Sie sind auf Seite 1von 6

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2017


SK (A) DATUK HAJI ABDUL KADIR HASSAN,
93050 KUCHING, SARAWAK

1.0 RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui


aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para
pelajar selaku peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat
mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan
para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan
semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para
peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara
langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran
kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan
yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan
perasaan cintakan bangsa dan negara.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk
melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri,
masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang
kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi
kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan
kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan
ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej
kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan
pancaroba hidup seterusnya.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk
kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai
matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah
yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.
3.0 OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.


2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin.
4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana
semula jadi yang kondusif.
5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing
dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama
dan kehidupun bermoral.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 6 seramai 209 orang yang terdiri daripada ahli Pengakap, Puteri Islam, Persatuan
Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Pandu Puteri. Perkhemahan ini turut
akan melibatkan 32 orang guru SK(A) DATUK HAJI ABDUL KADIR HASSAN.

5.0 JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 27 dan 28 OKTOBER 2017

Hari : Jumaat dan Sabtu.

Tempat : Kem Santubong, Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak

6.0 JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En. Shazali bin Haji Rosdi
Pengerusi : En. Adenan bin Abdul Aziz
Setiausaha : En. Hafiz bin Shaik Hussin
Bendahari : En. Awang Kushyairi bin Awang Sapri

JAWATANKUASA KERJA
Kem Komandan : En. Haffizuddin Ashraf bin Azahari

Persiapan Tempat dan Peralatan : En. Hafiz bin Shaik Hussin


: En. Amru bin Muhamad
: En. James Reeves Edwin
Pendaftaran : Pn. Aisah binti Sahran ( Ketua )
: Cik Junaida binti Shukor ( TKRS )
: Cik Siti Masnur Binti Bedu (Pengakap)
: Pn Solehah binti Abdul Kadir (Puteri Islam)
: Pn. Dayang Siti Aishah binti Azhar (PBSM)
: Pn. Sarimah Lely (Pandu Puteri)
Keselamatan : En. Anuar bin Abang
: Ust Aali Musalmshah bin Hamden
: Pn Rokiah Suhaili
: Pn Siti Alawiah bt Abdul Rahim
Hadiah : Pn. Tunisan bt Seman
: Pn. Kasmarita bt Kaseh
: Pn. Norliza Hj Muhamad
: Pn. Hajijah Zunaidi
Aktiviti dan Riadah : En. James Reeves Edwin
: En. Haffizuddin Ashraf bin Azahari
: En Asyraf bin Roslan
: En. Amru bin Muhamad
Urusetia Makanan : Pn. Siti Asmah binti Khalid
: Pn Norsiah binti Sabu
: Pn Zubidah binti Sulong
: Pn Sabariah Salam
: Pn Faridah binti Jusoh
Amalan Kerohanian : En. Asyraf bin Roslan
Kebersihan : En. Hafiz bin Shaik Hussin

Fotografi & Publisiti : En. Salehudin bin Mahsin

Dokumentasi : En. Haffizuddin Ashraf bin Azahari


Juruacara : Pn. Sharmawati binti Omar

Bacaan Doa : En. Awang Kushyairi bin Awang Sapri

7.0 PERBELANJAAN:

BIL. PERKARA KOS JUMLAH SUMBER


1. Hadiah
1. Peserta terbaik Lelaki dan
RM 5 .00 X 10 RM 50.00
Perempuan. PERUNTUKAN
RM100.00 X 1 RM 100.00
2. Badan Beruniform Terbaik KOKURIKULUM
2 Sijil penyertaan 209 x RM 2.00 RM 418.00
3. Banner RM 200.00
4. Pengangkutan RM 1000.00 RM 1000.00
PIBG
5. Saguhati Jurulatih 10 x RM50.00 RM500.00
6. Makan 250 x RM20.00 RM5000.00 KUTIPAN YURAN
Jumlah RM7168.00
8.0 JADUAL PERKHEMAHAN
JADUAL PERKHEMAHAN
BADAN BERUNIFORM 2017
SK (A) DATUK HJI ABDUL KADIR HASSAN
0500 0700 730 900 1030 1100 1230 330 430 500 630 830 1030
JAM/ - - - -
- - - -
HARI 630 830 1030 500
0700 730 900 1030 1100 1230 330 430 500

STESENAKTIVITI
Persiapan
Minum diri Kenali
Daftar Petang Diri
Kem Solat TIDUR
JUMAAT PERJALANAN
Kraf Magrib Bantu
Solat
Taklimat Asar Isya Mula

Makan

IAKTIVIT
IAKTIVIT

Persiapan IAKTIVIT Gotong-


diri Minum rotong Majlis
SABTU Sarapan SAYONARA
Solat Pagi Penutupan
Senaman Solat
*Aktiviti Stesen: Pagi Zohor
1) Kerubung Terbang
2) Tembok Tiruan
3) Merempuh Halangan
4) Repailing
*Aktiviti Stesen akan dijalankan secara bergilir mengikut 4 kumpulan yang diagihkan.
9.0 PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi menerapkan
dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap dan disiplin yang
kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk semangat setia kawan dan saling
tolong-menolong dan bantu-membantu serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara
para pelajar supaya ia disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila
mereka meningkat remaja dan dewasa kelak.
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan daripada semua pihak secara langsung turut
menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan daripada semua pihak yang
terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. .......................................................
(En. Hafiz bin Shaik Hussin) (En Adenan bin Abdul Aziz)
Setiausaha, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform 2017, SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan,
SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching
Kuching

Disahkan oleh,

..........................................
(En. Shazali bin Hj Rosdi)
Guru Besar,
SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan,
Kuching

Das könnte Ihnen auch gefallen