Sie sind auf Seite 1von 3

Pada dahulu kala, Si angin utara sangat bangga akan dirinya.

Saya boleh membuatkan seluruh dunia sejuk! Saya boleh


membuatkan hutan suram dan lembap, katanya dengan
selamba.

Cuaca adalah di bawah kawalan saya. Jika saya meniup


dengan pantas, saya boleh membuat musim sejuk yang paling
teruk, ketawa Si Angin Utara. Sudah demikian lama, Si
Matahari mendengar kepada semua yang dibualkan oleh Si
Angin Utara.

Sambil Si Angin Utara memuji muji diri, Si Matahari muncul


daripada belakang awan. Oh Si Angin Utara! Kamu tidak
seharusnya bongkak, panggil Si Matahari.

Jangan kamu menasihati saya, Oh Si Matahari! Saya tahu apa


yang perlu dan tidak perlu saya lakukan! Saya sangat berkuasa
dalam dunia ini! kata Si Angin Utara dengan nada mendengus.

Si Matahari sangat marah. Kamu mungkin berkuasa, tapi ada


lagi yang lebih berkuasa dari kamu, jeritnya. Huh! Kamu
berkata begitu sebab kamu sangat cemburu pada saya, kata Si
Angin Utara sambil mengerutkan kening.

Nampaknya kamu tidak punya walau sedikitpun rasa hormat


kepada orang lain, kata Si Matahari. Si Angin Utara ketawa
terbahak bahak. Hah! Hormat? Semua yang lain patut
tunduk kepada saya. Tiada sesiapapun yang boleh buat apa
yang saya boleh buat.
Tiba tiba, Si Matahari melihat ke bawah. Dia terlihat seorang
lelaki sedang duduk dengan pancingnya di hilir sungai.
Lihatlah disana! panggil Si Matahari kepada SI Angin Utara.
Lelaki itu akan menentukan siapa yang lebih berkuasa diantara
kita, dia menambah.

Si Angin Utara berkata dengan nada yang angkuh, Hmmmm.


Saya adalah yang terkuat... saya bertaruh. Kata Si Matahari,
Kita akan cuba kekuasaan kita kepada lelaki itu secara satu
persatu. Jika kamu berupaya membuatkan lelaki itu membuka
jaketnya, Saya akan menerima kekuasaan kamu.

Adakah itu sahaja? tanya Si Angin Utara. Ia sangat mudah.


Hanya tunggu dan lihat saya meniup pergi jaket lelaki itu. dan
seperti yang dikatakan, dia mula meniup dengan seluruh
tenada dan kepantasan yang dipunyainya.

Lelaki itu terasa sejuk dan memegang jaketnya semakin erat. Si


Angin Utara menambah lagi kekuatan tiupannya, tetapi setiap
kali itu juga lelaki itu memegang lebih erat jaketnya. Si Angin
Utara meniup dan meniup.... dan berasa penat.

Haha! ketawa Si Matahari. Apa yang terjadi? Di manakah


kekuatan kamu? Si Angin Utara terdiam kaku. Sekarang
giliran saya. Lihat! kata Si Matahari. Maka bersinarlah dia
dengan sangat terang.

Hari semakin panas. Lelaki itu mula berpeluh. Uff! Sangat


panas di sini, dia mengeluh. Maka dia mula melepaskan
jaketnya. Si Matahari menjadi semakin panas, memperlihatkan
segala kekuatannya.

Lelaki itu berpeluh. Perlahan lahan dia memuka jaketnya dan


menggantungnya pada kepala. Walaupun begitu panas masih
terasa. Akhirnya, dia membuang jaketnya ke tanah.

Si Angin Utara melihat dengan kagum dan teruja. Si Matahari


ketawa. Kemudian mereka melihat lelaki itu kehabisan tenaga
akibat panas. Dia kemudian membuka bajunya dan terjun ke
dalam sungai. ahhhh, leganya dia mengeluh.

Si Angin Utara berasa sangat malu akan kesombongan dirinya.


Si Matahari berkata dengan sopan, Kawan! Kita semua
mempunyai kuasa dan kita mempunyai tugas masing masing.
Kita tidak seharusnya bongkak. Kamu betul! Kamu telah
membuka mata saya hari ini, kata Si Angin Utara. Sejak hari itu
dia tidak pernah sombong lagi.

Das könnte Ihnen auch gefallen