Sie sind auf Seite 1von 7

11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah

Masih tercari-cari cara untuk melonjakkan peratus penggunaan Frog VLE di sekolah? Di sini
saya akan kongsikan sedikit tips berdasarkan pengalaman dan perkongsian ilmu oleh otai-otai
Frog VLE yang pernah saya sertai sebelum ini. Sekiranya terdapat tips-tips lain yang mungkin
saya tidak nyatakan di sini, saya mohon kerjasama pembaca untuk menambah di ruangan komen.
Sharing is caring! :)
Menggalakkan guru-guru di sekolah menggunakan akaun email xxx@yes.my sebagai akaun
rasmi untuk segala urusan di peringkat sekolah, PPD dan JPN. Misalnya, di peringkat sekolah,
segala borang dan surat menyurat, minit mesyuarat boleh diemail sahaja kepada guru-guru.
Disamping menjimatkan kertas, ianya sangat efisyen kerana segala borang boleh terus diisi, tidak
perlu ditulis tangan!

Dashboard sekolah yang up to date sedikit sebanyak dapat membantu peningkatan login. Hal ini
kerana, sekiranya dashboard sekolah berinformatif dan menarik, ia akan membantu menarik
minat para pembaca yang terdiri dari kalangan ibu bapa, murid-murid dan guru-guru untuk
membaca dan mendapatkan maklumat terkini sekaligus melonjakkan peratus login. Antara
kandungan yang boleh diletakkan di dashboard sekolah ialah, takwim aktiviti sekolah, jadual
waktu, info aktiviti semasa dll.
Ok, part ni paling penting! ID dan katalaluan mesti diedarkan kepada guru-guru, murid-murid
dan ibubapa. Mengapa? Ya, jika tiada ID, bagaimana mungkin mereka login dan menggunakan
pelantar Frog VLE tersebut. Dengan adanya kata laluan dan ID, mereka dapat login dimana-
mana mereka berada, pada bila-bila masa sahaja. Di sini sedikit sebanyak dapat membantu
melonjakkan peratusan login tambahan pula jika dashboard sekolah mengandungi content yang
menarik misalnya permainan interaktif, kuiz, gambar-gambar aktiviti sekolah dll.

Sebelum dapat menggunakan Frog VLE, seharusnya ibubapa, guru-guru dan murid-murid diberi
pendedahan cara menggunakan laman, cara melakukan login, menulis komen dan lain-lain.
Promosi dapat dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya, memasang banner di sekitar sekolah,
membuat program 1 hari dengan ibubapa untuk tujuan promosi Frog VLE, hebahan melalui
surat, whatsapps, telegram dan lain-lain lagi.
Pihak pentadbir boleh memikirkan tentang mewujudkan Kelab Komputer di sekolah. Selain
dapat membantu melonjakkan peratus penggunaan laman Frog sekolah, ianya juga dapat
memyumbang kepada peningkatan peratusan penggunaan Chromebook dan Netbook yang
dibekalkan di sekolah.
Kelab komputer juga dapat melahirkan satu kumpulan murid - Frog Champion Student yang
boleh dijadikan role model kepada murid-murid yang lain di sekolah. Kumpulan Frog Champion
Student juga boleh dilatih untuk menjadi fasilitator semasa pdp di kelas masing-masing.

Tips yang keenam ini berkait dengan tips yang kelima. Penghargaan kepada murid-murid dan
guru-guru itu perlu untuk mengekalkan kecemerlangan dan sebagai motivasi kepada mereka
untuk terus kekal aktif dalam menggunakan Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka. Hadiah galakan seperti button badge, sticker dan lain-lain sesuai dijadikan sebagai
cenderamata selain mudah didapati dan harganya juga adalah sangat berpatutan. Hadiah juga
boleh diperbanyakkan mengikut pelbagai kategori. Antara kategori yang boleh diberi
penghargaan ialah, kategori login tertinggi, kategori pengguna aktif, pemenang kuiz dll.
Untuk memastikan login berjaya, pastikan talian internet juga dalam keadaan yang baik.
Pentadbir Frog digalakkan memantau talian internet yang dibekalkan oleh pihak 1 Bestarinet
secara berkala. Memang tidak dinafikan kelemahan talian internet kadangkala amat menyakitkan
hati. Sentiasa membuat aduan kepada pihak 1 Bestarinet supaya mereka tahu masalah yang
sekolah kita hadapi. Jika boleh catatkan masa kemuncak masalah internet berlaku, misalnya, jam
10pagi sehingga 12 tengahari talian internet 'down' dan tidak mencapai mbps seperti yang
mereka janjikan. Maklumkan kepada mereka supaya mereka boleh melakukan tindakan yang
sepatutnya. Sekiranya pemantauan berlaku, speed test dan 'black and white' laporan amat
membantu.

Tentunya site pdp merupakan elemen penting bagi menjayakan program Frog VLE ini. Berikan
galakkan kepada guru-guru untuk mereka bina site pengajaran/pembelajaran bagi subjek masing-
masing dan di kongsikan dengan sekolah agar bahan tersebut dapat digunakan oleh seluruh
warga sekolah.
Untuk menggalakkan guru-guru dan murid-murid menggunakan laman Frog, pastikan segala
perkongsian maklumat dan bahan dilakukan melalui email/link perkongsian (google drive).
Selain menuju kearah 'paperless', tindakan ini juga sekaligus dapat membantu melonjakkan
jumlah login tanpa kita sedari.

Seperti yang dicadangkan pada point saya nombor lapan, pembinaan site dapat membantu
menaikkan penggunaan laman sekolah. Guru-guru penasihat kokurikulum boleh menyediakan
site untuk digunakan semasa perjumpaan kokurikulum. Permainan interaktif, kuiz, info dan
maklumat berkaitan persatuan/kelab, dan perbincangan boleh diletakkan di dalam site untuk
diguna pakai semasa perjumapaan dengan ahli kelab.
Akhir sekali, pada pendapat saya, penggunaan laman Frog tidak akan berjaya sekiranya guru-
guru sendiri tidak mahir menggunakannya. Guru-guru seharusnya terlebih dahulu diberi
pendedahan tentang widget-widget, teknik penghasilan laman interaktif dan sebagainya untuk
memastikan mereka menghasilkan site yang berkualiti dan boleh digunakan sewaktu
pdp/perjumpaan kokurikulum. Guru yang kurang mahir seharusnya dibantu dan sama juga
seperti murid, galakan serta bimbingan secara berterusan mampu membawa perubahan yang
positif ke atas minat, kemahiran serta penggunaan dengan harapan peratus penggunaan Frog
VLE dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Amalkan konsep ansur maju, jangan sesekali
memaksa guru-guru untuk menjadi pandai menggunakan Frog VLE dalam masa yang singkat!
Sayangi rakan-rakan guru kerana mereka juga terbeban dengan pelbagai kerenah manusia serta
tugas-tugas hakiki dan tugas tambahan yang lain. Jangan jadikan Frog VLE sebagai suatu yang
STRESS untuk mereka kerana kita perlu ingat yang bukan semua guru itu celik IT dan bukan
semua orang memiliki kemahiran 'explorasi' yang baik terutama apabila melibatkan bidang IT!
Saya percaya, jika guru-guru ini dapat diberi bimbingan dan bantuan secara terus-menerus dari
rakan-rakan dan pihak-pihak tertentu seperti FrogAsia misalnya, tidak mustahil mereka juga
boleh berjaya. Saya doakan ramai lagi guru yang akan berjaya mempelopori Frog VLE. From
ZERO to HERO!!! InsyaAllah.. :)

Das könnte Ihnen auch gefallen