizikal tapi juga baik dari segi mental dan kehidupan beragama.
3.0 PENYELESAIAN MASALAH SOSIAL : TARBIAH (PENDIDIKAN) ANAK BERMULA
DALAM KANDUNGAN
Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya bersabda, maksudnya:"Didiklah anak kamu 100 tahun
sebelum dia dilahirkan." Hadis ini amat singkat tetapi memiliki makna falsafah yang dalam
sebab ungkapan 'seratus tahun sebelum lahir' ini bermakna jauh sebelum anak itu dilahirkan
oleh ibunya ke dunia ini. Pakar kesihatan dan ahli jiwa berpendapat bahawa keadaan orang
tuanya mempengaruhi sifat serta perilaku anak-anak yang akan dilahirkan. Ini bermakna
pendapat pakar itu dengan hadis Rasulullah s.a.w. di atas sebenarnya sealiran. Ini kerana
makna hakikat mendidik anak dalam hadis Rasul itu adalah dengan cara mendidik diri setiap
orang tua itu sendiri terlebih dahulu dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan
meninggalkan semua bentuk maksiat.
4.0 PERINGKAT PENDIDIKAN KANAK-KANAK MENURUT RASULULLAH SAW
Rasulullah s.a.w. membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat
tingkatan, iaitu:
1. UMUR 1-7 TAHUN.
Pada masa ini, Rasulullah menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi
anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak
pada masa ini bermandikan kasih sayang.
2. UMUR 7-14 TAHUN.
Kanak-kanak lazimnya akan belajar/mengikut berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang
dilakukan oleh individu di sekelilingnya terutama dari ibu bapanya. Pada masa ini Rasulullah
memerintahkan kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar
dan memerintahkan mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah 10
tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat. Rasulullah
SAW telah bersabda;
7

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023


Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang apabila berumur 7 tahun, dan pukullah
mereka (jika mereka enggan) apabila berumur 10 tahun, dan asingkan tempat tidur mereka.
(HR Ahmad & Ab Daud)
Berdasarkan kajian pakar-pakar ilmu jiwa anak, pada umur 7-14 tahun ini adalah masa
terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Seperti yang
dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan
suci. Maka, ayah dan ibunyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran) kerana pada
peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Diriwayatkan
dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya; Apa yang dipelajari oleh kanakkanak ialah seperti mengukir sesuatu pada batu.
Oleh itu ibu bapa hendaklah:a) Menanamkan asas-asas keimanan
b) Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan,
tempat tinggal dan sebagainya.
c) Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
d) Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
e) Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih
dan sayang.
f) Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
g) Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
h) Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh
anak-anak.
i) Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
j) Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar
mereka ke sekolah-sekolah.
k) Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak
berpuasa.
l) Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan
ilmu Islamnya.
3. UMUR 14-21 TAHUN.
Pada masa ini, orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras
kepada cara rasional. Orang tua perlu mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat
dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan
satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa
dirinya punya tanggungjawab dan telah dewasa sehingga perlu mengambil berat hal-hal
dalam keluarga.
Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah
dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya
mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara
baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang
menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
4. UMUR LEBIH 21 TAHUN.
Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup
akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan8

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023


peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita selaku Muslim, kadangkadang pendidikan yang diajarkan oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai
yang tidak mengamalkannya sama sekali. Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak
sampai berumur 14 tahun dan baru mula mengajar/menyuruhnya solat pada umur 15 tahun
sehingga mereka bukan saja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya
apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya
yang tertinggi, iaitu solat, maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Pada hal
hakikat solat mampu mencegah seseorang. untuk tidak melakukan perbuatan keji dan
mungkar.
Dapat disimpulkan bahawa keruntuhan akhlak serta perbuatan samseng yang dilakukan oleh
pelajar muslim di sekolah mereka, sebenarnya terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan
tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang berpunca daripada cara mendidik
yang salah. Sebahagian orang tua ada yang menanamkan pendidikan disiplin kepada anak
secara membuta-tuli tanpa melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga
anak berasa dizalimi oleh orang tuanya dari segi hak-hak tertentu. Natijah dari sikap seperti
ini akan menjadikan anak-anak jauh dari orang tua dan menganggap rumah sebagai
penjara, lalu mereka terdorong untuk mencari ketenangan di luar rumah.
Tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu terperinci
persoalan sebegini dalam kitabnya Ihya Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama
dalam pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role
model), Mulahazah wa mutabaah (Observation and imitation), itiyad
(kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (Reward and punishment) dan nasihat
(advice) sebagai penyelesaian.
Menurut Imam Ghazali:

Rohani ialah perkara yang terdiri dari akal, nafsu, jiwa dan roh.
Kanak-kanak harus dididik sejak lahir / jangan diberi kepada orang lain untuk dijaga
kecuali orang yang berakhlak mulia, baik dan kuat pegangan agama.
Ajar Al-Quran, Hadis dan Ijmak supaya mereka dikenali/ dihormati.
Elak cerita kejantinaan dan orang yang rendah moralnya.
Ajar keburukan sifat jahat, malas, tidak berbudi bahasa.
Galakan kanak-kanak bersukan / bermain.

5.0 KESIMPULAN
Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl () yang berasal
dari perkataan tafula ( )yang membawa maksud sesuatu yang lembut, mudah rosak dan
sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak
itu perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat
semulajadinya yang mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi
kerosakan yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga
amat perlu diberikan perhatian. Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang
sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu
lagi seperti kata pepatah Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya agar anak-anak dapat hidup
bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan
gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka.

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPP 4023

I
mam Al-Ghazali pernah menyebut, sesungguhnya anak-anak kita adalah permata. Dalam
membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa
mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang
kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang
kasar dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah
elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan
kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan
ammarah akan membekukan jiwa yang lembut.
Rohani : Batin yg berkaitan dengan roh @ rohani ialah jiwa / berlawanan dengan jasmani /
bukan fizikal / tidak boleh dilihat.
Ini juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-anak.
Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan cendikiawan Islam dalam
membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-anak di peringkat awal usia yang
berlandaskan pendekatan integratif seperti yang disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam
kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun mengingatkan para pendidik melalui seruannya:
Sesungguhnya kekerasan dalam mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang
yang dididik lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara
kekerasan dan paksaan, maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu
hilang kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat

10

Das könnte Ihnen auch gefallen