Sie sind auf Seite 1von 1

Maksud Koordinasi Badan :

Penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas terhadap perubahan


di persekitaran kita.

Maksud Koordinasi Saraf :

Gerak balas badan akibat tindak balas sistem saraf.

Maksud Koordinasi Kimia :

Gerak balas badan akibat tindak balas sistem endokrin.

Kepentingan Koordinasi Saraf Dan Koordinasi Kimia :

Membolehkan badan menjalankan pelbagai aktiviti.

Membolehkan badan melindungi diri daripada rangsangan luar.

Menjaminkan kesihatan dan kesejahteraan badan.

Sistem Saraf Manusia


Sistem Saraf Manusia :

Sistem saraf manusia terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan
sistem saraf periferi.

Sistem saraf pusat terbahagi kepada :

1. Otak.
2. Saraf Tunjang.
Sistem saraf periferi terbahagi kepada :
1. Sistem saraf autonomi.
2. Sistem saraf soma.
Sistem saraf soma pula terbahagi kepada :
1. Saraf kranium.
2. Saraf spina.

Das könnte Ihnen auch gefallen