You are on page 1of 2

FATIN NADIRAH AQILAH BINTI RAMLI ,

2015102819,
Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Fizik(Kepujian),
Kolej Kediaman Angsana,
2635,Kampung Pulau Manis,
20050 Kuala Terengganu ,
Terengganu Darul Iman.

Pegawai Kesatria,
Unit Kokurikulum,
Bangunan Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Kampus Puncak Alam,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan,MALAYSIA.
8 April 2016.

Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB GAGAL HADIR KE PERJUMPAAN RASMI
KOKURIKULUM.

Merujuk perkara di atas saya ingin mengemukakan sebab mengapa saya tidak
dapat hadir ke Perjumpaan Kokurikulum yang berada di bawah kelolaan Tuan.

2.
Ketidakhadiran saya ke perjumpaan tersebut adalah
disebabkan saya terpaksa pulang ke kampong halaman pada hari selasa
bersamaan 5 April 2016.Hal ini telah menyebabkan saya tidak dapat hadir ke
perjumpaan kokurikulum yang berlangsung keesokan harinya iaitu pada hari
rabu bersamaan 6 April 2016.Ayah saya telah diwardkan di hospital pada hari
selasa tersebut dan keadaan beliau agak tidak stabil menyebabkan saya
terpaksa pulang ke kampong halaman serta merta .

3.
Sesungguhnya saya menyedari bahawa program kokurikulum
ini merupakan program wajib dan saya boleh dikenakan tindakan tatatertib jika
tidak menghadiri program ini.Saya juga sedar program ini merupakan
sebahagian daripada kredit untuk saya lulus Gred Purata Keseluruhan(GPK).
Dengan ini,saya memohon ribuan kemaafan atas
ketidakhadiran ke perjumpaan rasmi kokurikulum ini.Saya berharap pihak tuan
dapat mempertimbangkan keadaan dan situasi yang saya alami. Jasa baik tuan
amat saya harapkan .Sekian,terima kasih .

Yang Benar ,

(FATIN NADIRAH AQILAH BINTI RAMLI)


2015102819 ,
Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Fizik(Kepujian),
Universiti Teknologi Mara.