Sie sind auf Seite 1von 10

JENIS AYAT

Empat jenis ayat terdapat dalam Bahasa Melayu yang


ditentukan oleh intonasi atau lagu bahasa serta tujuan
penuturannya.

1. Ayat Penyata
Menyatakan sesuatu hal.
Abdullah sedang tidur.
Norlia membeli makanan dari kedai itu.
Musa menjadi pegawai polis
.

2. Ayat Tanya

- Ayat tanya dengan kata tanya.


- Ayat tanya tanpa kata tanya

Menanyakan sesuatu hal dan ayatnya diakhiri dengan tanda


tanya. ( ? )
Ayat tanya dengan kata tanya
Apa benda itu?
Siapakah yang patut saya temui.

Ayat tanya tanpa kata tanya


Rumah kamu di Melaka?
Kamal ke Langkawi?
3. Ayat Perintah

a. Ayat suruhan
b. Ayat larangan
c. Ayat silaan
d. Ayat permintaan

Memerintah seseorang untuk melakukan sesuatu

Ayat suruhan
Engkau tunggu dia di sini.

Ayat larangan
Jangan tidur di sini.

Ayat silaan
Silalah makan dahulu.

Ayat permintaan
Harap jangan berhenti di sini.
4. Ayat Seru

Melahirkan perasaan dan ayatnya diakhiri dengan tanda


seru ( ! )
Aduh, bisanya!
Wah, tingginya bangunan itu!

LATIHAN 1
Tentukan jenis ayat di bawah :
1.Aduh, sakit kepalaku ini.
2.Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3.Harap hadirin bersabar seketika.
4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6.Kampung saya bernama Kampung Aman.
7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ.
8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?
LATIHAN 2
Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa
mengubah maksud asalnya .

(i) Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang yang


tidak berbelah bahagi kepada anak anak agar mereka
tidak berasa tersisih.

(ii) Majalah ini diterbitkan di New York.

(iii) Kita perlu bersenam sekurang kurangnya seminggu


sekali.

(iv) Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato Malik.

(v) Mereka berlepas ke Mekah petang tadi.


LATIHAN 3
Baca ayat ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat
ayat tersebut dan klasifikasikannya sama ada ayat ayat itu
ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat
permintaan.

(i) Awak siapkanlah kerja itu sekarang.

(ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.

(iii) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis


yang berdekatan.

(iv) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.

(v) Engkau tunggu dia di rumah.

LATIHAN 4
Baca ayat ayat di bawah ini dengan teliti. Klasifikasikan
ayat ayat tersebut kepada jenis jenis ayat utama dalam
bahasa Melayu.

(i) Mulai saat ini usahlah engkau pedulikan aku lagi.

(ii) Amboi, cantiknya baju baru awak !

(iii) Mengapakah awak muram saja hari ini?

(iv) Pihak Kastam berjaya menumpaskan satu sindiket


penyeludupan beras semalam.

(v) Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang oleh Pak


Man.

LATIHAN 5
Baca ayat di bawah dengan teliti. Klasifikasikan ayatayat
tersebut kepada jenis-jenis ayat utama dalam bahasa
Melayu.

(i) Mengapakah manusia sering mengabaikan kebersihan?


(ii) Syabas, engkau telah menang!

(iii) Tolong selesaikan tugasan ini.

(iv) Negeri Johor memang terkenal dengan tarian kuda


kepang.

(v) Dengan siapakah anak En. Malik berkahwin?

LATIHAN 6
Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang
diberikan.
(i) Ayat tanya
(ii) Ayat seru
(iii) Ayat perintah
(iv) Ayat penyata
LATIHAN 7
Tukarkan ayat tanya kepada ayat penyata tanpa mengubah
maksud asal.
(i) Di manakah Norlia membeli pakaian tadi?

(ii) Surat itukah yang dibaca oleh Ahmad?

(iii) Puan Mariam suri rumah?

(iv) Siapa gurunya?

(v) Manakah yang dipilih olehnya?

LATIHAN 8
Kenal pasti jenis ayat ayat di bawah dan nyatakan
jenisnya.

(i) Tikus semakin banyak di bendang Pak Samad kerana


hanya padinya sahaja yang menjadi pada tahun ini.

(ii) Mengapa kamu tidak dating ke padang permainan


semalam? tanya Afiq kepada Adib.

(iii) Cepat buka pintu ni! Ada anjing gila kat luar rumah,jerit
adik.

(iv) Wah pandainya awak lukis kain ini! puji Samad kepada
Wati.

(v) Tolong buka kasut setiap kali masuk perpustakaan, kata


pengawas itu.

LATIHAN 9
Bina satu ayat berdasarkan jenis ayat yang diberikan di
bawah.
i. Ayat silaan

ii. Ayat larangan

iii. Ayat permintaan

iv. Ayat suruhan

v. Ayat permintaan

Das könnte Ihnen auch gefallen