Sie sind auf Seite 1von 3

Pada abad 15 dan 16 masihi, Portugis adalah pakar kepada penulisan kaligrafi dan perkembangan

tulisan latin. Sehingga hari ini, peta Portugis sebagai dokumen terawal tentang negara kita masih relevan
menceritakan panorama Melaka secara grafik melalui permulaan penulisan huruf rumi yang terdapat
pada peta Melaka buatan Portugis. Karakter pembentukan kesenian estetik huruf bermula dari huruf latin
berbahasa Portugal. Bercirikan budaya dan karakter Portugis. Kajian mengenai seni dan bahasa
berhubungan dengan terus dengan sejarah huruf penulisan dan bahasa, sejarah dan budaya masyarakat
pada masa peta itu dibuat. Ia bermula daripada tulisan kaligrafi Portugis dimana huruf bukan saja
mewakili sebuah identiti dari kemahiran kartografer, bahkan dapat menunjukkan karakter dan identititi
sebuah bangsa. Ini terbukti kerja-kerja yang pemetaan yang dihasilkan di seluruh Eropah Barat pada
abad ke-15-16 masihi kesemuanya menunujkkan identiti budaya bangsa negara masing-masing. Huruf
Latin pada asalnya digunakan oleh masyarakat Rom untuk menulis pada abad ke-7 SM. Huruf Latin telah
berubah sepanjang 2500 tahun dimana huruf Yunani, mereka menyebut setiap hurufnya dengan alpha,
beta, gamma, delta, dan seterusnya. Sementara huruf Latin menyebut setiap hurufnya dengan a,b,c d
dan seterusnya. Tulisan Latin adalah asas kepada tulisan Rumi yang digunakan kini yang menjadi tulisan
seragam bagi bahasa Inggeris. Sejarah tulisan Rumi di Malaysia bermula dengan kedatangan Portugis ke
Melaka pada 1511. Tulisan pertama dalan huruf Latin adalah sebuah ukiran yang dibuat pada abad ke-7
SM iaitu Praeneste Fibula yang disimpan di Muzium Museo Preistorico Etnografico Luigi Pigorini di Rom.
Ukiran itu ditulisan dari kanan ke kiri: MANIOS: MED: FHEFHAKED: NUMASIOI dalam bahasa Latin
klasik dibaca Manius me fecit Numerio yang artinya Manius membuatku untuk Numerius.
Pada awalnya, huruf Latin terdiri daripada 21 huruf iaitu A B C D E F Z H I K L M N O P Q R S T V X.
Sekitar tahun 250 SM, huruf Z dihilangkan kerana tidak mengeluarkan bunyi tertentu sehingga dianggap
tidak berguna. Kemudian, huruf G ditambah sebagai huruf yang mirip dengan C. Huruf G diletakkan
selepas huruf F menggantikan huruf Z.Pada masa itu, huruf Y dan Z akhirnya diperkenalkan dan
diletakkan di urutan paling belakang. Pada awal era Kristianisasi, huruf Latin berubah menjadi 23 huruf
iaitu A B C D E F G H I K L M N O P Q R S T V X Y Z. Tiga huruf lain iaitu U, W, dan J ditambah pada
abad pertengahan.
Menyorot kembali Ejaan Rumi Melayu, dari segi bahasa

Das könnte Ihnen auch gefallen