Sie sind auf Seite 1von 17

BAYAN LINNAS SIRI 76 :

MONOPOLI BARANG: HUKUM & PENYELESAIAN

Alhamdulillah segala puji bagi-Nya selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW,
keluarga dan sahabat serta yang mengikuti jejak langkah hingga ke hari kesudahan.

Mutaakhir ini, kita mendengar isu sorok barangan tertentu dengan pelbagai alasan dan
salah satunya supaya harga barang akan melambung tinggi. Antara barangan yang
disorok seperti gula, minyak masak dan lain-lain yang ghalibnya menjadi keperluan
utama sesebuah masyarakat. Justeru, pada ruangan Bayan Linnas kali ini kami
namakannya Bayan Linnas: Monopoli Barang: Hukum & Penyelesaiannya. Semoga
kita semua sentiasa hidup dalam masyarakat yang inginkan keamanan.

Pengertian Monopoli Barang dan Tujuannya

Monopoli ialah membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan asasi daripada
pasaran, apatah lagi jika dilakukan ketika barangan tersebut amat diperlukan oleh
pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan
harganya berlipat kali ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan
mengeksploitasi keperluan orang ramai.

Para ulama daripada semua mazhab tidak berbeza dalam mendefinisikan maksud
monopoli barang (al-ihtikar). Di sini disenaraikan beberapa definisi al-ihtikar di sisi
para ulama pelbagai mazhab.

1. Imam al-Nawawi mendefinisikan monopoli barang (al-ihtikar) sebagai: Seseorang


membeli makanan ketika harganya tinggi untuk dijualbelikan, tetapi dia tidak
menjualnya pada waktu itu, malah disorokkannya agar dapat menjualkan barang
dengan harga yang lebih tinggi. (Lihat Syarah Nawawi ala Muslim, 11/43)

2. Menurut Imam al-Syairazi, monopoli barang (al-ihtikar) adalah: Seseorang


membeli barang pada waktu harganya tinggi dan menahannya bagi tujuan menaikkan
harganya. (Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie, 2/64)

1
3. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa monopoli barang (al-ihtikar) adalah: Penjual
barangan menyimpan barangan (kerana) menunggu harga dinaikan. (Lihat Ihya
Ulum al-Din, 2/24)

4. Menurut Imam al-Haskafi, monopoli barang (al-ihtikar) adalah: Membeli


makanan atau selainnya dan menahannya sehingga tinggi harganya selama 40 hari.
(Lihat Majma al-Anhar fi Syarh Multaqa al-Abhar wa Maahu al-Durr al-Muntaqa,
2/547)

5. Imam al-Babarati menyebutkan bahawa monopoli barang (al-ihtikar) adalah:


Menahan makanan dengan tujuan menunggu masa yang sesuai yang menaikkan
harganya. (Lihat al-Inayah Syarh al-Bidayah, 8/126)

6. Menurut Imam al-Baji, monopoli barang adalah: Menyimpan barang yang dibeli
dan meminta untung dengan turun naik harga pasaran. (Lihat al-Muntaqa, 5/15)

Faktor-Faktor Utama Yang Menyebabkan Kenaikan Harga Barang

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ada menyatakan bahawa kenaikan harga tidak
semuanya disebabkan ketidakadilan. Ada faktor lain yang mempengaruhinya iaitu
kekuatan pasaran antara penawaran (supply) dan permintaan (demand). Berikut
dinyatakan beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan serta implikasinya
terhadap harga barang:

1. Keinginan masyarakat (al-raghbah) terhadap pelbagai jenis barang yang berbeza


dan sentiasa berubah-ubah. Perubahan ini sesuai dengan keadaannya yang nadir atau
tidak barang-barang yang diminta. Semakin sedikit jumlah suatu barang yang tersedia,
semakin diminati barang tersebut oleh masyarakat.

2. Jumlah para peminat (al-tullah) terhadap suatu barang. Jika jumlah masyarakat
yang menginginkan barang tersebut semakin banyak, harga barang tersebut akan
semakin meningkat, dan begitu pula sebaliknya.

3. Lemah atau kuatnya permintaan terhadap sesuatu barang dan besar atau kecilnya
ukuran permintaan. Apabila permintaan besar, harga akan naik. Sebaliknya, jika
permintaan kecil dan lemah, harga akan turun.

2
4. Kualiti pembeli. Jika pembeli adalah seseorang yang kaya dan diyakini mampu
membayar hutang, harga yang diberikan lebih rendah. Sebaliknya, harga yang
diberikan lebih tinggi jika pembeli adalah seorang yang muflis, suka melambatkan
pembayaran hutang dan tidak memandang serius akan hutangnya.

5. Jenis wang yang digunakan dalam transaksi jual beli. Harga akan lebih rendah jika
pembayaran dilakukan dengan menggunakan wang yang umum dipakai (naqd raji)
daripada wang yang jarang dipakai.

6. Tujuan transaksi yang mengkehendaki adanya kepemilikan timbal balik antara


kedua belah pihak. Harga suatu barang yang telah tersedia di pasaran lebih rendah
daripada harga suatu barang yang belum ada di pasaran. Begitu pula halnya harga
akan lebih rendah jika pembayaran dilakukan secara tunai daripada pembayaran
dilakukan secara ansuran.

7. Besar kecilnya biaya yang harus dikeluarkan oleh pengeluar atau penjual. Semakin
besar biaya yang diperlukan oleh pengeluar atau penjual untuk menghasilkan atau
memperoleh barang akan semakin tinggi pula harga yang diberikan, dan begitu pula
sebaliknya.

Implikasi Kenaikan Harga Barang

Kenaikan harga barangan secara bertali arus bukan sahaja membebankan golongan
berpendapatan rendah dan sederhana bahkan dibimbangi akan meningkatkan lagi
kadar lagi jenayah dalam masyarakat.

Kenaikan harga barang yang tidak terkawal mengakibatkan tekanan emosi dalam
kalangan masyarakat kerana terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup dan boleh
mengundang kegiatan jenayah termasuk ragut, rompakan, keruntuhan rumah tangga
dan masalah sosial.

Hukum Monopoli Barang

Perbuatan seperti ini adalah haram berpandukan hadith Nabi SAW:



Maksudnya: Monopoli hanya dilakukan oleh orang yang bersalah.

3
Riwayat Muslim (1605)

Imam Al-Kasani menyatakan pengharaman monopoli barang adalah kerana dilihat


kepada kemudaratan yang boleh berlaku kepada pihak masyarakat ramai (Lihat al-
Badai al-Sanai, 7/129). Jika orang ramai amat memerlukan makanan asasi tersebut
atau keadaan menjadi dharurat, orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa menjual
barangan tersebut dengan harga yang munasabah. Jika dia ingkar, hakim boleh
menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya.

Perlu difahami di sini, membeli barangan keperluan asasi ini ketika musimnya dan
dalam keadaan barangan tersebut masih banyak di pasaran dengan tujuan menyimpan
dan menjual semula pada masa yang diperlukan, seperti mana yang diamalkan hari ini
oleh kebanyakan peniaga, contohnya apabila mereka membeli keju. Atau pun kilang-
kilang yang membuat beberapa bahagian makanan dan mereka menyimpan untuk
mengelakkan sebarang kerosakan kepada makanan tersebut dengan tujuan supaya
orang ramai boleh memperolehinya ketika diperlukan, amalan ini tidak termasuk
dalam erti kata monopoli.

Sebaliknya cara perniagaan ini dibenarkan oleh syarak malah ia suatu tindakan yang
baik. Mungkin tindakan ini boleh membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.
Mereka yang menyimpan hasil yang berlebihan ketika musimnya supaya mudah
diperolehi pada waktu lain akan mendapat pahala. Kaedah ini amat diperlukan
terutama bagi mereka yang tidak mampu menyimpan lama makanan mereka. Pada
sesetengah negara, amalan ini dikenali sebagai stok makanan.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Kami begitu prihatin dengan isu monopoli dan menyorok barangan yang menjadi
keperluan asasi seperti minyak masak dan lain-lain kerana natijah daripada perbuatan
tersebut boleh mengundang pelbagai perkara negatif dan perasaan ketidaktenteraman
dalam masyarakat.

Ini disebabkan barang keperluan utama mereka sudah tiada dalam pasaran untuk
mereka dapatinya dengan mudah. Ingatlah bahasa yang digunakan oleh Rasulullah
SAW kepada yang memonopoli sebagai khati iaitu satu kesalahan yang amat perlu
seseorang itu menjauhkannya.

4
Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat
kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar.

(Riwayat al-Tirmizi, no. 1210)

Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi untuk membentuk masyarakat yang


sentiasa dalam keharmonian, ketenangan dan selamat daripada sebarang bentuk
kerisauan dan kebimbangan. Saya berdoa kepada Allah SWT smeoga negara kita ini
sentiasa aman, harmoni, tenteram seterusnya dikurniakan keberkatan rezeki dan
kemewahan yang akhirnya menatijahnya negara yang disebutkan sebagai Baldatun
Toyyibatun wa Rabbun Ghafur

5
ALLAH YANG NAIKKAN HARGA BARANG?!
Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Apabila artikel Kenaikan Harga Barang Ketetapan Allah muncul di saat rakyat
sedang merasai ancaman kenaikan harga barang akibat potongan subsidi minyak oleh
pihak kerajaan, majoriti rakyat memang tidak puas hati. Saya tidak tahu, apakah
hasrat sebenar penulis berkenaan. Mungkin niatnya hendak meredakan perasaan
rakyat terhadap kerajaan ataupun meredhakan kerajaan terhadapnya, itu tidak pasti.
Kata penulis, dia bercakap dalam konteks sabar. Mungkin itu maksudnya.

Menariknya saya terbaca satu komen yang menyebut: Kalau begitu pegawai-
pegawai penguatkuasa kawalan harga barang sedang menentang ketetapan Allah
lah?! Ringkas, tapi penuh makna.

Akidah

Sebelum kita pergi kepada hadis yang diguna pakai dalam penghujah isu ini, saya
suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah
yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama
sekali tiada pilihan. Jabariah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal
Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa
nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian.

Nabi s.a.w mengajar kita tentang takdir dan usaha dalam masa yang sama. Apabila
manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit
pelbagai pihak; iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur
dengan kehendak Allah dalam hal itu. Segala yang berlaku dalam alam ini dengan izin
Allah. Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izinNYA. Namun, apa yang DIA
izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan
semestinya DIA izinkan. DIA tidak redha kezaliman Firaun, tetapi DIA mengizinkan
kewujudan Firaun atas sistem alam yang diciptaNYA. DIA redha hamba-hambaNYA
bersedekah, tapi bukan semua mereka DIA izinkan memiliki harta yang banyak, atas
sistem alam ciptaanNYA. Maka, di situlah adanya pahala bagi niat yang baik. Maka,

6
DIA juga menetapkan Hari Pembalasan selepas kematian untuk membalas kebaikan
dan keburukan.

Usaha

Kita disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang
menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. DIA boleh memenangkan para
nabiNYA dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku. Semua para nabi terpaksa
berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang. Lihat
Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa
a.s., Allah menyuruh dia menggoncang pokok tamar. Rutab (tamar masak) pun jatuh
berguguran. Firman Allah: (maksudnya)

(ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi
bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku
mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia
diseru dari sebelah bawahnya: janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam),
sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan
goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar
yang masak. (Surah Maryam 23-25).

Lihat, padahal Allah Pemberi Rezeki, tidak bolehkah DIA gugurkan sahaja buah tanpa
perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya?! Jika pun dia goncang, sekuat mana
sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar?! Tidakkah
dia sedang mengandung dengan pilihan Allah terhadap dirinya. Ya, namun, Allah
mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan Allah
akan mengiringnya.

Takdir

Sama halnya dengan sakit demam, walaupun segalanya ketentuan Tuhan, namun Nabi
s.a.w menyebut:

Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika
berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar
daripadanya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7
Kita kena berusaha, kita tidak boleh cakap ini semua takdir lalu membiarkan
penyakit merebak. Allah itu al-Syafi (Penyembuh). Benar, tapi kita kena berusaha
mengatasi penyakit. Sabda Nabi:

Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan
izin Allah. (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H ketika mensyarahkan hadis ini memetik
kata-kata al-Qadi Iyadh yang menyebut:

Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat
dan berkata: Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita
berubat. Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka. (Al-
Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika seseorang jaga kesihatannya, namun penyakit datang juga maka bersabarlah.
Anggaplah itu ketetapan Allah. Ada hikmahnya. Ada sebab musabah di luar dari
kemampuan diri. Ada pahala atas kesabaran itu. Tapi jika sendiri membahayakan diri.
Melakukan perkara yang merosakkan seperti mengambil dadah, ataupun rokok,
ataupun apa-apa tindakan yang bahaya lalu terkena penyakit, maka sebelum dia
menyerah kepada takdir, dia hendaklah menyalahkan sikapnya terlebih dahulu. Allah
telah ingatkan (maksudnya)

Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan (Surah al-Baqarah, ayat
195).

Jika seseorang mati kerana sakit atau tanpa sebarang sakit maka kita terima sebagai
takdir. Namun jika dia dibunuh, walaupun itupun takdir, pembunuh mesti dihukum.
Ulama tidak boleh bagitau mahkamah jangan salahkan pembunuh kerana itu takdir,
Allah itulah yang menghidup dan mematikan. Demikian jika ada yang dirompak dan
dirogol, tidak boleh kita beritahu bahawa dalam Islam penyelesaiannya terimalah
sebagai takdir dan bersabar, jangan salah sesiapa, rezeki ketentuan Allah. Dalam
Islam ada undang-undang jenayah dan pesalah boleh dihukum. Ada sistem keadilan
yang wajib ditegakkan.

8
Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda
tanya kenapa lalu dia jawab Allah menaikkan harga barang. Apakah anda akan
berkata: masyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman. Ataupun,
awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!.

Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina
dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai
alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: semua itu takdir Allah?!. Saya juga
lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara
berhujah yang betul untuk membela.

Maksud Hadis

Apabila anda faham teras-teras di atas, maka fahamlah maksud hadis Anas bin Malik,
dia berkata:

Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman
Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: Wahai Rasulullah! Harga barang
telah mahal, tetapkan harga untuk kami. Jawab Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya
Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan),
yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam
keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya
yang dizalimi samada pada darah atau harta. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi,
Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Ertinya, jika kenaikan itu bukan disebabkan perancangan buruk manusia, tetapi secara
semulajadi yang jika ditetapkan harga barang akan menzalimi para peniaga, maka
hadis ini dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga
barang.

Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka
seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh
dizalimi. Kerajaan menjaga keadilan untuk kedua pihak. Justeru Islam melarang
monopoli yang zalim seperti ihtikar (hoarding/sorok barang). Jika kezaliman berlaku,

9
pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang. Inilah yang sarjana seperti
Ibn al-Arabi sebut:

Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-
undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang
disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah
tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang
berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan)
Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337.
Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.).

Menariknya, Lajnah Fatwa Arab Saudi (fatwa 12076) juga membolehkan menetapkan
harga barang dan tidak membenarkan seseorang sewenang-wenang menaikkan harga
barang yang ditetapkan penguasa.

Kesimpulannya, hadis itu sahih. Konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak
tepat. Macam kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada Khawarij:

Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil. (Al-Khatib al-Baghdadi,
Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).

Adapun saya, tidak tahu apakah tujuan tokoh agama parti berkenaan
mengemukakannya. Saya serahkan urusannya kepada Allah.

10
Jual Mahal Berkali Ganda : Bolehkah ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Ramai bertanya sama ada terdapat dalil khusus yang menghadkan


keuntungan halal dalam transaksi jual beli.

Jawapan ringkasnya ; tiada dalil khusus dalam hal ini sebagai contoh
tiada penyataan dalam nas atau dalil yang melarang kadar untung
tidak boleh melebihi 20 %, 30 % dari modal atau lain-lain peratusan.
Ini kerana penetapan keuntungan ini akan melencongkan transaksi
tersebut dari memberi keadilan buat pihak yang menjual dan
membeli.

Di dalam Islam, setiap penjual berhak menentukan harga barangan


yang dimilikinya, namun demikian ia masih terikat dengan harga
pasaran.

Justeru, harga yang ditawarkan hendaklah :-

a- diterima harga pasaran.

b- Jika ia mahu keluar dari harga pasaran, ia MESTI


mempunyai sesuatu add value atau tambahan nilai unik pada kualiti
barangan itu, contohnya, harga pasaran bagi jualan sebuah rumah
teres tiga bilik dengan keluasan 22 x 75 kaki adalah RM250,000.
Namun penjual mahu menjualnya dengan harga RM 400,000
disebabkan renovation dalamannya yang begitu cantik.

c- Tidak dibuat dengan tujuan spekulasi (harga yang ditawar


bukan bertujuan untuk jual beli sebenar tetapi hanya dibuat bagi
memberi kesan kepada harga pasaran semasa) atau bagi
menaikkan harga pasaran.

11
Tatkala itu, harga jualannya yang jauh lebih tinggi dari harga
pasaran rumah sejenis adalah HALAL disebabkan perbezaan dan
nilai tambah yang diusahakannya.

Hasil usaha beserta modal tadilah yang menjadikannya halal


menerima imbuhan keuntungan.

Satu contoh lagi, saya masih ingat kisah yang heboh diperkatakan
dikhabar satu ketika dahulu, berkenaan harga sepinggan nasi
dagang yang mencecah RM45 ( jika tidak silap saya). Sudah tentu
jika dilihat, ia melebihi harga pasaran sepinggan nasi dagang.
Namun, jika berjaya dibuktikan nasi yang dijualnya mempunyai nilai
yang sesuai dengan harganya seperti katanya, harga ikan yang
digunakan, minyak zaitun atau apa jua yang lain. Ia adalah harus
dan halal, namun jika ia tidak sepadan dengan harga pasaran , para
ulama berbeza pendapat.

Jelas bahawa, jikalau barang yang dimiliki mempunyai ciri khas


istimewa, atau telah ditambahkan ciri-ciri istimewa, tatkala itu ia
boleh berbeza dengan harga pasaran biasa.

Adapun bagi penjual barangan yang tiada nilai tambah, atau jika
ada sekalipun ia hanyalah nilai tambah yang kecil seperti :

Rumah teres tadi hanya dicat baru sahaja. Tatkala itu, harganya
masih tidak boleh naik terlalu tinggi dari harga pasaran.

Bagi aset atau barang yang tiada sebarang perbezaan tambah nilai,
para ulama berbeza pendapat, terdapat mereka yang membenarkan
tidak lebih dari 1/6 dari harga pasaran, ada yang meletakkan 1/3
(pandangan ulama Maliki), dan lain-lain.

Bagaimanapun, menurut tahqiq atau analisa terkini yang dibuat


oleh Syeikh Prof Dr Muyi din AL-Qurrah Daghi, PANDANGAN TERKUAT
DALAM HAL INI ADALAH TERSERAH KEPADA URUF atau suasana
setempat. Semua kadar-kadar yang diberikan tadi semuanya tidak
disokong oleh dalil khusus.

BAGAIMANA JIKA ANDA PENENTU HARGA PASARAN.?

12
Jika inilah kesnya, keadaannya berbeza dan anda boleh menentukan
harga sendiri dan ia akan diikuti oleh yang lain sehingga diterima
sebagai 'harga pasaran'.

Namun demikian perlu diingat, untuk diiktiraf menjadi pihak


berwibawa dan dirujuk dalam penentuan harga, sudah tentu :-

1) Sebuah syarikat amat besar yang mampu memberi kesan


kepada pasaran dan syarikat-syarikat lain,

2) Anda akan terikat dengan kepakaran menilai atau


'evaluation' harga kualiti khidmat ditawar atau barang yang dijual,
agar ia bertepatan dengan 'Thaman al-Mithl' ( harga sesuai yang
bertepatan dengan nilai barang). Justeru itu, sekiranya anda
meningkatkan harga melambung-lambung tanpa justifikasi tepat,
saya yakin anda tidak akan lagi menjadi pakar rujuk harga pasaran
selepas ini. Wibawa menjadi hilang juga.

Kesimpulannya, walaupun anda atau syarikat adalah penentu harga,


namun masih terikat dengan proses-proses penentuan harga yang
lain seperti :-

a- Demand and supply

b- kesukaran memperolehinya,

c- ia dari jenis barang asasi atau tidak

d- Pihak yang membeli secara berhutang atau tunai,

e- matawang yang digunakan dan lain-lain.

f- Jenis transaksi dan lain-lain.

13
Semua ini memberi kesan dalam penentuan harga. Al ini banyak
dibincangkan dalam perbincangan ekonomi Islam dan juga pernah
dijelaskan oleh Ibn Taimiah dan lain-lain.

NISBAH UNTUNG DAN DALIL

Bagi mereka yang inginkan dalil keharusan harga tanpa had (selagi
dalam harga pasaran atau boleh dijustifikasikan secara menepati
Shariah), berikut antaranya :-

Keharusan mengambil untung lebih dari 100 % asalkan ia :-

1) Dari hadis berikut :-

- -

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk


membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat
dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga
satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan
seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya,
yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat
untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )

Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor


kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan
kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar
seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan
didoakannya.

2) Sebuah lagi dalil adalah :-

Apa yang dilakukan oleh sahabat bernama Zubayr Al-Awwam r.a di


mana beliau telah membeli sekeping tanah hutang dengan harga
170,000 dan kemudian beliau menjualnya kepada Abdullah Bin
Zubayr dengan harga 1,600,000. Ini bermakna beliau telah
menjualnya dengan Sembilan kali ganda harga asalnya.

14
Walaupun hadis ini mawquf, namun tanah ini telah dijual kepada
sahabat lain seperti Mu'awiyah, Abdullah bin Jaffar dan lain-lain
sahabat masih hidup tatkala itu, transaksi ini dibuat di zaman
Sayyidina Ali k.w. Para ulama menyatakan, persetujuan para
sahabat di zaman itu menjadikannya sebagai ijma' sahabat, yang
boleh menjadi satu dalil kukuh akan keharusannya.

Namun demikian, jika ia ada tujuan tidak sihat seperti usaha untuk
menaikkan harga secara tidak sihat, melalui sorokan barangan
hingga harganya meningkat, mengambil peluang atas kelemahan
pembeli tentang harga pasaran atau lain-lain kezaliman, maka
harga yang tinggi tadi menjadi haram.

BANK-BANK ISLAM CAJ HARGA LEBIH HARGA PASARAN ATAU


TIDAK?

Dalam hal bank-bank Islam yang menjalankan transaksi jual beli


( sama ada atas kontrak BBA, Bai Al-Inah dan Murabahah) dalam
produk pembiayaan runcitnya. Bank-bank ini kerap dikatakan
menjual semula rumah tadi dengan harga yang terlalu mahal
contonya seperti : Pembiayaan sebanyak RM 200,000. Namun
jumlah harga yang perlu dibayar semula oleh pelanggan adalah RM
400,000 dalam tempoh 25 tahun sebagai contoh.

Apa hukumnya?. Hukumnya masih harus dan halal kerana itulah


harga pasaran bagi setiap pembelian aset yang mahal lagi mudah
naik harga (seperti rumah) besar yang ingin dibayar secara ansuran
selama 25 - 30 tahun. Buktinya ia harga pasaran adalah cubalah
anda melihat tawaran dari bank-bank lain. Malah jika anda punyai
pengalaman bekerja dengan bank konvensional atau bank Islam,
anda akan mengetahui itulah juga nilai yang dijangka diperolehi
oleh bank konvensional sepanjang tempoh 25 - 30 tahun itu
walaupun jangkaan harga yang diharapkan oleh bank konvensinoanl
sentiasa naik turun berdasarkan BLR.

Jika ingin dibuat perbandingan; sebuah rumah, kebiasaannya nilai


semasanya cukup mudah untuk naik dalam beberapa tahun,

15
seorang kenalan saya di Bukit Damansara pernah menyatakan ia
membeli rumahnya di kawasan tersebut sekitar 20 tahun lalu
dengan arga RM 100,000 ke RM 200,000 sahaja, hari ini nilai
rumahnya tanpa sebarang renovation pun sudah mencecah RM 1
juta.

Adakah kita ingin pihak bank menjadikan jangkaan harga selepas 25


tahun itu sebagai harga pasarannya? Sudah tentu tidak rasanya.
Justeru, jika pihak bank menawarkan sesuatu harga yang puratanya
hanya melebihi 50% - 100% dari harga asal rumah, saya kira itu
masih reasonable kerana dalam tempoh 25 - 30 tahun, harga rumah
tersebut boleh meningkat jauh dari itu, tidak dinafikan ia boleh juga
menurun.

Hakikatnya, nilai harga yang ingin ditawar kepada pelanggan


ditentukan dengan cermat dan berhati-hati oleh pihak bank, ia
bukanlah melihat sangat kepada harga aset dalam tempoh akan
datang, namun ia mempunyai pelbagai aspek kos mengurus minima
(cost of fund). Juga melihat kepada kadar faedah semalam yang
ditentukan oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Bagaimana pula kereta yang harganya tidak naik selepas 5 tahun


tetapi turun.? Telah saya sebutkan tadi, nilai harga akan datang
biasanya tidak dilihat sangat oleh pihak bank, kerana mereka lebih
terikat dengan kadar faedah yang dikeluarkan oleh BNM dan Cost of
Fund bank terbabit. Justeru, harga pasarannya adalah melihat
kepada harga tawaran oleh bank-bank lain, termasuk bank
konvensional. Apapun, harga dan kadar pembelian kereta
menggunakan bank konvensional dan Islam adalah hampir sama.
Malah pembiayaan kereta secara Islam lebih menarik kerana
sebarang kelewatan hanya akan dikenakan 1% penalti tanpa
'compounding' berbanding 3 - 5 % penalti bagi bank konvensional
yang bersifat compounding.

16
Sukar untuk saya terangkan semua fakta dan formula kira-kira di
sini, namun sebahagiannya telah saya terangkan di artikel-artikel
lain di web ini.

Kesimpulannya, itulah harga pasaran sebenarnya dan ia masih


dalam harga pasaran. Saya juga berharap ia lebih murah kerana
saya juga adalah pelanggan, namun saya terpaksa akur dengan
harga yang ada di hadapan mata, kerana ia masih dalam ruang
lingkup HARUS menurut Shariah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

31 Oktober 2008

London, United Kingdom

17

Das könnte Ihnen auch gefallen