Sie sind auf Seite 1von 23

ANUGERAH INOVASI PEMBETA'ARAN DAN PENGAJARAN

NEGERI JOHOR

Buku manual Inovasi Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Alat Bantu Mengajar
1.0 Tajuk Mata pelajaran

Matematik Tambahan

2.0 Maklumat diri/ ahli kumpulan

Nama : Asadulasyraf bin Othman

No. KP: 820101-01-6575

Nama Sekolah : SMK Tun Sardon

JKR 940, Jalan Sekolah, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.

Alamat : Batu 13 , Jalan Benut, 83200 Senggarang, Batu Pahat, Johor.

3.0 Tajuk lnovasi

Volume Shape Generator

4.0 Topik dalam P&P yang digunakan

Pengamiran (Integration)

5.0 Objektif

1. Menarik minat pelajar di dalam mata pelajaran matematik tambahan.

2. Membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


3. Membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk tertentu iaitu

pengamiran dan khususnya kepada tajuk pengamiran sebagai penghasil

tambahan isi padu.

4. Membentuk semangat kerjasama

5. Mewujudkan pelajar yang kreatif

6.0 Sasaran

Guru-guru matematik dan pelajar-pelajar yang berkenaan.

7.0 Sumber

AJK projek (Guru-guru matematik Tingkatan 5) dan bahan terbuang.

8.0 Strategi Pelaksanaan :

1. Mesyuarat AJK Projek

a. Memilih tajuk yang sesuai


b. Membincangkan ABM yang bersesuaian dengan tajuk.

2. Menghantar penyertaan kepada urusetia.

3. Merangka kertas kerja bagi projek tersebut.

4. Membina ABM yang dirancang.

5. Menghantar bahan pertandingan.

6. Menyertai pertandingan.

9.0 Anggaran KOS BBM

Bil. Bahan Kuantiti Harga Jumlah

1 Perspek 60cm X60cm 1 14.00 RM 14.00

2 Papan lapis 1 10.00 RM 10.00

3 Skru 10 0.10 RM 1.00

4 Suis 1 2.00 RM 2.00

5 Bateri 1 2.00 RM 2.00

6 Tempat Bateri 1 0.50 RM 0.50

7 Rod besi (diameter 1mm) 30 cm 0.03 RM 0.90


8 Motor 1 3.00 RM 3.00

9 Wayar 30 cm 0.01 RM 0.30

10 lidi 4 0.00 RM 0.00

JUMLAH BESAR RM 33.70

10.0 Tunjukkan bagaimana inovasi itu mampu meningkatkan minat pembelajaran

murid

Prakata

saya telah membuat satu ciptaan Bahan Bantu Mengajar, iaitu Volume Shape

Generator. Alat ini berupaya memberi pengukuhan kefahaman untuk Subjek Matematik

Tambahan iaitu di dalam topik pengamiran (integration). Ia juga adalah asas kepada

permodelan 3 dimensi. Konsep yang digunakan adalah berpandukan isipadu janaan di

bawah graf. Sebagai contoh, graf di bawah, jika diputarkan 360, kita akan memperoleh

suatu bentuk kon yang mana ia adalah sama juga dengan isipadu pepejal tersebut.

Dengan demikian, kita boleh mendalami kesan 3 dimensi.


11.0 Cadangan rancangan pengajaran harian

Subjek : Matematik Tambahan

Tajuk : Pengamiran
Masa : 1 Jam 10 minit

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:

1. Mencari nilai isipadu janaan apabila sesuatu kawasan itu dibatasi oleh sesuatu

lengkung dan di pusingkan sepenuhnya pada


a) paksi x,
b) paksi y, sebagai batas kepada hasil tambah isipadu.

Bi Masa Perkara / Aktiviti Catatan

l
1 5 minit Set Induksi -percambahan

1. Guru memberi penerangan tentang minda

kepentingan menggunakan kaedah

pengamiran.
2 10 minit Langkah 1 (Pemahaman) -pemerhatian

1. Dengan berbantukan BBM Penjana pelajar

Isipadu, guru memberikan penerangan

ringkas tentang tatacara penggunaan

bahan ini.
2. Beberapa orang pelajar diminta untuk ke

hadapan dan mengubah panel emas untuk

menentukan bentuk lengkung. Kemudian,

suis alat ini dihidupkan.


3. Semua pelajar diminta mengamati bentuk

yang terhasil daipadanya. Lantas, membuat

lakaran.
3 20 minit Langkah 2 (Penerangan) -memori ruang
1. Guru mengarahkan pelajar untuk bergerak visual (peta minda)

ke kumpulan masing-masing.
2. Kemudian, guru memberi penerangan

tentang teknik dan juga formula

mendapatkan nilai pengamiran untuk

isipadu dengan mendemonstrasikan

contoh.
3. Setiap seorang daripada setiap kumpulan

dipanggil ke hadapan dan membuat satu

kumpulan baru.
4. Guru kemudian menuliskan soalan di

papan hitam dan mengarahkan pelajar

untuk menyelesaikannya.
5. Kemudian, guru menerangkan kaedah

penyelesaian kepada kumpulan yang baru

ini, sehingga tiada persoalan dari ahli

kumpulan ini. Kemudian, kumpulan ini

dibubarkan dan mereka pergi balik ke

kumpulan masing-masing.
4 20 minit Langkah 3 (Perbincangan kumpulan) -sumbang saran

1. Di dalam kumpulan, mereka dikehendaki

untuk menerangkan kaedah penyelesaian

kepada rakan-rakan di dalam kumpulannya.


2. Perbincangan di dalam kumpulan diadakan

dengan bantuan guru sebagai fasilitator

sehingga semua soalan disiapkan.


5 10 minit Langkah 4 (Pembentangan) -keterampilan diri
1. Daripada setiap kumpulan, seorang yang

selain kumpulan awal dipilih secara rawak

untuk membentangkan kaedah

penyelesaian di hadapan.
2. Pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan

membawa nota bersama. Mereka perlu

mengingat jalan kerja yang telah

dibincangkan.
6 5 minit Penutup

1. Setelah siap, guru memberikan refleksi

tentang kesalahan yang dilakukan oleh

pelajar ketika menjawab soalan.

Kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan

oleh pelajar juga diterangkan.

7.0 Perakuan peserta

Setelah dilaksanakan dengan menggunakan alat bantu mengajar ini dalam

beberapa tahun ini, didapati terdapat peningkatan kepada peratusan pencapaian

pelajar terutama di dalam subjek matematik tambahan dan tajuk pengamiran

khususnya. Rata-rata, pelajar berpeluang memanipulasi alat ini dalam proses

penambahbaikan pembelajaran. Pelajar yang telah menggunakan alat ini didapati lebih

menberikan perhatian dan lebih banyak berinteraksi terutama di dalam memberikan

idea-idea. Dengan ini, ia memangkinkan lebih banyak idea dan pendapat diperoleh.

Guru pula membantu dengan membuat peneguhan kepada kefahaman pelajar. Di


samping itu, guru dapat menganalisis secara spontan keupayaan dan pencapaian

pelajar dalam masa yang singkat.

8.0 Lampiran : Gambar, video, graf prestasi, model dsb

Das könnte Ihnen auch gefallen