Sie sind auf Seite 1von 1

KEPENTINGAN KAJIAN SOSIOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sistem pendidikan yang terhasil adalah gabungan pelbagai aspek antaranya ialah
falsafah, psikologi dan sosiologi. Sebahagian besar sistem pendidikan yang dilaksanakan di
kebanyakkan negara sehingga ke hari ini adalah lahir daripada aspirasi sosial dan negara.
Kajian sosiologi pendidikan merupakan aspek yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Amir Dawi (2009), sosiologi merupakan aspek atau faktor yang telah
sinonim dalam masyarakat kerana tumpuan kajian sosiologi adalah masyarakat. Jika dilihat
makna sosiologi bagi August Comte, ia merupakan suatu disiplin ilmu yang bersifat positif
iaitu mempelajari gejala-gejala dalam masyarakat yang didasarkan pada pemikiran yang
bersifat rasional dan ilmiah. Manakala, Emile Durkheim berpendapat sosiologi adalah ilmu
yang mempelajari fakta-fakta sosial iaitu fakta-fakta atau kenyataan yang berisikan cara
bertindak, cara berfikir dan cara merasakan sesuatu. Kesimpulan definisi sosiologi daripada
dua tokoh di atas merumuskan bahawa sosiologi adalah kajian mengenai hubungan dan
interaksi individu sama ada dalam kekeluargaan, masyarakat dan negara. Dengan kajian
sosiologi, kita dapat mengetahui gaya pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut
budaya masyarakat dan negara untuk disampaikan kepada murid di samping mengapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Antara kepentingan lain kajian sisiologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan sosiologi boleh membantu guru-guru
memperkembangkan ilmu dan kaedah pengajaran di samping menjadi faktor dorongan
kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan cekap.
Kesimpulannya, sosiologi memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan
kerana kajian sosiologi membantu guru supaya dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai mengikut sosio budaya dan masyarakat. Tambahan pula,
pelajar bukan hanya dinilai melalui gred peperiksaan malahan sikap,sifat dan interaksi
dalam kelompok seperti keluarga dan masyarakat turut perlu diberi penilaian dan
penerapan.
Rujukan:
Amir, D. H. (2009). Sekolah dan masyarakat. Tanjong Malim, Perak: Quantum
Books.

Das könnte Ihnen auch gefallen