Sie sind auf Seite 1von 3

Pernikahan Sejenis(Same-Sex Marriage), Hak Asasi atau Nafsu Songsang Diri?

oleh Firdause Jesfrydi


(Siri 1-Pernikahan Sejenis Menyalahi Fitrah Manusia)
Pernikahan sejenis isu yang dahulunya kurang diberi perhatian namun menjadi
satu isu besar dan trending setelah kuasa besar Amerika Syarikat melalui
American Supreme Court memberi perhatian terhadap isu ini dengan
membenarkan pernikahan sejenis di negara tersebut malah sah di bawah
undang-undang serta penguatkuasannya pada 26 Jun 2015 yang lalu. 50 negeri
di Amerika Syarikat membenarkan dan memberi pengesahan terhadap
pernikahan sejenis. Pemilik media sosial Facebook sendiri, Mark Zuckerberg,
telah melancarkan kempen untuk menyokong pernikahan ejenis ini dengan
mengajak mereka yang punya akaun facebook menggunakan filter rainbow
untuk profile picture mereka.
Falsafah jantina dan perkahwinan sejenis ini kian rancak didebatkan antara
mereka yang pro-LGBT dan mereka yang anti-LGBT. Di sini, saya ingin
membahagikan sudut pandang melihat isu ini dari kaca mata Islam dan hukum
agama khusus untuk dilihat mereka yang beragama Islam serta dari kaca mata
umum di mana sesuai untuk dilihat Muslim dan juga Non-Muslim. Saya juga akan
menaqalkan sedikit pandangan daripada agama lain seperti agama Kristian di
dalam sudut pandang agama dalam isu ini.

Menyalahi fitrah manusia


Islam telah menegah dan melarang secara jelas dan keras perhubungan
sejenis apatah lagi pernikahan sejenis. Hal ini demikian kerana salah satu faktor
utamanya ialah bertentangan dengan fitrah manusia dan Sunnatullah. Di dalam
agama Islam, jelas diajarkan bahawa perempuan diciptakan untuk lelaki dan
sebaliknya. Dalil untuk menguatkan hujah bahawa ini ialah ajaran sebenar
agama Islam terdapat di dalam al Quran dan hadith Rasulullah S.A.W.
Allah berfirman di dalam Surah an Nisa ayat 1 yang bermaksud:
Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan
daripada diri yang satu (Adam), dan Allah menciptakan
pasangannya(Hawa) daripada dirinya; dan dari kedua-duanya Allah
mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak
Di dalam ayat di atas dengan jelas Allah sudah menetapkan fitrah manusia dan
Sunnatullah yakni lelaki diciptakan secara berpasang-pasangan untuk
perempuan. Bukannya diciptakan lelaki untuk lelaki atau perempuan untuk
perempuan.
Di dalam Surah an Nur ayat 26, terdapat firman Allah yang bermaksud:
Perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk
perempuan yang keji, sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..
Tujuan turunnya ayat ini adalah untuk membersihkan nama Aisyah r.a., isteri
Nabi S.A.W. yang terpalit fitnah dan menunjukkan kesucian beliau dan
Safwan(sahabat Nabi yang difitnah bersama Aisyah) daripada tuduhan tersebut.
Namun, jika dilihat semula ayat di atas, firman Allah ketika menerangkan
konteks pasangan yang keji serta pasangan yang baik, kedua-duanya disebutkan
perempuan untuk lelaki dan lelaki untuk perempuan menunjukkan betapa Allah
sudah menetapkan aturan atau fitrah bagi manusia sebegitu rupa.
Allah juga ada menegaskan bahawa Dia menciptakan pasangan lelaki ialah
perempuan di dalam Surah al Najm ayat 45 yang bermaksud: Dan
Sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan
Malah terdapat banyak hadith Nabi S.A.W. yang mempunyai periwayatan yang
shahih yang berkaitan dengan perkahwinan, Nabi akan menyuruh para
sahabatnya(yang lelaki) untuk menikahi perempuan dan bukannya lelaki.
Antaranya ialah ketika Nabi S.A.W. memberi panduan kepada sahabat-sahabat
baginda yang lelaki dalam memilih calon isteri:
Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena
kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya.
Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.(Hadith Riwayat
Bukhari, Muslim, Abu Daud, An Nasie dan Ibn Majah)
Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan
berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada
hari Kiamat.(Hadith Riwayat al-Khathib al-Baghdaadi)
Malah jika dilihat di dalam sudut pandang agama lain contohnya agama Kristian
juga ditetapkanfitrah lelaki itu berpasang-pasangan dengan perempuan. Di
dalam Bible sendiri terdapat kenyataan dan ayat-ayat menunjukkan bahawa
perhubungan sejenis itu sendiri dilarang di dalam ajaran Kristian. Saya
menaqalkan beberapa ayat daripada Bible sendiri dan untuk penulisan ini saya
menggunakan Bible New King James Version:
So God created man in His own image; in the image of God He created him;
male and female He created them.- Genesis 1:27 (NKJV)
And He answered and said to them, Have you not read that He who made them
at the beginning made them male and female, - Matthew 19:4 (NKJV)
Ini menunjukkan sendiri bahawa di dalam ajaran Kristian itu sendiri,
perhubungan sejenis itu bertentangan juga dengan fitrah manusia sebagaimana
diajarkan di dalam agam tersebut. Malah Benz Ali yang terkenal dengan
pemikiran Neo-Shopist, atau sesetengah memanggilnya liberal, ada juga
menggelarkan sebagai anarki dan sebagainya apabila masuk isu pernikahan
sejenis ini dia menulis di laman Facebooknya
"Dalam perkahwinan sejenis, siapa yang akan jadi suami, dan siapa pula yang
akan jadi isteri ?"
Kalau, kau mengatakan, semua benda boleh dikritik, termasuklah yang
menjadi kemuliaan di Timur iaitu Tuhan / Agama / Nabi / Poligami / maka apa
mulianya 'Perkahwinan Sejenis' / LGBT untuk tidak dikritik ?
Ingin saya menaqalkan perkataan sahabat saya yang beragama Kristian, Ben
Spencer Methieu melalui status Facebooknya:
Love is sacred. That's a truth. And yet humans have tainted it countless times.
That is also true.
So don't let 'love' biased your judgement. Because some love are indeed pure,
but most of it are bullshit.
I dont want to judge anyone, but i believe man is for woman and woman is for
man. God did not created Adam and Adam; He created Adam and Eve.
What the hell is happening right now?
Di sini kita dapat lihat jelas, hubungan sejenis atau lebih-lebih lagi pernikahan
sejenis ini bercanggah, menyalahi atau menidakkan fitrah manusia tidak kira
dilihat dari sudut pandang agama atau umum. Mereka yang punya akal dan sihat
akan menolak hubungan sejenis ini, mungkin ada yang beralasankan dengan
kecenderungan, tetapi di dalam Islam diajarkan, Allah tidak meletakkan nafsu
bersama manusia tanpa akal.
Analoginya, sebuah kereta yang hilang imbangan tayar dan lebih cenderung ke
tepi jalan ketika dipandu, adalah menjadi tanggungjawab pemandu untuk
memastikan kestabilan dan imbangan sterengnya betul ketika memandu bagi
mengelakkan kereta tersebut terbabas ke tepi jalan juga masalah imbangan
tayar itu haruslah dibaiki oleh pemandu tersebut. Secara logiknya, jika
seseorang itu punya kecenderungan terhadap pasangan sejenis yakni
diakibatkan gagal mengawal nafsu atau disebabkan peristiwa-peristiwa hitam
yang pernah mereka lalui, adalah menjadi tanggungjawabnya menggunakan
akalnya untuk mengawal diri dan berusaha membaiki masalah tersebut dengan
mendapatkan bantuan daripada mereka yang dapat membantu atau pakar.
Bukannya membiarkan diri mereka terus terbabas melakukan kesalahan
tersebut.

Das könnte Ihnen auch gefallen