Sie sind auf Seite 1von 26

MULA BINA KEDAI FACEBOOK YANG BERANTU

2 Sebab UTAMA kamek molah eBook tok.


1) Sebab 2-3 tahun kebelakangan tok Mark Zuckerberg, si empunya
Facebook tok, dah makin lokek dengan REACH sesuatu post biasa atau
jualan di FB Page.
2) Makin rami peniaga yang ada kedei/stall (jual burger/aek teh/aek
kopi/kedei makan) molah FB Page untuk kedei sidak nya sebab untuk
senang nak follow up dengan customer lamak, atau untuk memikat
customer baru. Dengan kata lain, PROMOSI PERCUMA kepada RIBU-RIBU
orang. WOWW. Makin banyak Likes makin bangga.

TAPI, sebenarnya pilihan sidak nya untuk


PROMOSI PERCUMA dengan molah FB Page
ialah SALAH!

Apa masalah teknikal yang kitak sik sedar?


Setiap kali kitak molah post, sama ada post berbentuk ayat jak, atau post
bergambar, mesti jumlah LIKES dan KOMEN sik memberangsangkan.
1 post, hanya berbelas-belas Likes & Komen jak. Maka FB Page kitak dah ada
berrrribu-ribu orang Like!. Kenak?
Gine promosi nak berkesan? Mun sigek post respon nggak 10-20 orang?

REACH
Ya lah kamek madah tadik pasal REACH ya. Untuk FB Pages, mun maok semua
orang dalam Page ya atau orang luar Page ya, memang perlu gunakan FB
Advertising (FB Ads). Dengan kata lain, bayar FB untuk promosi dengan sidak
semua ya.
Kecik budget = Sikit la jumlah orang yang nanggar post kitak ya.

Ayat mudah untuk senang faham ialah

FB PAGES = NO MONEY, NO TALK!

APA PERKARA KITAK PERLU POLAH?


LEPAS MOLAH PERKARA-PERKARA TOK, MUN POST KITAK SIK DAPAT 50
LIKES KE ATAS, KAMEK BERIK KTK CASH RM50!
1) Polah FB Profile baru (akaun baru)
2) Atur setting FB WAJIB
3) Add friends (Targeted)
4) Mula post
5) Nikmati respon bertubi-tubi

Simple nak? Betul. So, camya jak lah cara nya nak dapat kan respon BERANTU.

Tahniah dan Selamat Mencoba!

Lom abis gik la, tok ialah penerangan kepada 5 langkah di atas ya:
Tok part paling penting, WAJIB bukak FB baru yang 0 friend.

Kenak?
Tok penting untuk algorithm fb ngira setakat ne hubungan kitak dengan orang
lain.

(Soalan)
Kamek ada FB lamak, sik pakei gik, sayang bah dalam ya dah ada 1000 lebih
friends. Boleh sik guna ya n just tukar nama?
Mintak maaf. Sik boleh. Sebab, friend list dalam ya sik akan targeted. Sayang
dengan kualiti engagement kitak kelak. Persoalannya lagik, adakah seribu
lebih orang friend lamak ya, masih aktif berfb? Jadi, saranan kamek, JANGAN..

POLAH BARU!

(Soalan)
Kamek dah ada FB Pages kedei kamek, sayang bah dah ada 2000 lebih orang
Like. Perlu polah baru juak ka?
Perlu, ya FB Pages, teknik BERANTU tok makei FB Profile.
FB Pages, susah nak dapat respon dari orang-orang yang Like ya, melainkan
guna FB Ads, tapi berbayar la. Bayar ngan dak Facebook. Maok berbayar ka
FREE?
Kamek pernah juak ada FB Pages yang dah ada 7 Ribu lebih Likes, tapi kamek
still polah baru FB Profile, sebab kadar REACH BERBEZA. Sebab FB Page nang
dipolah untuk sidak yang perlu iklan berbayar.

Setting FB kitak semua mesti setting dengan betul. Mun sik, arap2 ati jak kelak
kitak nak dapat Like n Komen yang banyak.

Pergi setting.
Click Privacy

Ubah setting privacy kepada Public & Everyone


Macam dalam gambar tok.

*Penting, supaya semua orang dapat nanggar post kita,


bukan setakat kawan, tapi, kawan kepada kawan kita
pun dapat nanggar.

Ada yang bingong, FB Profile tok limit 5000 friends jak.


Mun molah FB Page, dapat NO LIMIT orang Like.
Jangan bingong.

Setting follower pun perlu ON kan juak.


Dekat setting tek, pergi ke Followers
Semua tukar kepada Public.

*Lepas FULL 5000 friends, orang yang add kitak,


otomatik jadi follower.

Ya jak. Semua setting ya penting.

Tok fasa paling penting. Fasa Add Friends


Tok la sebab utama kenak kamek sik suroh makei FB lamak tukar nama.

TARGETED FRIENDS => Respon


Tok penting sebab apa yang kita maok, mun dapat semua akan respon bila kita
post sesuatu. Jadi, untuk dapatkan respon yg banyak, kita perlu carik 5000
orang friends list kita ya betul2 SOLID. KAW2.

*Nota penting. Yang sekda di google. Baca mena2.


- Ingat, sekiranya friends kitak ada 1000 orang. Setiap post kita sik akan sampe/reach ke semua News
Feed 1000 orang ya. Nya akan sampei kepada lebih kurang 7% gia jak.
- Jadi, mun ktk ada 1000 friends, sekali kitak post, post kitak ya hanya limpas di News Feed 70 orang
jak.
- Tapi sekiranya 70 orang ya jenis sik minat dengan post kitak, terus scroll, baca pun sik. Sebab ya la
post kita dapat sikit jak Like & Komen.
- Ingat 2 perkara tok jak penyebab respon kurang:
1) Sebab kawan sik minat nak respon (bukan targeted)
2) Sebab sik limpas di News Feed dak nya.

Contoh 1 :
Jual tudung
Add hanya orang yang berpotensi meli tudung jak. Siapa?
- Perempuan + Melayu + Islam . Cukup!.
- Jangan add/approve request Lelaki/Cina/India (Buang kuota jak. Biar
5000 friends kitak ya nang antap2 SOLID. KAW2. Baruk sidaknya respon
setiap kali kitak post.)

Contoh 2 :
Stall Jual Aek Kopi
- Add hanya orang yang berpotensi meli aek kitak jak. Siapa?
- Laki kah rempuan sik kesah.
- Umur sik kesah.
- Miak kecik ka org tua sik kesah.
- Orang-orang berdekatan stall ktk. (radius 10km, 20km, 30km)

*Haaasidak area tok la yang sangat berpotensi meli.

CARA TARGET FRIEND UNTUK DI ADD.


Untuk add friends dengan betul2 tepat, kitak boleh jadi Spy kejap. Pegi ke FB
yang berkaitan dengan kitak. Sama ada pesaing atau lokasi kitak pun kedei.
Contoh :
Sekiranya - Stall Jual Aek Kopi di Gita
Camne nak carik orang berpotensi?
1) Kitak boleh pegi FB org lain kat area Gita ya.
2) Kitak boleh pegi FB kedei2 makan femes kat area ya.
3) Kitak boleh pegi FB pesaing2 kitak yang jual kopi juak sekitar Kuching.
Lepas ya? Tanggar post-post sidaknya, sekiranya banyak Like n Komen, klik kat
Like ya, then kitak boleh Add as friends sidak semua.

Macam ya lah kerja kitak hari-hari sebulan pertama. Jangan over gilak bila dah
rindok ati k. Sebab takut pihak Facebook detect kitak sedang spam. Jadi,
cukup sehari add 150 orang.

Kenak sidak tok ialah ialah friends yang berkualiti?


- Sidak ya Like post yang latest. Bermaksud sidaknya nang sedang aktif
berfacebook.
- Sidak ya dah Like pages sidak pesaing yang jual benda yang sama.
Maksudnya, sidaknya minat ngan benda ya. Contoh tok tek, Kopi. Jadi,
sidak tok ada potensi minat sekiranya kitak jual kopi juak.

Kelebihan FB Profile berbanding FB Page?


Apabila kita molah page, bila kita invite kawan-kawan, invitation akan keluar
dalam ruang Notification. Apabila dalam ruang notification, peluang untuk
orang Nampak invitation kita, sangat tipis. Dengan kata lain, sekali nya terlajak
scroll, kompom la nya sik akan klik n Like.

Selain dari ya, orang jadi 2 kali kerja, mula2 click invitation ya, pasya pegi ke
page ya, lepas ya baruk orang klik LIKE.

Camne dengan FB Profile biasa?


Apabila kita add orang, request kita akan masok ke tab friend request. Bila
dalam tab tok, dalam kepala orang ya ketika ya memang dalam mode nak
approve friend. HaaaJadi peluang untuk nya approve friend request kita
ialah sangat2 tinggi. Sebab apa? Sebab orang sekali kerja jak, nya minak click
confirm jak.

Apabila friends kitak dah FULL 5000 orang kelak, semua orang request ya akan
jadi tergantung jak. Jangan bingong. Oleh kerana kita dah on fungsi followers
tadik, jadi, sidak nak add lepas ya, semua akan jadi followers kita.

Jadi setiap post kita, bukan hanya untuk 5000 friends kita jak, malah kepada
semua termasuk followers juak.

Bagus kah cara kumpul followers tok?


Antara pengasas produk terkemuka yang hanya guna FB Profile, bukan FB
page ialah Safiey Ilias. Tanggar jumlah followers nya.

Jadi, jangan pandang rendah cara PERCUMA tok k. Sik perlu FB Ads.

Nak post pun ada cara juak. Bukan main hentam jak k.
Antara bentuk post yang kitak perlu polah untuk banyak respon.
1) Post apa-apa jak, akhir dengan pertanyaan. Gambar kerek, post kamek
minggu pertama. Gambar belah kanan ialah terkini. Apabila friends kitak
nang betul2 targeted (contohnya dalam niche makanan), post apa pun
orang minat. Walaupun ayat simple jak.

2) Pagi-pagi, post jenis motivasi/doa, nok bagus2 dan coba dapatkan


respon dari friends. Insyaallah sidaknya ringan tangan untuk komen atau
like.

3) Jangan lupak untuk selitkan emosi dalam setiap post. Macam-macam


emosi dapat di selit, marah,teruja,gembira, sedih dsb.

4) Post berbentuk TREND. Apa tengah HIT time ya.

5) Post jenis perbincangan Galakkan kawan-kawan berbincang.

6) Post jenis CONTEST.


a. Cara tok bagi yang maok respon lebih cepat
b. Bagi yang nang bersedia melabur untuk kos iklan
c. Bagi yang niat mula-mula ingin nak melabur untuk fb ads.
d. Daripada kita bayar ratusan atau ribuan ringgit kepada pengiklan,
newspaper ka, fb ads ka, radio ka, bagus kita labor sikit jak, ringgit-ringgit jak
untuk molah CONTEST.
e. Berik la hadiah apa yang kitak jual. Sebab, tok cara kitak tapis orang baru
yang akan add kitak. Kita pastikan orang yang betul2 minat jak add kitak.
f. Sebab? Mun betol setting, CONTEST kitak akan jadi

VIRAL

g. Perkara WAJIB yang mesti ada dalam sesuatu contest ialah

Arahan suruh orang Komen. (supaya ada engagement)

Arahan suruh orang Share. (supaya kawan sidaknya pun dapat

join contest kitak, supaya kawan sidaknya pun add ktk as friend.
Dengan kata lain VIRAL)

Waktu tamat contest. (PENTING! Untuk timbulkan perasaan aku

mesti join dalam hati sidak yang nanggar contest ya)


h. Pastikan kitak dah fikirkan macam ne nak tentukan pemenang, sama ada;

Share yang dapat Likes terbanyak, atau

Share dengan ayat paling kreatif, atau

Berdasarkan nombor bertuah, atau

Apa-apa cara kitak boleh cipta sendiri.

**Sentiasa BERIK ARAHAN kepada friends kitak untuk buat sesuatu, kerana lumrah manusia nang
mesti disuruh baruk polah. Camya juak di Facebook.
Tapi, berik arahan berpada-pada. Jangan sampei orang bencik ngan kitak.

UMPAN

CONTEST

KEPUTUSAN

i. Dalam satu contest, mesti ada 3 fasa.

Fasa UMPAN
Create engagement dolok. Biar orang connect ngan kitak dolok,
supaya nya alert bahawa kitak akan molah contest kejap gik.
Post contest selepas sejam atau 2 jam. Biasanya post UMPAN
tok jenis arahan simple jak. NEGUK jak sikit bah.

Fasa CONTEST
Lepas di umpan tadik, sidak akan nunggu kitak post, time tok la
kitak sedang bina TRUST atau kepercayaan. Bila kitak post
contest, kitak dikira boleh dipercayak. Daknya akan suka kitak.
Cara contest, ekot jak kreaticiti kitak. Asalkan nama nya
CONTEST. Orang mesti suka. Walaupun merik gula batu Hacks
sposen 2 igek. Hehe

Fasa KEPUTUSAN
Tok lah fasa paling penting yang nyuruh orang lain pun maok
add atau follow kitak.
Bila sidak nanggar kitak benar-benar merik hadiah untuk
contest, mana-mana orang lain yang baruk kenal kitak, sik
teragak-agak akan follow kitak sebab,
a. KITAK BOLEH DIPERCAYAI
b. KITAK SIK ABU-ABU
c. KITAK JUJUR

Bila orang suka, yakin, percayak dengan kitak, sidak akan ringan
tangan akan respon jak bila ada apa-apa post terbaru dari kitak.

Dalam kita menikmati respon bertubi-tubi, kita jangan lupak ada beberapa
pantang larang untuk mengelakkan kitak di bencik orang.
Sedangkan pada mulanya daknya suka ngan kitak.
1. Jangan POST terlalu kerap dalam sehari, cukup 3 4 post jak.
a. Takut orang lejuk.
b. Takut orang sik focus dengan post-post kitak.

2. Jangan tag kawan-kawan dalam sesuatu post.


a. Sekali kitak molah macam ya, akan jadi belalak
b. Bila selalu, orang akan jadi sik suka, akan menjaikkan nama kita.

Jadi, setting untuk timeline and tagging perlu di ubah juak.


Lepas ya baruk wall kitak jadi bersih, kacak, sebab orang akan nampak post
kitak ajak.

Tapi, ada juak tag yang boleh kitak lepaskan ke wall kitak, macam orang puas
hati dengan kitak. Supaya orang lain nanggar akan lebih yakin dengan kitak.

3. Jangan message promosi ke inbox orang, tanpa izin dari nya. Orang
sangat bencik macam ya. Camne keizinan yang membenarkan kitak PM
daknya?

Fasa yang terakhir ialah


LOMPAT-MELOMPAT

Apa Maksud Lompat Melompat?


Macam hidup seharian juak. Kita mesti rajin-rajin negur kawan-kawan kita.
Contohnya:

Like post kawan-kawan

Komen post kawan-kawan

Share post kawan-kawan (mun berkaitan dengan kita)

Macam kamek sendirik pun, setiap hari, akan Like/Komen lebih kurang 100
post yang melimpas di wall kamek.

Kelak dah lamak-lamak, otomatik orang pun rajin-rajin juak singgah ke wall
kita.

Jadi, rajin-rajin lah melompat dari 1 wall ke 1 wall k.

Terima kasih kerana membuat pilihan bijak.


Selamat datang ke dalam dunia ZERO COST MARKETING

Das könnte Ihnen auch gefallen