Sie sind auf Seite 1von 2

MINIT MESYUARAT AGUNG TUNAS KADET REMAJA KALI KE 1 2014

Tarikh

: 8 Januari 2014

Masa

: 4.00 Petang

Tempat: SK Seri Sekinchan


Kehadiran

: En. Mohd Shafiq Azli bin Ramli


: En. Zakaria b. Din
: En. Madhaven
: En. Mohd Erwan b. Sarimi
: Pn. Raaini bt. Mohamad
: Pn Siti Nursarifah Hanim bt. Surati
: Pn Hamdiah bt. Saman
: Pn Norehan b. Zakaria

Agenda mesyuarat:
1. Ucapan pengerusi
1.1 Kata-kata aluan: Pengerusi majlis, En. Mohd Erwan b. Sarimi mengalu-alukan kehadiran
guru-guru Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Seri Sekinchan pada Mesyuarat Agung Kali Pertama
2014.
1.2 Pengerusi mempersilakan En Mohd Shafiq Azli bin Ramli, Penyelaras Tunas Kadet Remaja
Sekolah SK Seri Sekinchan untuk memberikan ucapan kepada guru guru yang hadir. En. Mohd
Shafiq Azli mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sudi memghadirkan diri pada
mesyuarat Agung Kali Kedua 2014. En. Mohd Shafiq Azli mengingatkan para guru supaya
berkerjasama dan komited dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih Tunas Kadet Remaja
Sekolah. Guru-guru harus memberikan komitmen penuh dalam memastikan kejayaan pasukan
Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Seri Sekinchan.
2. Minit Mesyuarat Yang Lalu: Disahkan
3. Perkara Berbangkit: Tiada
4. Perkara Baru:
1. Perancangan Aktiviti Sempena Minggu Aktiviti Perkhemahan SKSS.
Unit TKRS telah merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti di bawah :
1.
2.

Kawad statik dan kawad kaki.


Ikatan dan anduh

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Teknik pertolongan cemas


Memasang dan menurunkan khemah
Gajjet dan ikhtiar hidup
Bacaan dan hafalan surah lazim
Riadah dan kesenian
Aktiviti lasak dan ketahanan diri
"Jungle Trekking"
Perkhemahan

2.

Hal-Hal Lain

Buku log

En. Mohd Shafiq Azli memberitahu bahawa murid-murid Tahun 5 dan 6 tidak membawa buku
log semasa aktiviti Kokurikulum. Sehubungan dengan itu murid-murid perlu meletakkan buku
log mereka di sekolah, manakala bagi murid-murid Tahun 4 mereka perlu membeli buku baru.
-

Pakaian seragam

Beliau juga menggalakkan murid-murid membeli dan sentiasa memakai uniform TKRS yang
lengkap semasa hari Kokurikulum dijalankan.
-

Kedatangan

Ditekankan juga berkenaan dengan kehadiran murid, dimana pada tahun-tahun lepas kehadiran
murid semasa Kokurikulum kurang memuaskan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
Disediakan oleh
.
Pn. Raaini bt. Mohamad
(SETIAUSAHA AGUNG PASUKAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK SERI
SEKINCHAN)

Das könnte Ihnen auch gefallen