Sie sind auf Seite 1von 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG,


JALAN KOLEJ, KUCHING
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JANUARI 2012

LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU


BINA INSAN GURU (BIG)
KHIDMAT MASYARAKAT SIRI 2/2013

NAMA

NO KAD PENGENALAN
NO MATRIK
KUMPULAN
TARIKH
TEMPAT
PENSYARAH MENTOR

:
:
:
:
:
:

BIODATA

ISI KANDUNGAN
Bil.
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0

9.0
10.0
11.0

Kandungan
Pengenalan
Objektif / Matlamat Program
Tarikh Pelaksanaan
Tempat Program
Kumpulan Sasaran
Ahli Jawatankuasa
Senarai Nama Ahli Kumpulan
Kandungan
Sebelum
Semasa
Selepas
Penilaian Kendiri
Refleksi Kendiri
Kesimpulan
Lampiran

Muka surat

1.0

PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar dari Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP). Pelaksanaan BIG


adalah bertujuan untuk memenuhi sukatan wajib pro forma WAJ3114 dan ianya
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan
guru merupakan pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada
masyarakat. Justeru itu, setiap guru haruslah mampu menyesuaikan diri dalam
semua keadaan dan mampu menangani cabaran pada era globalisasi ini. Melalui
aktiviti yang dirancang, guru pelatih dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Selain itu, pelajar akan
dapat menyemai kecintaan terhadap Institut Pendidikan Guru(IPG) masing-masing.
Aktiviti khidmat masyarakat ini direncanakan dalam program BIG Semester 3
dengan tujuan semua guru pelatih dapat menyumbang kepada pembangunan dan
kebersihan di kawasan yang dipilih untuk aktiviti ini. Guru pelatih juga dilatih supaya
mampu melihat skop guru yang lebih luas dalam masyarakat dan bukan sahaja di
dalam bilik darjah semata-mata. Program khidmat masyarakat amat bertepatan
dalam merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Guru selaras dengan elemenelemen yang terkandung dalam falsafah tersebut.

2.0

OBJEKTIF / MATLAMAT PROGRAM

i.
ii.
iii.

Memupuk kesediaan berbakti secara sukarela kepada komuniti.


Memupuk kerjasama dan kerja sepasukan.
Membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti

iv.
v.

setempat.
Mendedahkan pelajar-pelajar kepada pelbagai persekitaran komuniti.
Melatih pelajar-pelajar menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran,
budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti.

3.0

TARIKH PELAKSANAAN
2 Februari 2013

4.0

TEMPAT PROGRAM

Kawasan Prasekolah
Stor BIG, Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang, 93200 Jalan
Kolej, Kuching.

5.0

KUMPULAN SASARAN
1. PISMP BI 4 Ambilan Januari 2012
2. PISMP BM Ambilan Januari 2012

6.0

AHLI JAWATANKUASA

7.0

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN

8.0 KANDUNGAN
SEBELUM
Sebelum melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, kami telah membentuk
satu ahli jawatan kuasa yang merancang dan melaksanakan Bina Insan Guru iaitu
khidmat masyarakat. Kumpulan kami telah digandingkan dengan kumpulan PISMP
Bahasa Melayu Ambilan Januari 2012. Pengerusi BIG kumpulan kami telah
membahagikan kerja-kerja kepada kami.
Saya telah memangku jawatan naib bendahari. Tugas saya ialah
membantu

bendahari

dalam

menguruskan

hal

ehwal

kewangan.

Secara

keseluruhannya, dalam pengurusan wang saya telah membantu bendahari, iaitu


Freda Frediana dalam pengumpulan wang. Tetapi, dalam perancangan kami, kami
tidak menggunakan wang yang banyak. Oleh itu, kami bercadang untuk membeli
makanan dari luar sebagai ganjaran kepada kami.
Perbelanjaan yang lain ditanggung oleh Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang. Kami juga telah berjumpa dengan kumpulan Bahasa Melayu
untuk membincangkan samada mereka berminat dalam menempah makanan yang
sama.

SEMASA
Pada hari pelaksanaan program khidmat masyarakat, kami berkumpul pada
jam 06:50 pagi di TAZA. Kami mulakan dengan roll call dimana kami menyemak
kehadiran para perserta. Sejurus selepas itu, kami pergi bersarapa di kafe IPGKBL.
Kami bersarapan sehingga jam 07.40 Pagi. Sesudah itu, kami mengadakan taklimat

ringkas mengenai program BIG. Kami menyanyikan lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku
dan lagu Institut. Selepas itu, kami diperingati mengenai laporan yang harus kami
hantar. Beliau menekankan tentang apa yang harus kami lakukan dan juga butiranbutiran penting laporan terutama format laporan kandungan serta muka hadapan
laporan. Kesemua kriteria ini harus ada untuk permarkahan serta audit MQA.
Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kmupulan kecil. Kumpulan PISMP
BM ditugaskan untuk membersihkan kawasan Tadika Batu Lintang manakala PISMP
BI 4 ditugaskan membersihkan kawasan Stor BIG serta perkarangan St. Gabriel
Chapel.
Antara bidang tugas kami yang bertugas membersihkan kawasan stor
BIG ialah membersihkan perkarangan stor, membuang dahan-dahan pokok yang
sudah mati, menebas rumput di dalam serta kawasan pagar. Saya telah ditugaskan
untuk menebas rumput serta mengemas kawasan pagar sekitar stor BIG. Kami
menggunakan peralatan seperti cangkul dan sabit untuk membersihkan kawasan
tersebut.
Semasa membersihkan kawasan tersebut, beberapa orang pelajar telah
terjumpa kala jengking namun tiada kecederaan. Pada sekitar jam 10.00, kami
mengambil rehat sekejap dimana kami meminum air serta makan sedikit roti.
Sesudah itu, kami teruskan projek kami. Program ini tamat sekitar jam 11.00.

SELEPAS
Program ini tamat pada jam 11.00 pagi. Semua peralatan dicuci dan
disimpan balik kedalam stor selepas pengiraan dibuat. Sesudah itu, semua

kumpulan melapor diri kepada En. Micheal. Sesudah semua orang melapor diri,
kami bergerak ke kafe IPGKBL sekali lagi untuk makan tengah hari. Sesudah itu,
kami diizinkan balik.

9.0 PENILAIAN KENDIRI


Untuk Bina Insan Guru (BIG) semester ini, kami telah ditugaskan untuk
bergotong royong atau membuat khidmat masyarakat di stor BIG IPBL. Secara
keseluruhan, saya amat gembira melihat program ini berjaya dari perancangan
sehingga pelaksanaan.
Program ini amatlah sesuai untuk mana-mana peringkat umur, tidak
kira sekolah rendah ataupun peringkat institut. Program ini mengajar semua orang
mengenai pentingnya kebersihan alam sekitar serta jangan mengotorkan alam
sekitar. Boleh dikatakan program seumpama ini mempromosikan cinta akan alam.
Walaupun program ini mempunyai kebaikan sebegitu, tidak lupa juga,
ianya mempunyai kelemahan. Pada pendapat saya, lokasi stor ini amatlah tidak
strategik dan agak merbahaya. Ini kerana, kawasan tersebut dipenuhi dengan
belukar yang mungkin menjadi tumpuan makhluk-makhluk berbisa seperti kala
jengking srta ular. Mujurlah tiada pelajar yang tercedera walaupun mereka terjumpa
kala jengking. Syukur kepada Tuhan atas perlindungan-Nya. Sebelum program
bermula, En. Micheal juga menasihati kami semua untuk berhati-hati ketika
membersihkan kawasan tersebut. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita sebagai
seorang guru untuk mengingati serta memberi taklimat keselamatan sebelum
menjalankan sesuatu tugas. Saya sering melihat di sekolah-sekolah, perkara ini
tidak di titik beratkan.
Secara amnya, semua aktiviti yang dijalankan ada sangat membina dari
semua aspek. Jika aktiviti ini dihayati dengan sepenuhnya, seseorang guru pelatih
itu dapat memperoleh apa yang terkandung didalam aktiviti-aktiviti tersebut. Namun
demikian, masih terdapat ruang untuk penambahbaikkan. Yang pertama ialah dari

segi taklimat. Oleh kerana kawasan stor dikelilingi belukar, ianya mungkin didiami
oleh haiwan berbisa. Oleh itu, taklimat keselamatan harus dititik beratkan. Mungkin
apa yang boleh dilakukan ialah menyediakan kertas yang mengandungi peraturan
keselamatan.
Di samping itu juga, terdapat juga kelemahan dari segi peralatan. Ini
dapat dilihat ketika para guru pelatih ingin menyabit. Semua guru pelatih tidak
mempunyai sarung tangan. Beberapa pelajar lecet pada tangan. Terdapat juga
kebimbangan antara guru pelatih mengenai haiwan-haiwan berbisa. Ada antara guru
pelatih yang terjumpa kala jengking semasa menyabit. Oleh itu, alatan keselamatan
harus diperbanyakan.

Secara ringkasnya, saya belajar banyak mengenai pengurusan serta


bagaimana hendak menjalankan sesuatu program secara efektif dan selamat. Saya
berharap program seumpama ini boleh diadakan lagi untuk mendapat pengalaman.

10.0 REFLEKSI KENDIRI


Pada 2 Febuari 2013, PISMP BM dan BI 4 telah berjaya menganjurkan
Kursus Bina Insan Guru (BIG); Khidmat Masyarakat dengan kerjasama En. Michael
Tarang Jelaming dari Penyelaras Program Bina Insan Guru (BIG). Penjayaan
program ini banyak bergantung kepada usaha gigih para guru pelatih dan juga
dorongan dari En. Michael dan juga pasukan beliau.
Sepanjang kursus BIG ini, saya telah mempelajari banyak perkara baru
yang amat berguna untuk saya. Antara perkara yang saya telah pelajari adalah
peranan guru diluar sekolah. Selama ini saya mempunyai pemikiran bahawa guru
hanya menurunkan ilmu, kasih sayang dan perhatian kepada pelajar hanya dalam
kawasan sekolah. Tetapi, memalui aktiviti-aktivit yang dijalankan ketika dalam BIG ini
saya mendapat ilmu yang kasih sayang dan juga penyebaran ilmu dari seorang guru
tak terhad dalam kelas, tetapi di luar sekolah. Contohnya, melalui aktiviti khidmat
masyarakat. Kita berbakti kepada orang atau tempat dimana kita memberikan
khidmat. Tetapi, adalah penting bagi guru untuk memberi dorongan, tunjuk ajar serta
teguran terutama dari segi keselamatan. Ini merupakan cara kita menunjukkan kasih
saying kepada para pelajar kita.
Perkara kedua yang saya telah pelajari melalui kursus BIG ini adalah
kita sebagai seorang guru seharusnya sentiasa bersiap sedia untuk menyahut apa
jua cabaran yang ada di hadapan kita. Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah
diadakan, namun begitu, aktiviti tersebut tidak akan berjaya tanpa penglibatan aktif
yang spontan. Sebagai contoh, kami tidak menyangka akan membersihkan kawasan
luar pagar stor BIG. Namun demikian, kami melaksanakan tugas dan menyahut
cabaran. Kami berkerja secara berhati-hati dalam menyelesaikan kerja tersebut.

Perkara ketiga yang saya pelajari sepanjang kursus BIG ini adalah kita
haruslah saling berkerjasama antara satu dengan yang lain. Ini adalah salah satu
element yang penting yang telah dipupuk melalui BIG ini. Sebelum ini, kumpulan BI
4 dan BM adalah sekadar kenal-kenal sahaja. Tetapi selepas aktiviti ini, kami
mengenal antara satu sama yang lain. Bukan itu sahaja, kami juga belajar antara
satu sama yang lain ketika kami berkerjasama. Di samping itu, berkerjasama antara
satu dengan yang lain ini meringankan kerja. Kebanyakkan kerja yang kami lakukan
disini disempurnakan melalui kerjasama. Ini dapat kita lihat terutamanya apabila
guru pelatih membantu antara satu sama yang lain dalam membersihkan kawasan
stor BIG.
Disamping itu, saya juga mempunyai kesempatan memegang jawatan naib
bendahari. Walaupun saya hanya membantu bendahari, saya telah belajar banyak
perkara. Pertam ialah jangan menangguhkan sesuatu tugas. Walaupun kami tidak
menggunakan wang yang banyak, kami telah menggunakan sedikit peruntukan, RM
2 seorang untuk membeli makanan. Wang yang kami pegang kami simpan dan kami
agak risau jika dicuri. Oleh itu, kami tidak lenggah dalam menguruskan wang
tersebut dan terus menempah makanan.
Kesimpulannya, sepanjang aktiviti ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu dan
juga pengalaman baru yang amat berguna untuk saya. BIG ini juga telah melatih
saya untuk menjadi lebih berdikari, mampu berkerjasama dan juga bersedia dalam
apa jua keadaan.

11.0

KESIMPULAN
Program Bina Insan Guru Siri 4 2012 ini diharapkan dapat mengeratkan

silaturahim dan daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada setiap
guru pelatih bagi menempuh cabaran pada masa akan datang. Insan guru adalah
pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada
masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan
dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi. Adalah
diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus
dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program ini akan
dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara
globalnya kepada negara.

LAMPIRAN

Das könnte Ihnen auch gefallen