You are on page 1of 5

AL-IMAM PERINTIS PERSURATKHABARAN MELAYU

Al-Imam merupakan sebuah majalah tulisan Jawi yang mula terbit pada awal
abad ke-20. Majalah ini diterbitkan di Singapura sebanyak 31 keluaran iaitu
bermula pada bulan Julai 1906 hingga bulan Disember 1908. (bulan Julai ada dua
keluaran) Siapa sebenarnya di sebalik majalah Al-Imam? Jika diteliti dengan
mendalam tokoh-tokoh Al-Imam sebenarnya bukanlah daripada golongan Melayu
tulin. Terdapat empat tokoh utama yang bersungguh-sungguh menerbitkan
majalah Al-Imam. Mereka ini merupakan tokoh reformis Islam yang membawa
satu perubahan kepada bangsa Melayu yang sangat layu ketika itu. Mereka
ialah Sheikh Tahir Jalaludin , Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas Mohd Taha
dan Sheikh Mohd Salim Al-Kalali.
Mengapa Al-Imam diterbitkan? Adakah hanya untuk mencanangkan
tentang berita-berita sensasi?
Tujuan sebenarnya Al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan
menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan
menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang
Melayu). Al-Imam sebagai perintis Al-Imam telah membawa satu wadah
perjuangan gerakan reformis Islam di negeri-negeri Melayu. Ramai sejarawan
bersetuju bahawa gerakan Islah Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu pada
tahun 1906 adalah melalui penerbitan majalah Al-Imam. Al-Imam bukan satu
majalah biasa yang mengutarakan isu-isu yang remeh- temeh, tetapi merupakan
satu alat untuk menyedarkan masyarakat Melayu yang alpa ketika itu. Justeru AlImam selayaknya digelar sebagai perintis persuratkhabaran Melayu. Untuk
melihat sejauh mana Al-Imam memainkan peranan sebagai perintis, kita perlu
melihat 2 perkara yang penting. Pertama ialah bagaimana Al-Imam
memanipulasi isu yang diutarakan iaitu sejauh mana isu yang diutarakan
mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat dan sejauh mana AlImam memberi kesedaran masyarakat tentang masalah mereka. Pada dasarnya
perhatian Al-Imam adalah pada masalah agama. Namun seperti halnya
pemikiran Jamaluddin Afgani dan Muhammad Abduh jurnal ini juga menyinggung
masalah politik. Al-Imam dalam setiap terbitannya sentiasa menyebutkan sebabsebab kemunduran umat Islam terutamanya bangsa Melayu, dan mengecam
sifat-sifat bangsa Melayu yang terkebelakang, dijajah bangsa lain, pemalas, puas
dengan dirinya sendiri dan suka berselisih.
Menurut Abd. Aziz Mat Ton, Al-Imam memang menitikberatkan masalah
sosial, ekonomi dan politik. Disini dapat disimpulkan bahawa perkara pokok yang
cuba diketengahkan adalah mengenai kemunduran orang Melayu ketika itu dan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Berdasarkan
artikel dalam Al-Imam aspek utama kemunduran orang Melayu ialah ekonomi.
Orang melayu memang amat tertinggal dalam bidang ekonomi walaupun tinggal
dalam negeri sendiri. Kemunduran dalam ekonomi inilah telah meyebabkan
mereka mundur dalam semua hal. Orang melayu mundur dalam bidang sosial,
mereka juga mundur dalam bidang politik. Mengapa kemunduran ekonomi telah
mempengaruhi kesemua aspek lain? Hal ini kerana kuasa ekonomi itu telah

menjadi satu senjata yang cukup ampuh. Orang yang menguasai ekonomi
adalah orang yang kuat seperti kaum penjajah dan kaum imigran. Tetapi orang
Melayu boleh dikatakan menumpang ekonomi orang luar ini. Mereka
menumpang kerana bergantung kepada golongan ini. Keruntuhan dalam bidang
ini telah menyebabkan minda orang melayu tertutup, seterusnya mereka terus
tertinggal dalam semua bidang. Al-Imam cuba mengupas semua masalah ini
supaya dapat diatasi. Perkara sosial yang disentuh ialah pendidikan orang
Melayu, kemajuan madrasah-madrasah, emansipasi wanita dan perpaduan orang
Melayu.
Dari awal lagi Al-Imam telah menekankan akan pentingnya pelajaran
terutamanya pengetahuan mengenai ilmu sejarah yang menurutnya merupakan
sebagai kunci untuk kesedaran dan kemajuan satu-satu bangsa. Al-Imam
memberikan banyak cadangan untuk memajukan pendidikan orang Melayu.
Antaranya meminta kerajaan membina sebuah atau lebih sekolah pada tiap-tiap
negeri untuk kegunaan anak negeri sahaja. Kerajaan juga mestilah membiayai
sekolah-sekolah itu sepenuhnya iaitu gaji gurunya, belanja buku-buku dan
keperluan sekolah yang lain. Al-Imam juga mencadangkan sistem sekolah ditukar
kepada sistem yang lebih baik iaitu terdapat peringkat-peringkat sekolah yang
memudahkan sistem pengajian. Al-Imam juga menegur bangsa Melayu yang
tidak mahu bersatu padu. Menurut Al-Imam apa yang menyebabkan mereka
tidak bersatu padu ialah kejahilan mereka dalam memahami kehendak agama
Islam yang sebenarnya, dan juga sikap orang Melayu sendiri yang suka sentiasa
bergantung kepada usaha-usaha bangsa lain dalam kebanyakkan hal
terutamanya mengenai ekonomi.
Ini merupakan penyakit bangsa Melayu yang telah menyebabkan mereka
tidak bersatu, hasad dengki, dan tamak. Dari aspek politik pula, Al-Imam
memang menyindir pihak penjajah British serta raja-raja dan pembesar Melayu.
Mereka diingatkan untuk memelihara kepentingan orang Melayu. Hal ini
berkaitan dengan masalah-masalah orang Melayu yang disebutkan tadi. Faktor
lain yang menyebabkan melayu mundur ialah sikap raja dan pembesar Melayu
yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya mementingkan pangkat dan wang
sahaja sehinggakan mereka sanggup menjadi hamba penjajah. Al-Imam
menegaskan bahawa, oleh kerana mereka meninggalkan tanggungjawab yang
sebenarnya maka telah meninggalkan balak yang menimpa diatas kita dan
mendatangkan beberapa tuduhan orang diatas umat kita. Al-Imam dilihat
menyalahkan kedua-dua pihak. Penjajah dikatakan salah kerana mereka hanya
menjajah dan mengaut kesemua hasil negeri-negeri Melayu. Manakala raja-raja
Melayu disalahkan kerana mereka ini bodoh. Mereka tidak mampu berfikir lebih
tinggi sedikit pun daripada kanak-kanak kecil.
Mengapa boleh berkata demikian?
Hal ini mereka hanya mementingkan kesenangan mereka tanpa memikirkan
keadaan rakyat. Mereka sanggup menggadai negeri sendiri seolah-oleh mereka
ini tidak tahu membezakan buruk dan baik sesuatu perkara itu. Satu lagi saya
ingin tambah ialah sikap raja Melayu yang dikatakan berjiwa rakyat itu tidak

pernah tahu berkorban untuk negara. Yang mereka tahu ialah rakyat yang perlu
berkorban untuk negara. Al-Imam telah mengecam sikap raja Melayu yang
begitu suka menggunakan kedudukannya. Menteri telah menggunakan kuasa
mereka, kedudukan mereka dan kemudahan yang ada pada mereka dengan
sewenang-wenangnya sehingga menganiayai rakyat sendiri. Rasuah pula sudah
menjadi perkara biasa dan mereka tidak memikirkan akan akibatnya asalkan
wang ringgit banyak saja jadinya. Kecaman Al-Imam mengenai rasuah ini
walaupun nampaknya disampaikan secara lembut, sebenarnya kecaman itu
adalah merupakan kritikan yang tajam lagi pedas keatas pemerintah Melayu dan
secara tidak langsung kepada pihak British. Seterusnya dalam kecamankecaman itu Al-Imam telah menyoal adakah raja-raja Melayu tidak sedar akan
apa yang dilakukan oleh orang besar-besarnya serta menteri-menterinya yang
semata-mata zalim dan kebanyakkannya a Moncery of Justice. Al-Imam
menjelaskan bahawa oleh kerana raja-raja terlalu mewah hidupnya maka tidak
sedar akan hal rakyat mereka sendiri, seolah-olah rakyat itu dianggap sebagai
orang yang senang seperti mereka juga, padahal yang sebenar-benarnya adalah
tidak sekali-kali. Tambahan pula tidak ada sungutan atau aduan daripada rakyat
yang secara terus terang dan secara langsung. Lagipun mereka sengaja tidak
mahu memahami keadaan sebenar hidup rakyat. Begitulah Al-Imam
menggambarkan keadaan raja Melayu dan masyarakat Melayu ketika itu. Semua
yang dihuraikan diatas ialah antara perkara yang diutarakan oleh Al-Imam.
Secara kritis, Al-Imam telah mengupas mengenai masalah orang Melayu.
Akhbar ini merupakan akhbar melayu pertama yang mengandungi
pemikiran yang menyeru kepada perubahan sosial dalam masyarakat dengan
memasukkan unsur-unsur politik dalam tulisan yang diterbitkan. Keberanian AlImam juga terserlah apabila berani mempertikaikan peranan raja yang hanya
pada nama itu sahaja. Berbeza dengan majalah Melayu yang terbit sebelum ini,
tidak ada satu asas yang kukuh untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.
Terdapat banyak majalah dan surat khabar Melayu ang terbit sebelum Al-Imam.
Dalam tempoh 30 tahun selepas 1876, terdapat tidak kurang daripada 16 buah
surat khabar dan majalah dalam bahasa Melayu yang diterbitkan, tujuh buah di
Singapura, lima buah di Pulai Pinang dan empat buah di Perak. Walaupun tidak
dapat dinafikan bahawa akhbar lain sebelum Al-Imam memberi sumbangan,
tetapi akhbar ini tidak boleh dikatakan perintis. Hal ini kerana isu yang
diutarakan tidak memberi kesan yang mendalam kepada masyarakatnya. AlImam itu boleh diibaratkan cahaya. Dalam tahun 1906 apabila Al-Imam
menuliskan 26 macam faedahnya surat khabar termasuk diantaranya: Cahaya
akal dan gemala fikiran...cermin bagi yang berlaku...dan Pelayan segala hikmah
dan pengingat bagi yang lalai... dan petunjuk bagi yang sesat...dan penolong
orang yang lemah dan penjaga segala umat... dan permedanan bagi segala
perbahathan....
Al-Imam dikatakan perintis kerana mempunyai pengaruh yang kuat
kepada masyarakat. Dalam kontek ini pengaruh Al-Imam bukan sahaja terdapat
di negeri-negeri Melayu, malah telah tersebar keseluruh Nusantara. Sambutan
kepada seruan Al-Imam itu jelas dapat dilihat dari banyaknya wakil pengedar
untuk menjadi langganan majalah tersebut. Malah sambutan tersebut

memungkinkan Al-Imam di cetak di mabtaahnya sendiri iaitu tiga bulan selepas


muncul jilid yang pertama. Melalui mabtaah ini juga Haji Abbas Mohd Taha
menerbitkan bukunya yang pertama pada tahun 1906 yang berjudul Kitab
Sempurnaan Pelajaran. Begitu juga dengan Syed Sheikh al-Hadi, bukunya
Pemeliharaan dan Pelajaran diterbitkan melalui Al-Imam Printing Co. Ltd. Pada
tahun 1908. Kesan daripada penerbitan Al-Imam adalah amat besar. Al-Imam
mendorong kepada penulisan buku oleh pengarang Melayu. Sambutan hangat
juga menunjukkan Al-Imam telah berjaya menyebarkan kritikan dan saranan
kaum muda terhadap masyarakat Melayu. Selain itu majalah atau akhbar
sebelum Al-Imam tidak membincangkan masalah orang Melayu secara
menyeluruh. Maknanya, masalah mengenai orang Melayu hanyalah dibicarakan
secara luaran. Tetapi dalam Al-Imam masalah yang diutarakan ini meliputi semua
aspek kehidupan masyarakat.
Masyarakat perlu sedar tentang keadaan mereka sebenar. Mereka tidak
boleh bergantung kepada orang lain semata-mata. Al-Imam berjaya
menyampaikan mesej ini kepada masyarakat Melayu. Jadi inilah perintis yang
dimaksudkan. Perintis yang memberikan sumbangan yang besar. Sumbangan
yang terkesan dalam masyarakat. Al-Imam terpaksa diberhentikan selepas 3
tahun iaitu Disember 1908. Tetapi semangat yang dibawakan oleh Al-Imam tidak
padam begitu sahaja.
Semangat yang dibawakan oleh Al-Imam diteruskan oleh pelopornya
dalam beberapa akhbar lain seperti Neraca (1911-1915), al-Ikhwan (1926-1928),
dan Saudara (1928-1940). Akhbar Neraca juga diterbitkan di Singapura dan
Saudara diterbitkan di Pulau Pinang setelah Syed Sheikh berpindah kesana.
Ketiadaan konkongan ketat daripada ulama tua yang wujud di negeri-negeri
beraja membolehkan Kaum Muda bergerak bebas di jajahan selat. Walaupun
nama Al-Imam telah mati, tetapi al-Imam tetap wujud. Apa yang dibawakan oleh
Al-Imam diteruskan oleh akhbar yang terbit selepasnya. Al-Imam juga
mempengaruhi tokoh pemikir Melayu seperti Zaba. Zaba mula terlibat secara
serius dalam penulisan majalah mulai awal 1917. Melalui penulisanya Zaba juga
menggesa orang Melayu mengubah sikap dan tidak mempercayai tafsiran
ulama-ulama tua yang menyatakan bahawa meniru orang kafir itu berdosa. Apa
yang dapat kita lihat sekarang ialah Al-Imam adalah merupakan anak tangga
pertama dalam gerakan nasionalis Melayu di negeri-negeri Melayu. Dan adalah
kurang tepat kalau kita katakan bahawa skop perjuangannya hanya sematamata terhad dalam bidang agama sahaja.
Sebagai lidah rasmi gerakan nasionalis yang pertama, Al-Imam telah
berjasa kerana memberi kesan yang besar dalam perkembangan pemikiran
masyarakat Melayu. Al-Imam menjadi perintis kepada persuratkhabaran Melayu
kerana Al-Imamlah majalah yang mengerakkan semangat perjuangan orang
Melayu. Konklusi Timbul pula persoalan adakah akhbar aliran perdana pada hari
ini boleh dikatakan berperanan seperti Al-Imam? Kita disajikan dengan perbagai
akhbar seperti akhbar Berita Harian, utusan Melayu, Metro dan sebagainya.
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat isu-isu yang diutarakan oleh
surat khabar pada hari ini.

Saya berpendapat jika kita hendak bandingkan antara majalah Al-Imam


dan suratkhabar pada hari ini adalah bagai langit dan bumi. Kita lihat intipati
majalah Al-Imam itu dengan surat khabar hari ini. Al-Imam bertujuan
menggerakkan gerakan reformis Islam yang dibawa oleh Kaum Muda. Tetapi
surat khabar arus perdana pada hari ini lebih kepada alat kerajaan untuk
kepentingan politik mereka. Kerajaan telah membeli surat khabar arus perdana
pada hari ini. Jadi semua penulisan akhbar ini dikawal oleh kerajaan. Banyak
berita yang dipaparkan hanya bertujuan memburukkan pihak pembangkang dan
menyebarkan agenda kerajaan. Kuasa akhbar sebenarnya telah berpecah.
Kebanyakkan akhbar harian (tidak termasuk akhbar Cina) dimiliki oleh ahli
kumpulan yang rapat dengan parti politik yang memerintah, manakala akhbar
kecil, bukan harian dimiliki oleh para pengusaha yang tidak semestinya
menyokong parti yang memerintah. Hal ini termasuklah media elektronik. Penulis
tidak boleh menulis dengan bebas. Sekiranya penulisannya didapati
bertentangan dengan kerajaan, maka penulis terbabit boleh dikenakan tindakan
undang-undang. Akhbar hari ini lebih banyak mengutarakan perkara remehtemeh yang tidak mencambahkan pemikiran. Perkahwinan artis pun boleh
dijadikan berita utama. Masyarakat banyak disajikan oleh berita hiburan. Banyak
berita tentang jenayah dipaparkan. Sstiap hari ada sahaja berita tentang
rompakan, rogol, rasuah dan banyak lagi.
Berita tentang kemalangan juga memenuhi dada akhbar hari ini. Setiap
hari ada sahaja tragedi yang meragut nyawa. Hal ini jauh berbeza dengan
majalah Al-Imam. Selain mengutarakan tentang masalah orang Melayu, Al-Imam
juga banyak menyiarkan tentang agama seperti cara untuk sembahyang dan
masalah-masalah dalam beragama. Peranan Al-Imam itu lebih menyerlah
berbanding akhbar pada hari ini. Namun kita tidak boleh menyalahkan pihak
Akhbar semata-mata. Pada hari ini pihak akhbar ingin bebas untuk menyatakan
pendapatnya. Seboleh-boleh ia pun tidak mahu dikawal oleh kerajaan. Sejak
awal merdeka lagi pendirian akhbar berbeza dengan pendirian kerajaan.
Walaupun kerajaan mendakwa ia percaya kepada kebebasan akhbar tetapi
kebebasan itu bermatlamat, iaitu untuk pembangunan negara, untuk menjaga
keamanan,
keselamatan
dan
sebagainya.