Sie sind auf Seite 1von 5

3/9/2017 Kenapa lelaki mandul?

saya nak baca ..



Search

Berita
Terkini
Utama
Nasional
W ilayah
Luar Negara
Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Komuniti
Video
Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan
Agama
Politik
Rencana
Utama
Bisik-bisik
Cuit
Selak
Kolumnis
Forum
Agama
Blog Editor
Sukan
Hiburan
Berita
Selebriti
Muzik
Filem & Drama
Rancangan TV
Seni & Budaya
Bisnes
Ekonomi
Korporat
Usahawan
Automotif
Hartanah
Teknologi
Saham & Wang
Pendidikan
Umum
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama
Sains & Teknologi
Sains
Teknologi
Inovasi
Gajet
Pertanian
Alam Sekitar
Gaya Hidup
Rekreasi
Permotoran
Pelancongan
Keluarga
Kesihatan
Fesyen
Sukan
Bola Sepak
Badminton
Kereta
Motorsikal
Basikal
Golf
Hoki
lain-lain
Rencana Sukan
Lain-lain
Galeri Foto
Versi Mobile
Arkib
Iklan
Langgan ePaper
SMS Alert
Facebook
Sign in

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm 1/5
3/9/2017 Kenapa lelaki mandul?

kesihatan
W a kt u S o l a t K u a l a Lu m p u r

ARKIB : 10/09/2006

Kenapa lelaki mandul? Subuh 6:06


Zohor 1:27
A sar 4:38
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN Maghrib 7:28
Isyak 8:37
BERBULAN lamanya anda dan isteri mencuba, malah mungkin telah lebih setahun K l i k u n t u k wa kt u so l a t ka wa sa n l a i n
berlalu. Namun, sekali pun anda melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang
langkah kontrasepsi, pasangan anda tidak hamil juga.
Di manakah silapnya? Kemungkinan besar, ada sesuatu yang mengganggu usaha
anda untuk mendapatkan zuriat.

Ketidaksuburan atau kemandulan bermaksud ketidakbolehan seorang wanita
mengandung atau pada seorang lelaki, memulakan penghamilan dalam tempoh
setahun.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam,
Selangor, Dr. Zamri Abdul Rahim berkata, kira-kira 60 peratus daripada kes pasangan
yang mengalami masalah ini membabitkan faktor lelaki.
Sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan masalah kesuburan berpunca daripada
lelaki manakala 20 peratus lagi adalah gabungan faktor lelaki dan wanita.
Kerana itulah apabila satu-satu pasangan itu mengalami masalah untuk
mendapatkan anak, orang lelaki juga perlu menjalani pemeriksaan dan bukannya
wanita sahaja, katanya.
Menurutnya, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah kemandulan tidak Dengar SuriaFM
menunjukkan apa-apa tanda. Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Sesetengah daripada mereka yang mempunyai gangguan hormon mungkin Riuh Rio Brazil 2014
mendapat isyarat dari segi perubahan suara, pertumbuhan rambut yang ketara, Laman w eb mikro bola sepak Piala Dunia 2014

pembesaran buah dada mahupun menghadapi kesukaran fungsi seksual. Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesaw at MH370
Punca ketidaksuburan lelaki
KE7B Greenland 2014
- Kesukaran ereksi dan ejakulasi. Kira-kira lima peratus pasangan tidak subur Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014
berhubung rapat dengan faktor hubungan kelamin seperti gagal memperoleh atau
mengekalkan ketegangan zakar, pancutan air mani pramatang, dalam jumlah yang
kurang dan ke arah belakang serta, kerap melancap.
Kekerapan dalam melakukan hubungan seks memainkan peranan yang penting.
Kajian mendapati, pasangan yang bersetubuh purata empat kali seminggu akan
mengandung selepas enam bulan.
- Air mani yang tidak normal. Air mani yang terlalu tebal boleh menyukarkan sperma
untuk bergerak ke trek reproduktif wanita.
- Varikosele. Kumpulan vena (pembuluh darah) yang mengembang dan bergumpal-
gumpal (seperti vena varikos yang berbelit-belit pada kaki) di dalam skrotum
(kantung zakar) disebabkan oleh darah yang tidak mengalir keluar dengan betul dari
skrotum.
Akibatnya - lebihan darah bertakung di dalam skrotum. Ini memberikan kesan yang
negatif terhadap pengeluaran sperma.
Bagaimanapun, keadaan ini merupakan punca ketidaksuburan lelaki yang paling
berpotensi untuk dirawat melalui pembedahan kecil pesakit luar, kata Dr. Zamri.
Adalah dipercayai, hawa panas yang bertindak terhadap buah zakar dan saluran
mani menyebabkan pembentukan benih tertindas.
Hawa panas boleh menindas pembentukan benih-benih khususnya bagi lelaki yang
bekerja sebagai pemandu lori atau mereka yang perlu memandu beratus-ratus
kilometer dalam cuaca panas.
Lelaki yang terdedah kepada radiasi misalnya seseorang yang mendapat rawatan
kanser buah zakar juga boleh menjadi mandul ataupun menjejaskan kesuburannya.
- Kriptokidisme. Buah zakar yang gagal menurun ke dalam kantungnya, satu atau
kedua buah zakar mungkin terletak di dalam perut.
Keadaan ini sering dikaitkan dengan kemandulan tetapi lebih penting lagi adalah
kaitannya dengan kanser buah zakar.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm 2/5
3/9/2017 Kenapa lelaki mandul?
- Penyakit-penyakit semulajadi seperti Sindrom Klinefelters di mana lelaki mempunyai
buah zakar yang amat kecil dan tidak mampu mengeluarkan benih.
Terdapat juga penyakit yang menyekat saluran dan karung air mani atau pun
saluran air kencing. Kerana itulah sesetengah lelaki dilahirkan dengan saluran air
kencing yang terbuka pada sisi bawah zakar (hipospadias) atau atas (epispadias)
sedangkan bukaan sepatutnya pada hujung zakar.
- Jangkitan yang terjadi ke atas buah zakar dan saluran air mani seperti beguk, tibi,
penyakit-penyakit alat kelamin seperti gonorea dan siflis yang menyekat perjalanan
benih daripada buah zakar ke karung air mani
- Ubat-ubatan tertentu juga boleh menjejaskan penghasilan sperma serta fungsinya.
Sesetengah ubat boleh menyebabkan disfungsi ejakulasi.
Contohnya, ubat antikulat Ketoconazole, Sulfasalazine untuk merawat penyakit ePlayer Sukan
keradangan usus, Spironolactone (antihipertensi) dan Allopurinol, colchicine (gout).
Diagnosis
Seseorang lelaki itu dikatakan subur apabila buah zakarnya mengeluarkan sperma
sihat yang mencukupi.
Sperma juga hendaklah dipancutkan dengan baik, terus ke dalam faraj wanita. Ujian
ketidaksuburan lelaki bertujuan menentukan jika ada di antara proses-proses ini
yang rosak atau lemah.
- Pemeriksaan fizikal meliputi pemeriksaan alat kelamin dan soalan-soalan berkaitan
sejarah perubatan dan tabiat seksual
- Analisis air mani adalah penyiasatan terpenting bila bercakap mengenai
kemandulan lelaki.
Doktor akan meminta contoh air mani untuk diperiksa, sebaik-baiknya didapati hasil
pengeluaran sendiri (onani).
Air mani tersebut kemudiannya akan dianalisis di makmal dari segi kuantiti, warna,
kehadiran jangkitan atau darah, sebarang kejanggalan rupa bentuk atau struktur
serta pergerakan sperma.
Pengambilan contoh air mani mungkin perlu diulang terutamanya jika ia langsung MENARIK

tidak mempunyai benih, satu keadaan yang dikenali sebagai azospermia. Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
- Pemeriksaan lanjut biopsi buah zakar akan dilakukan sekiranya timbul keadaan ini
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
(azospermia) di mana secebis tisu buah zakar akan diambil untuk kajian mikroskop. Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Pesakit akan dibius setempat.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
- Ujian hormon, di mana darah pesakit akan diuji bagi menentukan tahap testostero Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
serta lain-lain hormon lelaki. Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Rawatan
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kualiti air mani pesakit selalunya menunjukkan peningkatan selepas melalui Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jaw i.
rawatan ubat-ubatan seperti hormon dan antibiotik atau, prosedur pembedahan.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Sementara itu, lelaki yang ketidasuburannya tidak diketahui punca (idiopatik) boleh Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.
melakukan beberapa perubahan gaya hidup bagi tujuan yang sama, meningkatkan
analisis air mani, kata Dr. Zamri.
Lelaki dengan analisis air mani yang lemah dan tidak boleh dirawat atau sebabnya
tidak diketahui masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan anak melalui
teknologi reproduktif yang dibantu oleh makmal.
Antaranya, yang paling popular adalah persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan
sperma intrasitoplasmik (ICSI) dengan menyuntik sperma tunggal secara langsung ke
dalam telur.
Perubahan gaya hidup dan saranan umum
- Pakailah seluar dalam atau pita untuk mengikat stoking (suspender) yang longgar
sahaja kerana penggunaannya yang amat ketat juga boleh menindas pembentukan
benih-benih lelaki.
Seluar dalam yang ketat menyebabkan buah zakar melekat pada badan, yang mana
sukatan suhunya adalah lebih panas daripada buah zakar.
- Selepas pulang dari bekerja, rendam buah zakar dalam air sejuk sekurang-
kurangnya 10 minit. Amalan ini dipercayai boleh meningkatkan bilangan benih
- Lakukan hubungan kelamin pada waktu isteri tengah subur adalah penting
umumnya pada hari ke-14 selepas hari pertama datang bulan
- Berhenti merokok. Merokok menyebabkan 23 peratus penurunan dalam pekatan
sperma dan 13 peratus kemerosotan dari segi pergerakan sperma
- Elakkan penggunaan pelincir faraj kerana kebanyakannya boleh menyebabkan
keracunan sperma, terutamanya pada waktu-waktu subur wanita

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm 3/5
3/9/2017 Kenapa lelaki mandul?
- Bersenam. Senaman seperti aerobik membantu meningkatkan tahap testosteron,
seterusnya mendorong kepada penghasilan sperma yang meningkat
- Hindari suhu panas yang boleh menyumbang kepada pengeluaran sperma terjejas
- Makan makanan berzat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin. Sesetengah
pakar berpendapat bahawa vitamin E boleh memperbaiki daya kesuburan seseorang
lelaki walaupun belum terbukti kesahihannya.
K o n g si K o n t en d i :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Sawan demam bukan epilepsi


Sopak sejenis penyakit kulit
Lambatkan penuaan
Sakit permulaan haid
Vitamin C, kolagen untuk kulit
Rawat sebelum terlambat
Jangan abai tanda awal diabetes
Elak penyakit akibat jerebu
Elak payudara membengkak
Peria bersihkan darah
Implan dwi-stent untuk jantung
Hidup selesa tanpa GERD
Teknik baharupembedahan saraf
Flos gigi, kumur mulut anda
Risiko Obesiti semasa hamil
Kulit baru harapan baru
Botak di usia muda
Fibroid semasa hamil
Risiko kanta lekap
Keputihan tidak halang keintiman

Utusan Online
Like Page 1.7M likes

Utusan Online
32 mins

Sama-sama kita doakan rakyat kita selamat.


#BeritaMalaysia #UtusanMalaysia #UtusanOnline
Langgan akhbar digital Utusan di http://bit.ly/eutusan
Baca portal jawi Utusan Melayu di http://bit.ly/utusanmelayu

Nasional Artikel Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan Rekreasi Xtive


Dalam Negeri Rencana Kota Tempatan Dalam Negeri Ekonomi Sekolah Rekreasi Video
Politik Forum Selatan Rancangan TV Luar Negara Korporat Kampus Pemotoran Blog Editor
Parlimen Kolumnis Johor Rencana Sukan Produk/Servis Sastera Pancing Suara Rakyat
Terkini Jenayah Cuit Utara Gaya Hidup Golf Agro Agama Pelancongan Salam Aidilfitri
Berita Utama Mahkamah Selak Timur Feminin EURO 2012 Saham Impak Alam
Arkib Berita Laporan Khas Blog Pahang Keluarga ePlayer Matawang Sains Catatan Kembara
Kami Prihatin Sabah & Sarawak Kesihatan Sains & Teknologi
English Edition Luar Negara Suara Rakyat Polis & Tentera Megabait
Kesihatan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm 4/5
3/9/2017 Kenapa lelaki mandul?
Hubungi Kami |Jom Iklan | Facebook | Twitter | Kesihatan RSS Feed |Polisi Privasi |Privacy Policy |
Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | ADaP | e-Lab | Mangga Online | Saji Online | disini.my | MyBooks | Job House | Utusan Karya

Mengenai Kami | Terma & Syarat


W W W.UTUSAN .C OM.MY 1997-2017 UTUSAN ME L AY U (M) BE RHAD, 46M, Jalan L im a Off Jalan C han S ow L in, 55200 Kuala
L um pur .

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm 5/5

Das könnte Ihnen auch gefallen