Sie sind auf Seite 1von 1

SOALAN SATU (UNDANG UNDANG EJENSI) PERMASALAHAN

Ahmad telah melantik Babor sebagai ejennya untuk menjual sebidang tanah kepunyaan
syarikatnya di Pulau Pinang. Ahmad telah berjanji akan membayar komisen dan kos yang terlibat
dalam urusan penjualan tanah itu. Dalam usaha menjual tanah itu, Babor telah berjumpa dengan
Cindy seorang broker hartanah. Cindy telah mendapatkan seorang pembeli iaitu Didi yang
sanggup membayar RM 1,000,000.00 juta ringgit untuk tanah syarikat tersebut yang berdekatan
dengan Zon Perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang. Harga jualan yang ditetapkan oleh Ahmad
ialah RM750,000.00. Bagi mendapatkan pembeli, Cindy telah mengenakan caj berjumlah
RM20,000.00 dan Cindy telah beri diskaun sebanyak RM10,000.00 sebagai komisen kepada
Babor. Babor akhirnya menyerahkan RM750,000.00. kepada Ahmad, harga yang ditetapkan oleh
Ahmad. Babor juga meminta Ahmad bayar caj jualan yang dikenakan oleh Cindy sebanyak
RM20,000.00. tanpa diskaun apa-apa. Babor seterusnya menyimpan untuk dirinya sendiri
RM250,000.00. dan diskaun sebanyak RM10,000.00. yang diberi oleh Cindy sebagai komisen.
Tiga bulan kemudian Ahmad diberitahu tanah syarikat itu dijual pada harga 1 juta ringgit dan caj
untuk mendapatkan pembeli ialah RM10,000.00. Babor juga telah menyerahkan maklumat sulit
syarikat kepada Edmond , iaitu pesaing kepada syarikat prinsipalnya Ahmad.
Ahmad meminta nasihat anda sama ada dia berhak menuntut keuntungan RM250,000.00. dan
diskaun sebanyak RM10,000.00. yang diberi oleh Cindy. Ahmad juga musykil atas tindakan
ejenya yang melanggar kewajipan amanah dalam kontrak ejensi.
Nasihatkan pihak-pihak yang terlibat berdasarkan peruntukan undang-undang relevan dan keskes yang diputuskan.
(25 markah/marks)

Das könnte Ihnen auch gefallen