Sie sind auf Seite 1von 16

Nama: SMK(P) TAMAN PETALING TINGKATAN.

4:______
_________________ EKONOMI ASAS
TINGKATAN 4
UJIAN BULAN JULAI

BAHAGIAN A
Pilih Jawapan yang betul . Tandakan semua jawapan anda pada kertas OMR
disediakan

1. Maklumat berikut merujuk kepada suatu unit ekonomi.

Membekalkan faktor-faktor pengeluaran


Bersama-sama membuat keputusan ekonomi
Menggunakan barang dan perkhidmatan

Unit ekonomi itu ialah


A. Buruh
B. Individu
C. Isi rumah
D. Pengguna

2. Apakah objektif penggunaan isi rumah?


A. Membeli barang yang diingini.
B. Memilih barang yang berkualiti
C. Membeli barang dengan kuantiti yang maksimum
D. Memilih barang yang memberi utiliti maksimum.

3. Utiliti adalah kepuasan yang diperoleh daripada


A. Purata penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan
B. Tambahan penggunaan barang dan perkhidmatan
C. Penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan
D. Gabungan barang dan perkhidmatan

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang keluk permintaan?


A. Hubungan antara harga dan kuantiti yang diminta adalah positif.
B. Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan.
C. Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
D. Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap peringkat harga.

5. Apakah faktor yang menyebabkan permintaan ayam meningkat?


A. Harga makanan ayam menurun
B. Perubahan teknologi penternakan
C. Harga ikan meningkat
D. Kerajaan memberi subsidi kepada penternak

1
6. Apabila harga barang X meningkat, permintaan barang Y juga meningkat. Antara berikut, yang manaka
mewakili barang X dan barang Y?

Barang X Barang Y
A Milo Gula
B Kasut Stokin
C Ayam Ikan
D Kerusi Meja

7.
Barang A dan Barang B adalah barang penggenap
Barang A dan Barang C adalah barang pengganti Maklumat berikut berkaitan dengan
hubungan tiga jenis barang.

Jika harga Barang A naik, apakah kesan terhadap permintaan Barang B dan Barang C?

Barang B Barang C

A Menurun Meningkat

B Menurun Menurun

C Meningkat Menurun

D Meningkat Meningkat

8.
Jadual di bawah menunjukkan permintaan individu terhadap kereta Rider.

Tahun Harga (RM/unit) Permintaan (unit.)

2013 80 000 5 000

2
2014 80 000 6 000

Apakah yang menyebabkan permintaan terhadap kereta Rider meningkat?


A. Peningkatan pendapatan individu
B. Peningkatan harga kereta Rider
C. Peningkatan cukai pendapatan
D. Peningkatan teknologi

9. Apakah maksud keanjalan harga permintaan?


A. Pengukuran dalam perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan kuantiti
B. Pengukuran perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan dalam harga
C. Pengukuran perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan pengguna
D. Pengukuran perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan pengguna

10 Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap suatu barang.

Apakah titik baru bagi U jika kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan seorang
A. R C. Q
B. T D. S

11.
Rajah di bawah menunjukkan pergerakan A ke B di sepanjang keluk permintaan (DD).

3
Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan dari titik A ke B?
A. Kenaikan harga barang penggenap
B. Kejatuhan harga barang penggenap
C. Kenaikan harga barang itu
D. Kejatuhan harga barang itu

12. Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer dari tahun 2002 hingga 2004.

Harga seunit
Tahun Jumlah permintaan komputer (unit)
(RM)
2002 3 500 20 000
2003 3 000 40 000
2004 3 200 30 000

Hitungkan keanjalan harga permintaan komputer apabila harga meningkat dari RM3 000 kepada RM3 200.
A. 3.13 C. 5.30
B. 3.75 D. 6.67
13 Maklumat berikut boleh menyebabkan perubahan dalam permintaan barang Z.

Harga barang Z dijangka meningkat pada masa depan.


Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan.

Keluk yang manakah menunjukkan perubahan permintaan bagi barang Z?

4
14 Kenaikan harga kopi sebanyak 5% telah menyebabkan permintaan jatuh sebanyak 10%. Berapakah nilai
keanjalan harga permintaan kopi?
A. 0.5
B. 2.0
C. 5.0
D. 15
15 Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan barang M.

5
Tafsirkan nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang M.
A. Apabila harga jatuh 33.3% menyebabkan kuantiti permintaan jatuh sebanyak 20%.
B. Apabila harga jatuh 33.3% menyebabkan kuantiti permintaan meningkat sebanyak 20%.
C. Apabila kuantiti permintaan meningkat sebanyak 20% menyebabkan harga jatuh 33.3%.
D. Apabila kuantiti permintaan jatuh sebanyak 20% menyebabkan harga jatuh 33.3%.

16 Berikut adalah iklan promosi telefon kamera Syarikat RC Tel Sdn. Bhd bagi bulan Februari.

Setelah tamat tempoh promosi, Syarikat RC Tel Sdn. Bhd. mendapati jualan telefon kamera bagi bula
Februari telah meningkat sebanyak 30%. Ini menunjukkan

A. Permintaan telefon kamera itu anjal


B. Penawaran telefon kamera itu anjal
C. Permintaan telefon kamera itu tidak anjal
D. Penawaran telefon kamera itu tidak anjal

17 Ciri manakah yang benar tentang keanjalan pemintaan tak anjal?


A. Kecerunan kcluk permintaan adalah lebih curam
B. Pekali keanjalan harga permintaan lebih daripada satu
C. Pengeluar menurunkan harga barang untuk meningkatkan hasil jualan
D. Peratus perubahan kuantiti yang diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga

6
18 Maklumat berikut merujuk kepada pekali keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y.
Barang X Barang Y
Pekali keanjalan 1.5 0.5

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh peniaga untuk meningkatkan hasil jualan bagi setiap baranga
berikut?

Barang X Barang Y
A Naikkan harga Turunkan harga
B Kekalkan harga Turunkan harga
C Turunkan harga Naikkan harga
D Naikkan harga Kekalkan harga
19
Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi buah durian pada musim ini.

Jika nilai keanjalan harga permintaan bagi durian ialah 2. Berapakah nilai X?
A. 100.0 kg C. 150.0kg
B. 120.0 kg D. 152.5kg

20
Syarikat Bina Jaya berasa amat gembira kerana taman perumahan yang baru dibinanya mendapat permintaa
yang tinggi pada bulan ini berbanding bulan lepas walaupun harga rumah teres tersebut tidak berubah. Antar
yang berikut, yang manakah menyebabkan peningkatan permintaan tersebut?

A. Harga rumah teres dijangka turun

B. Peningkatan harga rumah pangsapuri

C. Peningkatan cukai pendapatan individu

D. Cita rasa terhadap rumah teres menurun

21 Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.

Harga (RM) Kuantiti Diminta


7
(unit)
10 5
P1 4

Berapakah nilai P, jika keanjalan harga permintaan jika keanjalan permintaan ialah 0.2 ?
A. 0 C. 15
B. 5 D. 20

22 Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan harga bagi dua jeni
barang.
Barang Peratus Peratus
perubahan perubahan
kuantiti diminta harga
X 20 10
Y 15 15

Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y?

Barang X Barang Y
A Anjal Tidak anjal
B Tidak anjal Anjal satu
C Anjal Anjal satu
D Tidak anjal Anjal

23 Gambar di bawah menunjukkan suatu jenis barang.

Apakah strategi yang perlu diambil oleh pengeluar untuk memaksimumkan keuntungan bagi barang tersebut

A. Menurunkan harga barang C. Menetapkan harga barang

B. Menstabilkan harga barang D. Menaikkan harga barang

Soalan 24 hingga Soalan 25 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

8
A Betul Salah

B Salah Betul

C Betul Betul

D Salah Salah

24 I Permintaan berkesan ialah permintaan yang disokong oleh wang.


II Permintaan hanya dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri.

25
I Pekali keanjalan harga permintaan anjal adalah kurang daripada satu.

II Apabila permintaan anjal, pengusaha akan menaikkan harga untuk memaksimumkan hasil jualan

BAHAGIAN B

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas disediakan.

1 (a) Terangkan dua peranan isi rumah dalam ekonomi. [4 markah]

(b) Jadual dibawah berkaitan dengan tingkat harga dan kuantiti diminta bagi Barang X.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)

10 25

20 20

30 15

9
40 10

(i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan barang tersebut.
[Gunakan skala 2 cm = RMIO pada paksi harga dan 2 cm = 5 unit pada paksi kuantiti]
[4 markah ]

(ii) Pada kertas graf yang sama di 2(b)(i), lukis keluk permintaan yang baru jika kuantiti yang
diminta bagi Barang X telah bertambah 5 unit pada setiap tingkat harga.
[2 markah]

(iii) Terangkan empat faktor yang menyebabkan perubahan permintaan tersebut bagi Barang X.
[8 markah]

(c) Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi pendrive 8GB.

(i) Jelaskan maksud keanjalan harga permintaan. [1 markah]

(ii) Hitung nilai keanjalan harga permintaan bagi pendrive 8GB dan tafsirkan pekali keanjalan itu.
[3 markah]

(iii) Wajarkah pengeluar menurunkan harga pendrive 8GB untuk meningkatkan hasil jualan?
Jelaskan.
[3 markah]

SKEMA JAWAPAN

10
1. C 6. C 11. D 16. A 21. D

2. D 7. A 12. B 17. A 22. C

3. C 8. A 13. C 18. C 23. D

4. D 9. B 14. B 19. C 24. A

5. C 10. D 15. B 20. B 25. D

BAHAGIAN A

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN B
SOALAN ESEI

1a) Sebagai pembekal input pengeluaran [lm]


... isi rumah menerima upah, sewa, dan faedah kerana membekalkan input pengeluaran seperti
buruh, modal, tanah dan usahawan kepada firma [ I m]
Sebagai pengguna barang dan perkhidmatan [ I m]
... isi rumah membeli barang dan perkhidmatan dari firma untuk memenuhi kehendaknya [lm]

(b)i Paksi y dilabel - 1m


Paksi x dilabel - 1m
Skala yang betul - 1m
Graf permintaan asal DD-1m

(b)ii Graf DD baru (2m)

11
Ceraian (b)iii.
Pendapatan pengguna bertambah [1m]
... pertambahan pendapatan pengguna menyebabkai permintaan barang X bertambah[1m]

Cita rasa [1m]


... kegemaran pengguna terhadap barang X menyebabkan permintaannya bertambah [1m]

Harga barang lain [1m]


... peningkatan harga barang pengganti menyebabka permintaan barang X bertambah [1m]

Jangkaan harga pada masa depan [1m].


...apabila harga suatu barang dijangka naik pada masa depan, maka permintaan terhadapbarang
tersebut akan bertambah pada masa sekarang. [1m]

Dasar kerajaan [1m]


...apabila kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan perseorangan , kuasa beli meningkat
dan permintaan terhadap barang bertambah. [1m]

Musim [1m]
Musim perayaan permintaan terhadap barang-barang tertentu akan bertambah [1m]
(Pilih mana-mana 4 jawapan)

d) (i) Keanjalaan harga permintaan


mengukur peratus perubahan dalam kuantiti
diminta kesan daripada peratus perubahan harga barang itu
[1m]

(ii) Keanjalan harga permintaan

Ini bermaksud penurunan harga sebanyak 1% akan menyebabkai kuantiti diminta


meningkat sebanyak 4%. [1m]

(iii) Wajar [1m] kerana peatus perubahan kuantiti dininta lebih besar daripada peratis perubahan
harga, [1m] maka psiurunan harga yang sedikit akan rrenyebabkan kuantiti diminta ber&mbah
dengan lebih banyak, makshasil jualan dapat dimaksimumkan. [1m]

12
Skema Jawapan
Bahagian A

Bahagian B
1(a)i

13
Ceraian (alii.

... hukum permintaan menyatakan bahawa harga dan kuantiti diminla berhuhungan negatif/songsang [lm]

keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan [lm]

contohnya. apabila harga naik daripada RM2 kepada RM3. kuantiti diminta jatuh daripada 40 unit kepada 20 unit [lm]

sebaliknya, jika harga jatuh daripada RM3 kepada RM2. kuantiti diminta naik daripada 20 unit kepada 40 unit [lm]

Ceraian (b)

Harga barang itu [ lm]

... apabila harga barang itu naik, kuantiti diminta jatuh [lm]

Harga barang lain [lm]

... harga barang pengganti naik menyebabkan permintaan barang bertambah [ lm]

Pendapatan pengguna [lm]

... peningkatan pendapatan pengguna menyebabkan permintaan barang bertambah [lm]

Cita rasa pengguna [lm]

... peningkatan cita rasa pengguna terhadap sesuatu barangmenyebabkan permintaan barang bertambah [lm]

Jangkaan Harga[lm]

... apabila harga sesuatu barang dijangka naik pada masa depan, maka permintaan terhadap barang tersebut akan
bertambah pada masa sekarang[lm]

Musim [lm]

Musim mempengaruhi permintaan terhadap sesuatu barang meningkat

... contohnya semasa musim cuti sekolah permintaan terhadap perkhidmatan hotel bertambah [lm]

Dasar kerajaan [lm]


14
... apabila kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan perseorangan, kuasa beli meningkat dan permintaan terhadap
barang bertambah.[lm]

(maksimum 6 markah)

Ceraian (c)

Keanjalan Harga Permintaan Anjal Keanjalan Harga Permintaan Tak Anjal

Pekali keanjalannya lebih besar daripada satu [ lm] Pekali keanjalannya kurang daripada satu [lm]

Peratus perubahan harga adalah lebih kecil daripada peratus Peratus perubahan harga adalah lebih besar daripada
perubahan kuantiti diminta . [ lm] peratus perubahan kuantiti diminta . [ lm]

Ceraian (d)

Pada bilangan buruh 0-3 orang ...

keluaran purata semakin meningkat. [lm]

... keluaran sut semakin meningkat [ Im] dan mencapai maksimum pada bilangan buruh yang ke-3 [lm]

Pada bilangan buruh 3-4 orang

...keluaran purata semakin meningkat [lm]

dan mencapai maksimum pada 3orang buruh[lm]

Pada bilangan buruh 4-7 orang

... keluaran purata semakin menurun [lm]

... keluaran sut juga menurun [lm]

|sehingga mencapai sifar pada bilangan buruh yang ke-7 [lm]

Pada bilangan buruh 7-8 orang

... keluaran purata semakin menurun [lm]

... keluaran sut semakin menurun dan bernilai negatif pada bilangan buruh yang ke-8 [lm]

15
16

Das könnte Ihnen auch gefallen