Sie sind auf Seite 1von 2

Salam sejahtera

Adanya pelaksanaan pendidikan inklusif di Malaysia telah membantu Murid


Berkeperluan Khas di negara kita ini. Hal ini kerana adanya pendidikan inklusif ini
maka pelajar berkeperluan khas akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan
kanak-kanak yang cukup sifat. Dimana terdapat tahap murid berkeperluan khas
ini dan bukan semua daripada mereka mempunyai tahap kecacatan yang teruk.
Tetapi ada diantara mereka ini yang mampu untuk belajar di kelas aliran perdana
dan dapat memahami pembelajaran dalam kelas aliran perdana. Oleh itu, adanya
pendidikan inklusif ini akan membantu golongan tersebut untuk memasuki kelas
aliran perdana dan belajar bersama dengan pelajar yang sempurna sifatnya.
Selaras dengan matlamat iaitu Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang
kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama
murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya
tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh
diminimakan jika diberi peluang yang sama. Oleh yang demikian, pendidikan
inklusif merupakan suatu langkah yang sememangnya patut diambil dan
dilaksanakan di Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dan peduli
akan keperluan masyarakat. Sekian dan terima kasih.

Forum 4
Co-Teaching merupakan salah satu kaedah pengajaran yang dilihat berkesan bagi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Pendidikan Inklusif. Terdapat 6 kaedah pendekatan yang digunakan dalam teknik
Co-Teaching. Nyatakan dan jelaskan secara terperinci mengenai 6 kaedah pendekatan Co-Teaching
serta kebaikan menggunakan kaedah tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan
Inklusif.

Salam sejahtera
Co-Teaching merupakan suatu kaedah pengajaran yang dilihat berkesan bagi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Inklusif. Dalam co-teaching ini terdapat beberapa jenis ataupun
kaedah yang boleh digunakan. 6 kaedah pendekatan itu antaranya seorang ajar, seorang memerhati
dimana seorang guru akan mengajar dan seorang lagi akan memerhati murid-murid dan
mengumpulkan maklumat yang dapat digunakan untuk pengajaran berikutnya. Sebelum pengajaran
kedua guru akan menentukan maklumat yang ingin diajar dan selepas pengajaran pula mereka akan
bersama menganalisis maklumat yang diperoleh dari kelas.

Kedua, seorang ajar, seorang bantu dimana dalam kaedah ini guru itu akan mengajar dan guru kedua
akan memerhatikan murid serta membantu murid-murid mengikut keperluan murid tersebut. Kaedah
ketiga ialah pengajaran selari iaitu murid-murid dibahagikan menjadi dua kumpulan yang berbeza, dan
setiap kumpulan diajar oleh seorang guru. Walaupun tajuk pengajaran yang sama untuk kedua-kedua
kumpulan, namun guru-guru boleh menggunakan kaedah, gaya, dan konteks mengajar yang berbeza.

Keempat, kaedah pengajaran stesen dimana murid bergilir-gilir melalui stesen manakala setiap guru
mengajar murid di setiap stesen. Pada stesen tertentu, murid akan melakukan kerjanya secara
bersendirian. Pengajaran gur-guru dapat dipelbagaikan agar sesuai dengan keperluan murid. Murid
akan dapat melakukan tugasnya di beberapa stesen.

Kelima, kaedah pengajaran alternatif dimana kelas dibahagikan menjadi satu kumpulan kecil dan satu
kumpulan besar, dan setiap kumpulan mendapat pengajaran yang sedikit berbeza. Murid dapat
ditempatkan di satu kumpulan atau dapat memilih kumpulan sendiri. Sebaik-baiknya murid-murid tidak
selalu diletakkan dalam kumpulan yang sama.
Akhir sekali iaitu keenam, dimana ianya adalah kaedah pengajaran berpasukan. Dimana dua orang
guru menyampaikan pengajaran pada masa yang sama dan bertukar tugas di kelas. Mungkin tidak
akan jelas siapa guru inti dan siapa guru pendukung. Ia merupakan co-teaching yang paling
canggih.

Setiap daripada kaedah itu mempunyai kebaikannya yang tersendiri dan secara umum co-teaching
dapat membimbing murid kearah cara belajar yang berkesan serta mengajar erti berpasukan untuk
beberapa kaedah tertentu. Selain itu juga akan wujudnya aktiviti saling sokong menyokong diantara
ahli kumpulan ataupun kelas.

Kesimpulannya, co-teaching merupakan satu jenis kaedah pengajaran bagi pendidikan inklusif yang
dapat mengasimilasikan murid berkeperluan khas dengan kanak-kanak cukup sifat. Sekian dan terima
kasih.

Das könnte Ihnen auch gefallen