Sie sind auf Seite 1von 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CHEPOR

31200 CHEMOR
PERAK DARUL RIDZUAN
(KOD SEKOLAH : ABA2007) Tel : 05-2017246
Faks : 05-2012135
E-Mel : aba2007@1bestarinet.yes.my

Tarikh : 12 Januari
2017

Tuan Pengerusi,
Persatuan Penduduk Meru Perdana 2,
Taman Meru Perdana 2,
31200 Chemor Perak.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PRASARANA JALAN UNTUK AKTIVITI MERENTAS


DESA

Dengan segala hormat perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti merentas desa akan diadakan pada ketentuan yang
berikut :

Tarikh : 14 Januari 2017

Masa : 8.00 pagi 11.00 pagi

Tempat : Sekitar Taman Meru Perdana 2 & sekolah

3. Tujuan permohonan ini bagi membolehkan murid-murid SK Chepor mengunakan prasarana


jalan yang selesa dan selamat di Taman Meru Perdana 2. Ini dapat mengelakkan murid-murid dari
perlu melintas jalan untuk melakukan aktiviti merentas desa yang sekaligus menambah
kebarangkalian untuk berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Kerjasama pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian

Saya yang menurut perintah,

(En. Azlan bin Anas)


Setiausaha Sukan Kokurikulum
Sk Chepor

Das könnte Ihnen auch gefallen