Sie sind auf Seite 1von 10

Faktor Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan

Perkembangan Kanak-Kanak
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor
persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada
anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui
gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka
juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu
menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu.
Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama,
tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar
perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang
menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang
menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda
seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina).
Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen
yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom.
Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet
betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing.
Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-
ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak.

Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah
penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri
perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak
berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna
organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran,
khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli
psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa
setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya.
Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu
kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu
bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar.

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan
anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-
ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga
merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang
pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi
keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-
ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
Misalnya; - Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang
akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. - Makanan berzat dan seimbang akan membantu
kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. - Kanak-kanak diasuh dan dididik
dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan
sempurna. - Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek
dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup
berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan
intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin
belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang
bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif
daripada mereka. Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi,
personaliti dan mental. Misalnya: - Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di
kalangan individu. - Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah
laku manusia. - Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang
sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai
kerohanian yang sempurna. - Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap
manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian
dan nilai kejiwaan. - Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan
individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di
alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada
bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti
yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan
meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang
didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan
membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi
fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti
pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta
dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-
sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.

http://muzikrbtpsikologi.blogspot.my/2012/08/faktor-faktor-mempengaruhi-
pertumbuhan.html
Perkembangan Awal Kanak-
Kanak
No description
by

Nur ammarina Abdul Manap


on 9 April 2014

Transcript of Perkembangan Awal Kanak-Kanak


Perkembangan Awal Kanak-Kanak
Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh
sebuah kumpulan orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.
Definisi Budaya
Kebudayaan Normatif
1) Ain Shafinaz Binti Safian (4134001461)
Nama Ahli Kumpulan :
Kebudayaan dari sudut pandangan tokoh
Edward B. Taylor : keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, dan adat istiadat yang
didapati oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.
Kebudayaan Dari Sudut Pandangan Tokoh
Pengaruh Budaya Kepada Kehidupan Sosial Kanak-Kanak
Tiga komponen kebudayaan iaitu kebudayaan kognitif, kebudayaan normatif serta
kebudayaan kebendaan.
Kebudayaan Kebendaan
Pengaruh Sosiobudaya Terhadap Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Nama Pensyarah : Encik Muhammad Safar bin Abdurahman
Terbentuk daripada banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik,
adat istiadat, bahasa, alat, pakaian, bangunan, dan karya seni.
Suatu pola hidup menyeluruh. Budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak
aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosiobudaya ini
tersebar dan meliputi banyak aktiviti sosial manusia.
M. Jacobs dan B.J. Stern : merangkumi keseluruhan yang meliputi bentuk teknologi
sosial, ideologi, keagamaan, dan kesenian.
William H. Havilan : adalah satu set peraturan dan norma yang dimiliki bersama
oleh para anggota masyarakat yang jika dilaksanakan oleh para anggotanya akan
melahirkan perilaku yang layak dipandang dan boleh di terima oleh semua
masyarakat .
Kebudayaan Kognitif :
Budaya yang berlainan akan menyebabkan kanak-kanak menggunakan simbol,
bahasa, dan kepercayaan serta juga nilai yang berlainan
Bahasa yang digunakan semasa membesar dan juga bahasa yang digunakan di
sekelilingnya semasa membesar adalah berlainan.
Kepercayaan yang diterapkan dalam diri kanak-kanak ini adalah berbeza dengan
kepercayaan yang diterapkan dalam diri kanak-kanak yang hidup dalam masyarakat
yang mempunyai kebudayaan berbeza.
Setiap masyarakat mempunyai norma sosial yang berbeza dan norma-norma ini
memberi pengaruh terhadap kehidupan sosial kanak-kanak.
Budaya yang ditunjukkan oleh anggota masyarakatnya bukan sahaja akan
menentukan sahsiah, tingkah laku malahan kehidupan sosialnya bermula dari
peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa.
Sekiranya kanak-kanak hidup dalam masyarakat yang mempunyai budaya yang
baik, maka hasilnya positif dan diterima oleh masyarakat.
Namun sekiranya ia hidup dalam masyarakat yang mempunyai budaya yang tidak
sihat dan bertentangan dengan budaya masyarakatnya maka tingkah lakunya kelak
adalah tidak disenangi oleh semua pihak.
Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya.
Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris
atau orang Eskimo.
Budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam
menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu.
Pengenalan Teori Ekologi Bronfenbrenner
Menjelaskan mengenai perkembangan kanak-kanak melalui interaksi ataupun
perhubungan secara zahiliah dengan alam persekitaran dan masyarakat setempat.
Teori Bronfenbrenner telah menetapkan lima ciri-ciri penting yang perlu diambil kira.
Kelima-lima ciri ini adalah sistem tetap dalam teori ekologi dan merupakan satu
keutamaan.
Kelima-lima sistem ini adalah mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem
dan kronosistem.
Sistem-sistem ini merupakan perkaitan atau kesinambungan yang dikaitkan dengan
persekitaran kanak-kanak dengan perhubungan interaksi kanak-kanak itu sendiri.
Perkembangan Bahasa Bayi
Perkembangan bahasa bermula sejak dari peringkat bayi. Pada peringkat
bayi, kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas.
Umur 0 - 2 Tahun
Bayi tidak dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh
menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya.
Umur 2 - 3 Tahun
Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan
memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan,
kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak.
Teori ini merupakan kepercayaan berasaskan kepada kajian mendalam yang
mengaitkan hubungan kanak-kanak dengan persekitaran mereka sama ada dengan
masyarakat, pengaruh alam sekitar, iklim, budaya dan bahasa, kepercayaan dan
lain-lain.
Ibu bapa dan guru perlulah memainkan peranan dalam memberi tunjuk ajar dan
melatih kanak-kanak untuk membina perkembangan yang baik dan teratur.
Sistem Persekitaran Teori Ekologi Bronfenbrenner

1) Mikrosistem

Keadaan atau suasana yang berlaku secara langsung terhadap kanak-kanak dari
segala segi sama ada untuk interaksi, aktiviti sosial mahupun sebagai contoh
tingkah laku.

2) Mesosistem

Keadaan atau suasana di sesuatu tempat akan mempengaruhi tingkah laku individu
di kawasan lain. Sebagai contoh, kaitan antara rumah dengan sekolah. Sekiranya
seseorang pelajar merasai pengalaman di rumahnya, maka pelajar itu akan
menggunakan pengalaman dan tingkah lakunya untuk dibawa ke kawasan sekolah.
3) Eksosistem

Pengalaman yang ada dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-


kanak secara langsung tetapi mempengaruhi keputusan yang diambil
dalam persekitaran semasa kepada kanak-kanak itu.
4) Makrosistem

Perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma kehidupan,


nilai dan amalan masyarakat di persekitaran. Disebabkan oleh pengaruh
ini, perkembangan kanak-kanak akan terbawa-bawa dengan kepentingan
dan keperluan masyarakat sekeliling.
5) Kronosistem

Perubahan yang berlaku terhadap kelakuan dan tingkah laku serta budaya
kanak-kanak dalam suatu tempoh masa. Kanak-kanak akan mudah
terdedah dengan persekitaran dan perubahan semasa dalam membentuk
kemahiran, pengalaman dan tingkah laku.
Namun, isyarat tangisan boleh menyatakan yang bayi tersebut lapar,
lampin basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan sebagainya.
Di sini dinyatakan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut
umurnya.
Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi boleh dianggap
sebagai pertuturan tetapi hanya terhad dalam bentuk tangisan. Nada bayi
menangis juga adalah berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.

Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, bayi mula
mengeluarkan satu bunyi kukur. Bunyi tersebut adalah seperti konsonan c, k dan
g.
Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang
bunyinya membawa maksud tertentu seperti mama, baba, dan dada.
Perkembangan pada peringkat ini merupakan peringkat asas untuk bercakap hingga
peringkat seterusnya.
Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat
menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap
agar emosinya tidak terganggu.
Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan
bahasa serta perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak mula belajar menyusun ayat sewaktu hendak
menyatakan sesuatu.
Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-
kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah.
Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan
masyarakat luas.
Umur 4 - 5 Tahun
Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak
yang berumur 3 tahun.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sosiobudaya Terhadap Perkembangan Bahasa
Kanak-Kanak
1) Faktor Pengaruh Persekitaran
2) Faktor Rakan Sebaya
Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-
kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau
sebaliknya.
3) Faktor Kebudayaan dan Kepercayaan
Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza juga boleh mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosioemosi, personaliti dan mental.
4) Faktor Sumber Teknologi
Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada
bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen
dan komputer.
Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan
suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat.
Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada
seseorang.
Pada umur 5 tahun, kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan
khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri.
Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat
luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar.
Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan
membaca.
Pengaruh persekitaran termasuk faktor keluarga dan pengaruh rakan sebaya.
Keluarga juga merupakan satu latar persekitaran yang banyak mempengaruhi
perkembangan seseorang individu. Selain daripada mempunyai pertalian darah,
mereka mempunyai pertalian emosi dan sosial kerana mereka sentiasa mempunyai
hubungan rapat.
Cara gaya asuhan dan didikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pembentukan
personaliti seseorang anak. Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
mesra dan penuh dengan kasih sayang, mereka akan mengalami perkembangan
emosi yang sihat
Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah seperti keganasan, ibu
bapa yang berjudi atau berkaki botol maka ini boleh mempengaruhi dan
menjejaskan pemikiran serta kelakuan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak
tersebut akan berfikiran dan berkelakuan negatif .
Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-
kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial.
Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan
menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya
yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut
terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini.
Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi
tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut
disingkir oleh rakan sebaya mereka.

Misalnya, perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan


kanak-kanak, perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup
serta tingkah laku manusia.
Sebuah masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan
membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral,
beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna.
Manakala masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap
kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik serta
mengabaikan nilai-nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.
Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber
teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan
sosial.
Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur
keganasan, lucah atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan
personaliti yang tidak diingini.
5) Faktor Sekolah Dan Guru
Sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti
seseorang kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa di
sekolah menerusi aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum dan menyiapkan kerja
tambahan sekolah.
Kanak-kanak juga didedahkan kepada guru yang sentiasa menekankan pencapaian
akademik, motivasi untuk belajar penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan
kemajuan serta sikap terhadap tanggungjawab, kepimpinan, dan autoriti.
Guru dan sekolah juga merupakan agen perubahan dan diberi tugas untuk
memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Kesimpulan
Bahasa adalah suatu medium komunikasi global yang penting pada masa ini.
Manusia menggunakan pertuturan khususnya sebagai alat mudah untuk
menyampaikan maklumat dan perasaan agar berlaku kitaran hidup yang seimbang
dan sempurna.
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan bahasa individu amat
bergantung kepada usaha dan persekitarannya dalam membentuk kemahiran
berbahasa yang baik dan sempurna.
Oleh itu, ibu bapa dan guru hendaklah memainkan peranan penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak dalam mencorakkan perwatakan kanak-kanak
tersebut ke arah pembentukan keperibadian yang unggul dalam arus globalisasi
kini.

https://prezi.com/dfm_pr0ac4m4/perkembangan-awal-kanak-kanak/

PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN

1. 1. INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN JABATAN


PENDIDIKAN JASMANI 2007 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PERGERAKAN
ASAS( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN )
VICKNESWARAN A/L BALAKRISHNAN PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN
SEKOLAH RENDAH PENGAJIAN 4 TAHUN PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN
KESIHATAN
2. 2. PENGENALAN Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam
aktivitipergerakan ialah berjalan, berlari, beriompat, memintal, berpusing,meregang dan
menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalandengan melompat mengikut iringan
muzik merupakan bentuk pergerakanasas dalam tarian zapin dan joget. Pergerakan
Lokomotor Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolahialah untuk
membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan.Antara kemahiran yang perlu
diajar kepada mereka adalah kemahiranlokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka
bergerak dari satu tempatke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk
kemahiranpergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-
kemahiran yang berikut: Berjalan Berlari Melonjak Melompat Hop
3. 3. Contoh-contoh pergerakan
4. 4. Pergerakan Bukan LokomotorPergerakan asas bukan lokomotor memerlukan seseorang
melakukanpergerakan di satu tempat tanpa melibatkan perubahan penyokong atau titikpusat
pelaku. Contohya ketika duduk atau berdiri. Pergerakan ini tidakmenggunakan ruang yang
banyak.Contoh lain bagi pergerakan asas bukan lokomotor ialah : Membongkok
Memusing Menarik Menghayun Meregang Menolak Mengelak Memusing
5. 5. Contoh-contoh pergerakan Baring dan Angkat Kaki Membongkok
6. 6. MATLAMAT Memperkenalkan kepada pelajar pergerakan asas, iaitu pergerakan
lokomotor, bukan lokomotor dan dengan mengunakan alatan Diharap tiga perempat
daripada keseluruhan dapat menguasai dan memahami sepenuhnya pergerakan lokomotor,
bukan lokomotor, dan dengan menggunakan alatan elepas memahami definasi dan
demonstrasi yang akan ditunjukkan. Aktiviti pergerakan asas ini akan membantu murid
supaya lebih cergas dan aktif. Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam permainan dan
sukan. OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, pelajar-pelajar dapat
menguasai 3 per 4 kemahiran yang dipelajari: Dapat melakukan aktiviti pergerakan dengan
menggunakan cara dan teknik yang betul. Dapat menggunakan perasaan untuk
membayangkan sesuatu mengikut pergerakan yang dilakukan dan mengikut gerak yang
ditunjukan. Menunjukkan sikap bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain memberi
sumbangan positif terhadap kesedaran positif dan pertumbuhan
7. 7. TARIKH : 16hb April 2007MASA : 8.30 pagi.TEMPAT : Balai KerapatanKUMPULAN
SASARAN : Melibatkan murid-murid darjah 4 (10 tahun)
8. 8. PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASIi ) Prosedur pelaksanaan demonstrasi.
Jenis-jenis pergerakan.(1) Merangkak ( lokomotor) Rendah(2) Membongkok ( bukan
lokomotor) Sedarhana(3) Mejengkit ( lokomotor) Tinggi(4) Imbangan V ( bukan lokomotor)
Sederhana(5) Guling Balak (lokomotor) Rendah(6) Berjalan ( lokomotor) Tinggi(7) Mengilas
badan ( bukan lokomotor) Sederhana(8) Melompat ( lokomotor) Tinggi(9) Duduk lutut
( bukan lokomotor) Sederhana(10) Rangkak kucing ( lokomotor) Rendah(11) Menyokong
( bukan lokomotor) Sederhana(12) Berjalan dengan langkah pendek (lokomotor) Tinggi(13)
Mengecilkan badan ( bukan lokomotor) Sederhana(14) Berjalan dengan langkah panjang
(lokomotor) Tinggi(15) Kaki bengkok ( bukan lokomotor) Sederhana(16) Lonjak sebelah kaki
(lokomotor) Tinggi(17) Imbangan lutut ( bukan lokomotor) Sederhana(18) Merangkak seperti
beruang (lokomotor) Sederhana(19) Mendekam ( bukan lokomotor) Rendah(20) Melompat
(lokomotor) Tinggi
9. 9. Stesen Pergerakan Asas :1. Merangkak Kaki dan tangan lurus dalam lakuan merangkak.
Gerakkan kaki dan tangan kiri hala ke kiri, di ikuti dengan kaki dan tangan kanan. Bola
dihadapan2. Membongkok Berdiri tegak, kaki buka, kedua-dua tangan diangkat ke atas dan
dirapatkan. Bongkokkan badan ke depan. Bola dikepitkan dikaki3. Mejengkit Berdiri dengan
sebelah kaki. Tangan memegang bola diatas kepala. Mejengkit kehadapan.4. Imbangan V
Duduk berlunjur. Kedua-dua kaki diangkat keatas. Bola dikepitkan dikaki5. Guling Balak
Dalam keadaan baring, kaki lurus. Bergulng ke sisi. Bola dipegang ditangan6. Berjalan
Berdiri tegak. Berjalan dengan lurus. Tangan kehadapan dan memegang bola7. Mengilas
badan duduk berlunjur, tangan diluruskan kehadapan. Bola diletakan disisi dan badan
digilas untuk mendapatkan bola.8. Melompat Berdiri tegak. Bola dikepitkan dikaki. Lompat
kehadapan.
10. 10. 9. Duduk lutut Duduk melutut. Bola diletakan dihadapan dan disentuh dengan
kepala.10. Rangkak kucing Bola ditempatkan dihadapan. Merangkak seperti kucing dan
mendapatkan bola.11. Menyokong Mendekam, tangan lurus ke depan. tegakkan badan,
kedua tangan diletak di lantai. Lonjak ke depan semula. Bola dikepitkan dikaki.12. Berjalan
dengan langkah pendek Berdiri tegak. Berjalan dengan lurus. Brjalan dengan langkah yang
pendek atau rapat. Tangan lurus kehadapan dan memegang bola13. Mengecilkan badan
Dalam keadaan duduk. Bahu dan tangan dibawa kehadapan dan dikecilkan.14. Berjalan
dengan langkah panjang Berdiri tegak. Berjalan dengan lurus. Brjalan dengan langkah
yang panjang. Tangan lurus kehadapan dan memegang bola15. Kaki bengkok Kaki
dikangkangkan. Bongkokkan badan, letak bola dengan tangan jauh diantara kedua-dua
belah kaki. Kemudian lendikan badan dan ambil semula bola. (kaki bengkok)16. Lonjak
sebelah kaki
11. 11. Berdiri tegak, angkat sebelah kaki. Bola dipegang. Lonjak dengan menggunakkan
sebelah kaki.17. Imbangan lutut Melutut. Kaki diangkat, lutut menyokong anggota badan.
Bola dikepitkan.18. Merangkak seperti beruang Badan dibongkokan. Tangan dibawa
kehadapan. Bola dihadapan dan cuba mencapai bola.19. Mendekam Mendekam, kedua-
dua tapak tangan di atas lantai. angkat kaki perlahan-lahan, tangan menyokong badan. Bola
dkepitkan dikaki.20. Melompat Selepas mendekam terus melompat kehadapan.
12. 12. (ii) ALATAN BERAT Bangku panjang Peti lombol Tilam Skital besar(iii) ALATAN
TANGAN BolaRUMUSAN Perkembangan kemahiran asas dikalangan murid-murid menjadi
salahsatu tugas utama pendidkan jasmani. Kemahiran itu ada yang berbentukmenjalankan
tugas harian atau keriadahan. Contoh- contoh kemahiran seperti iniharus diterapkan kepada
murid-murid dan harus mengikut citarasa mereka. Melalui aktiviti pergerakan asas lokomotor
dan bukan lokomotor ini, muriddapat melakukan pergerakan asas dengan betul dan
menguatkan otot untukkegiatan yang lebih cergas.Selain itu, murid juga dapat
mempersiapkan diriuntuk melakukan kemahiran sukan dan permainan. Aspek nilai positif
bolehditanamkan dalam diri murid. Murid mencapai tahap displin diri yang tinggi.
13. 13. BORANG KOLABORASINama : VICKNESWARAN A/L BALAKRISHNANUnit :
Pendidikan Jasmani & Kesihatan.Pensyarah Pembimbing : Pn Suraya Bt A.K. Bapooti.Bil.
Tarikh Isu Perbincangan Tandatangan
14. 14. LAMPIRAN
15. 15. PERALATAN

http://www.slideshare.net/tina4118/pergerakan-asas-lokomotor-bukan-lokomotor-dan-manipulasi-
alatan-17488259

Das könnte Ihnen auch gefallen