Sie sind auf Seite 1von 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS

Km 10, Jalan Hutan Kampung,


06200, Alor Setar, Kedah

KERTAS KERJA
MEMBAIK PULIH
& MENAIK TARAF
BILIK BAHASA
INGGERIS
DISEDIAKAN OLEH :

PUAN NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI

PANITIA BAHASA INGGERIS


SEK MEN KEB KEPALA BATAS

1
SENARAI NAMA PANITIA BAHASA INGGERIS SMK KEPALA BATAS
2016/2017

Pengerusi : En Asri b Mansor


Pengetua
Naib Pengerusi : Pn Yuhanis binti Mahmud
Penolong Kanan Pentadbiran
Ketua Panitia : Pn Marshitah binti Abdul Jalil
AJK : Pn Rosilah binti Mat Saad
Pn Romlah binti Md Isa
Pn Nor Elita binti Hj Md Radzi
Cik Noor Syahirah binti Mayadi
En Ab Qais b Mohamad

PENGENALAN BILIK BAHASA INGGERIS SMKKB

1. Bilik Bahasa Inggeris SMK Kepala Batas, Alor Setar adalah sebuah bilik darjah
biasa yang diubahsuai menjadi bilik khas Bahasa Inggeris bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
2. Bilik ini digunakan untuk semua kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 untuk
mata pelajaran Bahasa Inggeris.
3. Keluasannya adalah sama dengan bilik darjah lain yang terdapat di sekolah ini.
4. Di dalam bilik ini juga terdapat beberapa peralatan dan perabot yang telah lama
dan usang.
5. Bilik ini juga digunakan sebagai bilik tumpangan untuk banyak aktiviti.

2
OBJEKTIF
Penggunaan yang optimum Bilik Khas Bahasa Inggeris dalam kalangan warga SMKKB
dapat mendedahkan dan meminati Bahasa MelayuInggeris dalam penulisan atau lisan.
Membentuk suasana Bilik Khas Bahasa Inggeris yang lebih ceria dan selesa untuk
kemudahan warga SMKKB.
Dapat melahirkan murid yang cintakan ilmu dan mewujudkan suasana yang lebih
menyeronokkan. Menempatkan bahan bacaan yang diminati murid untuk menambah ilmu
pengetahuan.

RASIONAL/MATLAMAT
Memastikan Bilik Khas Bahasa Inggeris sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan
ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan supaya guru dapat
bahan p&p dengan mudah dan murid dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.
Meningkatkan kualiti pengurusan fail dan penyimpanan bahan bantu mengajar dengan
lebih sistematik

LOKASI
Bilik Khas Bahasa Inggeris ( bersebelahan dengan Bilik Guru)

CADANGAN MENAIK TARAF BILIK BAHASA INGGERIS SMKKB

1. BAIK PULIH LUBANG TINGKAP


Menghalang kemasukan burung yang gemar bersarang dan membuang
kotoran.
Supaya lebih bersih dan kelihatan seperti bilik khas yang sepatutnya.
2. MENGGANTIKAN LANGSIR DAN CANGKUK YANG LEBIH CERIA
Menukar langsir lama yang telah koyak dan lapuk
3. MEMASANG LAPIK MEJA YANG SESUAI
lapik meja yang lebih ceria untuk menjadikan bilik khas Bahasa Inggeris
lebih ceria dan bersih.
4. Menaikkan carta dan kata-kata semangat yang sesuai dengan bilik khas Bahasa
3
Inggeris

ANGGARAN KOS

BIL PERKARA KUANTITI ANGGARA CATATAN


N HARGA
1. Baik pulih 4 panel RM 800.00
lubang
tingkap
2. Langsir,dan 6 panel RM 400.00
cangkuk
3. Lapik meja 10 buah meja RM 200.00
4. Carta 10 RM 200.00
5. Cat 2 tin RM 300.00
JUMLAH RM 1900.00

PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang
cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping
memberi semangat dan menarik minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada
Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati

4
Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ................................
(NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI) (MARSHITAH BINTI ABD JALIL)
Guru Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SMK Kepala Batas SMK Kepala Batas

Diluluskan oleh,

..
(ASRI BIN MANSOR)
PENGETUA
SMK Kepala Batas

Das könnte Ihnen auch gefallen