Sie sind auf Seite 1von 153

PENGARAH PELAJARAN MELAKA

KATA KATA ALUAN

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Rendah Negeri Melaka dapat menerbitkan Modul Lima Minit Pemantapan Sahsiah bagi
Sekolah Rendah.

Gejala sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat yang
membahayakan kehidupan kelompok sosial. Masalah sosial muncul akibat terjadinya perbezaan
antara nilai dalam masyarakat dengan realiti yang ada. Setiap hari kita dijamu dengan pelbagai
cerita dan laporan mengenai gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia. Isu seperti
mengandung luar nikah, seks bebas, pesta minum arak, rempit, bohsia dan sebagainya sering
memenuhi ruang akhbar kita. Bukan itu sahaja, jumlah remaja terlibat dengan jenayah juga
tinggi. Oleh yang demikian, pemantapan rohani dan sahsiah di kalangan murid seawal dari
peringkat rendah harus diperkukuhkan bagi menangani gejala ini.

Saya yakin dengan penghasilan buku modul ini dapat memberi maklumat dan pendedahan awal
kepada semua murid sekolah rendah tentang gejala sosial yang melanda di negara ini. Justeru itu,
melalui penghasilan buku modul ini, dapat memberi fokus kepada aktiviti aktiviti mengerakkan
murid murid terutama dalam menangani gejala sosial.

Pemahaman mengenai gejala yang tidak sihat ini perlu digalas oleh semua pihak dan bukannya
terletak di bahu pihak sekolah semata mata. Sikap tanggungjawab bersama dan menganggap
gejala sosial ini merupakan permasalahan individu, institusi keluarga dan komuniti. Saya
menuntut komitmen serta sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat sebagai agen
utama menangani gejala sosial ini.

Akhir kata, saya sekali lagi amat berbesar hati dengan kerjasama dan bantuan yang diberikan
sehingga terhasilnya Buku Modul Lima Minit Pemantapan Sahsiah Sekolah Rendah. Tahniah
dan syabas kepada semua pihak dalam menghasilkan bahan penuh berilmiah ini dan diharap
buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA,

HJ ISA BIN HJ ABU


KETUA SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

KATA KATA ALUAN

Bismillahirrahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak
yang terlibat dalam usaha menghasilkan Buku Lima Minit Pemantapan Sahsiah ini. Modul ini
merupakan satu alternatif dan medium baru dalam penyebaran maklumat tentang menangani
gejala sosial di sekolah rendah.

Dalam memenuhi hasrat kerajaan menangani gejala sosial dikalangan murid, penghasilan buku
modul ini amat bertepatan dengan matlamat tersebut. Pelbagai genre dan bidang diterapkan
dalam gaya penyampaian maklumat kepada murid dan ianya pasti akan menarik perhatian murid
agar lebih memahami dan mempelajari mengenai pendidikan pencegahan yang ingin diterapkan.

Saya turut berkeyakinan penuh Modul Lima Minit Pemantapan Sahsiah ini amat sesuai
digunakan di sekolah rendah dengan laras bahasanya yang mudah difahami mengikut tahap
mereka.

Semoga segala hasil murni ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak terutama sekali
kepada kumpulan sasaran kita yang merupakan generasi akan datang yang bakal mencerminkan
pemimpin negara kita. Bersama samalah kita merealisasikan hasrat kerajaan untuk menangani
gejala sosial dikalangan masyarakat terutamanya murid.

Akhir kata, adalah diharapkan agar melalui penerbitan buku Modul ini akan dapat membantu
pihak sekolah untuk sama sama berganding bahu bagi mengukuhkan tekad dan memantapkan
komitmen untuk menyempurnakan tanggungjawab mengangkat martabat agama, bangsa dan
negara melalui anak anak kita ini. Bersama samalah kita merealisasikannya.

Sekian, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA,

HJ DAUD BIN ABDULL


Prakata
Buku Modul Lima Minit Pemantapan Sahsiah ini diterbitkan bertujuan untuk membantu
guru- guru sekolah rendah terutamanya bagi menyampaikan maklumat mengenai pendidikan
menangani gejala sosial melalui pelbagai variasi yang mudah difahami oleh murid-murid sekolah
rendah. Bersesuaian dengan kaedah pelaksanaannya yang dijalankan selama lima minit sewaktu
sesi perhimpunan rasmi atau waktu awal sesi pembelajaran yang melibatkan semua murid dan
warga sekolah, modul ini dapat diterapkan dengan pelbagai genre yang pasti menarik perhatian
murid. Bahan yang bina dengan gaya bahasa dan pengendalian yang mudah serta bahan-bahan
yang menarik, diharap dapat menarik minat pelajar mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan.
Selain daripada itu, bukan sahaja pelaksanaan program ini memerlukan masa yang singkat dan
padat malah ia mampu memberi impak yang positif di kalangan murid. Pendedahan dan
maklumat yang jelas tentang kesan buruk akibat gejala sosial terutamanya dikalangan murid
turut diterapkan. Modul ini boleh juga digunakan semasa aktiviti ko-kurikulum di sebelah petang
di samping membantu murid mencungkil bakat dan potensi mereka.

Matlamat
Modul ini diterbitkan bertujuan membantu para guru dalam penyampaian dan
pemberitahuan kepada murid-murid mengenai punca-punca serta cara menangani gejala sosial
secara lebih berkesan dan menarik yang disampaikan dalam waktu yang singkat.

Objektif
1. Meningkatkan kemahiran guru dalam mengendalikan aktiviti Program 5 Minit
Pemantapan Sahsiah mengikut tahap kesesuaian murid dengan pelbagai variasi.
2. Menimbulkan keinsafan dalam diri murid-murid tentang ancaman dan bahaya
Gejala sosial terutama di kalangan murid.
3. Meningkatkan pengetahuan murid-murid tentang gejala sosial di samping cara-cara \
menghindarinya daripada berlaku di kalangan pelajar.
4. Memberi pengetahuan kepada murid tentang punca-punca berlaku gejala sosial serta
cara mengatasinya.
5. Melahirkan modal insan yang cemerlang dan mempunyai ketahanan jati diri yang
tinggi serta mengamalkan nilai nilai murni.
Kumpulan Sasaran
Murid-murid tahap 1 dan 2 Sekolah Rendah.

Sumber Bahan
Bahan-bahan yang terdapat dalam Modul 5 Minit Pemantapan Sahsiah ini diilhamkan
oleh Jawatankuasa Pembinaan Modul hasil daripada idea-idea yang baru, bahan-bahan internet
serta modul-modul terdahulu yang telah diolah semula mengikut kesesuaian.

Jadual Pelaksanaan
Dijalankan semasa perhimpunan rasmi setiap minggu dan semasa awal pengajaran di
dalam kelas mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah.

Proses Kerja
JAWATANKUASA INDUK
MODUL LIMA MINIT PEMANTAPAN SAHSIAH
SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA

Penasihat : Hj Isa bin Hj Abu


Pengarah Pelajaran Melaka
Pengerusi : Tn. Hj Daud bin Abdull
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Timbalan Pengerusi : Tn Hj Ismail bin Hj Mohd, PJK
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Naib Pengerusi I : En Jasmi bin Abu Samah
Ketua Unit Hal Ehwal Murid, JPM, Melaka
Naib Pengerusi II : Tn Hj Haris bin Hj Mahat, PJK
Ketua Unit Operasi Dakwah, JPM, Melaka
Penyelaras : En Zulhijri bin Sabtu
Pen. Pengarah Kaunseling, Unit HEM, JPM, Melaka
Setiausaha : Pn Fauziah bt Miskam
Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Seri Duyong

Ahli Jawatankuasa :
1. En Mohd Jamil bin Ahmad SK Kem Gerakhas
2. En Mohamad Nazri bin Abdul Razak SK Pernu
3. En Muhammad Arrif bin Yaakop SK Parit Melana
4. Pn Lis Rasita bt Hj Tambi SK Ayer Keroh
5. Pn Marhaini bt A.Rahman SK Jasin
6. Pn Rosnah bt Manab SK Bertam Hulu
7. Pn Yusnizal bt Ismail SK Pantai Kundor
8. Pn Goh Mo Lee SK Tanjung Minyak
JAWATANKUASA PENGGUBAL
MODUL LIMA MINIT PEMANTAPAN SAHSIAH
SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA

1. En Mohd Jamil bin Ahmad SK Kem Gerakhas


2. En Mohamad Nazri bin Abdul Razak SK Pernu
3. En Muhammad Arrif bin Yaakop SK Parit Melana
4. Pn Lis Rasita bt Hj Tambi SK Ayer Keroh
5. Pn Marhaini bt A.Rahman SK Jasin
6. Pn Rosnah bt Manab SK Bertam Hulu
7. Pn Yusnizal bt Ismail SK Pantai Kundor
8. Pn Goh Mo Lee SK Tanjung Minyak
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Buli (Pengenalan)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat:

1. Memahami secara umum tentang maksud gejala buli.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Lampiran B1 (Gambar-gambar berkaitan buli)

LANGKAH : 1. Guru menunjukkan beberapa gambar yang berkaitan dengan

perbuatan membuli.

(Sila rujuk lampiran sebagai rujukan atau bahan lain yang sesuai)

2. Guru menerangkan secara umum tentang apa yang dimaksudkan

dengan gejala buli.

- Perbuatan membuli membawa maksud percakapan atau

perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau tidak diterima.

RUMUSAN : Murid-murid akan dapat gambaran secara jelas tentang gejala buli.
Lampiran B1
Gambar-gambar Buli
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Buli (Jenis-jenis Buli)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat:

1. Mengetahui jenis-jenis perbuatan membuli.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : 1. Guru menerangkan secara terperinci jenis-jenis perbuatan membuli,

contohnya;

- mengejek

- kata-kata sindiran

- gurauan yang melampau

- melalui lukisan dan tulisan

- memaksa melakukan sesuatu kerja.

2. Guru meminta murid-murid memberikan contoh-contoh lain yang

berkaitan dengan perbuatan membuli.

RUMUSAN : Murid-murid akan memahami dengan lebih jelas tentang perbuatan membuli.
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Buli (Data)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat:

1. Didedahkan dengan data dan peratusan kes buli yang telah berlaku di

peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Carta mengenai data / statistik kes buli.

LANGKAH : 1. Guru menunjukkan carta mengenai data, statistik atau peratusan

jumlah kes buli yang telah berlaku di pelbagai peringkat.

2. Guru menerangkan berdasarkan carta tersebut akan betapa seriusnya

perbuatan membuli ini yang kini telah mula menular di peringkat

sekolah rendah.

RUMUSAN : Murid-murid mengetahui secara umum mengenai data kes buli yang

menunjukkan ia di tahap yang membimbangkan.


TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Buli (Punca-Punca Buli)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat:

1. Mengetahui akan punca-punca perbuatan membuli.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : 1. Guru menerangkan kepada murid-murid punca-punca yang

mempengaruhi melakukan perbuatan membuli, contohnya;

- Untuk menunjukkan kuasa.

- Pengaruh rakan sebaya.

- Memenuhi kehendak dan kepuasan diri sendiri.

- Pengaruh media massa.

2. Guru meminta murid-murid memberikan contoh-contoh lain yang

menyebabkan perlakuan membuli ini.

- Murid-murid berbincang di dalam kumpulan.

- Murid-murid akan membentangkan hasil perbincangan.

(Mengikut kesesuaian masa)

RUMUSAN : Murid-murid akan memahami dengan lebih jelas tentang punca-punca utama

perbuatan membuli.
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Buli (Kesan-kesan Buli)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat:

1. Menyedari akan kesan-kesan negatif buli.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Lampiran (Keratan Akhbar/Artikel)

LANGKAH : 1. Guru memberi salinan keratan akhbar artikel bertajuk Kena Buli:

Mangsa tidak tahu mengapa kepada murid-murid. Sila rujuk keratan

akhbar yang dilampirkan.

(Guru juga boleh menggunakan sebarang keratan akhbar atau artikel

lain yang sesuai dan berkaitan)

2. Guru memberi ulasan mengenai artikel tersebut dan sesi soal jawab

dijalankan.

- Kesan kepada emosi.

- Kesan kepada kehidupan seharian.

- Kesan kepada pembelajaran.

RUMUSAN : Murid-murid mengetahui akan kesan-kesan buruk buli kepada mangsa buli yang

boleh meninggalkan kesan yang negatif seperti takut, trauma dan tekanan emosi.
Lampiran

KAUNSELING

Kena buli : Mangsa tidak tahu mengapa


17/02/2004 12:35 p.m.

Oleh Marzita Abdullah

KAJIAN buli di sekolah rendah oleh Dekan Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datin Dr. Noran
Fauziah Yaakub mendapati ada mangsa buli sebenarnya tidak tahu mengapa
mereka dibuli.

Seorang mangsa buli iaitu murid perempuan pernah ditolak murid lain sehingga
jatuh bukit dan berubah perangai menjadi seorang yang penakut dan murung
kerana sering dibuli dan tidak tahu mengapa dibuli.

Namun daripada pemerhatian yang dibuat semasa kajian tersebut Noran


mendapati, mangsa berkenaan dilakukan sedemikian kerana keadaan fizikalnya
yang gemuk dan kulitnya yang gelap.
NORAN FAUZIAH YAAKUB
``Disebabkan dia gemuk dan sering berjalan lambatlah maka murid lain menolak
dan mengejeknya,'' katanya.
Tegas Noran walaupun kejadian buli dianggap oleh pihak sekolah suatu perkara biasa atau sekadar `gurauan' di
kalangan murid namun perkara tersebut sebenarnya mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak
dibendung.

``Ibu bapa dan guru seringkali tidak menjangka teruknya kesan buli dan memandang remeh perbuatan tersebut,''
katanya.

Katanya, kesan-kesan buli membawa kepada sikap negatif dari segi jangka panjang malah di luar negara kesan buli
boleh menyebabkan kejadian bunuh diri.

Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting malah ada yang
membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi.

Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain
dan keluarga.

Malah kajian menunjukkan ada murid yang menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa menjadi seorang
pendera terhadap isteri, perogol dan perompak.

Terdapat dua kategori buli iaitu buli fizikal antara lain melibatkan perbuatan memukul, menendang, menarik rambut,
menolak mencubit manakala buli psikologi melibatkan kata-kata (verbal) seperti mengejek, menggelar murid dengan
nama yang tidak baik dan sebagainya.

Di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Norway, England, Australia dan Jepun kajian tentang buli di peringkat sekolah
rendah mendapati ia banyak melibatkan buli verbal manakala tingkah laku buli di Itali banyak melibatkan buli fizikal
dan peras ugut.

``Bagaimanapun di Jepun buli verbal banyak melibatkan kejadian bunuh diri dikenali sebagai `ijime' iaitu murid dibuli
kerana tidak mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang sehingga menyebabkan mereka membunuh diri,''
katanya.

Di luar negara seperti Norway dan Australia kejadian buli berlaku semasa waktu rehat atau di padang permainan iaitu
semasa ketiadaan guru.

``Tetapi di negara kita kejadian buli berlaku di dalam kelas semasa guru mengajar dan sebelum guru masuk
mengajar,'' katanya.

Kejadian buli di kantin dan padang sekolah di negara ini hanya mencatatkan masing-masing 18.0 peratus dan 17.4
peratus.

Kejadian buli juga banyak berlaku semasa murid pulang dari sekolah (23.9 peratus), koridor kelas (16.6 peratus),
perjalanan ke sekolah (13.1 peratus), perhimpunan (10.70 peratus) dan tandas (11.7 peratus).
Dalam pada itu beliau berkata, dapatan kajiannya juga mendapati hanya 8.6 peratus sahaja murid tidak pernah
menjadi mangsa buli dan sebanyak 14.5 peratus murid tidak pernah membuli.

Malah katanya, majoriti kejadian buli melibatkan murid lelaki Tahun 6 membuli rakan sekelasnya yang juga murid
lelaki Tahun 6 manakala jumlah murid perempuan yang menjadi pembuli dan mangsa buli adalah terlalu sedikit.

``Murid-murid ini terlibat membuli secara fizikal seperti menendang, menolak dan memeras ugut manakala buli
psikologi melibatkan perbuatan mengejek, menyindir atau memanggil rakan dengan panggilan tidak baik,'' katanya.

Sementara itu, kajiannya juga mendapati murid yang dibuli lazimnya akan bertindak semula menjadi seorang pembuli
kerana ingin membalas dendam sama ada kepada pembuli atau murid lain.

Daripada jumlah tersebut 53.6 peratus murid yang dibuli secara fizikal akan membuli rakan yang lain secara fizikal
manakala 49.4 peratus yang dibuli secara psikologi akan melakukan perkara yang sama kepada rakannya.

Kajian Noran itu yang dijalankan pada tahun lalu meliputi 2,528 murid di 29 sekolah di Perak iaitu di Ipoh, Kuala
Kangsar, Sungai Siput, Teluk Intan dan beberapa sekolah di hulu Perak.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 818 murid sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan
SJKT dengan masing-masing sebanyak 750 dan 950 responden manakala pembahagian jantina pula ialah 51.2
peratus murid lelaki dan 48.8 peratus murid perempuan.

Portal Pendidikan Utusan 2001-2009 Hak Cipta


Terpelihara UTUSAN MELAYU (M)
BERHAD, KUALA LUMPUR
Lampiran
Kes Buli di Sekolah Dilaporkan Media Massa

o 2004 - Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar
senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan,
Seremban, Negeri Sembilan.

LUKA...mangsa buli, Muhammad Rizwan Roslan luka di badan selepas dibelasah


hampir dua jam.

o 2006 - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS),
Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di
Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.

o 2007 - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya,
Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar
senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16
tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

o 2008 - Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor
membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah
hanya kerana mangsa menjeling mereka.

o 2009 (Februari) - Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat
disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik
asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube.

o Mac - Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama
kerana enggan membelikannya rokok.

o Ogos - Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut
rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah
zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah
kebangsaan di Alor Setar, Kedah.

HAMPIR LUMPUH...Muhammad Afiq


Qusyairi Baharuddin terlantar di
hospital berikutan dibesalah pelajar
tingkatan lima dan tingkatan tiga.
Sumber : Metro : 180110

TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Buli (Langkah-langkah Mengatasi Gejala Buli)

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid akan dapat:

1. Mengetahui cara-cara menangani masalah gejala buli.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : 1. Guru menerangkan kepada murid-murid langkah-langkah yang perlu

diambil jika menjadi mangsa buli. Contohnya;

- Melaporkan kepada guru.

- Mengisi Borang Aduan di sekolah.

- Berjumpa dengan Kaunselor sekolah.

2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid. Contohnya;

- Pernahkah anda menjadi mangsa buli?

- Apa tindakan anda jika rakan anda membuli anda?

RUMUSAN : Murid-murid akan memahami cara-cara untuk mengelakkan dari menjadi

mangsa buli di sekolah.


TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Bergaduh

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. dapat mengetahui bahawa bergaduh adalah satu amalan yang

tidak baik.

MASA : 5 minit.

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Lampiran (Gambar pergaduhan)

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan gambar yang diberi.

2. Bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti.

- Bagaimanakah sikap murid ini?

- Apakah punca pergaduhan ini?

- Bagaimanakah perkara ini boleh dielakkan?

3. Guru menerangkan kesan-kesan berdasarkan aktiviti.

- Kesan terhadap ibu bapa.

- Kesan kepada diri sendiri.

- Kesan terhadap rakan.

RUMUSAN : Murid dapat menyatakan akibat daripada pergaduhan.


Lampiran
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Mengambil hak orang lain atau mencuri

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Mengetahui bahawa mengambil hak orang lain adalah satu kesalahan.

MASA : 5 minit.

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Lampiran (Gambar-gambar kaitan dengan tajuk)

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan gambar berkaitan dengan tajuk seperti mencuri.

2. Bersoal jawab dengan murid mengenai gambar.

- Apakah yang kamu dapat saksikan dalam gambar ini?

- Apakah pendapat kamu tentang perbuatan ini?

- Bagaimana perasaan kamu jika kamu berada ditempat tersebut?

3. Guru menerangkan kesan-kesan berdasarkan gambar.

- Kesan terhadap ibu bapa.

- Kesan terhadap diri sendiri.

- Kesan terhadap sekolah.

RUMUSAN : Murid dapat menyatakan kesan mengambil hak orang lain.


Lampiran
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Peras Ugut (Pengenalan)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Dapat memaparkan senario gejala peras ugut yang berlaku.

2. Dapat menanam azam dalam kalangan murid agar menghindari

perlakuan peras ugut.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar dan keratan akhbar.

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan gambar dan keratan akhbar.

2. Menerangkan senario yang berlaku.

3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Memahami bahawa perlakuan peras ugut tidak membawa sebarang kebaikan

malahan menimbulkan ketegangan dalam hubungan sesama rakan.


TEMA : Gangsterisme (Definisi)

TAJUK : Peras Ugut

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Murid mengetahui pengertian peras ugut dengan jelas serta dapat

membezakan perbuatan peras ugut dengan tingkah laku yang lain.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar dan carta.

LANGKAH : 1. Guru menerangkan pengertian peras ugut dan perlakuan

yang dikategorikan sebagai peras ugut.

2. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid dapat menilai perlakuan yang dikategorikan sebagai perlakuan peras ugut.
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Peras Ugut (Data)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Dapat mendapat pendedahan mengenai data salah laku

peras ugut pada peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

2. Dapat menanam azam dalam kalangan murid agar menghindari

perlakuan peras ugut.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Carta dan data.

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan carta dan data berkaitan dengan kes peras ugut di

sekolah, peringkat negeri dan kebangsaan.

2. Menerangkan senario yang berlaku.

3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid mengetahui data dan keadaan sebenar kejadian salah laku peras ugut.
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Peras Ugut (Punca)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Murid mengetahui punca-punca berlakunya peras ugut serta dapat

menghindarkan diri daripada punca yang menyebabkan berlakunya

kejadian peras ugut.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan gambar berkaitan dengan tajuk.

2. Guru menerangkan punca-punca berlakunya peras ugut.

3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid menyedari punca-punca berlakunya peras ugut dan berusaha

menghindarinya.
Lampiran
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Peras Ugut (Kesan)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Murid mengetahui kesan daripada perlakuan peras ugut.

2. Menimbulkan kesedaran dalam diri murid agar menjauhi perlakuan

peras ugut.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar.

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan gambar yang bersesuaian dengan tajuk.

2. Guru menerangkan kesan daripada perlakuan peras ugut.

3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid menyedari kesan daripada perlakuan peras ugut dan berusaha

menghindarinya.
Lampiran
TEMA : Gangsterisme

TAJUK : Peras Ugut (Langkah Pencegahan)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Murid mengetahui langkah pencegahan salah laku peras

ugut.

2. Murid dapat mempraktikkan langkah pencegahan peras ugut.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : 1. Murid menyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk

mengatasi gejala peras ugut di sekolah.

2. Guru memberi ulasan mengenai langkah-langkah pencegahan peras

ugut.

3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid didedahkan dengan langkah-langkah pencegahan peras ugut dan

berusaha menghindarinya.
TEMA : Vandalisme

TAJUK : Senario Vandalisme

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Dapat memaparkan senario gejala vandalisme yang berlaku.

2. Dapat menanam azam di kalangan murid agar menghindari

perlakuan vandalisme.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar dan keratan akhbar.

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan gambar dan keratan akhbar.

2. Menerangkan senario yang berlaku.

3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Memahami bahawa perbuatan vandalisme tidak membawa sebarang kebaikan

malahan menyebabkan kerugian.


Lampiran
TEMA : Vandalisme

TAJUK : Definisi

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Murid mengetahui pengertian vandalisme dengan jelas.

2. Dapat membezakan perbuatan vandalisme dengan tingkah laku

yang lain.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Lampiran

LANGKAH : 1. Guru menerangkan pengertian vandalisme dan perlakuan yang

dikategorikan sebagai vandalisme.

2. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid dapat menilai perlakuan yang dikategorikan sebagai perlakuan

vandalisme.
Lampiran

Pengertian Vandalisme

Tindakan atau vandaliseme adalah satu tindakan membinasakan atau merosakkan harta

benda awam atau harta benda orang lain. Contohnya, menconteng dinding di sekolah,

merosakkan kerusi dan meja di dalam kelas, conteng buku teks, merosakkan harta benda awam

lain seperti telefon, tandas, pondok menunggu bas dan lain-lain.

Soalan-soalan berkaitan vandalisme

1. Adakah anda pernah melihat gejala vandalisme di sekolah anda?

2. Pernahkan anda atau rakan-rakan melakukan perbuatan vandalisme?

3. Apakah tindakan anda apabila melihat perbuatan ini berlaku di sekolah anda?
TEMA : Vandalisme

TAJUK : Vandalisme (Data)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Dapat mendapat pendedahan mengenai data salah laku vandalisme

pada peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

2. Dapat menanam azam dalam kalangan murid agar menghindari

perlakuan vandalisme.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Carta dan data.

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan carta dan data.

2. Menerangkan senario yang berlaku.

3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid mengetahui data dan keadaan sebenar kejadian salah laku vandalisme.
TEMA : Vandalisme

TAJUK : Punca perlakuan Vandalisme

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Murid mengetahui punca-punca berlakunya vandalisme.

2. Murid dapat menghindarkan diri daripada punca yang

menyebabkan berlakunya kejadian vandalisme.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : 1. Guru menerangkan punca-punca berlakunya vandalisme.

1.1 Pengaruh Rakan Sebaya

1.2 Pengaruh Media Massa dll.

2. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid menyedari punca-punca berlakunya vandalisme dan berusaha

menghindarinya.
TEMA : Vandalisme

TAJUK : Kesan Vandalisme

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1) Mengetahui kesan daripada perlakuan vandalisme.

2) Menimbulkan kesedaran dalam diri murid agar menjauhi perlakuan

vandalisme.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : 1 Guru menerangkan kesan daripada perlakuan vandalisme.

1.1 Kesan terhadap sekolah

1.2 Kesan terhadap masyarakat

1.3 Kesan terhadap diri sendiri

2. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid menyedari kesan daripada perlakuan vandalisme dan berusaha

menghindarinya.
TEMA : Vandalisme

TAJUK : Langkah Pencegahan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti, murid dapat :

1. Murid mengetahui langkah pencegahan salah laku

vandalisme.

2. Murid dapat mempraktikkan langkah pencegahan vandalisme.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar dan lampiran.

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan gambar dan keratan akhbar.

2. Guru menerangkan langkah-langkah pencegahan vandalisme.

3. Bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid-murid didedahkan dengan langkah-langkah pencegahan vandalisme dan

berusaha menghindarinya.
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Batas Pergaulan Dengan Keluarga Berlainan Jantina

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengetahui batas sentuhan dengan bapa, abang dan datuk

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru menunjukkan gambar di lampiran 1.

2. Guru bertanyakan murid batas-batas sentuhan antara bapa,

abang atau datuk.

3. Guru menerangkan tentang batas sentuhan;

- membezakan sentuhan kasih sayang dan gangguan

seksual, contoh:

- menyentuh bahagian yang boleh dikategorikan sebagai

sulit dengan niat adalah gangguan seksual.

RUMUSAN : Murid mengetahui batas sentuhan dengan keluarga terdekat.


Soaljawab:

1.Apakah yang dapat kamu lihat dari gambar ini?

- kemesraan antara bapa dan anak-anaknya

2. Adakah bapa kamu turut melakukan perkara yang sama?


TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Anggota Sulit Saya

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengetahui anggota sulit yang perlu dilindungi.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Poster/gambar tubuh badan manusia (bahan dari makmal sains)

LANGKAH : 1. Guru menunjukkan gambar tubuh badan manusia.

2. Guru bertanyakan murid bahagian sulit anggota badan bagi

lelaki dan perempuan.

3. Guru menerangkan tentang bahagian sulit anggota badan

dan bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh orang

lain. 5 bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh

jantina yang berlainan:

Bibir, Dada, Punggung, Peha dan Kemaluan

RUMUSAN : Murid mengetahui anggota badan yang perlu dilindungi.


TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Gangguan Dalam Bentuk Lisan.

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1.Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk lisan

2. Murid dapat mengelakkan diri dari gangguan seksual

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru menerangkan definisi gangguan secara lisan.

2. Guru memberikan contoh gangguan secara lisan.

RUMUSAN : Murid mengetahui tentang gangguan dalam bentuk lisan.


TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Gangguan Dalam Bentuk Isyarat / Bukan Lisan.

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk isyarat atau

bukan lisan.

2. Murid dapat mengelakkan diri dari gangguan seksual.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru menerangkan definisi gangguan seksual dalam bentuk

isyarat/bukan lisan.

2. Guru memberikan contoh gangguan seksual dalam bentuk

isyarat/bukan lisan.

RUMUSAN : Murid mengetahui gangguan seksual dalam bentuk isyarat / bukan lisan.
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Gangguan Seksual Dalam Bentuk Visual

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk visual.

2. Murid dapat mengelakkan diri dari gangguan seksual.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru menerangkan definisi gangguan seksual dalam

bentuk visual.

2. Guru memberikan contoh gangguan dalam bentuk visual.

RUMUSAN : Murid mengetahui gangguan seksual dalam bentuk visual.


TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Gangguan Seksual Dalam Bentuk Psikologi

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1.Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk psikologi.

2. Murid dapat mengelakkan diri daripada gangguan seksual.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru menerangkan definisi gangguan seksual dalam

bentuk psikologi.

2. Guru memberikan contoh gangguan dalam bentuk psikologi.

RUMUSAN : Murid mengetahui gangguan seksual dalam bentuk visual.


TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Gangguan Seksual Dalam Bentuk Fizikal

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1..Mengetahui gangguan seksual dalam bentuk fizikal.

2. Murid dapat mengelakkan diri dari gangguan seksual.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru menerangkan definisi gangguan seksual dalam

bentuk fizikal.

2. Guru memberikan contoh gangguan dalam bentuk fizikal.

RUMUSAN : Murid mengetahui gangguan seksual dalam bentuk visual.


Lampiran

JENIS JENIS GANGGUAN SEKSUAL

Gangguan secara lisan

Gangguan secara isyarat/bukan lisan

Gangguan visual

Gangguan psikologi

Gangguan fizikal

GANGGUAN LISAN

Kata-kata, komen, gurauan, usikan,bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman


atau cadangan seksual. contohnya: mencarut atau mengeluarkan kata-kata lucah.

GANGGUAN SECARA ISYARAT/BUKAN LISAN

Pandangan atau kerlingan yang isyarat/ bukan lisan membayangkan sesuatu niat atau
keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda,
isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan lain-lain.

GANGGUAN VISUAL

Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual
dan lain-lain.

GANGGUAN PSIKOLOGI

Undang- undang social yang tidak diingini, kekerapan mengajak dan mengadakan
temujanji, intimasi fizikal ( mempamerkan aksi lucah) memalukan seseorang dari segi
seksual.

GANGGUAN FIZIKAL

contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel


.
badan, memeluk, mencium, serangan seksual.

.
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Panduan Pencegahan Dari Gangguan Seksual

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1.Mengetahui langkah pencegahan dari gangguan seksual.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru menerangkan tentang panduan pencegahan gangguan

seksual.

2. Guru mengingatkan murid supaya mengikuti panduan yang

telah diberikan.

RUMUSAN : Murid mengetahui tentang panduan pencegahan gangguan seksual.


Lampiran

MENGAMALKAN AKHLAK YANG ELAKKAN KELUAR BERSENDIRIAN


MULIA PADA WAKTU MALAM

PANDUAN
ELAKKAN PAKAIAN
PENCEGAHAN MENCOLOK MATA/TUTUP
GANGGUAN AURAT
SEKSUAL

MENGETAHUI APAKAH PERLAKUAN ELAKKAN BERJALAN


YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI BERSENDIRIAN DI TEMPAT
GANGGUAN SEKSUAL SUNYI/GELAP/KAWASAN HITAM
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Tindakan Apabila Mengalami Gangguan Seksual.

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1.Mengetahui cara-cara yang boleh dilakukan jika

mengalami gangguan seksual.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru memilih dua orang murid untuk memegang kad-kad

perkataan yang disediakan.Murid lain membacakan kad

tersebut.

2. Guru menerangkan cara cara yang perlu dilakukan apabila

mengalami gangguan seksual.

RUMUSAN : Murid mengetahui tindakan yang perlu dilakukan jika

mengalami gangguan seksual.


Lampiran

MENJERIT SEKUAT HATI

MERAUNG

MEMBAWA WISEL

JALAN SECARA BERKUMPULAN

JANGAN MELAYANI ORANG YANG TIDAK


DIKENALI
TEMA : Gangguan Seksual

TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Harga Diri ( Saya Sayang Diri Saya)

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1.Menghargai diri sendiri dan menjaga maruah diri.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru meminta murid membuat pergerakan interaktif:

Saya( meletakkan kedua ibu jari di dada)

Sayang ( kedua tangan di dada)

Diri( meletakkan kedua ibu jari di dada)

Saya ( kedua tangan di dada)

2. Guru menerangkan kepentingan menyayangi diri sendiri dan

cara menyayangi diri sendiri.

RUMUSAN : Murid mengetahui harga diri dan kepentingan menyayangi diri sendiri.
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Rogol/Liwat

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengetahui cara cara yang boleh dilakukan jika telah

dirogol atau liwat.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk lampiran

LANGKAH : 1. Guru menerangkan maksud rogol dan liwat.

2. Guru menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil

jika telah dirogol atau liwat.

RUMUSAN : Murid mengetahui tindakan yang perlu dilakukan jika telah

mengalami gangguan seksual seperti rogol atau liwat.


Lampiran

DEFINISI ROGOL

Serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk

melakukan hubungan seksual. Kanun Keseksaan di Malaysia menjadikan sebarang hubungan

seksual antara lelaki dengan wanita di bawah umur 16 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan

dengan kerelaan wanita itu atau tidak. Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas

orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan

iaitu:

"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun

dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

DEFINISI LIWAT

Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki.

TINDAKAN APABILA TELAH DIROGOL

1. Melaporkan kepada ibubapa , kaunselor atau kawan rapat.

2. Tindakan susulan adalah dibawah kuasa pihak yang berkaitan.

3. Menyimpan bukti-bukti yang berkaitan dengan kes.


TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Apa Itu Gangguan Seksual?

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Murid dapat mengenalpasti makna gangguan seksual

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1. Guru menulis perkataan gangguan seksual pada

sekeping kad dan bersoal jawab dengan murid.

2. Guru menerangkan maksud gangguan seksual dan

memberikan contoh.

RUMUSAN : Murid dapat memahami maksud gangguan seksual.


Lampiran

GANGGUAN
SEKSUAL
Maksud gangguan seksual:

Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau tidak
diterima seperti:-

Kata, jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar, tulisan dan poster lucah.
Mencabul kehormatan seperti meraba, memegang, dan menggesel dengan sengaja.
Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi.
Mencadangkan atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks.
Memalukan seseorang dari segi seksual.
Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan.
Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu

Contoh Gangguan seksual

Sentuhan , tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian,
pelukan, ciuman, meraba, rogol, liwat, sumbang muhrim, mencabul kehormatan.
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Cerita Pendek Gangguan Seksual

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Murid dapat mengetahui dengan jelas apa itu gangguan seksual.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1. Guru membaca cerita pendek seperti di lampiran.

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai cerita tersebut.

3. Guru menerangkan pengajaran yang diperoleh daripada

cerita tersebut.

RUMUSAN : Murid dapat memahami dengan lebih jelas mengenai gangguan seksual.
Lampiran

Contoh cerita pendek

Cerita ini mengisahkan ada dua murid lelaki yang bernama A dan B. Mereka telah menulis surat
kepada seorang murid perempuan di dalam kelas tersebut. A dan B menyuruh murid perempuan
tersebut menunggu mereka di dalam kelas selepas waktu balik dari sekolah. Murid perempuan
itu menunggu kedua-dua murid lelaki tersebut. Mereka menyuruh murid perempuan itu supaya
membenarkan mereka menyentuh bahagian sulitnya. Mereka akan memberi wang sebanyak
RM1 kepada murid perempuan tersebut.

Soalan

1. Sekiranya kamu menjadi murid perempuan tersebut, adakah kamu akan membenarkan
murid lelaki menyentuh bahagian sulit badan kamu?

Pengajaran

Murid perempuan tidak boleh membenarkan murid lelaki menyentuh mana-mana bahagian sulit
badan.
TEMA : GANGGUAN SEKSUAL

TAJUK : PUNCA GANGGUAN SEKSUAL

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Murid dapat mengenalpasti punca gangguan seksual

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1. Guru mengedarkan peta minda yang kosong kepada murid.

2. Guru menerangkan punca gangguan seksual melalui peta

minda.

RUMUSAN : Murid dapat memahami punca gangguan seksual.


Lampiran

PUNCA-PUNCA
GANGGUAN
SEKSUAL
Contoh jawapan

Memakai pakaian yang


menarik minat lelaki. Melayan ajakan
Contoh, memakai baju orang luar.
yang sendat dan
menunjukkan bahagian
tubuh.

PUNCA-PUNCA
GANGGUAN
SEKSUAL

Mudah terpedaya
dengan ganjaran
yang diberi seperti Kurang pegangan
coklat, duit, gula- agama dan nilai
gula. moral
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Katakan TIDAK Pada Gangguan Seksual

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Murid dapat menjauhkan diri daripada gangguan seksual

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1.Guru membacakan serangkap pantun.

2. Guru bersama-sama murid mengatakan Tidak kepada

gangguan seksual sebanyak 3 kali.

RUMUSAN : Murid akan dapat menjauhkan diri dari gangguan seksual.


Lampiran

Pantun
Masalah remaja masalah sosial,
Makin meningkat saban hari,
Jauhilah gangguan seksual,
Demi kebahagiaan kehormatan diri.

Ayuh, murid-murid .. apa tunggu lagi. Marilah kita


laungkan TIDAK pada gangguan seksual sebanyak
tiga kali.
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Jangan Cepat Termakan Pujukan

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Lebih berhati-hati semasa berjumpa dengan orang yang tidak


dikenali oleh mereka.

MASA :5 minit

SASARAN :Semua murid

BAHAN :Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1. Guru memilih beberapa orang untuk melakonkan teks.

2.Guru bersoaljawab dengan murid berkenaan dengan teks.

RUMUSAN : Murid tidak akan mudah terpedaya dengan kata-kata manis

dengan orang yang tidak dikenali.


Lampiran

CONTOH TEKS

Pada suatu hari, semasa Siti sedang menunggu bas di tempat


perhentian bas, tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki
tersebut bertanyakan arah jalan untuk ke suatu tempat. Siti
memberitahu arah tempat tersebut. Namun begitu, lelaki tersebut
masih tidak pasti arah yang hendak dituju kerana dia
mengatakan dia ialah orang baru di sini. Lelaki tersebut meminta
Siti menunjukkan jalan tersebut dan berjanji akan menghantar
Siti pulang ke rumah. Pada mulanya , Siti berasa berat hati untuk
mengikutnya. Namun setelah berulang kali lelaki tersebut
memujuknya, akhirnya Siti termakan pujukan lelaki tersebut.
Lantas, Siti pun menaiki kereta bersama lelaki tersebut tanpa
mengesyaki bahawa lelaki tersebut mempunyai niat yang buruk.
Tiba-tiba....jeng jeng jeng.....

Soalan
Apakah yang akan berlaku ke atas Siti?

TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Cara Berpakaian

OBJEKTIF :Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Maklumat mengenai kepentingan berpakaian dengan sopan.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1.Guru menunjukkan contoh gambar cara berpakaian yang


sopan.
2.Guru menerangkan kepentingan berpakaian sopan untuk
mengelakkan gangguan seksual.

RUMUSAN : Murid mempelajari cara-cara berpakaian yang sopan.


Contoh cara berpakaian yang sopan
TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Berita Hari Ini

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Mengetahui batasan antara jantina.

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1.Guru membacakan berita pendek mengenai kes gangguan

seksual.

2.Guru bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid memperoleh pengajaran daripada berita tersebut.


Lampiran

CONTOH BERITA PENDEK

KUALA LUMPUR: Gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani
menumbuk dinding sebanyak 35 kali, seorang murid perempuan tahun lima di bandar raya ini
dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya itu selepas dia gagal menunaikannya.

Malah, kanak-kanak perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, berkata tiga lagi rakan
lelaki yang lain turut tumpang sekaki dengan mengejek sesuatu mengenai payudaranya. Dalam
kejadian Oktober tahun lalu itu katanya, dia berseloroh dengan rakan lelaki di kelasnya yang
tunjuk kuat supaya menumbuk dinding kelas itu sebanyak 35 kali jika benar-benar gagah.

Ketika itu guru tiada di kelas. Saya katakan akan beri RM2 jika mereka berani menumbuk
dinding itu. Bagaimanapun, tiada seorang daripada mereka berani menyahut cabaran saya itu.
Saya kemudian pergi ke tandas sebelum kembali ke kelas. Seorang daripada rakan kelas lelaki
itu datang kepada saya sambil menunjukkan penumbuknya yang merah kerana mendakwa
menumbuk dinding. Oleh itu, dia menuntut RM2 seperti dijanjikan.

Tetapi saya katakan padanya bahawa dia tidak melakukan aksi tumbuk depan saya dan menipu.
Namun, dia marah sebelum meminta juga RM2 itu.

Saya kemudian beri dia tidak sampai RM2 dan dia marah sebelum bertindak meraba payudara
saya, katanya yang trauma dengan kejadian sehinggakan terpaksa meminta ayahnya
menukarkan dia ke sekolah lain.

Katanya, dia merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu namun tidak diendahkan malah tiga lagi
rakan lelaki yang lain membuat riuh-rendah sambil mengatakan sesuatu mengenai payudaranya.

Sejak kejadian itu dan hari berikutnya saya bimbang untuk ke sekolah. Takut kejadian itu
berulang. Apatah lagi, budak lelaki di kelas masih mengganggu saya dengan perkataan lucah,
katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, berkata dia kecewa dengan pihak sekolah kerana tidak mengambil
tindakan sewajarnya terhadap empat murid lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap
anak sulungnya itu. Malah, katanya, dia terpaksa menukarkan anaknya itu dan seorang lagi anak
perempuannya awal tahun ini ke sekolah khas untuk perempuan kerana mangsa takut jika
berjumpa lelaki.

(Berita Harian 29 Mac 2010)

Soalan

1. Nyatakan pengajaran yang anda peroleh daripada berita tersebut.


TEMA : Gangguan Seksual

TAJUK : Katakan TIDAK Pada Gangguan Seksual

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

Murid dapat menjauhkan diri daripada gangguan seksual

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1.Guru membacakan serangkap pantun.

2.Guru bersama-sama murid mengatakan Tidak kepada

gangguan seksual sebanyak 3 kali.

RUMUSAN : Murid akan dapat menjauhkan diri dari gangguan seksual.


TEMA : GANGGUAN SEKSUAL

TAJUK : KATAKAN TIDAK PADA GANGGUAN SEKSUAL

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

Murid dapat menjauhkan diri daripada gangguan seksual

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Rujuk Lampiran

LANGKAH : 1.Guru membacakan serangkap pantun.

2.Guru bersama-sama murid mengatakan Tidak kepada

gangguan seksual sebanyak 3 kali.

RUMUSAN : Murid akan dapat menjauhkan diri dari gangguan seksual.


TEMA : Menghidu Gam

TAJUK : Definisi Menghidu Gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. memahami pengertian menghidu gam.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid.

BAHAN : Gambar seperti di lampiran

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang definisi menghidu gam.

Menghidu bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan


daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih
1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut,
minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.

Bahan ini boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan
kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya
berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh
diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.

Menghidu gam boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak
yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penghidu gam yang
tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala bahan ini turut
digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.
RUMUSAN : Murid telah memahami pengertian menghidu gam.

Lampiran
TEMA : Menghidu Gam

TAJUK : Jenis-jenis bahan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan untuk menghidu gam.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang bahan yang digunakan untuk

menghidu gam.

Bahaya bahan-bahan
kimia yang terdapat
Didapati dalam
dalam kebanyakan
inhalan
Amil nitrit, Butil nitrit Poppers, Climax, Rush

Benzene Minyak petrol

Cecair pemetik api, semburan cat dan


Butane, Propane
rambut

Metilena klorida Penanggal/penipis cat, penyahgris

Nitrous oksida, Krim whipping, tangki gas

Toluin Minyak petrol,gam, penanggal/penipis cat,


cecair pemadam

Penanggal kotoran, penyahgris, cecair


Trikloroetilena
pemadam

Heksana Gam, Minyak petrol

RUMUSAN : Murid telah mengetahui tentang bahan-bahan yang digunakan untuk

menghidu gam.
MODUL 4

TEMA : MENGHIDU GAM

TAJUK : Kesan Menghidu Gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti pelajar memahami kesan menghidu gam.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Tapak perhimpunan / kelas

BAHAN : Gambar kesan menghidu gam.

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang kesan menghidu gam.

PENERANGAN GURU :

1. Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang,

kerosakan sel darah merah.

2. Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko

penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian

mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk.

3. Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen,

perubahan otot dan denyutan jantung.

4. Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung

terjejas.
5. Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan,

hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang.

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya menghidu gam.

MODUL 5

TEMA : MENGHIDU GAM

TAJUK : Tanda- tanda penghidu gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti pelajar memahami tanda-tanda penghidu gam.

MASA : 5 Minit
SASARAN : Tapak perhimpunan / kelas

BAHAN : Carta/Papan tulis

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang tanda-tanda menghidu gam.

PENERANGAN :

Tanda-tanda berikut boleh membantu para ibubapa, rakan sebaya, dan guru
mengesyakki atau mengesan penagihan inhalan di kalangan anak-anak, rakan-
rakan dan murid-murid:

1. Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik

tidur

2. Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau

pakaian

3. Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan

hidung

4. Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung

berair

5. Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian

yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di

dalam laci atau almari di bilik tidur

6. Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan,

pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus

7. Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah

marah dan murung.


RUMUSAN : Murid telah memahami kesan menghidu gam terhadap kesihatan.
MODUL 6

TEMA : MENGHIDU GAM

TAJUK : Penyakit-penyakit akibat menghidu gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti pelajar memahami penyakit-penyakit akibat menghidu

gam.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Tapak perhimpunan / kelas

BAHAN : Keratan Surat Khabar

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang penyakit-penyakit akibat menghidu

gam.

PENERANGAN GURU :

Tabiat hidu gam boleh membawa kematian

Kuala Lumpur (Malaysia) - Satu gejala yang semakin berleluasa kebelakangan


ini ialah mengamalkan tabiat menghidu gam di kalangan remaja. Gam yang
mengandungi bahan organik atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene
itu adalah toksik yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika diambil secara
berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak
stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh
menyebabkan kematian.
Selain itu, ia juga boleh memberi kesan serta merta seperti kesan euforia iaitu
kelihatan seronok tanpa sebab.

Kesan lain pada fungsi otak akibat menghidu gam ialah risiko menjadi nyanyuk,
hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan
pada bahagian tertentu

RUMUSAN : Murid telah memahami penyakit-penyakit akibat menghidu gam.

MODUL 7

TEMA : MENGHIDU GAM

TAJUK : Faktor menghidu gam

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti pelajar memahami faktor-faktor seseorang itu menghidu

gam.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Tapak perhimpunan / kelas

BAHAN : Peta Minda

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang faktor-faktor seseorang menghidu

gam.
PENERANGAN GURU :

1. Faktor utama mendorong remaja menghidu gam akibat kelalaian ibu

bapa yang tidak mengambil tahu kegiatan dilakukan anak mereka.

2. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka mudah terpengaruh

dengan kawan, selain didorong keinginan mencuba sesuatu yang baru

kononnya menghilangkan tekanan, tanpa menyedari kesan buruk

akibat penagihan gam.

RUMUSAN : Murid telah memahami faktor-faktor menghidu gam.


MODUL 8

TEMA : MENGHIDU GAM

TAJUK : Langkah-langkah pencegahan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti pelajar memahami langkah-langkah pencegahan

menghidu gam yang diterangkan oleh guru.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Tapak perhimpunan/ kelas

BAHAN : Carta

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang langkah-langkah pencegahan

menghidu gam kepada semua murid.

PENERANGAN :

Menghidu atau menyedut inhalan BOLEH MEMBUNUH walau hanya dengan


sekali sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan
yang merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar
masalah ini dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan
adalah:

1. Sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini

dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan

sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk

mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak


murid atau rakan-rakan anda

2. Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui

tentang bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah

serta inhalan.

3. Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti

bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas,

minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-

produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada.

4. Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan,

sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan

penyiasatan lanjut

5. Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau

rakan anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang

membimbangkan anda. Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan

mereka.

6. Elakkan sikap tidak apa- Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan

mungkin akan membunuh orang tersayang

RUMUSAN : Murid telah memahami langkah-langkah pencegahan menghidu yang

diterangkan oleh guru..


TEMA : ROKOK

TAJUK : Penerangan Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami secara umum tentang senario penglibatan murid

dengan rokok.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar Rokok (Rujuk Lampiran)

LANGKAH : Guru membuat penerangan dan bersoal jawab dengan murid tentang

penglibatan pelajar dengan aktiviti merokok.

Contoh :

1. Siapa pernah melihat dan memegang rokok ?


2. Bagaimanakah rasa rokok ?
3. Adakah rakan-rakan atau ahli keluarga anda merokok?

RUMUSAN : Murid mengetahui apa itu rokok.


Lampiran
TEMA : Rokok

TAJUK : Definisi Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami pengertian rokok

MASA : 5 Minit

SASARAN : Tapak Perhimpunan/Kelas

BAHAN : Tiada

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang definisi rokok.

PENERANGAN GURU :

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan merokok sebagai satu aktiviti


ketagihan. Merokok secara tidak langsung boleh menyebabkan seseorang itu
terbabit dengan najis dadah kerana rokok bunga kepada dadah.
MEROKOK adalah satu tabiat yang digemari sebahagian manusia pada zaman
serba moden ini, malah ia menjadi keperluan kepada golongan muda yang
beranggapan merokok kononnya melambangkan kedewasaan dan kematangan.

RUMUSAN : Murid telah memahami pengertian rokok.


TEMA : Rokok

TAJUK : Kandungan Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami isi kandungan rokok

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar Rokok dan kandungannya

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang bahan yang terkandung di dalam

sebatang rokok. (Rujuk Gambar)

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang isi kandungan dalam sebatang rokok.
Lampiran
TEMA : Rokok

TAJUK : Bahaya Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami bahaya merokok.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar kesan merokok

LANGKAH : Guru membuat penerangan dan bersoal jawab dengan murid tentang

bahaya merokok.

1. Adakan anda tahu bahaya rokok ?


2. Apakah kesan merokok ? Sebutkan.

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya merokok.


Lampiran

KANSER PARU-PARU

KANSER MULUT
TEMA : Rokok

TAJUK : Bahaya Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami bahaya merokok

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar kesan merokok

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang bahaya merokok berdasarkan

gambar.

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya merokok.


Lampiran
TEMA : Rokok

TAJUK : Bahaya Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami bahaya merokok

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar kesan merokok

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang bahaya merokok.

(Rujuk Gambar)

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya merokok.


Lampiran
TEMA : Rokok

TAJUK : Bahaya Rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami bahaya merokok

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar kesan merokok

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang bahaya merokok.

1) Memudaratkan kesihatan dan boleh membawa kematian


2) Pembaziran wang
3) Menyumbang kepada pencemaran alam sekitar
4) Mengganggu keselesaan orang lain

RUMUSAN : Murid telah memahami tentang bahaya merokok.


Lampiran
TEMA : Rokok

TAJUK : Kesan Rokok Terhadap Kesihatan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami kesan rokok terhadap kesihatan.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Carta/Papan tulis

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang bahaya merokok.

1.Barah paru-paru
2.Kelelahan
3.Sakit jantung
4.Kerosakan pada salur darah
5.Kanser pundi kencing
6.Lemah ingatan
7.Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

RUMUSAN : Murid telah memahami kesan rokok terhadap kesihatan.


TEMA : Rokok

TAJUK : Tanda-tanda ketagihan rokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami tanda-tanda ketagihan rokok.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Carta/Papan tulis

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang tanda-tanda ketagihan rokok.

1. Tidak dapat tidur


2. Mudah marah
3. Resah gelisah
4. Keinginan untuk merokok
5. Tidak dapat menumpukan perhatian
6. Tertekan
7. Selera makan meningkat
8. Degupan jantung yang lemah

RUMUSAN : Murid telah memahami tanda-tanda ketagihan rokok.


TEMA : Rokok

TAJUK : Pengaruh Rokok Kepada Murid Sekolah

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami pengaruh rokok dikalangan murid sekolah.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar yang dilampirkan

LANGKAH : 1. Guru membuat penerangan tentang pengaruh rokok dikalangan murid

sekolah.

Contoh soalan: 1) Adakah anda sendiri merokok?

2) Adakah diantara ahli keluarga anda yang merokok


3) Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang rapat dengan
kamu?

RUMUSAN : Murid telah memahami tanda-tanda ketagihan rokok.


Lampiran
TEMA : Rokok

TAJUK : Penyakit-penyakit akibat merokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Memahami penyakit-penyakit akibat merokok.

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar

LANGKAH : 1. Guru membuat penerangan tentang penyakit-penyakit akibat merokok.

(Rujuk gambar yang dilampirkan)

RUMUSAN : Murid telah memahami penyakit-penyakit akibat merokok.


Lampiran
TEMA : Rokok

TAJUK : Faktor Merokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami faktor-faktor seseorang itu merokok

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Peta Minda

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang faktor-faktor seseorang merokok.

( Rujuk peta minda)

RUMUSAN : Murid telah memahami faktor-faktor merokok.


Lampiran
TEMA : Rokok

TAJUK : Panduan Berhenti Merokok

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami panduan berhenti merokok

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang panduan berhenti merokok.

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok


2. Yakinkan diri
3. Buat nota peringatan
4. Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
5. Sentiasa berfikiran positif
6. Dapatkan sokongan
7. Lawan keinginan untuk merokok
8. Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
9. Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

RUMUSAN : Murid telah memahami panduan berhenti merokok.


TEMA : Rokok

TAJUK : Panduan Berhenti Merokok 3M

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami panduan berhenti merokok

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : Guru membuat penerangan tentang panduan berhenti merokok.

1. Melengah-lengah tabiat menghisab


2. Minum banyak air
3. Menarik nafas panjang
4. Membuat sesuatu
5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
6. Mengunyah sesuatu
7. Membasuh tangan
8. Mandi dengan kerap
9. Melakukan senaman rengangan
10. Memohon doa

RUMUSAN : Murid telah memahami panduan berhenti merokok.


TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.1 Apa itu ponteng ?

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memahami maksud ponteng

MASA : 5 minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Peta Minda

LANGKAH : 1. Guru mengedarkan peta minda kepada setiap murid.

2. Guru menerangkan mengenai peta minda

3. Bersoal jawab mengenai peta minda.

RUMUSAN : Murid mengetahui maksud ponteng.


LAMPIRAN 1

PETA MINDA

Ponteng sekolah ialah tidak


hadir ke sekolah tanpa sebab
Ponteng kelas ialah ke sekolah tetapi tidak yang munasabah dan di luar
berada di dalam kelas sewaktu sesi pengetahuan ibu bapa atau
pengajaran di jalankan atau menghilangkan penjaga
diri pada waktu mata pelajaran tertentu
terten.

Ponteng ialah lari daripada


tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran.

Ponteng aktiviti ko
Ponteng Perhimpunan ialah tidak
kurikulum ialah tidak
berada di tempat perhimpunan
menghadirkan diri
pada waktu perhimpunan di
sewaktu aktiviti
jalankan.
kokurikulum dijalankan.
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.2 Apa itu ponteng ?

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Melengkapkan peta minda dengan maksud ponteng

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Lampiran

LANGKAH : 1. Guru mengedarkan peta minda yang kosong

2. Murid melengkapkan peta minda berdasarkan pengetahuan yang


telah diperolehi.

RUMUSAN : Murid dapat mengaplikasi maksud ponteng


LAMPIRAN 2

Jenis-jenis
ponteng dan
maksudnya
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.3 Faktor-faktor Penyebab Ponteng

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenaraikan sebab sebab ponteng

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Imbasan

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan kad imbasan

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

RUMUSAN : Murid dapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan ponteng


LAMPIRAN 1

TIDAK SIAP KERJA


SEKOLAH

PENGARUH RAKAN

PENGARUH MEDIA
MASSA

PERSEKITARAN SEKOLAH
YANG TIDAK KONDUSIF

MASALAH KELUARGA
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.4 Gejala Ponteng

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenaraikan tempat-tempat tumpuan murid ponteng

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Gambar gejala negatif ponteng

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan gambar

1. Guru bersoal jawab dengan murid.berkenaan gambar

RUMUSAN : Murid dapat mengutarakan pendapat berkanaan gambar yang ditunjukkan.


LAMPIRAN 3

KAFE SIBER
PUSAT BOLING
SEMAK / HUTAN / TEMPAT
AWAM
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.5 TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenaraikan tindakan yang boleh diambil jika murid ponteng

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : 1. Guru bersoal jawab dengan murid.berkenaan tindakan yang boleh

diambil .

RUMUSAN : Murid dapat menyenarai tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah

jika murid ponteng..

CADANGAN JAWAPAN :

1. DIBERI SURAT AMARAN


2. DIDENDA
3. DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN
4. DIGANTUNG PERSEKOLAHAN
5.
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.6 SAYA SUKA DATANG SEKOLAH

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyebut perkataan mengikut intonasi guru

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad perkataan

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan kad

2. Guru menyebut perkataan mengikut intonasi dan pergerakan badan

3. Murid menyebut perkataan dan mengikut pergerakan guru.

RUMUSAN : Murid dapat membuat aplikasi maksud perkataan tersebut..

SAYA SUKA
DATANG SEKOLAH
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.7 HINDARI PONTENG

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menurunkan tandatangan

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kertas majong, pen marker

LANGKAH : 1. Guru menyediakan kertas sebak yang tertulis BENCI PONTENG

2. Murid-murid menurun tandatangan di atas kertas tersebut

RUMUSAN : Murid bersetuju menghindari daripada ponteng sekolah

BENCI
.

PONTENG
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.8 TINDAKAN SAYA

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Memberi pendapat terhadap soalan situasi yang diberikan secara


spontan

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Soalan Situasi

LANGKAH : 1. Guru membacakan situasi

2. Murid-murid memberi pendapat secara spontan

RUMUSAN : Murid berjaya mengeluarkan pendapat mengenai ponteng

Amir dan Razif bercadang


untuk ponteng sekolah.
Mereka mengajak kamu untuk
menyertai mereka. Apakah
tindakan kamu?
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.9 MENGAPA KE SEKOLAH ?

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenaraikan sebab-sebab mereka datang ke sekolah

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Tiada

LANGKAH : 1. Guru menyoal murid-murid beberapa soalan berkaitan tajuk:-

1.1 Siapa suka datang sekolah ?


1.2 Mengapa kamu ke sekolah?
1.3 Apa yang kamu suka mengenai sekolah kita?

RUMUSAN : Murid menyedari kepentingan datang ke sekolah.


TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.10 NYANYIAN

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyanyi dan memahami maksud lagu

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Senikata Lagu

LANGKAH : 1. Guru mengedarkan senikata lagu

2. Guru dan murid menyanyi bersama mengikut irama lagu


Bila Rasa Gembira

RUMUSAN : Murid dapat memahami maksud lagu

Bila suka ke sekolah Petik Jari (2X) Bila suka ke sekolah Hentak Kaki (2X)

Bila suka ke sekolah Bila suka ke sekolah

Belajar sama-sama Belajar sama-sama

Bila suka ke sekolah .. Petik Jari Bila suka ke sekolah Hentak Kaki

Bila suka ke sekolah . Tepuk tangan (2X) Bila suka ke sekolah Buat semua (2X)

Bila suka ke sekolah (petik jari, tepuk tangan, hentak kaki)

Belajar sama-sama Bila suka ke sekolah

Bila suka ke sekolah Tepuk Tangan Belajar sama-sama

Bila suka ke sekolah .. Buat Semua

(petik jari, tepuk tangan, hentak kaki)


TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.11 PERKATAAN AJAIB

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyusun huruf menjadi perkataan

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Perkataan

LANGKAH : 1. Guru memaparkan kad huruf dan meminta murid susun jadi

perkataan

2. Murid cuba menyusun huruf tersebut

RUMUSAN : Murid boleh mengecam perkataan dan memperolehi mesej yang ingin

disampaikan.

A,K,H,E,S,O,S,U,K,L,A

SUKA SEKOLAH

G , E , N , C , I , B , P , O , E , T, N , E

BENCI PONTENG
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.12 SYAIR NASIHAT

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menghayati isi kandung syair

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Syair

LANGKAH : 1. Guru meminta seorang murid mendeklamasikan syair di pentas

Perhimpunan/kelas

RUMUSAN : Murid dapat menghayati isi kandung syair.

Pada zaman usia muda


Jiwa meronta ingin mencuba
Lepak dan ponteng jadi angkara
Kelak binasa hidup sengsara sengsara

Usia muda di dunia ini


Takkan ia berulang lagi
Gunakanlah kesempatan ini
Untuk di hari tua nanti

Pengaruh kawan memangnya kuat


Banyak perangai yang boleh dapat
Kerja aneh mulalah dibuat
Mulanya sedikit kemudiannya melarat

Bila ilmu banyak di dada


Baik dan buruk dapat dibeza
Disertai dengan semangat waja
Nasib akan sentiasa ceria.
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.13 BERITA HARI INI

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenarai isi-isi penting yang terkandung di dalam berita

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Berita (Rujuk Lampiran)

LANGKAH : 1. Guru meminta seorang murid membaca berita di pentas

Perhimpunan/ kelas

RUMUSAN : Berita mengenai ponteng dapat disebarkan kepada murid.


LAMPIRAN 1.13
BUDAYA LEPAK DAN PONTENG SEKOLAH SEMAKIN MEMBIMBANGKAN.

SELAIN ponteng sekolah, banyak lagi kesan sampingan berpunca budaya melepak di kafe siber, kata
Penolong Pengarah Unit Kaunseling Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan.

Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai laporan mengenai kegiatan negatif pelajar yang gemar
melepak di kafe siber, antaranya merokok, berjudi, memeras ugut, melayari laman web lucah dan
hisap dadah.

Demikian juga pinjam-meminjam wang yang ada kala berlaku pergaduhan kerana masalah
mendapatkan belanja untuk berseronok di premis itu.

Namun apabila pelajar terbabit ditangkap, polis dan sekolah tidak boleh berbuat apa-apa kerana
mereka masih di bawah umur.

Polis tidak akan menggari kerana mereka dikategorikan sebagai pelajar sekolah, manakala bidang
kuasa pihak sekolah hanya sehingga pintu pagar sekolah, akhirnya mereka diserahkan kepada ibu
bapa, katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.

Raja Mazlan berkata, kebanyakan laporan diterima berlaku di kawasan pinggiran bandar, pekan kecil
dan luar bandar yang mana majoriti pelajar tidak mempunyai kemudahan internet di rumah.

Dalam hal ini, beliau menjelaskan pihak sekolah akan membantu pelajar bermasalah dengan
memberi bimbingan kaunseling dan bertanya punca utama mengapa mereka melakukan sesuatu
kesalahan.
TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.14 AKIBAT PONTENG

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenaraikan akibat-akibat gejala ponteng berdasarkan gambar

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Gambar

LANGKAH : 1. Guru me mpamerkan gambar kepada murid

2. Guru meminta murid menyenaraikan akibat ponteng

RUMUSAN : Murid mengetahui akibat jika ponteng


AKIBAT AKIBAT PONTENG SEKOLAH

1. Membahayakan diri
2. Pelajaran terabai
3. Mengundang maut
1. Melanggar Peraturan
2. Ditangkap Polis
3. Memalukan Diri Sendiri dan Keluarga
1. Membuang masa
2. Merempit
3. Menyumbang gejala sosial
1. Dimarahi guru
2. Melanggar Peraturan Sekolah
3. Terpaksa Menerima Hukuman

4. Melanggar Peraturan Sekolah


TEMA : PONTENG

TAJUK : 1.15 PANTUN

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Memahami maksud pantun

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Pantun

LANGKAH : 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan pantun.

RUMUSAN : Murid memahami maksud pantun


LAMPIRAN 1.15

Tun Perak Bendahara gagah,


Kekal masyhur seluruh Melaka;
Ponteng dan lepak harus ditegah,
Kelak binasa bangsa merdeka.

Rusa betina berbelang dahi,


Mati terkena jerat sembat;
Budaya ponteng kita jauhi
Agar hidup kekal selamat.

Pahlawan gunakan kapak,


Untuk menebang pohon suasa
Jangan kawan suka melepak,
Kelak hanya membuang masa.

Ramai orang menggali perigi,


Ambil buluh lalu diikat;
Ilmu dicari tak akan rugi,
Buat bekalan dunia akhirat.
TEMA : PENGGUNAAN BAHASA SOPAN

MODUL : 1

TAJUK : SIFIR BESTARI

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Membentuk perkataan daripada huruf yang diperolehi

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Sifir dan Kad Huruf

LANGKAH : 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk mempamerkan kad

2. Murid akan menjawab soalan sifir dan jika jawapan betul kad
akan dipusingkan kepada huruf yang tertentu.
3. Huruf-huruf tersebut akan membentuk perkataan
.

RUMUSAN : Murid memahami maksud perkataan


2x2 B

4x3 A
x32
8x4 H

5x6 A

7x8 S

4x5 A

6x5 S

5x3 o

6x6 P

7x4 A

8X8 N
TEMA : PENGGUNAAN BAHASA SOPAN

MODUL : 2

TAJUK : BAHASA KITA

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyebut perkataan yang sopan

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Perkataan

LANGKAH : 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk mempamerkan kad

2. Murid lain menyebut perkataan tersebut dengan intonasi yang


betul
.

RUMUSAN : Murid memahami maksud perkataan

BERCAKAP SOPAN TERIMA KASIH

SELAMAT SEJAHTERA SILAKAN DUDUK

SILAKAN MASUK MAAFKAN SAYA


TEMA : PENGGUNAAN BAHASA SOPAN

MODUL : 3

TAJUK : CABUTAN BERTUAH

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenarai contoh ucapan yang sopan

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : gulungan kertas, kotak/balang

LANGKAH : 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk membuat cabutan

gulungan kertas

2. Murid tersebut akan membacakan ayat yang tertera pada kertas


3. Murid lain memberikan contoh ucapan yang berkaitan dengan
perkataan itu
.

RUMUSAN : Murid berjaya menyenaraikan ucapan yang sopan.


LAMPIRAN 3
CTH : JAWAPAN
MURID
CTH : GULUNGAN
KERTAS

Contoh :
SAYA MENGGUNAKAN
- Mengucapkan salam
BAHASA YANG SOPAN - Tidak menggunakan perkataan
yang cela
- Lain-lain

Contoh :
SAYA MENGHORMATI
- Boleh saya tolong pak cik
ORANG YANG LEBIH - Ada apa-apa yang boleh saya
bantu cikgu?
TUA - Lain-lain

Contoh :
BERBUDI BAHASA
- Silakan masuk
AMALAN MULIA - Silakan duduk
- Maafkan saya
- Bole saya bantu dll

Contoh :
MENGHORMATI
- Memberikan salam
WARGA SEKOLAH - Menghulurkan bantuan
-
TEMA : PENGGUNAAN BAHASA SOPAN

MODUL : 4

TAJUK : CERITA TELADAN

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyenaraikan pengajaran di sebalik cerita

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Cerita

LANGKAH : 1. Guru memilih murid untuk membacakan cerita

2. Bersoaljawab dengan murid mengenai cerita

3. Guru memilih murid secara rawak untuk menyatakan pengajaran

cerita

RUMUSAN : Murid dapat mengambil teladan berdasarkan cerita


LAMPIRAN 4

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada
suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah
kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada
tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat
mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga
berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal
kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,
walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.


Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku
itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari
berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau


telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-
lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama
seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan
membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf
dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka
di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
TEMA : PENGGUNAAN BAHASA SOPAN

MODUL : 5

TAJUK : TATACARA BERSOPAN SANTUN

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat:

1. Menyatakan perlakuan sopan berdasarkan gambar

MASA : 5 Minit

SASARAN : Semua murid

BAHAN : Kad Gambar

LANGKAH : 1. Guru mempamerkan kad gambar

2. Murid menyatakan perlakuan yang dilihat berdasarkan gambar.

RUMUSAN : Murid dapat menyenaraikan contoh perlakuan yang sopan.


LAMPIRAN 5

BERJABAT TANGAN /
BERSALAMAN
MENGUCAPKAN SALAM/ UCAPAN SELAMAT
SEJAHTERA/ SELAMAT PAGI/SELAMAT TENGAH HARI
TOLONG-MENOLONG SESAMA RAKAN
MENGHORMATI IBU BAPA

Das könnte Ihnen auch gefallen