Sie sind auf Seite 1von 8

1.

PENGENALAN

Pasca Perang Dunia Kedua, telah wujud beberapa peristiwa yang mempengaruhi
kehidupan masyarakat dunia. Peristiwa yang dianggap penting tersebut telah
memperlihatkan bahawa Amerika Syarikat berperanan besar dalam membantu
negara-negara Eropah Barat

terutamanya dalam pembangunan ekonomi,

manakala Kesatuan Soviet pula telah memainkan peranan penting dalam


pembangunan

ekonomi

di

kawasan

Eropah

Timur.

Kedua-dua

kuasa

ini

mempunyai agenda mereka yang tersendiri di mana mereka ingin meluaskan


penguasaan dan pengaruh mereka terutamanya bagi Kesatuan Soviet yang
mana akhirnya menyebabkan negara-negara di Eropah Timur terpengaruh
dengan pemerintahan komunis.1
Senario yang berlaku ini telah menyebabkan Perang Dingin tercetus akibat
daripada kesan Perang Dunia Kedua yang bermula pada tahun 1939 hingga
1945. Pada ketika itu, Kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet
dilihat menjadi kuasa yang paling dominan selepas berjaya mengalahkan tentera
Nazi (Jerman) yang di ketuai oleh Adolf Hitler serta sekutunya. Kekalahan Jerman
dan Jepun pada Perang Dunia Kedua telah menyebabkan berlakunya Perlumbaan
kuasa bagi mengisi vacuum of power di Eropah Timur dan Asia di antara Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet.

Hal ini demikian, kerana Masing-masing

mempunyai keinginan untuk menjadi sebuah kuasa yang berpengaruh di negara


bukan bersekutu.2 Dalam pada itu, Perang Dingin yang berlaku di Eropah telah
menular ke negara yang baharu merdeka terutamanya di Benua Afrika dan Asia.
Keadaan ini menyaksikan bahawa Asia Tenggara dilihat menjadi kawasan baru
bagi Perang Dingin malahan ianya juga dianggap sebagai perang panas
terutamanya di Vietnam dan Indonesia. 3
1 T. Nicholas, The Camridge History of Southeast Asia: Vol, 4, From World War II to the Present,
United

Kingdom: Cambridge University Press, 1999, hlm..33.

2 Azlizan Mat Enh & Zubaidah VP Hamzah, Persaingan kuasa Amerika Syarikat- Soviet
Union dalam Pembentukan Order Baru Pasca Perang Dunia ii. Sosionumanika, 4(1) 2001, hlm.37.

3 M. Richard, Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika Syarikat, Perang


Dingin dan Indonesia, 1950-1952, Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2, 2010, hlm.58-82

Sehubungan dengan itu, Perang Dingin yang berlaku telah memberikan implikasi
yang cukup besar bukan hanya kepada rantau Asia Tenggara sahaja malahan di
seantero dunia. Impak yang cukup ketara akibat daripada Perang Dingin yang
dapat dilihat adalah berlakunya proses dekolonisasi di Rantau Asia Tenggara
terutamanya di Indonesia dan Vietnam.
membincangkan

berkaitan

dengan

Justeru, dalam esei ini penulis akan

bagaimana

Perang

Dingin

ini

telah

menyebabkan proses dekolonisasi berlaku di kedua-dua negara tersebut yang


mempunyai perbezaannya yang tersendiri.
2.0

PERANG DINGIN

Istilah Perang Dingin telah diperkenalkan pada tahun 1947 oleh Bernard Baruch
dan Walter Lippman dari Amerika Syarikat bagi menggambarkan hubungan yang
berlaku di antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet. Perang Dingin
merujuk kepada sebuah jangka waktu di mana berlakunya konflik, ketegangan
dan persaingan di antara Amerika Syarikat serta sekutunya yang disebut sebagai
blok barat dan Kesatuan Soviet serta sekutunya yang dikenali sebagai blok timur
di antara tahun 1947 sehingga 1991. Persaingan kedua-dua blok ini

berlaku

dalam pelbagai aspek misalnya dari segi ketenteraan, ideologi, psikologi,


ekonomi, industri, perkembangan teknologi pertahanan, perlumbaan senjata
nuklear dan banyak lagi.
Selain itu, Perang Dingin adalah persaingan terbuka, akan tetapi terhad
yang bermula selepas Perang Dunia Kedua di antara Amerika Syarikat dengan
Kesatuan Soviet. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ianya
tidak membabitkan pertempuran secara bersenjata secara langsung di antara
kuasa besar secara besar-besaran. Hal ini demikian, kerana dapat dilihat apabila
Perang Dingin ini dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih,
pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap
rendah dan perang proksi sepenuhnya di antara tahun 1947 sehingga kejatuhan
Kesatuan Soviet pada tahun 1991.4

4 Wan Abdul Rahman, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001, hlm.201-202.

Di samping itu, perkembangan politik dunia pada masa Perang Dingin


diwarnai oleh pertikaian di antara kedua-dua blok iaitu Barat dan Timur.

Ini

kerana, masing-masing pihak berusaha untuk mengembangkan pengaruh


mereka kepada negara-negara lain, sama ada menggunakan cara damai
mahupun kekerasan sehingga ke kawasan benua Afrika dan Asia. Konflik yang
berlaku antara negara pada masa itu, iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet
selalu berada di salah satu pihak yang bertikai. Sebelum ini, seperti yang
diketahui umum bahawa Kesatuan Soviet pernah menjadi sekutu Amerika
Syarikat dalam Perang Dunia Kedua dan bersama- sama dengan sekutu mereka
yang lain berjaya menakluk negara-negara Axis yang terdiri daripada Itali,
Jerman dan juga Jepun. Akibat daripada kemenangan tersebut, masing-masing
negara yang tergabung dalam blok Sekutu membahagi negara-negara yang
menderita daripada kekalahan perang sebagai daerah pendudukan. 5
Justeru, bermula dari sinilah yang menjadi titik tolak kepada Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet muncul sebagai dua buah negara kuat yang
mempunyai perbezaan ideologi dan falsafah. Persaingan dari segi ketenteraan,
politik dan juga ekonomi telah menyebabkan ketegangan nasional yang akhirnya
melibatkan banyak negara. Dunia seakan terbahagi menjadi dua blok, iaitu
komunis dan demokrasi. Negara yang termasuk blok komunis adalah Kesatuan
Soviet, Jerman Timur, Romania, Poland, Cina dan Korea Utara manakala negara
yang memegang blok demokrasi atau liberal adalah negara Amerika Syarikat,
Inggeris, Perancis, dan Jerman Barat. Penentangan di antara kedua-dua blok
inilah yang telah melahirkan Perang Dingin (Cold War). Ini kerana, Kedua-dua
kuasa besar ini dilihat berusaha menyebarkan ideologi dan pengaruh mereka di
setiap pelosok dunia. Misalnya dalam ajaran komunisme Lenin, Kesatuan Soviet
dilihat sebagai negara contoh yang menerapkan ajaran komunis di peringkat
nasional yang kemudiannya disebarkan ke negara-negara lain di dunia.
Komunisme lahir sebagai reaksi terhadap sistem kapitalisme di negara Finland,
Romania dan Chezslovakia Timur.6
Persaingan di antara kedua-dua blok ini bukan hanya berlaku di kawasan
Eropah sahaja, malah ia turut menular kepada kawasan Asia Tenggara. Hal ini
5 Baskara T., Perang Dingin dan Reinterepretasi Sejarah Indonesia, Yogyakarta: Galang Press,
1998, hlm.24.

6 Ibid.

demikian kerana, selepas perang dua kedua telah berlakunya kekosongan kuasa
di beberapa kawasan seperti di Indonesia dan Vietnam kesan daripada kekalahan
Jepun semasa peperangan pada tahun 1945. Keadaan ini telah menyebabkan
berlakunya dekolonisasi dalam kalangan negara Asia bagi membebaskan diri
mereka dari cengkaman penjajah. Walau bagaimanapun, proses dekolonisasi di
Asia Tenggara terutamanya di Indonesia dan Vietnam menghadapi pelbagai
cabaran terutamanya daripada negara barat seperti Belanda, Perancis dan
Amerika Syarikat

3.0DEKOLONISASI
Secara umumnya, Dekolonisasi merujuk kepada kemerdekaan yang dicapai oleh
berbagai kawasan koloni dan protektorat Barat di Asia dan Afrika setelah
berlakunya Perang Dunia Kedua. Dekolonisasi turut berlaku semasa Perang Dunia
Kedua iaitu di antara tahun 1945 hingga tahun 1960, bermula dengan
kemerdekaan Pakistan dan India dari Inggeris pada tahun 1947 dan Perang
Indochina. Istilah dekolonisasi ini berasal daripada perkataan Inggeris iaitu
Decolonization, de bermaksud tidak dan Colonization pula membawa erti
penjajahan,

dan secara keseluruhannya ia turut merujuk kepada gerakan

kemerdekaan.
Gerakan ini merupakan satu gerakan penentangan terhadap kolonial atau
kekuasaan bangsa-bangsa Eropah, atau bangkitnya bangsa-bangsa Asia-Afrika. 7
Selain itu, dekolonisasi turut tercapai dengan pernyataan kemerdekaan,
mengintegrasikan diri dengan kekuasaan penguasa atau negara lain, atau
menciptakan status asosiasi bebas (free association). Ianya merupakan
pertentangan dengan konsep kolonisasi iaitu di mana dekolonisasi merupakan
sesuatu yang bersifat constructive bagi peribumi tanah jajahan manakala
7 Christie, Clive J, A Modern History of Southeast Asia: Decolonisation, Nationalism & Separatism,
London & New York: Tauris Academic Studies, 1996, hlm.88.

bersifat

destructive

kepada

pihak

penjajah.

Dekolonisasi

yang

berlaku

terutamanya di Asia dan Afrika pasca tamatnya Perang Dunia Kedua telah
melahirkan negara-negara baru, sebagai contoh di kawasan Asia bahagian Barat
dan telah mengakibatkan wujudnya bangsa-bangsa merdeka yang berbahasa
Arab. Di Asia Tenggara pula, dekolonisasi telah berlaku terutamanya di Indonesia
dan Vietnam, di mana proses dekolonisasi di kedua-dua negara tersebut
mempunyai perbezaan yang tertentu terutamanya dari segi penentangan di
kawasan tersebut, di mana Indonesia di bawah pimpinan Sukarno menentang
Belanda dalam proses dekolonisasi dan manakala di kawasan Vietnam, Parti Viet
Minh menentang kuasa barat Perancis dan Amerika Syarikat yang dilihat
bertentangan dengan ideologi komunis mereka.
Di samping itu, terdapat pelbagai pendefinisian terkait dengan konsep
dekolonisasi yang diutarakan oleh tokoh-tokoh barat. Umpamanya, James Martin
yang mengatakan bahawa dekolonisasi merupakan proses di mana tanah-tanah
jajahan Barat di seberang laut bebas dari negara penjajah. Malah, menurut
beliau lagi, dekolonisasi merupakan satu proses yang berperingkat-peringkat dan
bukannya secara kekerasan untuk beberapa bahagian tanah jajahan. 8 Namun
begitu, akibat daripada pemberontakan dan penentangan penduduk peribumi di
sesetengah

kawasan

khususnya

selepas

perang

dunia

kedua,

telah

menyebabkan kuasa penjajah ini terpaksa menyerahkan tanah jajahan mereka


kepada penduduk peribumi kerana pasca perang dunia kedua, kebanyakan kuasa
penjajah tidak mempunyai sokongan dan dana yang cukup untuk menentang
pemberontakan peribumi ini. Malah, selepas perang dunia kedua juga telah
wujud dua kuasa baru iaitu Amerika Syarikat dan Rusia yang menentang
kegiatan kolonialisme dan imperialism di seberang laut. 9
Manakala

menurut

John

Springhall,

dekolonisasi

merujuk

kepada

penyerahan kuasa kedaulatan politik daripada negara yang menjajah kepada


negara yang dijajah. Malah, ianya juga merujuk kepada pengagihan kuasa
daripada pemerintahan yang berbentuk koloni kepada pemerintahan yang

8 James Martin, Decolonization In Asia, England: Oxford University Press, 1987, hlm. 796.

9 Ibid.

bercorak negara bangsa.10 Menurut beliau lagi, dekolonisasi juga merupakan


tindakan yang dilakukan oleh negara penjajah untuk menamatkan kawalan
luaran atau kawalan wilayah jajahan di seberang laut dan merupakan tindakan
untuk menggantikan kuasa pemerintahan politik formal penjajah kepada
penduduk

tempatan.11

Seterusnya,

Prasenjit

Duara

pula

melihat

konsep

dekolonisasi dari persepktif sejarawan, menurutnya dekolonisasi merupakan satu


proses ataupun perkembangan politik yang penting semasa abad kedua puluh.
Hal ini kerana, sejak dahulu lagi khususnya selepas perang dunia pertama, telah
memperlihatkan kekuasaan Eropah menguasai tanah-tanah jajahan di seberang
laut. Menurut beliau yang mengambil pandangan daripada Oswald Spengler,
sejarah dekolonisasi merupakan satu proses di akhir penjajahan oleh kuasa
penjajah.12

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa dekolonisasi merupakan satu proses


yang berlaku khususnya selepas perang dunia kedua iaitu pada tahun 1945, di
mana berlaku satu proses pengalihan kuasa pemerintah dari semua aspek sama
ada politik, ekonomi dan sosial daripada negara yang menjajah kepada negara
yang dijajah. Di mana, penduduk peribumi akan menjalankan pentadbiran
mahupun pemerintahan negara mereka sendiri tanpa sebarang campur tangan
daripada kuasa penjajah sebelum ini. Proses

ini berlaku disebabkan oleh

kebangkitan semangat nasionalisme penduduk, tekanan daripada negara-negara


besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia dan ketidakupayaan negara penjajah
untuk menjalankan pemerintahan di negara yang dijajah.
10 John Springhall, Studies In Comtemporary History:
York: PALGRAVE,Mac Millan Press Ltd., 2001, hlm. 2.

Decolonization Since 1945, New

11Ibid, hlm. 3.

12 Prasenjit Duara, Decolonization, Perspectives From Now And Then : The Decolonization Of Asia
And Africa In Twentieth Centery, Britain: TJ International Ltd., 2004, hlm.1-2.

RUJUKAN
T. Nicholas. 1999. The Camridge History of Southeast Asia: Vol, 4, From World
War II to the Present. United Kingdom: Cambridge University Press.
Azlizan Mat Enh & Zubaidah VP Hamzah. 2001. Persaingan kuasa Amerika
Syarikat- Soviet Union dalam Pembentukan Order Baru Pasca Perang
Dunia II. Sosionumanika. 4(1):37.
M. Richard. 2010.
Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian: Amerika
Syarikat. Perang Dingin dan Indonesia, 1950-1952. Jurnal Terjemahan
Alam & Tamadun Melayu. 2:58-82

Wan Abdul Rahman. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala


Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Baskara T. 1998. Perang Dingin dan Reinterepretasi Sejarah
Yogyakarta: Galang
Press.

Indonesia.

Christie, Clive J. 1996. A Modern History of Southeast Asia: Decolonisation,


Nationalism &
Separatism. London & New York: Tauris Academic Studies.
James Martin. 1987. Decolonization In Asia. England: Oxford University Press.
John Springhall. 2004. Studies In Comtemporary History: Decolonization Since
1945, New
York: PALGRAVE, Mac Millan Press Ltd.
Prasenjit Duara. 2004. Decolonization, Perspectives From Now And Then: The
Decolonization Of Asia And Africa In Twentieth Century. Britain: TJ
International Ltd.

Das könnte Ihnen auch gefallen