Sie sind auf Seite 1von 10

AL WIJHAH : ANTARA ILMUAN ISLAM DAN PENGHAYATAN KEISLAMAN

Penghayatan Islam dalam sudut pandang keislaman yang tulin, juga ditakrif
sebagai AL WIJHAH. Tidak ramai yang mengetahui hakikat Al Wijhah ini yang
merupakan solok pandangan, cerminan Islam yang sempurna lalu dipersembahkan
dalam manhaj dan dilaksana sebagai akhlak.
Terdapat sekian ramai ilmuan Islam dan juga yang menamakan diri mereka sebagai
Ulama yang tidak memiliki Al Wijhah kerana sandaran mereka tersasar daripada
hakikat keIslaman kerana disana tidak adanya MASDAR WAHID. Kemuncak kepada
keislaman itu adalah Al - Taqwa. Itulah pancaran sebenar. Nur cahaya yang
mendabik dada dalam keimanan terhadap keunggulan Ilahi dalam sebarang
pertanggung jawaban.
Kita mesti memahami satu kaedah yang terus mata tanpa kekangan dan sekatan.
Banyak sekatan dan hambatan dunia yang menyelinap mata lalu pinaunya
menyilau mata hati orang ramai termasuk juga alim ulama, ilmuan islam yang
terjebak mengharungi ujian getir sehingga kecundang dengan habuan duniawi.
Inilah kesan yang hadir desawarsa ini terhadap golongan agama yang menjadi
trend terikut ikut menjadi somebody . Orang yang ada nama menjadi sebutan
atau ringkasnya selibriti dikenal orang dimana mana.
Islam menghadapi satu kemelut dalam titik bengit perjuangannya menegakkan
syiar islam dalam realiti hari ini, Islam menjadi bahan peragaan. Ulama ulama
juga kini tidak lagi memberi nasihat bahkan teguran menyepi kerana mereka juga
terlibat dalam pembikinan syiar yang disiarkan. Media memang merupakan satu
medium, satu pentas bicara, lihat dan dengar tetapi memungkinkan pesona
apabila kehilangan kaedah sebenar dalam membenarkan siaran yang merosak
sudut pandangan islam dan penghayatan keislamanan. Susuk Islam semakin pudar
cuma yang terzahir adalah symbol islam sebagai tugu. Inilah Islam yang di war
warkan dan masyarakat islam menerima hakikat islam sebagai tugu. Islam itu
adalah kehidupan yang memiliki ruh. Hayatnya adalah dasar keimanan yang
diserap dalam wujud TAQWA menjadi akhlak dalam kehidupan.
Abdul Kader Audah pernah menukilkan dalam risalahnya Islam diantara kebodohan
umat dan kelemahan ulama menegaskan

Kalau para pemimpin Islam masih tetap merindukan kedudukan nama dan
pangkat, maka hendaknya dibarengi dengan mempersatukan langkah, demi
kejayaan Daulah Islam dan kesatuan Umat. Namun hendaknya diingat pula,
nama, pangkat dan kekuasaan sekali-kali tidak akan mengelakkan azab Tuhan.

Bagaimanapun Allah tetap akan meminta pertanggungjawaban kepada para


pemimpin terhadap persoalan Islam dan kaum muslimin secara keseluruhan.
Ulama Melayu Islam juga mengalami kejutan politik yang mengbungkam kefahaman
dan penghayatan keislaman mereka. Mereka tertipu dengan ilmu yang dimiliki,
lantaran mengeluarkan fatwa fatwa sesat yang melawan syariat. Mereka mencari
cari dalil daripada ruang lingkup murunah fleksibiliti yang melongkarkan syarat
syarat keislaman yang asal menjadikan asas hukumnya bermula dengan harus
lantas haramnya sesuatu itu terbatal.
Mereka bermudah mudah dalam agama sehingga berlakunya cabar mencabar
diantara mereka. Perdebatan menjadi bingit dengan titik permusuhan yang
berpusar. Ulasan seseorang ulama, disanggah dengan kekafiran. Inilah kehancuran
yang didepani oleh umat apabila golongan ulama menggunakan ilmu demi
menjatuhkan antara satu sama lain. Orang awam yang memihak dengan mereka
pula menjadi kumpulan kumpulan kecil yang bertelagah di atas pandangan yang
bersifat juziah.
Tentunya kita pada hari ini di selubungi oleh kebodohan ulama yang sering
bergandengan dengan pemerintah persis sapertimana perkataan Imam Ghazali
yang pernah memberi teguran pedas kepada mereka, juga bersandarkan daripada
hadis An Nawawi;
Daripada Abdullah Ibnu Abbas RA, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan adanya orang-orang dari umatku yang pandai tentang urusan agama dan
membaca Al-Quran, mereka berkata:Kami datang kepada para raja, juga
pemerintah, biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan
mencampur baurkan mereka dengan agama kami. Tidak terjadi hal yang demikian
itu, melainkan tidak akan dapat dipetik daripada pohon yang berduri itu melainkan
duri - durinya. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan
diri dengan mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka. (Hadith Riwayat Ibnu
Majah).

POLITIK NOMBOR SATU, ISLAM NOMBOR DUA.


KUASA YANG BERADA DITANGAN SI PEMABUK
Medan bercakap tidaklah sama dengan medan beramal. Ada orang boleh bercakap
tetapi tidak boleh melakukan kerja. Medan bekerja tidak sama dengan medan
bekerja dengan caranya yang betul. Ada ramai yang boleh bekerja tetapi beramal
dengan cara bekerja yang salah. Pekerjaan yang mereka lakukan tidak memberi
kesan dan impak yang positif kepada kemajuan dakwah dan Islam.
Memang kedapatan berbagai seruan ajakan kepada Islam tetapi apabila dilakukan
tanpa keikhlasan menjadi saperti membuang air di daun keladi.Tujuan daripada
segala amal salleh adalah taqwa dan jalan jalan kepada AMAL SALLEH itu adalah
RAHSIA KEIKHLASAN yang ada padanya, juga termasuk mencapai tujuan SYARA.
Berkatalah para ilmu suluk,
Al amal asbah. Wa ruh huha sirrul ikhlas fii ha. Amalan amalan itu cuma rangka
dan ruhnya adalah rahsia yang ada pada pekerjaan itu
Dalam kaedah fikh syara merupakan panduan batas halal dan haram. Setiap
amalan amilin Islam mesti setimpal dengan harapan islam dan tidak tersasar
daripada had islam. Sebab itulah dinyatakan,
al halal bayyin wal haram bayyin yang halal itu nyata dan perkara haram itupun
nyata. Di terangkan juga,
Al Hassan ma Hassan nahu syarr u. Al kobeh ma kobahahu syarr u yang baik itu
apa yang Allah maksudkan dengan kebaikkan, yang buruk itu pula apa yang
dimaksudkan dengan keburukkan pada nilai dan kaca mata Ilahi.
Inilah tahap kematangan keislaman yang luntur kerana terkesan dengan nilai dan
pandangan yang salah akan baik dan buruk pada kacamata Tuhan Rabbul Jalil.
Itulah ringkasan tahap tahap amilin dalam amal islami. Berlaku pula hari ini
terdapatnya gerombolan amilin islam menghayun langkah jitu mahu melebarkan
dakwah mereka kepada mengambil bahagian dalam arena politik sehingga berjaya
menjadi tokoh jurubicara rakyat.

Mereka menjadi wakil rakyat dan wakil parlimen sesudah memenangi kerusi yang
dipertanding. Yang tidak menang apa apa, menjadi jurubicara yang mengemudi
parti politik yang mereka perjuangkan. Hakikat bertanding adalah untuk menang
kerusi supaya boleh melibatkan diri secara terus dengan kerajaan. Itulah politik
demokrasi yang diamalkan. Semuga lebih banyak kerusi yang menang
menambahkan bilangan anggota supaya dengan majoriti boleh menguasai negeri ,
juga sesebuah negara. Itulah praktik demokrasi yang berterusan sehingga ke hari
ini.
Politik adalah merupakan wadah untuk berkecimpung demi mesti dimenangi
menjadi majoriti yang dengannya Islam bakal dimertabatkan. Islam memerlukan
sokongan dan dokongan politik untuk menjadi ampuh. Itulah tangkapan kerajaan
yang ada bahwa masa depan Islam dan bangsanya berada ditangan mereka. Kuasa
politik menentukan kesinambungan bangsa dan agama. Allah SWT sebagai
penguasa alam ini, tidak mampu menguasai politik yang diatur manusia kerana ia
merupakan urusan kemanusiaan yang kian merosak tadbir urus negara.
Mereka lupa akan sebuah madah Arab. Kuasa berada ditangan si pemabuk. Dia
akan melukakan dirinya dan orang lain yang berada disekeliling.
Kuasa yang dimiliki hari ini, banyak yang disalah guna sehingga merosakkan bangsa
dan negara atau benarkah telahpun memberi manfaat yang banyak kepada bangsa
dan negara. Medan bercakap memang tidak sama dengan kenyataan, realiti yang
menimpa umat. Kendatipun demikian, umat dan bangsa masih merelakan diri
mereka menjadi saperti lembu yang dicucuk hidungnya kerana percakapan
pemimpin serupa candu yang membiuskan pemikiran menjadi celaru. Sogokan
sogokan yang cuma halua telinga. Yang memberikan impian manis,menanam tebu
di bib ir mulut.
WATAK WATAK YANG MENDALANGI BANGSA MELAYU
Orang Melayu suka dipuji dan pantang dikeji. Berikanlah puji pujian,
senandungkanlah nasyid nasyid di malam cinta rasul dengan madah yang
mengasyikkan. Berilah candu kelenaan kepada umat, sehingga mereka merasakan
mimpi yang indah dalam realiti dinihari yang menghimpit kehidupan. Kita
berhadapan dengan satu bala, pemikiran yang telah dipasung dengan harapan dan
mimpi yang digembar gemburkan. Walaupun ramai yang tahu percakapan itu
cumalah perkataan perkataan kosong yang disusulkan juga dengan janji janji
yang kosong.
Lebih ramai yang memegang watak Hang Tuah sebagai wira bangsa yang menjaga
raja daripada rakyat. Lebih ramai pemimpin sebagai bendahara Tun Perak, yang
mahu menjaga kepentingan kuasa feudal dari memberi hak kepada bangsa. Lebih
ramai yang suka menjadi hulubalang hulubalang yang nyawa mereka rela menjadi
taruhan. Tidak hairanlah lebih ramai yang dipaksa menahan betis hanya sebab
tercariknya baju raja oleh si ikan todak. Jiwa raga mereka menjadi habuan penguasa

daripada menjaga hak hak diri sendiri, anak anak dan isteri. Lebih ramai yang
rela membunuh diri sendiri dengan memangkah dan memilih pimpinan yang terang
terang merosakkan daripada memilih orang orang yang mahu menyelamatkan
keadaan bangsanya daripada menjadi mangsa perampokkan pemimpin yang tegar
kezaliman. Lebih ramai yang suka dizalimi secara terang terangan daripada
mendapatkan keadilan untuk bangsanya. Lebih ramai yang tidak suka berfikir
dengan caranya yang betul, rela dibelenggu dengan cara difikir fikirkan oleh
pemimpin yang menipu rakyat jelata dengan sogokan kosong. Lebih ramai yang rela
dengan cara hidup yang merelakan diri mereka menjadi tolol daripada tersedar
daripada hakikat bangsanya yang kian terjerumus. Malah lebih ramai yang sanggup
dengan realiti yang ada daripada menukar kepada sebarang perubahan. Lebih
ramainya yang susah nak ubah daripada yang mahu diubah.
Bangsa Melayu adalah sebenarnya cuma beberapa kerat golongan elit Melayu
selainnya adalah saperti kita, orang Melayu kelas dua. Golongan feudal adalah
bangsa melayu yang mesti dipupuk kerana tanpa mereka hilanglah kuasa melayu.
Inilah dasar pemikiran golongan elitis melayu. Sebab itu, orang melayu kebiasaan,
mati tak makanpun tidak apa., saperti Emak Si Randang, pedagang lalu nasi
ditandang, suami dirumah mati tak makan. Semuanya berhubung dengan SIKAP.
Tidak ada rumah dan merempatpun tidak dipedulikan. Dipedulikan pun sebagai
upacara pemberian kepada rakyat kerana mahu menunjukkan sikap kedermawanan
dan keperihatinan pemimpin kepada rakyat. Itulah politik yang mahu mengambil
segala yang diperlakukan sebagai tontonan .
PERANAN AMILIN ISLAM DALAM POLITIK.
Maka kemasukkan amilin Islam kedalam kancah politik bertujuan menghakiskan
kebobrokkan yang menjadi jadi. Demi memulihkan keadilan, menegakknya hak
hak rakyat. Bukankah kenyataan Ali karamullah hi wajhah yang sempurna,
Kejahatan didunia ini bukanlah sebab adanya banyak pemimpin yang jahat tetapi
ianya berlaku sabit juga daripada ramainya orang yang baik baik membiarkan
leluasanya kejahatan dan mereka berdiam diri tidak melakukan sesuatu.
Maka, terdorong dengan perbaikkan memperbaiki, gerombolan amilin islam
memasuki kancah politik dengan harapan melakukan perubahan demi untuk agama
dan bangsa. Sepak terajang politik yang tidak terduga dengan siyasah yang licik.
Walau dalam arena partai politik keislaman yang diharapkan keselamatan daripada
siyasah, tetap berlakunya kelicikkan yang meruncing. Faktor keislaman wujud
sebagai nama sahaja, saperti rangka, mengambil perkataan ilmu suluk, sementara
ruhnya menghilang dalam pertembungan siyasah yang kian melunturkan peribadi
muslim dalam arena.
Maka amilin islam terjebak dengan real politik yang meruntun dasar dasar
keislaman dalam kejiwa ragaan. Pemikiran dan cara bergerak dan bertindak kian
mengikuti proses demokrasi yang menghilangkan sibghahtullah atau corak Allah

SWT. Sedikit demi sedikit, lama lama menjadi bukit. Tabiat keislaman menjadi
tabiat politik. Cara keislaman menjadi cara berpolitik. Hakikat keislaman menjadi
hakikat berpolitik. Semuanya mengikut rentak dan tempo bagaimana politik
bergerak dan bertindak. Melodi cakap akan lebih tersusun dengan tempo siyasah,
berbunga bunga ragam dan gaya. Wataknya akan lebih melihat keadaan, menjadi
orang yang pragmatik bukan orang yang praktik.
Orang yang pragmatik memang amat berbeda dengan orang yang praktik. Orang
pragmatik melihat kepada keadaan, yang mana lebih menguntungkannya. Ia
menjadi saperti lalang, lentuknya sentiasa menurut desiran angin lalu. Lalang akan
sentiasa menurut dasar angin. Dasar angin tidak ada panduan arah yang menurut
prinsip. Prinsipnya asal boleh segala jadi. Matlamat buat menghasilkan cara.
Objektif membersihkan jalan. Walau jalan itu ternyata menghilangkan intisari taqwa
dan kepersonaan iman, demi jalan politik yang menampilkan keberuntungan,
keduniaan mesti diutamakan daripada keakhiratan. Bukan memilih apa yang Allah
kata tetapi memilih apa yang politik kata. Kerana pada politik adanya padah yang
dapat dilihat nyata sementara pada taqwa cumalah satu keadaan maya. Virtual
yang tidak kelihatan pada zahir cuma satu tujuan perasaan, feeling good yang
tidak menguntungkan kedudukan politik.
Orang yang praktik pula adalah umpama tangan tangan yang menggenggam bara
api. Ia melihat keadaan yang tenat, yang memerlukan pembabitannya dalam
sesuatu. Ia tahu bahwa pengorbanan adalah real dan dia akan mengharungi
kepayahan. Ia mencari jalan yang mudah sekiranya dapat tetapi tidak
mempermudahkan sehingga mengambil kelonggaran kelonggaran dalam setiap
sesuatu.
Tuntutan keislaman atas nilai ketaqwaan adalah hakikat kewujudan keislaman yang
ada pada dirinya. Ia boleh saja menuruti tuntutan politik demi memenuhi dinamika
aliran pemikiran yang fleksibel, langsung mengetengahkan keadah Aulawiyat di
atas perkara yang Dzaruri, yang Mustahab juga menyempurnakan kaedah
Maslahah Mursaleh. Tidak ada kesalahan baginya menuruti keadaan yang
munasabah asal saja mendahulukan taqwa daripada sogokan permainan siyasah.
Inilah perbedaan cara berfikir dengan corak keislaman yang mendahulukan iman
dengan cara berpolitik siyasi yang mendahulukan prakmatik.
Itulah kedudukannya apabila politik merupakan nombor satu dan islam nombor dua.
Amilin Islam sudah kehilangan batas taqwa kerana memilih siyasi untuk mewarnai
dimensi politik yang ada sehinggakan mempermudahkan urusan taqwa yang
menjaga dari tercucuk duri fitnah dunia.
Orang politik boleh menjadi celaka kerana dorongan kehendak dan kemahuan yang
sentiasa bertubi tubi meruntun. Lihatlah keadaan golongan ahli politik yang
terbanyak. Mereka sentiasa memenuhi kepentingan dari perjuangan. Perjuangan
dan saranan hanya halua telinga, cakap cakap manis yang didegar degarkan

tetapi habuan tetap merupakan kelangsungan cita cita. Lihatlah harta yang
mereka kumpul kumpulkan daripada penglibatan politik. Sebelum terlibat dengan
politik merupakan orang biasa semacam kita tetapi selepas itu merubah menjadi
orang yang berada, kemewahan yang menggila sehingga kemampuan yang
luarbiasa. Adakah kerana gaji yang lumayan bersertakan elaun yang bermacam
macam atau usaha sunyi, yang rahsia tersembunyi sehinggakan ramai menjadi
saudagar santeri dalam politik yang mereka santuni. Apakah samanya politik
dengan saudagar. Menjadi kaya dengan melibatkan diri dengan politik atau menjadi
kaya dengan berniaga tanpa melibatkan kuasa kuasa politik.

Para amilin islam besar kemungkinan tidak terjebak dengan juah harta benda. Tidak
mudah terpesona dengan mengumpulkan harta dan dana. Walau habuan didepan,
tidak mudah berpinaunya mata. Memang ada beberapa kerat yang kecundang
dengannya. Menjadi saudagar yang kaya raya bukan kerana berniaga tetapi salah
menggunakan kuasa.
Dalam Al muqadimmah hasil tangan Ibnu Qayyim yang cemerlang pernah
menyarankan bahwa orang kaya boleh mempengaruhi kuasa. Lebih baik menjadi
orang kaya yang berkuasa menggunakan hartanya untuk menundukkan pihak yang
berkuasa. Sementara orang yang berkuasa kerana jawatan yang dipegang boleh
ditundukkan dengan wang orang orang kaya. Hari ini orang orang kaya bukan
saja memiliki kekayaan bahkan mendapat pula gelaran gelaran dan pangkat,
kekadang bukan sebab usaha murninya membantu orang tetapi kerana kayanya.
Dia tidak digelar dengan gelaran orang kaya tetapi miliionaire atau billionaire yang
didepan namanya bergelar Tan Sri, Dato Seri dan lain lain anugerah sultan
kepadanya. Sudahlah menjadi kaya, ada pangkat dan derajat yang dianugerah.
Itulah tumpuan orang orang politik.
Adapun sedemikian, memang ada sekilas yang berjuang untuk maksud yang suci,
demi rakyat jelata dan keadilan. Makna perjuangan sebenar yang berjuang kerana
matlamat dan objektif, keadilan, kebenaran dan kesaksamaan. Tidak hairanlah
melihatkan non islampun berjuang diatas entiti yang sama, sanggup pula bermati
matian walau bukan di atas keredaan Ilahi, hanyasanya kerana keadilan yang perlu
ditegakkan. Maksud demokrasi yang mahu hasrat itu tercapai. Satu suara untuk
rakyat menentukan dasar. Dasar itu daripada peti undi, satu pangkah yang

bermakna untuk melihat keadilan, kebenaran dan kesaksamaan. Itulah perjuangan


yang sanggup berkorban demi mendapatkan kebagusan ertinya sebuah kehidupan
yang bermaruah. Hak yang tidak diperkosa oleh tangan tangan yang mencambuk
kuasa menurut hawa nafsu dan serakah pemerintah. Pemerintah juga boleh dan
harus dijatuhkan dengan nilai harga satu pangkah. Demi menjaga supaya
pemerintah sentiasa berkuasa dan kekal berkuasa maka dengan apa cara sekalipun
semesti menang meraih undi. Biasalah yang berkuasa akan menggunakan kuasa
authoritarian untuk menang, samada menipu atau mengilat, menggunakan
kekerasan sekalipun asal menang tetap menang. Kalau kalah, kuasa akan hilang
sekaligus, sekelip mata kuasa memerintah berpindah tangan, pengaruh sudah
menghilang kerana rakyat menolak dan segala salah silap yang sebelum bakal
digeledah. Itulah bahana yang akan ditempuh kalau melakukan kefasadan.
Kesan daripada itulah yang membawa ramai amilin islam berkecimpung kerana
mahu melihat perubahan berlaku agar keadillan, kebenaran dan kesaksamaan
mengambil tempatnya dalam sebuah negara. Mereka mahukan perubahan melalui
dasar yang mereka laungkan dengan demokrasi sebagai model perubahan. Inilah
saja jalan penyelamat bahkan mereka juga tahu bahaya dan korban yang akan
ditempuh.

Maka aku terpanggil untuk memperkatakan sesuatu berhubung dengan sebuah


cerita. Satu kisah yang benar lagi sahih yang menghinggapi sahabatku sehingga
kini. Ia adalah fakta bukannya cerita bersadur dengan pembikinan saperti lakaran
sebuah drama demi memberikan sensasi yang berlebih lebihan. Terpaksanya
melakarkan wawasan dan harapan sebelum kisah diceritakan supaya dimengerti
akan aliran pemikiran yang mendasari sebuah cerita benar. Bagaimana seorang
anggota harakah daripada siapapun terjebak dan tumpul pandangan apabila
amanah dikhianati dan tanggung jawab dilepaskan.

Kisah ini juga adalah kisah kita bersama. Sahabat sahabat lama yang dahulu
membujang lalu melalui kehidupan dalam ranjau hidup berjamaah, duduk bersama
sekelumpuk saudara saudara yang rapat saperti isi dengan kuku. Hidup dalam
jamaah, sebuah harakah islamiah yang memegang mabdak tarbiah islamiah
harakiah.
Maka hasil daripada rangsangan tarbiah islamiah harakiah terbentuklah satu
konsepsi pemikiran yang dilentur saperti melenturnya rebung. Lahirnya jiwa raga
yang mahukan islam mentadbir kehidupan diri sendiri dalam rangka pembinaan
syaksiah islamiah. Jiwa raga yang merelakan peribadi islam menjadi tampuk akhlak.
Hasilnya yang melahir generasi muslimin yang dibentuk di dalam satu proses
pembentukkan dan pembangunan ummah islamiah dalam realiti sebuah harakah.
Pembentukkan yang berkisar daripada tarbiah islamiah harakiah sememang
melahirkan keunggulan peribadi tanpa mengira lelaki atau perempuan. Mereka
mahukan islam dan dahaga dengan kehidupan yang berkisar dengan syahsiah
islamiah. Itulah yang menjadi tujuan hidup sehinggakan apabila mahu berkahwin,
tumpuan utama adalah individu yang bersama dengan jamaah yang bersama
sama.
Inilah yang berlaku kepada sekian ramai sahabat sahabat memilih calon dalam
jamaah dengan harapan menjadi teman mithali dalam perlaksanaan syaksiah
islamiah dalam pembinaan individu muslim yang kini dilanjutkan kepada
membangunkan rumah tangga dalam ertikata rumah tangga muslim yang di
dalamnya ada prinsip keislaman. Itulah gambaran ideal dalam susuk setiap yang
mahu berkahwin ketika itu. Banyak calon pilihan ibu bapa ditolak kerana impian
menjadikan contoh mithali sebuah rumah tangga yang satu fikrah, satu hasrat yang
mahu menumpukan cita cita keislaman membina sebuah rumah tangga muslim.
Hasrat inilah yang mendorong ramai berkahwin bersama dalam sebuah harakah,
keinginan harapan yang mahu membentuk kehidupan islamik. Ramai yang
berkahwin dengan harapan mencapai keunggulan sebuah kehidupan dinamik yang
berteraskan Islam. Para akhawat mencari cari teman harapan. Para akh karim
juga mencari teman harapan. Mahukan yang sehati sejiwa supaya boleh hidup
dengan menghirup udara islam yang memberikan harapan keislaman.
Semasa itu,dalam pemikiran dan benak hati kedua mempelai lebih lagi si akh karim
adakah dalam hatinya ketika itu mahu berkahwin dua atau tiga sekalipun empat. Si
akh karim mahu dirinya menjadi seorang sahabat yang setia kepada bakal isteri,
yang punya amanah, berhemah, tidak mengkhianati amanat isteri. Seorang suami
mithali yang isterinya mendapat naugan keselamatan dan kebagusan akhlak. Sudah
pasti tidak curang dan bermain kayu tiga. Mata yang tidak berkeliaran merata
rata, mata liar kata orang, yang suka mengelak melihat keharaman. Itulah haran
bakal isteri terhadap calon suami.

Bila berkahwin bersama sahabat dalam jamaah, reality dan corak ikatan tidak
sama dengan perkahwinan orang biasa. Disana ada ikatan amanah yang lebih tinggi
daripada orang biasa. Si isteri akan melihat suaminya seorang yang sungguh
amanah yang tidak akan mengkhianati perkahwinan kerana di sana sudah ada yang
mengikat hubungan selain suami isteri, iaitu ikatan harakah secara jamaah. Suami
isteri merupakan entiti anggota jamaah. Si isteri yang mencari calon suami dalam
sebuah jamaah tidak akan pernah bermimpi bahwa suaminya akan berhasrat untuk
berkahwin lagi selainnya. Inilah harapan ramai anggota dalam jamaah islam yang
mahukan kedamaian sebuah rumah tangga. Lainlah pula saperti jamaan Al Alqam
yang sememang dalam intisari gerakan keislamannya memupuk semangat
berkahwin lebih dalam prinsip dakwahnya. Lain padang lain belalang. Dalam
dakwah dan tarbiah selayaknya mengutamakan keislaman yang asli bukannya
bahagian bahagian islam yang merupakan titik titik daripada islam lalu dijadikan
keutamaan wujudnya islam. Salah faham terhadap islam bermula apabila bahagian
bahagian daripada islam yang bukan keutamaan menjadi usul sementara perkara
yang usul menjadi tidak penting.

Das könnte Ihnen auch gefallen