Sie sind auf Seite 1von 4

Assalamualaikum.

Kehadapan ustaz yg saya hormatisaya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini tetapi
saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat
meredakan rasa berdosa saya selama iniustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali
ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun.

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup
menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada
seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan
sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk
membezakan yang mana kaca dan permata.

Or maybe can start with akad nikah


Aku Fadhil, bekas budak UIA yang pernah menulis tentang kehidupan aku lepas
berkahwin.
Aku tak sangka kisah tu dapat perhatian ramai. Sungguh aku tak sangka. Dekat
10k jugalah yang like, dan beberapa page-page dah viralkan cerita aku. Aku
memula happy juga sebab luahan hati aku ni diambil perhatian. Aku rasa
gembira sebab pada awalnya, aku sangka kisah aku tu org x ambil endah je.

Tapi bila aku bukak komen2, rasa gembira aku tu hilang. Banyak komen negatif
berbanding positif. Ramai kecam aku sebab aku luahkan benda tu. Dan paling
aku sedih, cerita aku tu dah dipadam oleh page ini. Aku tak faham kenapa
dipadam, tapi aku rasa kecewa sebab seolah2 org ramai x percaya dengan kisah
hidup aku tu.

Bai, apa yang aku ceritakan tentang isteri tu semua betul.SEMUA. Dia tendang
aku sebab aku tertidur masa nak pergi kenduri, dia malas mandi sampai pernah
tak mandi 4 hari, dia selalu belasah dan cubit aku, dia tak bagi keperluan batin
yang secukupnya pada aku, malas masak tu takyah ceritalah, malas kemas
rumah, dan kemuncaknya, dia belasah aku kat luar rumah sebab lupa nak bagi
duit makan dua tahun lepas.

Sumpah, demi Allah aku tak reka cerita ni. Ini benar2 berlaku, dan aku takde
masa nak reka2 cerita buat korang semua terhibur. Tak kuasa teman. Apa yang
aku tulis ni semuanya peristiwa yang benar2 berlaku.

Ada yang sangkal cerita aku. Dia kata, macam mana aku boleh ingat semua
detail cerita tu walhal benda tu dah lama. Bai, segala detail dan perincian cerita
yang aku tulis, aku memang ingatinya sebab ada beberapa detail tu bagi kesan
besar kat aku. Cuma aku tak cerita lebih2 sebab apa yg aku tulis hari tu pun dah
cukup panjang.
Contohnya, peristiwa dia tak kemas rumah, dan dia goreng telur utk dia je.
Kesan besarnya adalah, lepas2 tu, aku sentiasa bagi dia duit makan dan aku dah
mula ambil tahu hal ehwal peti ais. Sebelum2 tu, aku tak ambil tahu sangat
sebab aku ingat dia boleh uruskan. So, aku ingat detail kisah tu sebab itulah titik
tolak aku buat habit baru lepas berkahwin.

Ada juga yang tak bagi kesan besar, tapi aku ingat detail. Cuma aku tak faham
kenapa isu ingat detail tak ingat detail ni diperbesarkan. Aku muda lagi kot.
Benda yang berlaku tu pun baru jadi dua tiga tahun lepas.

Ada jugak yang cakap, aku ni sengaja tulis sebab nak burukkan perempuan
pakai purdah. Inilah masalahnya. Apa yang buat korang semua tak percaya
dengan cerita aku ni sebab isteri aku ni pakai purdah. Aku takkan burukkan
orang pakai purdah sebab aku sendiri hormat orang pakai purdah. Sebab tu lah
aku tak berani nak mintak dia bukak purdah depan aku sebelum kahwin. Aku
rasa orang purdah ni special snowflakes yang tak boleh saja2 nak diusik.

Walaupun aku dah lalui kehidupan dengan isteri aku ni, aku tetap hormat
golongan berpurdah. Aku tetap berpegang bahawa perbuatan isteri aku takde
kena-mengena lah dengan purdah. Tujuan aku cerita dia ni pakai purdah adalah
sebab dia pakai purdah la. Buat apa aku nak cerita dia pakai purdah kalau dia
pakai purdah. Kalau dia pakai tudung saji kat kepala, aku cerita la yg isteri aku
ni jenis pakai tudung saji kat kepala.

Ada orang marah aku sebab tak tengok muka dia sebelum kahwin. Aku akui,
family aku ni bukan jenis family ada background agama. Akulah satu2nya adik
beradik yang kahwin dengan orang ada background agama ni. Abang kakak aku
kahwin dengan orang2 biasa je. Mungkin mama dan ayah nak tengok ada
menantu dia yg boleh bawa agama dalam family, sebab tu mama pilih isteri aku
ni. Ibu mentua aku dulu sama universiti dgn mama aku sebab tu kenal.

Jadi, disebabkan kurangnya ilmu agama, kami tak tahu pun boleh bukak purdah
utk sesi perkenalan. Walid dan ummi (mentua aku) dulu pun tak pernah pula dia
cakap pasal isu buka tunjuk muka ni. Aku rasa mama aku takut nak minta isteri
aku ni buka purdah depan aku sebab takut benda tu sensitif bagi keluarga dia.
Mama aku ni jenis macam aku jugaklah, jenis yang patuh dan takut2. Ayah tak
ambik port sangat.

Bila fikir balik, kalau dia bukak purdah sebelum kahwin dan tunjuk pada aku
pun, aku takdelah nak menolak sangat. Aku tak kisah sangat dengan rupa paras
dia. Cuma waktu malam pertama tu, aku terkejut sebab tak macam expectation
aku. Aku selalu dengar dan baca kisah kahwin2 dengan perempuan purdah, dan
tengok2 diorang ni lawa gila. Lebih terinspirasi bila aku tengok cerita Ayat-Ayat
Cinta. Kakakaka. Aku dah terbayang isteri aku ni mesti macam Aisha. Tapi bagi
aku, isteri aku sekarang ni lagi lawa berbanding Aisha walaupun mula2 tengok,
aku tak rasa macam tu.

Ada orang cakap aku bacul sebab tak melawan. Ya, inilah sebab aku tak cerita
kat sesiapa. Dengan mama, ayah, kawan2, semua aku tak cerita tentang
keganasan isteri aku ni sebab aku takut orang ejek aku penakut. Ya, memang
aku penakut. Tapi, bukan sekadar aku takut, kalau korang jumpa isteri aku,
korang akan faham kenapa aku takut. Masa kahwin, badan dia sedang2. Tak
sampai lima enam bulan, badan dia mula naik, dan terus naik. Jadi dia agak
gempal dan nampak dia macam kakak-kakak je dengan aku.

Lagi2, kalau dia mengamuk, dia jenis mengamuk mcm kena rasuk. Aku ada
beberapa kali melawan balik, tapi tak lut. Dia lagi ganas daripada aku dan dia
buat aku takutkan dia. Korang fikir lelaki ni lagi kuat daripada perempuan, tapi
sebenarnya utk kes aku ni, aku akui yang aku lemah. Aku tak macam suami lain
yg boleh balas balik perbuatan isteri dia.

Ada orang cakap yang cerita aku ni macam tak logik sebab takkanlah akan ada
peristiwa macam ni berlaku. Yang ini aku tak faham, apa korang ingat takde
perempuan kaki pukul ke? Takde isteri berani lawan suami ke? Korang ingat
perkahwinan ni seindah yang disiarkan dalam TV tu ke?

Kes pukul suami ni banyak berlaku kat dunia ni tau. Tapi tu la, benda ni orang
ambik endah tak endah semua perempuan pukul lelaki. Kalau suami pukul isteri,
dikatakan keganasan rumah tangga. Kalau isteri pukul suami, dikatakan cerita
jenaka.

Sebab dalam kepala otak masyarakat kita fikir, hanya perempuan saje jadi
mangsa keganasan. Semua orang ingat lelaki ni kuat. Dah tu suami macam aku
ni macam mana? Siapa nak tolong dan siapa nak backup aku?

Aku sedih dengan komen2 tentang diri aku.

Aku tak tokok tambah pun cerita tentang perkahwinan aku ni. Malah, aku buang
sikit cerita supaya xnampak sangat jahatnya isteri aku ni. Kalau siapa yang dah
kahwin,nanti dah kahwin nanti kau akan faham perasaan suami terhadap isteri
dia.

Walaupun dia benci, tapi dlm hati tetap sayang. Dalam kes aku ni, dia buat mcm
mana pun kat aku, aku ada rasa sayang kat dia.

Aku nak tulis sambungan kisah yang terjadi lepas aku kena belasah dengan
isteri aku kat luar rumah dan kena tumbuk dengan jiran kami sampai orang2
surau tuduh aku pulak yang belasah isteri aku.

Apapun, cukuplah korang tahu bahawa kami masih suami isteri sehingga kini.
Kenapa, bagaimana, dan apa terjadi, cukuplah biar aku dan isteri aku sahaja
yang tahu. Aku ada sikit tawar hati dengan masyarakat yang tak habis2 respon
negatif pada kisah hidup aku.

Das könnte Ihnen auch gefallen