Sie sind auf Seite 1von 3

Ucapan Seulas Pinang Perasmi (HAC 2016)

Terlebih dahulu marilah kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama hadir bagi menjayakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning Tahun 2016.
Ucapan terima kasih saya kepada SK Kota Kemuning kerana telah sudi
menjemput saya untuk sama-sama hadir pada hari ini bagi meraikan pelajarpelajar yang mendapat kecemerlangan dan pengiktirafan dalam bidang
akademik dan kokurikulum. Saya percaya sambutan Majlis Anugerah
Kecemerlangan pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan
dan memotivasikan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan guru yang
Bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Tidak dilupa ucapan terima kasih
Atas kehadiran para ibubapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan
sekalian mencerminkan komitmen dan hubungan silaturrahim yang baik antara
Ibubapa dan pihak sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pelajar-pelajar yang akan menerima hadiah atas pencapaian cemerlang
Mereka dalam peperiksaan dan penglibatan di dalam aktiviti kokurikulum.
Diharap pencapaian cemerlang tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekaan kita. Rebutlah peluang yang ada di sekeliling kita, baik
dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum. Kepada pelajar-pelajar,
teruskan perjuangan anda, tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin untuk meraih
keputusan lebih cemerlang. Sesungguhnya, dalam usaha merealisasikan cita-cita
kearah wawasan negara, kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dalam
menerajui generasi masa kini serta cabaran dalam dunia pendidikan yang
semakin rencam. Namun,kita seharusnya tidak goyah dengan cabaran dan
rintangan ini. Ibubapa perlu menitik beratkan soal pembelajaran secara
berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah. Ibubapa perlu
memastikan usaha yang dimulakan oleh guru-guru di sekolah akan diteruskan
apabila pelajar-pelajar balik kerumah. Justeru, kita sebagai ibubapa perlu
mengorbankan masa dan tenaga, malah wang ringgit agar dapat membentuk
modal insan yang mampu meneruskan perjuangan murni demi bangsa, agama
dan negara.

Hadirin yang saya muliakan,


Untuk melahirkan golongan pelajar yang cemerlang,semua pihak semestinya
berganding bahu dan mengatur langkah untuk merealisasikan impian. Hasil
Gabungan dan kerjasama mantap yang terjalin, kecemerlangan akademik dan
kokurikulum mampu digapai. Kita perlu menjadikan hubungan antara warga
sekolah dan ibubapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab,
saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata
pepatah seperti aur dengan tebing.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Pemimpin dan barisan guru di sekolah ini boleh bertukar ganti,boleh datang
dan pergi, namun organisasi sekolah mesti dipertahankan walau siapa pun yang
menerajuinya. Ingatlah, kecemerlangan yang ingin kita capai tidak boleh
diperjudikan. Semua pihak termasuk para guru, ibubapa dan pelajar patut
member sokongan padu kepada Guru Besar dan pentadbir sekolah jika semua
mimpi indah tentang kecemerlangan ingin direalisasikan.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah
Kepada semua warga sekolah terutamanya pelajar-pelajar yang telah menempa
kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Semoga kejayaan anda
akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain. Sebelum saya mengakhiri
ucapan ini, izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun :
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Kekal cemerlang sepanjang zaman
Di waktu pagi berlagu nazam
Girangnya rasa si anak dara
Warga SK Kota Kemuning teruskanlah azam
Binalah bangsa bangunkan negara

Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim,saya dengan sukacitanya saya


merasmikan, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum SK
Kota Kemuning, tahun 2016.Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullah iwabara
Katuh dan salam sejahtera.

Das könnte Ihnen auch gefallen