Sie sind auf Seite 1von 2

SOALAN KBAT

TINGKATAN 1 BAB 4 (KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI)

Soalan Respon Terhad

1. Nyatakan tiga kegunaan bahan api fosil.


i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________

Jawapan:
i. Sebagai sumber tenaga (1 markah)
ii. Untuk menjana elektrik (1 markah)
iii. Menggerakkan kenderaan bermotor (1 Markah)

2. Maya menjalankan eksperimen untuk menguji sifat bahan logam dan bukan logam
dengan menggunakan bahan X dan Y. Mentol menyala apabila bahan X digunakan,
tetapi tidak menyala apabila bahan Y digunakan.
Cadangkan apakah bahan X dan Y dan jelaskan.

Jawapan:
X : Kuprum
Y : Sulfur (1 markah)

X ialah bahan logam kerana mengalirkan elektrik dan menyebabkan mentol menyala
(1 markah)
Y ialah bahan bukan logam kerana tidak mengalirkan elektrik. (1 markah)

Soalan Respon Terbuka


3. Maklumat di bawah menggambarkan satu fenomena yang semakin member impak
terhadap manusia dan alam sekitar.

Sesetengah sinaran dipantul


oleh bumi dan atmosfera.
Kebanyakan sinaran diserap
oleh permukaan bumi.
Gas rumah hijau memerangkap
haba.
Permukaan Bumi dipanaskan.

i. Pada pandangan anda, apakah fenomena yang dimaksudkan di atas.


___________________________________________________________________

ii. Bincangkan kesan-kesan akibat daripada fenomena yang dinyatakan dalam soalan 3 (i),
dan cadangkan cara-cara yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Jawapan :
i. Fenomena Kesan rumah hijau (1 markah)
ii. (Jawapan murid)
Antara kesan rumah hijau ialah peningkatan suhu yang mana akan menyebabkan
perubahan dalam iklim. Beberapa tempat akan mengalami kemarau dan tempat-
tempat tertentu mengalami sejuk. Kadar fotosistesis mungkin berkurangan dan
jumlah makanan pertanian akan berkurangan.
Antara cara-cara yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kesan rumah hijau
ialah mengelakkan pembakaran terbuka dan berkongsi kereta. (5 markah)

Das könnte Ihnen auch gefallen