Sie sind auf Seite 1von 60

1

Definasi : Bantuan yang diberikan kepada mangsa kecemasan


sebelum bantuan perubatan tiba.
Definition: First Aid is the first assistance that is given
to a patient before the arrival of the ambulance

Tujuan : Untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan


kesan daripada kemalangan dan memulakan
proses pemulihan seawal yang mungkin.
Objective: To save and sustain lives also to reduce the
effects of the accident and to initiate the recovery
process as soon as possible

Garis Panduan Bantuan Kecemasan:


1. Pastikan tempat kemalangan selamat kepada penyelamat
dan mangsa dari punca bahaya
2. Pastikan nyawa mangsa dulu , periksa nadi dan
nafas mangsa. Beri bantuan kalau perlu
3. Beri bantuan masaalah lain yang mungkin akan mengancam
nyawa mangsa

The guideline in First Aid:


1. Establish the safety of the accident scene.
Ensure your own safety first
2. Always check if the victim is alive. Check the victims pulse
and breathing. Give assistance if necessary.
3. Assess for any other injuries or any life-threatening condition
that might affect the life and give necessary assistance

1
1

Prinsip Bantuan Kecemasan:


1. Beri bantuan hanya kalau tahu dan mempunyai
pengetahuan dalam bidang bantuan kecemasan.

2. Jika ada pengetahuan, tetapi tidak ada kemahiran dalam bidang bantuan
kecemasan. Jangan beri bantuan.

3. Jika tiada pengetahuan dan kemahiran, dapatkan bantuan perubatan


dengan segera.

Principles of First Aid


1. Give assistance if you are trained and have knowledge and proper skills in first aid
2. If you have knowledge only without proper skills in first aid,
DO NOT give any assistance this might bring more harms to the victim
3. If you are not trained, call for medical assistance or ambulance

JANGAN beri bantuan kalau tak tahu ini boleh


menjadikan kecederaan mangsa yang sedia ada menjadi
lebih teruk dan boleh membahayakan nyawa mangsa

DO NOT give assistance if not sure this might bring


more harm to the victim

2
1

Sebagai seorang pasukan Bantuan Kecemasan, anda mungkin orang yang pertama tiba
di tempat kemalangan dan kecemasan. Oleh itu anda mempunyai potensi untuk menyelamatkan
nyawa atau mengurangkan kemungkinan kecederaan menjadi lebih teruk.

Anda mempunyai lima tugas utama di tempat kemalangan, iaitu :

1. Mengawal tempat kemalangan untuk menyelamatkan diri anda dan pesakit anda dan
mencegah kemalangan seterusnya dari berlaku
2. Mencari jalan supaya dapat berhubung dengan pesakit
3. Mengenalpasti masaalah pesakit dan memberikan bantuan kecemasan dengan peralatan
yang sedia ada
4. Mengangkut dan mengerakkan pesakit hanya jika perlu, dan bertindak tanpa menyebabkan
kecederaan menjadi bertambah teruk
5. Memindahkan pesakit dan menyampaikan keterangan mengenai keadaan pesakit kepada
anggota ambulan bila mereka tiba di tempat kejadian

Perkara Fungsi
1 topeng poket (pocket mask) Untuk bantuan pernafasan mulut ke topeng
1 liter larutan garam (saline Untuk menyejukan anggota yang terbakar atau
solution) atau air steril mencuci mata yang terkena kekotoran
4 Pembalut bergulung 3 Sebagai pembalut untuk balutan
4 Pembalut bergulung 2 Sebagai pembalut untuk balutan
2 Pembalut Elastik (crepe Sebagai pembalut untuk balutan
bandage)
1 Plaster dari kain Untuk menahan balutan
1 Plaster transpor Untuk pesakit alahan kepada plaster biasa
2 pek kain kasa 3 x 3 Menutup luka
2 pek kain kasa 4 x 4 Menutup luka
4 kepingan sarung plastik Serba guna
1 pad cincin Untuk melindungi objek terbenam/terlekat
6 kain segi tiga Sebagai Pembalut dan balutan serbaguna
2 Tuap Mengampu anggota yang patah
6 penekan lidah dari kayu Untuk memeriksa ruang mulut
1 Gunting Trauma Untuk memotong pakaian , pembalut, plaster
dan sebagainya
Lampu suloh pen Untuk menilai respon anak mata dan menilai
ruang mulut
Antiseptik solution (Savlon) Cecair pembunuh kuman untuk mencuci luka
kecil

3
1

4
1

ELAKKAN ANAK ANDA DARI JATUH DARI SATU TEMPAT YANG


TINGGI SEPERTI, TANGGA, BUAIAN, TINGKAP YANG TERBUKA
ATAU LANTAI YANG BASAH. INI AKAN MENYEBABKAN
KECEDERAAN BERLAKU

JATUH TANGGA PASANG PENGHADANG PADA TANGGA

PASANG JERIJI PADA TINGKAP


ATAU JAUHKAN KERUSI DARI
TINGKAP

PASTIKAN LANTAI SENTIASA


KERING DAN TIDAK LICIN

5
1

JAUHI ANAK ANDA DARI PUNCA YANG BOLEH MENYEBABKAN


TERBAKAR DAN MELECUR SERTA PUNCA KARAN

JANGAN BIARKAN WAYAR ELEKTRIK DAN PERKAKAS ELEKTRIK


BOLEH DI CAPAI OLEH KANAK-KANAK

SOKET PERLU MEMPUNYAI JANGAN BIARKAN SEBARANG


PENUTUP ATAU ALAT PENEBAT BEKAS YANG MENGANDUNGI
CECAIR PANAS DAPAT DI CAPAI
OLEH KANAK -KANAK

JANGAN TUANG AIR PANAS


KEDALAM BESEN DAN BIARKAN
ANAK ANDA BERSAORANGAN

6
1

JAUHI ANAK ANDA DARI BENDA YANG BOLEH


MENYEBABKAN LEMAS DAN TERCEKIK

JANGAN BIARKAN ANAK ANDA BERADA BERDEKATAN DENGAN TEMPAT


AIR YANG BERTAKUNG DAN DALAM BILIK MANDI TANPA PENGAWASAN

PASTIKAN ANAK ANDA TIDAK BERMAIN DENGAN BENDA YANG


BERUKURAN KURANG DARI 3 CM

JAUHI ANAK ANDA DARI SEBARANG UBAT ATAU RACUN, LETAK


DI TEMPAT YANG TINGGI.

7
1

PENILAIAN TEMPAT KEJADIAN:


PASTIKAN KEADAAN PERSEKITARAN SAMA-ADA BAHAYA ATAU TIDAK
.
PASTIKAN JIKA TERDAPAT SEBARANG BENDA YANG BAHAYA ATAU TIDAK
PASTIKAN MEKANISMA KECEDERAAN MANGSA

STABILKAN KEPALA, LEHER DAN TULANG PASTIKAN TAHAP KESEDARAN :


BELAKANG, JANGAN GERAKKAN MANGSA JIKA A - ALERT SEDAR
TIDAK PASTI KECEDERAAN YANG DI ALAMI. JIKA V VERBAL RANGSANGAN
HENDAK DI GERAKKAN, STABILKAN LEHER SUARA
MANGSA DENGAN KOLAR LEHER, DAN GUNAKAN P PAIN RANGSANGAN SAKIT
PAPAN UNTUK MENSTABILKAN TULANG BELAKANG. U UNCONSCIOUS - PENGSAN

PASTIKAN SALURAN PERNAFASAN PASTIKAN MANGSA PASTIKAN NADI


MANGSA TIDAK TERSEKAT OLEH BERNAFAS, JIKA TIDAK MANGSA, JIKA TIADA,
LIDAH, DARAH, LENDIR , MUNTAH BERNAFAS, BERI LAKUKAN CPR
ATAU BENDA ASING BANTUAN PERNAFASAN
8
1

PASTIKAN TAHAP KESEDARAN PASTIKAN KEPALA DAN LEHER PERLU DI


MANGSA - PRINSIP A, V, P, U STABILKAN, TANGGALKAN TOPI
KESELAMATAN JIKA DI PAKAI DAN PERIKSA
JIKA TERDAPAT LUKA, BENGKAK DAN LAIN
TANDA KECEDERAAN

JIKA SYAK TERDAPAT KECEDERAAN BUAT PEMERIKSAAN JIKA TERDAPAT


PADA KEPALA DAN LEHER, STABILKAN SEBARANG KECEDERAAN PADA
KEPALA DAN LEHER MANGSA DENGAN BAHAGIAN MUKA
KOLAR LEHER

BUAT PEMERIKSAAN KEPADA MATA PERIKSA LEHER UNTUK


TELINGA DAN HIDUNG UNTUK 9 MENGENALPASTI
MENGENALPASTI KECEDERAAN OTAK KECEDERAAN LEHER
1

PERIKSA DADA PERIKSA ABDOMEN PEMERIKSAAN PADA KAKI


UNTUK UNTUK MENGENALPASTI UNTUK MENGENALPASTI JIKA
MENGENALPASTI KECEDERAAN ABDOMEN TERDAPAT BENGKAK, LEBAM
KECEDERAAN DADA ATAU PATAH

PERIKSA BAHAGIAN PERIKSA BAHAGIAN TANGAN UNTUK


TULANG BELAKANG MENGENALPASTI KECEDERAAN DAN PERIKSA NADI
UNTUK MENGENALPASTI SERTA RANGSANGAN SARAF KEPADA TANGAN
KECEDERAAN TULANG
BELAKANG

10
1

1. Darah beredar keseluruh anggota badan dengan pusingan satu hala yang berterusan. Darah yang
mengandungi oksigen dan segala zat makanan akan di pam keluar dari jantung untuk di edarkan
keseluruh badan melalui saluran darah kepada tisu-tisu untuk kegunaan dan hasil pengunaan bahan-
bahan tersebut terhasilnya karbondioksida dan bahan buangan lain yang tidak di perlukan oleh tubuh
badan kita yang perlu di keluarkan dari tubuh badan kita.

2. Sistem peredaran darah ini di bantu oleh :

Jantung. Jantung adalah sebesar genggaman tangan kita yang bertindak sebagai pum.
Jantung terletak di rongga thorax di bahagian tengah antara dua paru-paru. Dibahagian depan
terdapat tulang dada (sternum) dan di bahagian belakang terdapat tulang belakang (thoracic
vertabrae). Di bahagian atas terdapat salurnadi (Aorta) dan di bahagian bawah terdapat satu
lapisan yang memisahkan organ dada dan abdomen yang di kenali sebagai diafragma. Bahagian
apex jantung lebih sedikit kebahagian kiri.

Jantung mempunyai tiga lapisan otot bahagian luar dipanggil pericardium, bahagian tengah
myocardium dan di bahagian dalam endocardium. Darah di bekalkan kepada otot ini oleh
salurnadi koronari.

11
1

Jantung terbahagi kepada kiri dan kanan yang di bahagikan oleh dinding yang di panggil septum.
Terdapat empat bahagian pada jantung, dua atrium dan dua ventrikal di kiri dan kanan. Terdapat empat
injap dalam jantung Injap trikuspik, injap palmonari, injap mitral dan injap aorta.

12
1

Saluran Darah Terdapat tiga jenis saluran darah :


Salurnadi (arteri) Saluran darah yang mempunyai dinding yang berotot kuat dan kenyal
yang membawa darah dari jantung yang mengandungi oksigen keseluruh badan menuju ke
tisu-tisu.
Salur Pembuluh (Vena) Saluran darah berdinding yang nipis tetapi mempunyai injap satu
hala yang bertanggungjawab membawa darah dari tisu balik semula kejantung dengan
bantuan otot-otot di sekeliling dan injap satu hala yang terdapat dalam salur pembuluh
tersebut
13
1
Salur rerambut (Kapilari) adalah saluran darah yang halus yang membentuk jaringan yang
di hasilkan oleh salurnadi berdinding nipis yang terdapat dalam tisu-tisu yang
bertanggungjawab penukaran gas dan bahan-bahan lain antara sel-sel badan dan darah.
Salur rerambut ini akan bercantum semula dengan salur pembuluh.

KANDUNGAN DARAH (COMPOSITION OF BLOOD)

KANDUNGAN DARAH ADALAH 7% BERAT BADAN SEL DARAH PUTIH


(LEBIH KURANG 5.6 LITRE SETIAP 70 KG LELAKI) (WHITE BLOOD CELLS)
BLOOD CONSTITUTES ABOUT 7% OF BODY WEIGHT
(ABOUT 5.6 LITRES IN A 70 KG MAN)
PLASMA SEL DARAH MERAH
90% KANDUNGAN PLASMA ADALAH AIR (WATER)
(RED BLOOD CELLS)
GARAM GALIAN (MINERAL SALTS)
ZAT MAKANAN (NUTRIENT MATERIAL)
VITAMINS A - E
HORMONES
GASES : OXYGEN, KARBON DIOXIDE
PLASMA PROTEINS : ALBUMIN, FIBRINOGEN
ENZYMES : eg: VARIOUS CLOTTING FACTORS
(PLATELET)
WHITE BLOOD CELLS - ANTIBODIES

SEL DARAH PUTEH


(WHITE BLOOD CELL)

14
1

1. Sistem pernafasan bermula apabila udara yang kita sedut masuk keparu-paru di mana
oksigen akan di serap oleh paru-paru dan di hantar keseluruh badan melalui sistem
peredaran darah ke tisu-tisu. Di tisu oksigen akan di gunakan dan hasil pengunaan tersebut,
karbondioksida akan di keluarkan dan di hantar semula kejantung dan paru-paru di mana
karbondioksida akan di keluarkan melalui hembusan nafas keluar.

2. Bahagian yang bertanggung jawab dalam sistem pernafasan :

Saluran pernafasan
Rongga hidung
Nasofaring
Larinks
Trachea
Bronkus
Bronkial

15
1

Saluran pernafasan berfungsi untuk menyalur, menapis, memanas dan melembabkan


udara yang masuk. Ia juga mengawal isi padu udara yang masuk.

Paru-paru - Adalah struktur yang berspan mengandungi berjuta-juta karung-karung


udara (aveolus) yang halus. Di aveolus terdapat rangkaian salur rerambut yang halus dan
mempunyai dinding yang nipis yang membolehkan oksigen di serap masuk kedalam
saluran darah dan karbondioksida di keluarkan. Paru-paru orang dewasa boleh
menampung kira-kira 6 liter udara. Terdapat dua bahagian paru-paru kiri dan tiga
bahagian di sebelah kanan.

Otot interkosta dan Diafragma - Kedua-dua otot ini yang membantu pergerakan
rongga toraks untuk mengembang dan menguncup semasa kita bernafas.

Kandungan Udara:

Kandungan Udara % Udara % Pernafasan Masuk % Pernafasan


Keluar
Oksigen 21 5 16
Karbondioksida 0.03 0 5
Nitrogen 78 0 78
Wap Air 1

Orang Dewasa bernafas antara 12 16 kali seminit


Kanak-kanak 20 30 kali seminit
Bayi 30 50 kali seminit

16
1

KULIT (THE SKIN)


THE SKIN

Perdarahan terbahagi kepada perdarahan luar dan perdarahan dalam. Perdarahan luar
boleh di lihat melalui luka di kulit, perdarahan dalam hanya dapat di kesan melalui tanda
dan gejala.

Perdarahan Luar
Perdarahan dari salur nadi darah berwarna merah cerah kerana mengandungi oksigen dan mengalir
keluar secara memancut mengikut denyutan jantung. Kehilangan darah amat
cepat dan boleh menyebabkan kematian.

17
1
Pendarahan dari salur pembuluh - darah berwarna merah gelap kerana mengandungi karbondioksida
dan mengalir keluar berterusan dan boleh menjadi banyak.

Pendarahan salur rerambut - darah keluar dengan perlahan dari saluran darah rerambut, luka tidak
dalam pada kulit.

TINDAKAN ANDA

Mengawal perdarahan luar


Sentiasa pakai sarung tangan getah sebelum menyentuh darah, cecair badan mangsa dan basuh
tangan selepas menyentuh mangsa. Kalau darah sedang memancut keluar dari mangsa,
gunakan pelindung mata.

Anda boleh mengawal perdarahan luar dengan dua cara :

1. Tekanan tepat/langsung
Jangan buang masa untuk mencari balutan
Letakkan tapak tangan anda dengan mengunakan sarung tangan getah atau sebarang
bahan yang boleh melapik tapak tangan anda dan tekan tepat di atas luka
Tekan sehingga perdarahan berhenti
Tutup luka dengan balutan yang steril atau bersih
unakan pembalut untuk membalut balutan dan pastikan perdarahan telah berhenti.

2. Angkat anggota yang cedera


Untuk mencepatkan perdarahan berhenti, angkat anggota yang luka lebih tinggi dari
paras jantung. Ini kalau berlaku kepada tangan dan kaki
Jangan gunakan kaedah ini jika terdapat patah, objek tertikam atau kecederaan tulang
belakang

18
1
Cara memasang balutan dan pembalut dengan betul
Bila perdarahan sudah berhenti, anda boleh memasang balutan dan pembalut pada luka.
Kedua-dua istilah ini selalu mengelirukan. Balutan dan pembalut mempunyai fungsi yang
berbeza :

Balutan
adalah bahan untuk menutup atau melindung luka bagi mengawal perdarahan dan
mengurangkan jangkitan kuman serta menolong menstabilkan objek yang tertikam.
Sebaiknya balutan hendaklah tebal, lembut dan boleh mampat untuk menyerap cecair
atau darah dan memberi tekanan. Kalau boleh hendaklah steril, lebih besar dari luka
dan boleh memberikan perlindungan

LUKA
Cuci kulit di sekeliling luka, bermula dari bahagian luka
keluar
Letak gauze diatas luka, kemudian letak pad tebal dan balut
dengan kemas
Pastikan pesakit dan bahagian kecederaan di rehatkan
Pastikan pesakit tidak dalam keadaan renjatan dan dapatkan
rawatan perubatan

Pembalut di gunakan untuk


Mengikat balutan pada sesuatu kedudukan
Mengadakan tekanan langsung/tepat pada luka perdarahan
Memberikan sokongan atau mengampu anggota yang patah dan cedera sebagai
andoh dan mengikat tuap.

Apabila memasang pembalut, ambil perhatian perkara berikut :


Jika kulit di sekeliling pembalut menjadi pucat atau kebiruan,
Pesakit mengadu sakit bertambah teruk selepas pemasangan pembalut
Kulit di sekeliling pembalut menjadi sejuk
Pesakit berasa kebas dan sengal di paras bawah pembalut
19
1

* Jika keadaan di atas berlaku, secepat mungkin longgarkan pembalut yang di


buat.

Perdarahan Dalam
Perdarahan dalam kalau tidak di berikan perhatian yang rapi akan mengancam
nyawa mangsa dalam waktu yang singkat. Anda perlu mengambil tindakan yang
pantas, kerana kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan renjatan dan
kegagalan jantung dan paru-paru berfungsi dan akhirnya kematian akan berlaku.

Tanda dan gejala


1. Sakit , bengkak dan lebam di tempat yang cedera
2. Pucat dan berpeluh sejuk
3. Kebiruan pada bibir dan kuku jari
4. Nadi cepat tetapi lemah
5. Nafas cepat dan cetek
6. Tahap kesedaran semakin menurun dan mangsa boleh pengsan bila-bila masa
7. Muntah darah mungkin merah atau hitam
8. Najis mungkin bercampur darah mungkin merah atau hitam

9. Jika kecederaan pada paru paru, mangsa mungkin batuk darah


10. Jika kecederaan pada buah pinggang atau pundi kencing, kencing mungkin bercampur
darah
11. Jika kecederaan berlaku pada bahagian peranakkan, perdarahan akan berlaku di
bahagian kemaluan
12. Dalam keadaan teruk, mangsa mungkin pengsan dan kematian akan berlaku

TINDAKAN ANDA

1. Bantu mangsa mengikut kecederaan yang di alami (sila lihat tajuk-tajuk yang
bersangkutan)
2. Jangan biarkan mangsa bergerak kalau tidak perlu
3. Kendalikan pesakit seperti pengendalian renjatan.
4. Sentiasa buat pemeriksaan kepada tahap kesedaran, nadi dan pernafasan mangsa
5. Hantar mangsa secepat mungkin ke hospital untuk rawatan selanjutnya

20
1

Definasi : Bila anggota badan putus atau terkoyak dari tubuh badan yang kadangkala
mungkin boleh di sambung semula sekiranya keadaan mengizinkan.

1. Kawal perdarahan jika berlaku. Buat balutan tekanan


2. Rawat untuk renjatan jika berlaku
3. Selamatkan bahagian yang putus seperti berikut :
Balut bahagian yang terputus dengan kain yang bersih dan
kering
Masukkan kedalam bekas plastik yang kosong dan ikat dengan
ketat
Masukkan plastik tersebut kedalam satu lagi bekas atau kontena
yang lain yang mengandungi ais dan air
TINDAKAN ANDA
4. Bawa mangsa dan bahagian yang terputus tersebut secepat
mungkin ke hospital

Jangan cuci atau rendam anggota yang


terputus dalam air dan jangan balut dengan
kain basah
JANGAN !

21
1

Definisi : Berlaku bila sistem peredaran darah gagal berfungsi menyebabkan bekalan darah dan
zat makanan tidak sampai ke tisu-tisu menyebabkan fungsi organ mustahak gagal
berfungsi..

Tanda dan gejala : 1. Pucat, kulit, kuku bibir kebiruan


2. Kulit sejuk dan basah
3. Nadi laju tetapi lemah
4. Pernafasan laju dan pantas tetapi lemah
5. Rasa loya/muntah
6. Rasa dahaga
7. Rasa gelisah / lemah
8. Jika bekalan oksigen semakin berkurangan ke otak, mangsa akhirnya
akan pengsan dan jantung serta pernafasan mungkin akan terhenti

Sebab-sebab renjatan :

1. Perdarahan yang berlebihan


2. Kekurangan Plasma terbakar/melecur
3. Kurang air dalam badan cirit-birit dan
muntah yang teruk
4. Serangan sakit jantung
5. Tekanan emosi yang berlebihan
6. Darah terkumpul dengan banyak di kaki
7. Kecederaan Eletrikal
8. Sengatan binatang berbisa
9. Jangkitan kuman
10. Kecederaan dalaman
11. Kesemua kecederaan yang teruk
12. Penyakit yang melarat

22
1

1. Baringkan mangsa atas belakang nya


2. Longgarkan pakaian mangsa yang ketat terutama di bahagian
saluran pernafasan untuk mengelakkan gangguan pernafasan
3. Tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Kalau tiada, lakukan CPR
4. Jika mangsa tiada kecederaan dan masih sedar, tinggikan kaki
mangsa lebih tinggi dari paras jantung
5. Jika mangsa tiada kecederaan tetapi dalam keadaan pengsan, letak
mangsa dalam keadaan separuh tertiarap (kedudukan pemulihan)
6. Jika mangsa masih sedar tetapi mengalami kesukaran bernafas
TINDAKAN ANDA atau di serang sakit jantung, letak pesakit dalam kedudukan
bersandar tetapi tinggikan kakinya sedikit.
7. Periksa kecederaan yang nyata dan rawat sepatutnya
8. Jika mangsa masih sedar, sentiasa tenangkan dan beri keyakinan
kepadanya dari masa kesemasa
9. Sentiasa periksa nadi dan pernafasan setiap 5 minit dan sedapat
mungkin jangan tinggalkan mangsa tanpa jagaan,

Jangan selimut mangsa dengan selimut yang tebal


Jangan beri apa-apa makanan atau minuman pada mangsa
JANGAN !

10. Hantar pesakit secepat mungkin kehospital untuk rawatan


Selanjutnya.

23
1

TENGKORAK

SKULL
OTAK (BRAIN)

MEKANISMA KECEDERAAN
TULANG BELAKANG
MEKANISMA KECEDERAAN (MECHANISM OF SPINAL
(MECHANISMS OF INJURIES)
INJURIES)

24
1
TANDA DAN GEJALA : PENGSAN,
KECEDERAAN PADA KEPALA, SAKIT,
ANAK MATA TIDAK ADA RANGSANGAN BENGKAK, LEBAM, LEBAM PADA MATA,
CECAIR JERNIH ATAU BERCAMPUR
(UNEQUAL OR UNRESPONSIVE PUPILS ) DENGAN DARAH MENGALIR MELALUI
TELINGA DAN HIDUNG.
SIGNS AND SYMPTOMS : UNCONSCIOUS,
INJURY TO SCALP, PAIN, SWELLING
,BRUISE, BLACK EYES, CLEAR OR BLOODY
FLUID FLOWING FROM EARS AND NOSE

PENGENDALIAN KECEDEAAN KEPALA, LEHER DAN TULANG BELAKANG


(MANAGEMENT OF HEAD, NECK AND SPINAL INJURIES)

STABILKAN KEPALA DAN AMPU KEPALA, LEHER GUNAKAN PAPAN, GULINGKAN MANGSA
LEHER GUNAKAN KOLAR DAN SPINE GUNAKAN KEATAS PAPAN DENGAN SERENTAK..
LEHER PAPAN SPINA (USE PLANK OR HARD BOARD, ROLL THE
(STABILISE THE HEAD (IMMOBILISE THE HEAD, VICTIMS ENTIRE BODY AS A UNIT ONTO
AND NECK USING CERVICAL NECK AND SPINE USING THE BOARD)
COLLAR) SPINAL BOARD)

BERI BANTUAN OKSIGEN 25


(GIVE OXYGEN TO THE
VICTIM)) TEKNIK MENANGGALKAN HELMET
(HELMET REMOVAL
1

Kecederaan dada mungkin boleh membawa maut kerana ia boleh menggangu pernafasan
atau menyebabkan perdarahan yang banyak termasuk :

Luka tisu lembut dada


Patah tulang rusuk dan tulang dada
Kecederaan organ-organ di dada

Chest injuries are potentially fatal because they may interfere with breathing or cause
severe bleeding. They include :

Wounds of the soft tissue of the chest


Fractures of the ribs and sternum
Injuries to the organs of the chest

Kecederaan dada terbahagi kepada dua :

Kederaan terbuka di sebabkan oleh objek yang tertusuk kedada atau tulang rusuk patah tertusuk
keluar
Kecederaan tertutup tidak terdapat luka atau nampak kecederaan di luar tetapi tulang rusuk, paru-
paru, jantung dan organ dada yang lain mungkin cedera teruk.

26
1
Semua kecederaan dada akan menyebabkan kesukaran untuk pesakit bernafas dan akan mengancam
nyawa, mangsa perlu di pindahkan secepat mungkin ke hospital.

Chest injuries can be divide into two types :

In Open Chest Wounds an external object or a fracture rib has penetrated the chest wall.
Close Chest Wounds may show no external signs of injury, but the ribs, lung, heart and other internal
organs may have been seriously damaged

All chest injuries will cause some breathing difficulty. They are life-threatening emergencies, and patients
must be transported immediately to a medical facility..

Kecederaan yang biasa berlaku:


Patah tulang Rusuk
Dada kulai
Kecederaan menusuk dada

The most common injuries:


Fractured Ribs
Flair Chest
Penetrating wounds of the chest

Patah tulang rusuk (Fractured Ribs)

Patah tulang rusuk adalah kecederaan tertutup. Ia akibat dari retak atau patah satu atau
lebih tulang rusuk . di sebabkan kemalangan jalanraya, di pukul, dan lain lain
kecederaan.

Fractured ribs are a closed chest injury. They result from a crack or break of one or more
ribs caused by fall, motor vehicle accidents, assaults, and other kinds of trauma.

Tanda dan gejala


Sakit di tempat yang patah
Bengkak dan lebam di tempat yang patah
Sakit di tempat yang cedera meningkat bila
mangsa bergerak atau menarik nafas dalam
dengan kuat.
Mangsa memegang tempat yang cedera
dengan tapak tangan

Signs and symptoms include the following:


Pain at the site of the fracture
Tenderness over the site of the fracture
Increased pain at the site when the patient moves or breathes deeply.
Patient holding the site of the injury with hand or arm.

Dada Kulai (Flail Chest)

Ini berlaku bila dua atau lebih tulang rusuk pada sebelah yang sama ada patah pada dua atau lebih

tempat. Bahagian dada yang cedera tidak bergerak secara normal semasa pernafasan. Dada kulai
27
1
adalah keadaan kecederaan yang amat menyakitkan. Ia berlaku dalam kemalangan jika dada pemandu

terhentak dengan kuat kepada roda stering pada kelajuan yang tinggi

The results from two or more ribs on the same side of the chest are broken in two or more places. The
injured section of the chest wall, called a flail segment, does not move normally during breathing. Flail
chest is a very painful condition. It is often seen in motor vehicle accidents when drivers hit the steering
wheel at high speed.

Tanda dan gejala

Kegagalan sebahagian dari dinding dada untuk bergerak bersama dengan bahagian dada yang lain
bila mangsa bernafas
Pernafasan cetek
Runsing dan resah gelisah
Lebam di tempat patah

Signs and Symptoms:

Failure of a section of the chest wall to move


With the rest of the chest when the patient breathes.
Very shallow breathes
Anxiety and restlessness
Bruising over the fracture site

Luka menusuk dada (Penetrating wounds of the chest)

Luka menusuk dada adalah luka yang teruk di mana diding dada koyak atau patah
Penetrating wounds are severe chest wounds where the chest wall is torn or punctured.

Tanda dan gejala


Bunyi sedutan setiap kali pesakit bernafas
Buih yang berdarah pada luka bila mangsa bernafas
Pesakit mungkin batuk darah berbuih

28
1

Signs and symptoms


A sucking sound each time the patient breathes
Bloodstained bubbles at the wound while the patient is breathing out
Patient may cough up frothy blood

Pengendalian mangsa kecederaan dada terbuka dan tertutup serta objek terlekat
Pastikan mangsa boleh bernafas secukupnya
Berikan oksigen aliran tinggi pada kadar 10 liter seminit
Kalau mangsa boleh bergerak dengan selesa, letak pesakit dalam kedudukan duduk bersandar
Sokong anggota yang cedera dengan balutan tebal dan pembalut lebar
Bagi luka menusuk dada, letak kepingan plastik pada anggota yang cedera dan pasang plaster pada
keempat bahagian plastik tetapi biarkan satu penjuru sebelah atas terbuka yang akan bertindak
sebagai injap.
Jika objek terlekat, jangan cabut keluar kerana ini akan menyebabkan perdarahan yang lebih teruk.
Letak balutan yang tebal sekeliling objek dan kalau boleh tambah dengan balutan cincin pada objek
tersebut. Balut dengan kemas agar tiada udara boleh masuk.

Management of patients with open or closed chest injuries


Make sure the patient can breathe adequately
Provide high flow oxygen at 10 liter/minute if available.
If the patient can move comfortably, place him or her in a semi-sitting position inclined to the injured
side.
Apply a thick pad of dressings over the side. Use large strips of tape to hold the pad in place.
If penetrating wounds of the chest, place a plastic sheet over the wound and secure it. Tape down all
the four sides of the dressing but exposed one corner as a valve.
Do not embedded objects, as this may stimulate bleeding. Place dressings around the object and
make the wound as airtight as possible. Leave the object in place.

29
1

Kecederaan di sebabkan hentakan benda yang tumpul pada bahagian abdomen boleh
menyebabkan keadaan renjatan yang mengancam nyawa kalau limpa, hati dan usus pecah.
Luka terbuka yang mendedahkanorgan dalaman dan menyebabkan terkeluar dari badan adalah
lebih bahaya tetapi jarang berlaku. Matlamat utama anda adalah untuk melindungi organ-organ
tersebut dari kerosakan selanjutnya dan menjadi kering dan mati.

Blunt abdominal injuries is very common. It can lead to life-threatening shock if the splint, liver
or bowel is ruptured. Open wounds that expose the internal organs and cause them to protrude
from the body are more dramatic but less common. Your objective should be to protect the
exposed organs from further damage and from drying out.

Pengendalian mangsa
Letak pesakit terlentang dengan lututnya di bengkokkan dan kepala serta bahu
di angkat sedikit untuk mengurangkan tekanan keatas otot abdomen
Potong baju sekeliling tempat kecederaan untuk mendedahkan
bahagian kecederaan
Jangan cuba menolak balik organ-organ yang terkeluar
ke dalam kaviti abdomen semula
Tutup semua organ yang terdedah dengan kain kasa yang steril. Kalau air steril
boleh di dapati, basahkan balutan tersebut terlebih dahulu sebelum memasangnya

30
1

Manage victims of abdominal injuries


Position the victim on his or her back with knees flexed and with head and shoulders slightly
raised to take pressure off the abdominal area
Cut away all clothing around the injury side to fully expose any wound.
Do not try to return the abdominal organs into the cavity.
Cover exposed organs with sterile gauze. If clean or sterile water is available, wet the
dressing before applying them.
Cover the gauze with plastic wrap to keep the moisture in.
Cover the plastic wrap with abdominal pads to maintain warmth.
Place bulky dressing around protruding organs for extra protection.
Bandage or tape the dressings in place with securing ties over the upper and lower ends of
the dressings. The ties should not touch the organs.
Do not put any pressure on exposed organs. This may cause the patient pain or make the
patient vomit
Always check for pulse and breathing.
Take victim at once to the nearest hospital.

31
1 TENGKORAK (SKULL)

TULANG BELAKANG (SPINE)

RONGGA THORAX (THORACIC CAVITY)

32
1
:

TERDAPAT DUA JENIS PATAH

) PATAH SECARA
LANGSUNG
PATAH TERBUKA PATAH TERTUTUP PATAH BERLAKU TIDAK
LANGSUNG

Bagaimana patah berlaku : 1. Hentakan langsung (patah di tempat hentakan)


2. Hentakan tidak langsung (terhentak di tempat lain, patah di tempat
lain)
3. Tindakan luar biasa otot seperti renjatan letrik.

Tanda dan gejala : 1. Sakit di tempat yang patah


2. Sakit bila ditekan
3. Bengkak dan lebam kerana perdarahan berlaku
4. Cacat atau berubah bentuk
5. Anggota patah hilang fungsi asal kerana kecederaan saraf
6. Pergerakan luar biasa
7. Jika patah terbuka, terdapat luka dan kadangkala
tulang mungkin terjulur keluar.

1. Jangan gerakkan anggota yang cedera


2. Kawal pendarahan jika ada
3. Letak anggota yang patah dalam kedudukan anatomi seberapa
yang boleh
4. Pasang tuap kepada tempat yang patah dengan mengikat
sekurang-kurangnya di empat tempat dibahagian bawah & atas
patah, sendi disebelah bawah & atas patah
5. Jika patah terbuka, tutup bahagian luka dengan kain kasa
6. Rawat untuk renjatan
Tindakan Anda ! 7. Bawa mangsa ke hospital secepat mungkin untuk rawatan

Jangan biarkan tulang yang patah


bergerak kerana ini mungkin menyebabkan
kecederaan menjadi lebih teruk.
Jangan !
33
1

TERSELIUH BERLAKU JIKA SENDI


TERSELIUH BERGERAK DALAM SATU
PERGERAKAN YANG ABNORMAL
DAN MENYEBABKAN
KECEDERAAN PADA LIGAMEN DAN
LAIN LAIN BAHAGIAN SENDI

TANDA DAN GEJALA:


RASA SAKIT PADA SENDI YANG
CEDERA
BENGKAK DAN LEBAM KERANA
TERDAPAT PERDARAHAN
HILANG UPAYA DISEBABKAN
SARAF YANG CEDERA

PENGENDALIAN :
REHAT DAN TINGGIKAN ANGGOTA YANG CEDERA
BUAT TUAMAN SEJUK DENGAN AIS BERBALUT
KAIN
BALUT ANGGOTA YANG CEDERA DENGAN
PEMBALUT ELASTIK
TUAMAN PANAS HANYA BOLEH DILAKUKAN
SELEPAS 36 48 JAM SAHAJA
AMARAN ! : JANGAN URUT SEMASA
KECEDERAAN BERLAKU

34
1

Terbakar adalah salah satu kecederaan yang amat sakit. Ketenatan mangsa terbakar
bergantung kepada beberapa faktor :

Luas permukaan badan yang cedera


Tempat mana yang terbakar
Darjah terbakar
Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa

Terbakar boleh di kelaskan mengikut kedalaman kerosakkan kepada tisu.

Darjah pertama melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit nampak kemerahan, kering dan
rasa sakit yang amat sangat

Darjah kedua lapisan kulit yang pertama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna kemerahan
gelap dan terdapat lepuhan (blister). Mangsa berasa amat sakit

Darjah ketiga semua lapisan kulit telah rosak. Kulit nampak terbakar hitam atau putih
kering.pesakit rasa sakit atau mungkin tidak terasa sakit langsung jika saraf rosak

35
1

Keadaan ketenatan mangsa juga boleh di sukat mengikut keluasan permukaan yang
terbakar dengan mengunakan perinsip peraturan 9

Seluruh bahagian
kepala dan leher - 9%
Seluruh bahagian
dada dan abdomen - 9% + 9%
Seluruh bahagian
belakang badan - 9% + 9%
Kedua-dua bahagian tangan - 9% + 9%
Kedua-dua bahagian kaki - 9% + 9% +9% +9%
Anggota kemaluan - 1%

TINDAKAN ANDA

Rendam atau siram anggota yang cedera secepat mungkin dengan air sejuk sebanyak dan
seberapa lama yang mungkin sehingga hilang rasa panas dan kurang rasa sakit
Tanggalkan pakaian yang terbakar. Jika ada pakaian yang melekat, gunting di sekeliling nya
Tanggalkan segala bahan yang di perbuat dari logam yang di pakai seperti cincin, gelang,
jam dan sebagainya, kerana ia boleh menyimpan haba.
Tutup anggota yang terbakar dengan kain yang bersih
Jangan ! gunakan plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera
Jangan ! taruh krim, mentega, ais dan sebagainya kepada anggota yang cedera
Pastikan mangsa boleh bernafas, jika mangsa mengalami kesesakan nafas atau saluran
pernafasan tersekat, buka saluran pernafasan dan beri bantuan pernafasan jika perlu
Kendalikan mangsa untuk renjatan
Jika kecederaan agak teruk, bawa mangsa secepat mungkin ke hospital

36
1

Arus voltan tinggi (lebih dari 1000 voltan)


boleh menyebabkan pancaran. Arus eletrik boleh
melompat (arcing) dan memancar daripada
punca eletrik dan menyambar mangsa
menyebabkan pakaian dan kulit terbakar dengan
teruk dan kematian serta-merta.

TINDAKAN ANDA:
Ingat, bahan bukan pengalir tidak akan dapat
menyelamatkan anda dari pancaran punca
eletrik tersebut.
Jangan bantu mangsa selagi kawasan
kemalangan belum di sahkan selamat,
jauhkan diri anda dari tempat kemalangan
sekurang-kurang nya 18 22 meter.
Hubungi penguasa eletrik tempatan supaya
bekalan eletrik di putuskan
Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada
nadi dan nafas, jika tiada, lakukan CPR
Rawat mangsa untuk terbakar
Rawat untuk renjatan
Bawa mangsa secepat mungkin ke hospital.

Arus voltan rendah (220 240 voltan)


biasa nya terdapat dalam bangunan yang
akan Menyebabkan sentuhan dimana arus
eletrik akan mengalir dari punca kedalam
badan mangsa dan menyebabkan banyak
kecederaan pada organ dalaman

TINDAKAN ANDA:
Matikan suis utama
Jika tidak dapat di lakukan, lepaskan
mangsa dari sentuhan dengan
mengunakan bahan bukan pengalir
seperti kayu, kerusi plastik dan
sebagainya
Tentukan mangsa ada nadi dan nafas,
kalau tiada lakukan CPR
Rawat kecederaan terbakar dimana
arus masuk dan keluar
Rawat untuk renjatan
Bawa mangsa secepat mungkin ke
hospital

37
1

Serangan sakit jantung berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke bahagian otot dinding
jantung terhalang secara tiba-tiba, mungkin olih darah beku atau kolestrol yang menyumbat
saluran darah jantung.

Kelengahan akan membawa maut. Apabila di serang serangan sakit jantung, setiap minit itu
penting. Ketahuilah akan tanda-tandanya :

1. Sakit dada adalah seperti berikut :

Rasanya: Perasaan kurang menyenangkan, terhimpit, sebak, rasa ketat atau pun
sakit
Tempatnya: Ditengah dada dibelakang tulang dada. Ini mungkin merebak kebahu,
tengkok, bawah dagu atau tangan

Masanya: Biasanya lebih daripada 2 minit. Kadang-kadang terasa sakit dan


kadangkala tidak

2. Tanda lain serangan sakit jantung termasuklah

Berpeluh
Rasa loya
Sesak nafas
Rasa lemah badan

3. Ramai pesakit menafikan yang mereka diserangi penyakit jantung


38
1

4. Biasanya jika terasa perit seperti ditikam yang datang secara tiba-tiba (Kurang dari 10
saat), ini biasanya bukan tanda serangan sakit jantung

Faktor-Faktor Risiko Serangan Sakit Jantung

Bahaya serangan sakit jantung meningkat jika lebih banyak faktor risikonya :

Faktor-Faktor Risiko
Purata Risiko = 100

Tiada 77

Rokok 120

Rokok & Kolesterol 236

Rokok, Kolesterol & 364


Darah Tinggi
500

Beberapa Faktor yang tidak dapat di ubah

Keturunan
Jantina (Lelaki)
Umur bertambah

Beberapa Faktor yang dapat di ubah


Merokok
Darah Tinggi
Paras Kolesterol yang tinggi
Kencing Manis
Badan Gemok
Kurang Senaman
Tekanan Mental

Pengendalian

Jangan gerakkan pesakit (atau biarkan pesakit bergerak) kalau tidak perlu
Rihatkan pesakit dalam kedudukan yang paling selesa, duduk kalau boleh.
Ini akan membantu nya bernafas
Longgarkan pakaian yang ketat di leher, dada dan pinggang.
Sentiasa tenangkan pesakit
Jika pesakit masih sedar dan ada membawa pil GTN (Glycerine Trinitrate).
Letakan ubat tersebut di bawah lidah nya dan ulang setiap 5 minit
jika pesakit masih lagi berasa sakit tapi jangan melebihi 3 biji.
Awasi nadi dan pernafasannya setiap 5 minit.
Bersedia melakukan CPR kalau perlu
Hantar pesakit secepat mungkin ke hospital untuk rawatan selanjutnya
39
1

AIDS - FAKTA MENGENAI PENYAKIT


PENDAHULUAN
Manusia mendapat penyakit sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit. Manusia
mendapat penyakit AIDS sebab dijangkiti oleh kuman yang menyebabkan penyakit AIDS iaitu HIV.

AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh kuman HIV. HIV adalah sejenis virus.

Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS) adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus
yang dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus (HIV). Virus HIV digolongkan didalam kumpulan
virus retrovirus. Ini bermakna virus ini sangat lemah dan tidak dapat membiak dengan sendiri. Semua
virus jenis retrovirus perlu masuk didalam sel perumah (didalam hal kes AIDS ialah manusia) dan
mencuri bahan genetik perumah berkenan untuk membiak.

Maklumat yang ada menunjukkan virus HIV mengambil masa 8 hingga 10 tahun untuk menyebabkan
penyakit AIDS. Maklumat yang ada juga menunjukkan hampir semua jangkitan HIV akan berakhir
dengan AIDS. Walaupun begitu bukan semua tularan HIV menyebabkan jangkitan HIV. Ini bermakna
didalam keadaan tertentu (ahli sains dan pakar perubatan masih tidak pasti apa kah keadaan "tertentu"
berkenaan), virus HIV masuk kedalam badan manusia tetapi tidak menyebabkan penyakit.

Laporan ada menunjukkan terdapat pesakit HIV kanak-kanak yang "sembuh" selepas 5 tahun dijangkiti
HIV. Kanak-kanak berkenaan yang disahkan dijangkiti oleh kuman HIV selepas dilahirkan oleh ibunya
yang juga dijangkiti HIV tidak menunjukkan tanda-tanda yang biasanya dialami oleh pesakit HIV kanak-
kanak. Pemeriksaan lanjut menunjukkan kuman HIV tidak ditemui lagi didalam tubuh kanak-kanak
berkenaan Laporan juga ada menunjukkan terdapat kes HIV dewasa yang telah dijangkiti selama
melebihi 10 tahun tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda AIDS. Didalam satu kes yang melibatkan
seorang dewasa wanita di Afrika. Kes satu lagi melibatkan penderma darah dan penerima darahnya.
Jumlah sel CD4+ (yang biasanya dijadikan petunjuk keadaan kes-kes AIDS) juga berada di dalam
keadaan normal.

SEJARAH

AIDS bermula daripada akhir tahun 1970. Pada awal 1980 dimana pakar-pakar perubatan di beberapa
bandar besar Amerika Syarikat telah mula menemui suatu keadaan yang ganjil. Ianya ditunjukkan oleh
gejala kurang daya tahan melawan penyakit. Ia ditemui di kalangan lelaki yang dahulunya sihat.

Keadaan baru ini ditunjukkan oleh bengkak kelenjar linfa seluruh tubuh, infeksi opportunistik (selalunya
radang paru-paru yang disebabkan oleh Pneumocystic carinii, mucosal candidiasis dan disseminated
cytomegalovirus infection) dan Karposi sarcoma.

Pada bulan Jun 1981, penyakit ini telah menarik perhatian ramai pakar perubatan apabila Centers for
Disease Control (CDC) melaporkan lima pesakit lelaki dari Los Angeles di dalam Morbidity and Mortality
Weekly Report (MMWR). Selepas itu terdapat beberapa laporan dimana penyakit yang sama ditemui di
kalangan lelaki homoseksual dan penagih dadah secara suntikan. Mereka-mereka ini menunjukkan sel T
limfosit yang tidak bertindak balas dengan ransangan antigen dan mitogen (Sebagai pertahan utama
tubuh, sel T limfosit akan menyerang semua bahan asing yang masuk kedalam tubuh samada ianya
antigen atau mitogen). Beberapa lama selepas itu keadaan menjadi lebih jelas. Penyakit kurang daya
tahan ini juga melibatkan beberapa kumpulan lain.

Kumpulan berkenaan ialah pendatang dari kepulauan Haiti, pesakit hemofilia (sejenis penyakit
keturunan dimana tubuh secara semula jadi memusnahkan sel darah. Oleh itu darah perlu diberikan

40
1
kepada pesakit untuk terus hidup), penerima darah dan pasangan seks atau anak-anak kumpulan ini
juga didapati mengidap penyakit yang sama.

Oleh itu sehingga pada masa berkenaan kumpulan-kumpulan dibawah didapati mengidap penyakit ganjil
ini:

homoseks lelaki
pendatang daripada palau Haiti
pesakit hemofilia
penerima darah
pasangan seks pesakit ganjil berkenaan
anak pesakit ganjil tersebut

Kajian seterusnya menunjukkan, penyakit ini disebarkan atau diperolehi melalui hubungan seks dan
pemindahan darah dengan orang-orang yang dijangkiti dan disyakki disebabkan oleh agen mikrob.

Memandangkan keadaan ganjil ini adalah baru dan tidak pernah dilaporkan didalam sejarah ilmu
perubatan moden, ianya di gelar Acquired Immuno Deficiency Syndrome (AIDS)

Diantara tahun 1981 hingga 1983, beberapa agen mikrob telah ditemui dan dianggap penyebab penyakit
AIDS ini. Pada tahun 1983, ahli-ahli sains dari Institut Pasteur Peranchis menjumpai sejenis retrovirus
yang didapati daripada pesakit asimptomatik (tidak menunjukkan tanda atau simptom) yang mengalami
lymphadenopathy (bengkak kelenjar linfa) seluruh badan dan tidak diketahui asal usulnya. Virus baru ini
dinamakan LAV ( Lympadenopathy Associated Virus). Berlainan dengan retrovirus lain, virus ini didapati
membunuh sel CD4 limfosit didalam kultur tisu. Pakar-pakar sains lain juga mengasingkan virus yang
sama didalam pesakit AIDS dalam tahun 1984. Adalah jelas selepas itu bahawa virus ini adalah agen
etiologi penyakit AIDS yang semasa itu ditemui di Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika Tengah. Virus
tersebut seterusnya dinamakan Human Immunodefeciency Virus (HIV).

Pada tahun 1986, satu lagi virus ditemui yang hampir bersamaan dengan virus HIV yang ditemui pada
tahun 1984. Ianya ditemui dikalangan penduduk Afrika Barat dan juga menyebabkan AIDS. Virus ini
dinamakan HIV-2 dan virus yang ditemui pada tahun 1984 dinamakan HIV-1.

Sehingga sekarang AIDS didapati disebabkan oleh dua jenis virus yang hampir sama iaitu HIV-1 dan
HIV-2.

AIDS : AGEN PENYEBAB( Virus HIV-1 dan HIV-2)

- Maaf, bahagian ini sangat teknikal.

Banyak hal-hal berkenaan penyakit AIDS yang masih kurang jelas. Diantaranya ialah sel apakah yang
yang mula-mula diserang oleh virus HIV yang menyebabkan genjala seperti selsema diawal jangkitan?.
Dibahagian manakah didalam badan yang mula-mula diserang oleh virus ini ( sel darah periferal, tisu
limfa, tisu sel dendrit atau sumsung tulang)?. Apakah sel monoklonal CD4 yang diserang oleh virus
berada didalam keadaan rihat atau tidak aktif?. Apakah faktor (faktor-faktor) yang menyebabkan
keadaan klinikal pesakit menjadi AIDS?. Apakah kehilangan CD4 sahaja dapat menerangkan semua
keadaan ini?.

Maklumat lanjut tentang virus juga menjadi masaalah kerana keadaan yang seakan-akan kelenjar limfa
secara mikro sukar atau tidak boleh diadakan didalam kelalang kultur tisu. Walaupun begitu maklumat
tentang virus HIV yang ada sekarang didapati dari kultur tisu atau dikiaskan berlaku didalam tubuh
manusia dari analisa klinikal spesimen yang diperolehi dari pesakit yang seropisitif.

41
1
Virus HIV seperti retrovirus lain adalah virus RNA. Ianya memerlukan sejenis enzim yang dinamakan
reverse transcriptase untuk menukar bentuk kepada DNA dan seterusnya membiak didalam sel tubuh
manusia. Seperti retrovirus lain juga, virus HIV mempunyai bahan genetik group specific antigen yang
dinamakan gag, polymerase (pol) dan envelope (env). Virus HIV-1 dan virus HIV-2 dibezakan oleh
sejenis bahan genetik yang menghubungan pol dan env. HIV-1 mempunyai bahan genetik vpu,
sementara HIV-2 mempunyai bahan genetik vpx.

Apabila virus HIV memasukki tubuh manusia, ia menyerang sel limfosit monoklonal CD4. Untuk
menjadikan ianya berjaya hidup didalam tubuh manusia, virus ini misti melakukan satu proses yang
dinamakan replication. Replication virus HIV hanya akan berjaya jika ianya dapat menghasilkan bahan
progeni yang mengandungi:

dua salinan genon RNA 9.2 kilobase (kb) yang dirangkumi oleh nucleocapsid protin Gag;
enzim (pretease, reverse transcriptase-RNase, dan integrase);
membran lipoprotin luar dan kulit glikoprotin viral yang bersangkutan.

Secara umumnya seseorang pesakit akan menjalani:

ujian ELISA sebagai saringan pertama


ujian PA sebagai saringan kedua
JIKA kedua-dua ujian diatas reaktif (menunjukkan tindakbalas positif), darah baru akan diminta
daripada pesakit. Ujian ELISA dan PA kali kedua akan dijalankan.
ujian WB di IPP
ujian PCR jika berumur kurang daripada 18 bulan

Selepas doktor berpuas hati dengan semua keputusan ujian-ujian diatas, pesakit akan disahkan samada
dijangkiti HIV atau TIDAK.

Memandangkan virus HIV sangat spesifik kepada manusia, ianya tidak dapat dibiakkan didalam tisu
haiwan lain. Oleh itu pengesanan virus dengan menggunakan kaedah haiwan yang disuntik oleh serum
pesakit yang mungkin dijangkiti virus tidak dijalankan. Walaunpun begitu kaedah kultur tisu ada
digunakan didalam penyelidikan. Sepasukan pakar dari Universiti Kyoto, Jepun dapat membiakan virus
HIV didalam monyet dengan melakukan sedikit perubahan struktur genetik virus berkenaan.

AIDS : TANDA KLINIKAL

Tanda-tanda klinikal AIDS bergantung kepada kriteria yang digunakan untuk mendiagnos AIDS.

Mengikut kriteria yang digunakan oleh Malaysia sekarang, tanda-tanda AIDS ialah :

i. Susut berat badan melebihi 1/3 dalam masa 1 bulan.

ii. Demam berpanjangan melebihi 1 bulan

iii. Cirit birit berpanjangan melebihi 1 bulan

iv. Batuk berpanjangan melebihi 1 bulan

v. Mendapat jangkitan kandidiasis oral

vi. Mendapat jangkitan 'Kaposi sarcoma'

vii. Mendapat jangkitan kayap yang kerap atau tidak sembuh


42
1
AIDS : RAWATAN

Tiada rawatan khusus untuk AIDS. Pengetahuan yang ada menunjukkan semua pesakit HIV akan
berakhir dengan kematian.

Terdapat beberapa ubat yang dapat mengelakkan jangkitan oputunistik AIDS. Ubat-ubat ini secara
teorinya dapat memanjangkan jangka hayat pesakit AIDS.

AZT adalah ubat yang mula-mula sekali dicuba terhadap pesakit AIDS. Secara teorinya AZT, sebagai
penghalang enzim transcriptase, dapat menghalang virus HIV (sejenis virus DNA) menukarkan bahan
genetik kepada DNA. Oleh itu ianya dapat menghalang pembiakan virus DNA. Maklumat yang ada
sekarang menunjukkan AZT hanya dapat diberikan kepada orang tertentu sahaja. Mereka-mereka ialah
yang mempunyai bilangan CD4+ kurang dari 400, ibu-ibu positif yang mengandung. Walaupun begitu
AZT hanya didapati mempunyai kesan jangka pendik sahaja. Kesannya berkurangan semakin lama
pesakit mengidap AIDS. Satu ujian klinikal mendapati pengambilan AZT dikalangan ibu mengandung
dapat menggurangkan jangkitan HIV dari 30% ke 7%.

AIDS : VAKSIN

Maklumat yang ada menunjukkan vaksin AIDS berada diperingkat 'clinical trial' ( maklumat terakhir pada
akhir 1995). Beberapa masaalah besar berkenaan vaksin AIDS ialah:

i. Isu etikal. Adalah tidak etikal secara perubatan memberikan satu vaksin yang masih belum diketahui
kesan nya kepada seseorang dan seterusnya mendedahkan orang berkenaan kepada penyakit
merbahaya yang masih belum ada ubatnya (iaitu AIDS).

ii. Virus HIV. Adalah diketahui dengan jelas sekarang bahawa terdapat beberapa jenis virus HIV.
Disamping terdapat 2 kumpulan besar iatu HIV-1 dan HIV-2, terdapat perbezaan susunan struktur
genetik dikalangan HIV-1 sendiri (setiap ahli didalam kumpulan berbeza dinamakan clad ). Oleh itu virus
HIV yang menyebabkan AIDS di Amerika tidak serupa dengan di Asia yang juga tidak sama dengan di
Afrika. Oleh itu vaksin HIV hendaklah di bentuk untuk setiap clad yang berbeza ini.

iii. Calun. Sebagai sifat biologinya, vaksin digunakan untuk mencegah jangkitan. Oleh itu calun vaksin
HIV adalah mereka-mereka didalam gulungan beresiko tinggi seperti penagih dadah secara suntikan,
pelacur (dan pelanggannya) dan pengamal homoseks. Soalannya bilakan vaksin patut diberikan kepada
gulungan ini. Memandangkan gulungan ini dianggap sebagai antisosial di sesetengah negara (juga di
Malaysia), apakah pemberian vaksin kepada gulungan ini tidak disalah anggap sebagai menggalakkan
kejadian antisosial.

43
1

KEADAAN DI MANA SESEORANG ITU MENGALAMI

LOYA DAN MUNTAH MEMULAS DAN SAKIT PERUT

CIRIT BIRIT KADANG KALA DEMAM DAN


KESEJUKAN

BIASANYA GEJALA-GEJALA INI TIMBUL BEBERAPA JAM SELEPAS MEMAKAN


MAKANAN YANG TERCEMAR (BERACUN) ATAU BEBERAPA HARI KEMUDIAN
GEJALA YANG DI ALAMI BERBEZA ANTARA SESEORANG BERGANTUNG
KEPADA:

KETAHANAN SESEORANG

JENIS RACUN

JUMLAH RACUN TERMAKAN

UMUR SESEORANG

44
1

PUNCA UTAMA IALAH MAKAN MAKANAN YANG :


MENGANDUNGI TOKSIN DAN RACUN SEMULA JADI SEPERTI
KULAT, CENDAWAN, MAKANAN LAUT DAN SEBAGAINYA

TERCEMAR OLEH KUMAN YANG MERBAHAYA

TERCEMAR OLEH BAHAN-BAHAN KIMIA

TERCEMAR OLEH LALAT, HABUK DAN SEBAGAINYA

PENJAJA TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN PENJAJA TIDAK MENGAMALKAN


DIRI DAN GERAINYA KEBERSIHAN

MENJAMAH MAKANAN DENGAN


TANGAN KOTOR

PENJAJA MENDEDAHKAN MAKANAN PENGGUNA TIDAK PEDULI KEBERSIHAN


KEPADA LALAT, HABUK DAN LAIN- MAKANAN YANG DI BELI
LAIN.

45
1

MASAALAH INI BOLEH DI ATASI JIKA KITA SEMUA


PENGUNA MENUNTUT HAK KITA UNTUK
MEMILIH MAKANAN YANG DI JUAL OLEH PENJUAL YANG MENGAMAL KEBERSIHAN

MENJAUHI GERAI YANG KOTOR DAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN KEBERSIHAN

MENDAPATKAN SOKONGAN DARI KELUARGA DAN RAKAN SUPAYA MENJAUHI


GERAI YANG KOTOR

MENEGUR PENJAJA YANG TIDAK MENGAMALKAN KEBERSIHAN

MELAPUR PENJAJA YANG KOTOR KEPADA PEJABAT KESIHATAN ATAU MAJLIS


BANDARAN.

46
1

Strok adalah kerosakan otak yang mengejut di sebabkan oleh arteri yang tersekat atau pecah. Sakit
strok yang teruk boleh menyebabkan kematian ; yang kurang teruk akan menyebabkan anggota badan
menjadi lemah atau lumpuh.

Tanda dan gejala

Bergantung kepada bahagian otak yang terlibat.

Perubahan tahap kebolehan mental


Kurang sedar
Perubahan personaliti
Bermasaalah memahami percakapan
Lumpuh atau lemah di sebelah atau kedua- dua belah badan
Lumpuh atau lemah secara mengejut di muka, lengan atau kaki

Nadi laju dan kuat


Tarik-tarik atau sawan
Sakit kepala yang amat sangat
Hilang atau kurang penglihatan
Saiz anak mata tidak sama
Mulut atau mata "drooping"
Ketidakbolehan bercakap
47
1
Kesukaran bernafas
Hilang kawalan pundi kencing atau usus
Loya dan / atau muntah

TINDAKAN ANDA

1. Kekalkan saluran pernafasan terbuka

2. Lakukan hiperventilasi ke atas pesakit strok yang tidak sedar sekurang-kurangnya 20 kali seminit).

3. Biarkan pesakit berihat.


Letak pesakit yang tidak sedar dalam kedudukan 3/4 tiarap (kedudukan pemulihan)
Letak pesakit yang sedar atas belakangnya dengan kepala dan bahu diangkat sedikit untuk
mengurangkan tekanan ke atas otak.

4. Lindungi pesakit dari kecederaan bila di angkat atau di gerakkan semasa konvulsi.

5. Jangan biarkan pesakit jadi terlalu panas.

6. Jangan beri apa-apa melalui mulut kepada pesakit.

48
1

Kecederaan sedutan boleh di sebabkan oleh :

Tersedut haba
Tersedut bahan kimia merbahaya, asap atau gas api yang lain
Tersedut karbon monoksid

Saluran pernafasan sebelah atas amat senang tersekat selepas


terdedah kepada udara yang amat panan. Membran mukus mungkin
terbakar dan bengkak, akan menyekat saluran pernafasan

Api menyebabkan masalah lain selain dari terbakar. Asap dari mana-mana kebakaran mengandungi

bahan beracun. Bahan-bahan ini boleh membakar kulit, mendatangkan iritasi kepada mata,

mencederakan saluran pernafasan, menyebabkan pernafasan terhenti dan kadangkala menyebabkan

jantung terhenti.

Tanda dan gejala sedutan asap

Terbakar di muka
Bulu mata dan hidung mungkin terbakar
Deposit karbon dan radang di mulut dan tekak
Nafas bernau asap
Karbon terdapat dalam kahak
Susah untuk bernafas
Sakit dada
Susah untuk batukRunsing dan resah gelisah
Sejarah terdedah kepada asap atau semasa tidak sedar terdedah kepada asap atau api

TINDAKAN ANDA

Alihkan mangsa ke kawasan bebas asap kalau selamat untuk


bertindak demikian
Pastikan tahap kesedaran mangsa jika dalam keadaan pengsan
Letak mangsa dalam kedudukan pemulihan
Sentiasa memerhati nadi dan pernafasan mangsa. Jika tiada
Mulakan CPR
Panggil bantuan perubatan secepat mungki
49
1

Karbon monoksid (CO) adalah gas yang tidak berwarna , tidak berbau dan tidak boleh di rasa yang di
keluarkan oleh bembakaran bahan api organik. Punca biasa adalah pembakaran di dalam enjin otomobil,
dapur kayu, arang barbecue. Bila pembakaran berlaku dalam ruang tertutup, CO boleh mencapai
paras toksid dengan cepat. Gas ini sukar di kesan dan boleh memberi kesan kepada mangsa tanpa ia
menyedarinya

Tanda dan gejala

Kesan keracunan CO paling di rasai di otak dan jantung, yang mempunyai aliran darah
serta keperluan oksigen yang banyak.

Badan secara keseluruhan


Sakit kepala
Resah gelisah dan keliru
Fikiran tidak menentu
Dalam keadaan teruk mangsa mungkin pitam atau tidak sedar

Pernafasan
Sesak nafas
Kadar pernafasan meningkat
Sakit dada
Dalam keadaan yang teruk, pernafasan mungkin terhenti

Mata, telinga, hidung dan tekak


Warna kebiruan terutama pada bibir

Kulit
Warna kebiruan pada kuku jari
Kulit kelihatan pucat

Sistem penghadzaman
Rasa loya dan muntah

Jantung dan saluran darah


Denyutan jantung tidak teratur
Nadi cepat
Tekanan darah menurun

Sistem saraf
Renjatan
Sawan
Dalam keadaan teruk mangsa akan koma

Pada paras CO yang tinggi, kegagalan jantung dan paru-paru akan berlaku dan kematian mungkin
berlaku.

Anda harus mengesyaki keracunan karbon monoksid dalam semua mangsa yang tidak sedar yang di
temui di tempat kebakaran.
50
1

TINDAKAN ANDA

Pengendalian

Matlamat utama semasa mengendalikan mangsa adalah :

Untuk mengurangkan paras karbon monoksid dalam darah


Untuk meninggikan paras oksigen dalam darah

Kendalikan seperti berikut :

Tentukan anda tidak membahayakan diri sendiri semasa anda menghampiri tempat kejadian,
gunakan alat pernafasan tertutup
Alihkan mangsa dari punca karbon monoksid. Jangan berada di situ lebih lama dari yang perlu
Lakukan tinjauan awal dan bantu yang mana perlu
Beri mangsa 100% oksigen mengunakan topeng sehala dengan kadar 10 liter seminit
Periksa untuk kecederaan dan beri bantuan secepat mungkin
Bersedia untuk melakukan CPR jika nadi dan pernafasan terhenti
Hantar mangsa secepat mungkin kehospital

51
1

1. Demam adalah tanda yang menunjukkan tindakbalas tubuh badan jika terdapat nya
jangkitan kuman kepada tubuh badan kita. Suhu tubuh akan meningkat pada paras lebih dari
suhu badan yang biasa ia itu 37 C.

2. Demam dalam keadaan sederhana tidak bahaya, tetapi jika suhu meningkat hingga 39 C
atau berlaku kepada kanak-kanak adalah amat bahaya kerana boleh menyebabkan sawan
jika di biarkan berterusan.

Jika demam yang sederhana, tiada rawatan di perlukan. Sistem ketahanan


Dalam tubuh badan kita akan bertindak melawan jangkitan kuman tersebut.
Biarkan pesakit berehat dan kalau boleh minum, berikan minuman sejuk
kepada pesakit.

Jika demam masih berterusan, beri tuaman sejuk keseluruh badan terutama di
bahagian dahi , leher, dada dan bahagian pelipat anggaran 5 10 minit atau
badan pesakit mula terasa sejuk. Berhenti seketika tuaman sejuk tersebut.
Jika suhu badan naik semula , mulakan tuaman sejuk tersebut .
TINDAKAN ANDA Jangan selimut atau pakai pakaian yang tebal kerana ini akan menyebabkan
suhu naik semula.

Paracetamol dalam sukatan yang biasa boleh di berikan untuk membantu


menurunkan suhu badan pesakit. Tetapi jika demam masih berterusan,
bawa pesakit kehospital untuk rawatan selanjutnya.

Jangan selimutkan pesakit


Jangan gunakan pakaian yang tebal
Jangan beri tuaman sejuk berlebihan

52
1

Mengapa Anda Perlu Mempelajari CPR


Dengan membaca manual ini anda dengan sendirinya telah mempelajari cara
mengendalikan CPR. Mungkin seseorang yang anda kasihi di serang penyakit
jantung atau pun pekerjaan anda lakukan memerlukan anda menyediakan diri
untuk mengatasi sebarang kecemasan perubatan. Kemahiran CPR juga mungkin
menjadikan anda seorang warga negara yang berguna.

Walau bagaimana pun, ingatlah CPR boleh menyelamatkan nyawa. Kerja keras
dan apa yang anda pelajari akan mendatangkan faedah. Pada tahun 1990,
penyakit Jantung telah menyebabkan 900,000 kematian, 500,00 disebabkan
serangan sakit jantung. Kebanyakkan daripada nya adalah kematian mengejut.
Lebih kurang 2/3 daripada kematian adalah disebabkan serangan sakit
jantung berlaku sebelum mangsa sampai ke hospital. Kebanyakkan daripada
kematian ini boleh dielakan jika mangsa mendapat pertolongan segera, jika
seseorang yang terlatih dalam CPR menjalankan langkah menyelamat yang betul
sehinggalah para professional yang terlatih mengambil alih.

53
1

CPR Orang Dewasa (One-Rescuer CPR : Adult)


1. Penilaian - Tentukan mangsa tidak sedarkan diri
Assessment : Determine unresponsiveness - Tap and shout " Are you OK?"

2. Cuba dapatkan bantuan dan panggil Ambulan


Activate EMS system

3. Betulkan kedudukan mangsa

Position the victim

4. Buka saluran pernafasan - Dongakkan kepala dan angkat dagu


Airway - Open the airway (head tilt - chin lift)

5. Penilaian Pernafasan - Tentukan mangsa tidak bernafas - Dengar bunyi pernafasan, rasa haba
panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa, lihat pergerakan dadanya (5 - 10 saat)
Breathing - Assessment : Determine breathlessness - Look at the chest for movement,
Listen for the sounds of breathing, feel for breath on your cheek

6. Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 kali pernafasan (1 1/2 - 2 saat setiap hembusan)
If the victim is not breathing, give 2 slow breaths (1 1/2 - 2 seconds per breath)

7. Penilaian Peredaran darah - Tentukan ketiadaan nadi karotid (5 saat) jika tidak pasti samaada
nadi atau tidak teruskan CPR

54
1
Circulation - Assessment : Determine pulselessness - feel for the carotid pulse. If not sure
start CPR

8. Jika tiada nadi, lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali tekanan keatas tulang
sternum sedalam 1 1/2 - 2 inchi mengikut kadar 100 kali tekanan seminit di ikuti 2 hembusan
pernafasan. Lakukan 5 pusingan 2 minitITsebelum periksa nadi
If no pulse, begin 30 chest compression - 1 1/2 - 2 inches at a rate of 100 per minute
followed by 2 slow rescue breaths. Continue for five cycles for 2 minute before checking
for pulse

9. Selepas 5 pusingan, periksa nadi semula. Jika tiada nadi teruskan pusingan semula sehingga
perkara berikut berlaku :
a. Sehingga Ambulan sampai
b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil alih dari penyelamat
c. Sehingga mangsa ada nadi dan nafas
d. Sehingga penyelamat keletihan untuk meneruskan
At the end of 5 cycles, check for return of pulse. If no pulse, resume CPR or until:
a. Ambulance arrive
b. somebody who knows CPR take over
c. victim has pulse and breathing
d. until the rescuer too tired to continue.

10. Jika nadi ada, pastikan mangsa bernafas. Jika tiada bernafas - beri bantuan pernafasan sekali
hembusan setiap 5 saat dengan kadar 12 kali seminit
If there is a pulse but no breathing, give 1 rescue breath every 5 seconds at the rate of 12
times per minute

11. Jika mangsa sudah mula bernafas - pastikan tahap kesedaran mangsa semula, jika masih tidak
sedar diri, letak mangsa dalam kedudukan pemulihan sehingga bantuan perubatan tiba. Setiap
5 minit periksa nadi dan pernafasan
If the victim is breathing, assess for unresponsiveness. If still unconscious, place the
victim in the recovery position until ambulance arrive. Every 5 minutes always check for pulse
and breathing.

55
1

CPR UNTUK BAYI (CPR FOR INFANT)


A. Saluran Pernafasan Air Way

1. Penilaian : Tentukan mangsa tidak sedar - gerakkan bahunya dengan perlahan

Assessment : Determine unresponsiveness tap the shoulder gently

2. Dapatkan bantuan call for help

3. Buka saluran nafas - dongakkan kepala dan angkat dagunyaOpen the Airway Head tilt and Chin
Lift

B. Pernafasan

4. Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. Rasa, dengar dan lihat pernafasan mangsa
Breathing - Assessment : Determine breathlessness - look, listen and feel for breathing

5. Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 kali bantuan pernafasan perlahan - lahan. Tutup mulut dan
hidung bayi dengan mulut anda semasa hembusan di berikan
If the victim is not breathing, give 2 gentle rescue breaths, Close infant mouth and nose together
while giving rescue breath.

C. Peredaran Darah

6. Penilaian : Tentukan nadi brakial mangsa (Check for brachial pulse)

7. Jika tiada nadi, mulakan tekanan dada. Bayangkan satu garisan antara kedua puting mangsa.
Letak 2 jari dengan jarak satu jari di bawah garisan tersebut. Tekan dada 1/2 hingga 1 inchi
dengan kadar tekanan 30 kali di ikuti 2 hembusan nafas. Lakukan 5 pusingan
If no pulse, begin chest compressions. Imagine a line drawn between the nipples, and place
your index finger below that line in the center of the chest. Place the middle and ring fingers next to
the index finger. Use the middle and ring fingers to compress the sternum 1/2 - 1 inches with a
compression ventilation ratio of 30:2 Continue for 5 cycle.

8. Selepas 5 pusingan, periksa nadi brakial semula. Jika masih tiada nadi, teruskan pusingan semula.
Jika nadi ada, pastikan mangsa bernafas. Jika tiada, beri bantuan pernafasan 1 hembusan setiap 3
saat dengan kadar 20 kali seminit
After 5 cycles, check the brachial pulse. If the pulse return, check for breathing. If there is no
breathing, give 1 rescue breath every 3 seconds - 20 times per minute

9. Jika mangsa mula bernafas, letak mangsa dalam kedudukan pemulihan (If there is breathing, place
in the recovery position

56
1

MANGSA TERCEKIK UNTUK ORANG DEWASA


(ADULT CHOKING VICTIM)
1. Tanya mangsa sama ada beliau boleh bercakap
Determine if victim is able to speak or cough

2. Jika boleh bercakap, galakkan mangsa batuk sehingga benda asing yang tersekat dapat
dibatukan keluar (If the victim can speak, encourage the victim to cough out the foreign body by
himself)

3. Jika mangsa tidak boleh bercakap dan batuk, lakukan tekanan abdomen . Berdiri di belakang
mangsa dan letakkan kedua tangan anda di keliling abdomen nya. Buat genggaman pada satu
tangan dan pegang genggaman tersebut dengan tangan yang satu lagi. Letak genggaman
tersebut antara pusat dan tulang ulu hati dan tekan arah kedalam dan keatas. Jika mangsa yang
gemuk atau perempuan mengandung, buat tekanan pada tengah - tengah dada arah kedalam

(If the victim cannot talk to you or cough, stand behind victim and wrap your arms around victim's
waist. Press fist into abdomen with quick inward and upward thrust. Perform abdominal thrust until
the foreign body is expelled or the victim becomes unconscious)

4. Jika mangsa tiba - tiba pengsan - Secepat mungkin minta seorang panggil Ambulan
If the victims suddenly fall unconscious, immediately asked somebody to call for the ambulance

5. Buka mulut mangsa dengan teknik tekan lidah dan angkat dagu. Cuba korek keluar benda asing
tersebut, jika tidak berjaya, cuba hembus nafas kemulut mangsa.
Open the victim mouth using tongue and jaw lift technique. Try to sweep out foreign body using
finger, if not success, Attempt rescue breathing.

6. Jika saluran pernafasan mangsa masih tersekat, lakukan tekanan abdomen dengan berlutut
sebelah menyebelah paha mangsa. Letak tumit tapak tangan antara pusat dan tulang ulu hati.
Letak tangan sebelah lagi di atas tangan yang pertama dan tekan arah keatas
Attempt rescue breathing, if airway is obstructed, perform abdominal thrust - kneel astride the
victim's thigh. Place the heel of one hand on the victim's abdomen, place the
second hand on top of the first. Press upward thrust

57
1

7. Selang - seli teknik ini :


Buka mulut mangsa, korek benda asing
Beri hembusan semula
Tekanan Abdomen
Repeat sequence until successful - Finger sweep, rescue breathing attempt and abdominal thrust

8. Lakukan sehingga benda asing tersebut dapat di korek keluar atau hembusan dapat diberikan

Repeat until the foreign body is out or able to give rescue breathing

9. Jika mangsa yang gemuk atau perempuan mengandung, lakukan tekanan dada Seperti teknik
CPR
For victims who are in advanced pregnancy or are obese, perform chest thrusts. Press backward thrusts.

58
1

Bayi tercekik (Obstructed Airway Infant)


1. Penilaian : Pastikan tahap kesedaran (Assessment : Determine unresponsiveness)

2. Panggil Bantuan (Call out for help)

3. Buka saluran pernafasan Dongak kepala, angkat dagu (Open the airway - Head tilt - chin lift)

4. Penilaian : Pastikan mangsa bernafas

Assessment : Determine breathlessness - look, listen and feel for breathing

5. Cuba beri bantuan pernafasan (Try to give rescue breaths)

6. Jika tersekat, betulkan kedudukan kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan.
If obstructed, reposition the head and try to give rescue breaths

7. Jika masih tersekat, panggil ambulan ( If still obstructed, activate the EMS)

8. Beri tepukan belakang 5 kali dan tekanan dada 5 kali (Deliver 5 back blows and 5 chest thrusts)

9. Lakukan teknik tekan lidah angkat dagu dan korek benda asing jika nampak

Perform tongue - jaw lift and remove foreign object if you see one

10. Cuaba lagi bantuan pernafasan, jika masih tidak boleh ( Try again to give rescue breathing, if still
cannot)

11. Ulang semula sehingga berjaya (Repeat the step until successful )

59
1

60

Das könnte Ihnen auch gefallen