Sie sind auf Seite 1von 10

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN Sains


TARIKH /HARI 21September 2016 / Rabu
MASA 1120 1220 petang
KELAS 5 biru
TAJUK Asid Dan Alkali
STAND 10.1.1 Mendefinisi secara operasi bahan berasid, beralkali dan neutral dari
PEMBELAJARAN segi perubahan warna kertas litmus.
10.1.2 Mengitlak sifat bahan berasid, beralkali dan neutral dari aspek
perubahan kertas litmus dengan menguji beberapa contoh bahan
10.1.3 Memberi contoh bahan berasid, beralkali dan neutral
OBJ. PEMB Pada akhir PdP, murid-murid dapat ;
1. mendefinisi secara operasi bahan yang berasid, berakali dan
neutral dengan kertas litmus.
2. Mengelaskan bahan berdasarkan sifat bahan hasil daripada uji
kaji menggunakan kertas litmus
EMK Kreativiti dan Inovasi
PENDEKATAN Inkuiri penemuan
KPS Memerhati, mendefinisi secara operasi
BBM Kertas litmus merah dan biru, piring petri, lemon, cuka, air gula , jus limau,
air garam, kicap,air paip, sirap,air asam jawa, serbuk penaik, air mineral
KRITERIA KEJAYAAN Saya akan berjaya jika :
23/30 orang murid dapat menyatakan sekurang-kurang 3 contoh makanan
berdasarkan jenis rasa bahan.
23/30 orang murid dapat menyatakan sifat kimia bahan berdasarkan
perubahan warna kertas litmus melalui uji kaji yang dijalankan.

AKTIVITI SET INDUKSI ( 5 minit )


Guru memulakan sesi pengajaran dengan menunjukkan gambar buah
lemon dan sesi soal-jawab kepada murid tentang buah tersebut.
Guru : Apakah nama buah ini? Pernahkah kamu makan buah ini ?
Ceritakan ciri-ciri buah ini dari segi warna, saiz dan bentuknya
Murid: Lemon , Pernah
Berwarna hijau, bersaiz kecil, berkulit licin, rasa masam
Guru : Apakah rasa buah itu?
Murid : rasa masam.
Guru : Apakah deria yang kita guna untuk merasa ?
Murid : Lidah
Guru menerangkan bahawa dalam kehidupan kita, banyak bahan
makanan yang kita makan mempunyai rasa yang berlainan iaitu masam,
manis,masam, masin, pahit dan tawar.
PERKEMBANGAN ( 10 minit )
Setiap kumpulan di berikan Peta Bulatan pada kad manila yang telah
disediakan( Rujuk Lampiran 1 ). Guru meminta murid menyenaraikan
sekurang-kurangnya 3 contoh makanan mengikut rasanya;
Kumpulan 1 : makanan rasa masam
Kumpulan 2 : makanan rasa masin
Kumpulan 3 : makanan rasa manis
Kumpulan 4 : makanan rasa tawar
Kumpulan 5 : makanan rasa pahit

Guru bersoal jawab dengan murid tentang hasil perbincangan setiap


kumpulan.
Guru: Kenapa bahan-bahan makanan yang kamu catatkan tadi
mempunyai rasa yang berbeza( sifat bahan )?
Murid: Jenis makanan berbeza

Guru menerangkan bahawa setiap bahan makanan mempunyai kandungan


kimia yang berbeza dengan mengenal pasti sifatnya melalui rasa. Selain itu,
sifat kimia pada bahan juga boleh ditentukan sama ada sesuatu bahan itu
bersifat asid, alkali atau neutral menggunakan kertas litmus.

Aktiviti Kumpulan ( 35 minit )


.
Guru memperkenalkan kertas litmus biru dan merah kepada murid .

Guru menerangkan dan tunjuk cara bagaimana menggunakan kertas


litmus untuk menguji sifat kimia bahan ( sampel lemon )

LANGKAH EKSPERIMEN :
1. Masukkan bahan ujikaji ke dalam piring petri dan labelkan .
2. Celupkan kertas litmus biru ke dalam piring petri.
3. Perhatikan perubahan warna yang berlaku ke atas kertas litmus biru.
Contoh :

4. Ulangi langkah 2 menggunakan kertas litmus merah dan perhatikan


perubahan warna yang berlaku ke atas kertas litmus merah.

Contoh :

5. Catatkan pemerhatian.
6. Ulangi langkah 2 hingga 5 bagi bahan uji kaji yang lain.
( Cuka, air gula , jus limau, air garam, kicap,air paip, sirap,air asam
jawa, serbuk penaik, air mineral )

Setiap kumpulan akan menguji bahan-bahan menggunakan kedua-dua


kertas litmus .Seorang pencatat merekodkan keputusan ke dalam lembaran
kerja. (Rujuk lampiran 2) pada ruangan catatan perubahan kertas litmus
sahaja.
Murid diingatkan menggunakan kertas litmus baru bagi setiap bahan yang
hendak diuji.

Murid membentangkan hasil dapatan mereka.


Berdasarkan hasil dapatan, murid dibimbing untuk mengenal pasti sifat
bahan yang berasid , beralkali dan neutral.

Bahan yang bersifat asid akan menukarkan warna kertas litmus biru
kepada warna merah.
Bahan yang bersifat alkali akan menukarkan warna kertas litmus
merah kepada warna biru
Bahan yang bersifat neutral tidak menukarkan warna kertas litmus
biru atau merah.
Guru juga menerangkan kepada murid bahawa mereka boleh membezakan
sifat kimia dengan membezakan rasa makanan iaitu ;
Makanan berasid mempunyai rasa yang masam
Makanan yang beralkali mempunyai rasa pahit
Makanan yang neutral boleh menjadi manis, masin atau tawar

LATIHAN PENGUKUHAN ( 5 minit )


Murid diminta untuk mengelaskan bahan berdasarkan sifat kimia bahan
hasil daripada uji kaji menggunakan kertas litmus di dalam lembaran kerja
yang diedarkan oleh guru.
Murid menyiapkannya latihan secara individu. ( Rujuk Lampiran 3 )

PENUTUP ( 5 minit )
Guru membimbing murid merumuskan isi pelajaran dengan sesi soal-jawab
berdasarkan keseluruhan aktiviti
Guru : Apakah yang kamu pelajari hari ini ?
Murid : Bahan yang berasid, beralkali dan neutral
Guru : Bagaimanakah cara kamu untuk mengenal pasti sifat kimia
bahan ?
Murid : Menguji bahan menggunakan kertas litmus merah dan biru.
Guru : Selain menggunakan kertas litmus, apakah cara lain yang boleh
kita gunakan untuk menentukan sifat kimia bahan ?
Murid : Dengan merasa
Guru : Apakah yang dimaksudkan dengan bahan berasid, beralkali dan
neutral ?
Murid :Bahan yang bersifat asid akan menukarkan warna kertas litmus
biru
kepada warna merah.
Bahan yang bersifat alkali akan menukarkan warna kertas litmus
merah kepada warna biru
Bahan yang bersifat neutral tidak menukarkan warna kertas litmus
biru atau merah.
Guru memberi kata kekunci cara untuk mengingat sifat bahan kimia .

KataKunci: SAMBAL

Anak panak ke kiri : Biru menjadi Merah ialah Asid


Anak panah ke kanan : Merah menjadi Biru ialah Alkali

* Guru mengingatkan murid agar membersihkan bahan-bahan yang telah


digunakan sebelum meninggalkan kelas.
REFLEKSI
LAMPIRAN 1

Kumpulan:_____________ Peta Bulatan


Nyatakan tiga contoh makanan berdasarkan sifat bahan tersebut.

RASA

..

LAMPIRAN 2

Kumpulan : _________ Lembaran Kerja

Arahan: Uji bahan-bahan yang disediakan dengan menggunakan kertas litmus merah dan
biru.
Tandakan () pada perubahan warna kertas litmus dan tuliskan sifat kimia bahan
bagi bahan yang diuji.

Sifat kimia bahan


Bahan Perubahan warna kertas litmus (berasid /
Beralkali/ neutral )
Biru ke Merah ke Tiada perubahan
merah biru warna pada
kedua-dua kertas
litmus merah dan
biru
1. Cuka

2. Air gula

3. Jus limau

4. Air garam

5. kicap

6. air paip

7. sirap

8. air asam jawa

9. serbuk penaik

10. air mineral

LAMPIRAN 3

Nama : __________________________

Kelaskan bahan-bahan uji kaji mengikut sifat kimia dengan melengkapkan peta pokok di bawah.

Sifat Kimia Bahan


ASID ALKALI NEUTRAL

Nyatakan definisi secara operasi bagi bahan berasid, beralkali dan neutral dari segi perubahan
kertas litmus.

i) berasid _________________________________________________________________________________________

ii) beralkali:_______________________________________________________________________________________

iii)neutral :________________________________________________________________________________________

Apakah cara yang boleh kamu gunakan untuk menguji sifat kimia bahan jika kamu kehabisan
kertas litmus?

_________________________________________________________________________________________________

MEMO

Bahan-bahan yang perlu dibawa oleh setiap kumpulan pada 20


September, hari Selasa.
Bawa kuantiti yang sedikit, tak perlu banyak.

11. Cuka
12. Air gula
13. Jus limau
14. Air garam
15. kicap
16. air paip
17. sirap
18. air asam jawa
19. minyak masak
20. air mineral

Daripada ;

...........................................

Cikgu Chia Sin Hoi

Das könnte Ihnen auch gefallen