Sie sind auf Seite 1von 1

Izzudiin Bin Yaacob (D53588),

SMK Geting, 16080


Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
Kepada :
Pengetua,
SMK Geting, 16080
Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

2 November 2016

Tuan,
PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI WARDEN ASRAMA
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan
tuan selanjutnya.
2. Saya dengan rasa rendah diri dan dukacita ingin meletakkan jawatan sebagai
warden asrama yang berkuatkuasa pada 30 November 2016 kerana beberapa
sebab iaitu :
a) kesuntukan masa kerana dibebani tugas lain sebagai SU Sukan Sekolah dan
Jurulatih kepada beberapa acara sukan dan kerap meninggalkan pelajar
asrama
b) memberi lebih tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
yang memerlukan perancangan lebih terperinci
c) memberi lebih tumpuan kepada penjagaan ibubapa yang telah pencen wajib
d) memberi tumpuan kepada keluarga terutama anak-anak yang masih kecil
dan lebih memerlukan tunjuk ajar dari seorang ayah
e) memberi peluang kepada pengganti yang lebih baik dan berpengalaman
3. Dengan itu, saya berharap permohonan ini diluluskan. Di kesempatan ini saya
ingin mengucapkan
ribuan terima
kasih kepada pihak tuan
kerana telah
memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sepanjang melaksanakan
tugasan. Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.
(IZZUDIIN BIN YAACOB)

Das könnte Ihnen auch gefallen