Sie sind auf Seite 1von 41

Nama

: Nur Faizah Safiyyah Binti Nor


Fairul
Kelas
: 1 Muzaffar
Bidang Kerjaya Yang Dipilih
: Peguam
Sekolah
: Sekolah Menengah King

George V
Bahagian A

Isi Kandungan

Penghargaan

Bahagian B

Bahagian C

Bahagian D

Bahagian E
Alhamdulillah, dengan nikmat yang
dikurniakan akhirnya saya dapat menyiapkan
juga Folio Kerjaya ini dalam tempoh yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan
jayanya tanpa menghadapi sebarang
masalah yang boleh mengendalakan
perjalanan semasa menyiapkan kerja ini.

Saya Nur Faizah Safiyyah Binti Nor


Fairul ingin merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Guru Kauseling
SMK KGV kerana telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan kepada saya.

Dan tidak lupa juga ibu bapa saya


yang banyak membantu dan memberi
dorongan semasa menyiapkan Folio Kerjaya
ini.
Pengesahan
BAHAGIAN
B
Pengenalan Kerjaya

Kerjaya merujuk kepada bagaimana individu


melihat diri mereka dan hubungannya
dengan apa yang dilakukan. Ianya juga
merujuk kepada apa yang dicita-citakan
oleh individu sepanjang kehidupannya.
Selain daripada itu, kerjaya juga merujuk
kepada kerja dan tingkahlaku yang
dilakukan oleh individu yang mengambil
tempat sepanjang kehidupannya.

Pemilihan kerjaya pada masa kini


merupakan satu cabaran besar yang perlu
dilalui oleh semua individu yang bakal
menempuhi alam pekerjaan. Seringkali
didengari rungutan pelbagai pihak tidak kira
di media massa seperti televisyen dan
akhbar, dan juga menjadi perbualan harian
masyarakat Malaysia tentang masalah
kekurangan pekerjaan yang terpaksa
ditempuhi para graduan. Justeru, pemilihan
program yang sesuai di universiti
terutamanya sangat penting kepada para
pelajar. Kesilapan membuat pilihan kursus
yang kurang mempunyai peluang pekerjaan
akan membuatkan para graduan terpaksa
menganggur atau memilih kerjaya yang
tidak sesuai dengan kelulusan.
Peluang kerjaya pada masa kini tidak lagi
terbatas kepada kerjaya seperti doktor,
guru, jurutera, peguam dan sebagainya
yang telah mengambil tempat sejak
puluhan tahun dahulu. Seiring dengan
perkembangan teknologi dan keterbukaan
masyarakat pada masa kini, wujud
pekerjaan seperti ethical hacker, web
designer, web developer, professional diver,
professional skateboarder,kartunis, kerjaya
sebagai ahli sukan profesional dan
sebagainya yang mana satu ketika dulu
tidak diterima sebagai kerja. Justeru, adalah
penting bagi kaunselor untuk melengkapkan
diri dengan maklumat mengenai kerjaya
terkini agar dapat disebarkan kepada
pelajar dengan berkesan.
Definisi Kerjaya
Apa sebenarnya maksud kerjaya?Di sini saya
tujukan definisi kerjaya yang saya peroleh dari
Internet:

Menurut Zunker(2006,p.9) kerjaya


merujuk kepada aktiviti dan kedudukan
yang meliputipekerjaan dan tugas serta
mempunyai perhubungan sepanjang
kehidupan individu.

Omar Awang(2008,p.1)menyatakan
kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu
diwujudkan didalam kehidupan
seseorang.

Tolbert(1994) mendefinisikan kerjaya


sebagai satu rangkaian melibatkan diri
seseorang individu.Sesetengah individu
mungkin akan kekal dengan satu
pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya
sementara individu lain mungkin akan
bertukar-tukar pekerjaan.
Kerjaya

Kerjaya bermaksud perkembangan dan kemajuan


seseorang dari segi pekerjaan. Kerjaya selalunya
merujuk kepada jawatan tetap dan berjaya
menjadikan seseorang itu mencari nafkah hidup,
menyara kehidupan.
Konsep Kerjaya

Konsep tradisi mengenai karea adalah berkait


dengan perkembangan beransur menaiki hiraki
teratur dalam sesebuah organisasi atau
profesion.
Perubahan konsep kerjaya

Kerjaya merujuk kepada penggajian seseorang


dan peranan dalam hayat sepanjang jangka
hayat mereka. Versi kerjaya ini menjadikan ianya
jelas bahawa seseorang boleh maju melalui
kerjaya mereka secara melintang selain
menegak.

Bidang Kerjaya
Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan
sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
9. Bidang undang-undang

1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung
ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul
dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data
2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan,
sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi

3. Saintifik/Perubatan
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan
dan mempunyai kaitan dengan sains dan
masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik

4. Perkeranian dan Pentadbiran


(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan
dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan
merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha

5. Seni Reka dan Kreatif


(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta
bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan
sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek
6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka
cipta, membina atau membaiki peralatan mesin
dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding

7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan
menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik

8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial
atau melibatkan orang ramai)
Pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional

9. Undang-undang
Lawyer
Law Firm Administrator
Law Firm Marketer
Law Professor
Law School Dean
Paralegal(Legal Assistant)
Legal Secretary
Legal Investigate
Legal Publisher
Legal Writer
Legal Career Counselor
Legal Analyst
File Clerk
Banyak juga
Court Messenger
pekerjaan
Copy Center Professional dalam
bidang
Court Reporter
undang-
Contract Administrator undang ni!
Court Administrator
Court Interpreter

Kerjaya Pilihan : Lawyer Peguam

Pengenalan
Peguam ialah satu profesion yang sangat
menarik dan mempunyai masa depan yang
cerah. Profesion ini walaupun kadang-kala
nampak agak sukar namun jika kita betul-betul
memahami dan berminat untuk mendalaminya ia
tidaklah sesukar mana. Ia juga mempunyai
pelbagai cabang dan boleh dipilih mengikut
minat dan kemampuan seseorang. Bidang
guaman ini juga mampu menjadikan seseorang
lebih berbertanggungjawab dan amanah pada
tugas yang diberikan.

Sesungguhnya bidang ini memberikan banyak


cabaran kepada pengamalnya dan jika tidak
tahan dengan ujian kemungkinan seseorang
peguam itu boleh melakukan sesuatu yang
menyalahi etika dan peraturan seorang peguam.
Kadang inilah yang kadang-kala menyebabkan
timbul kes-kes di mana peguam pecah amanah,
menerima rasuah dan sebagainya. Oleh itu, jika
ingin menjadi peguam seseorang itu perlu
mempersiapkan dirinya sama ada dari segi
rohani, jasmani mahupun intelek agar dapat
mengawal diri daripada melakukan perkara-
perkara yang bertentangan dengan etika.
Seseorang manusia yang lemah dan tidak
berdaya untuk mempertahankan dirinya
memerlukan seorang pembela atau wakil bagi
menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang
peguam mempunyai obligasi untuk membantu
seseorang yang memerlukan bantuan ini dan
akan memberikan khidmat guaman kepada
pelanggannya untuk memenuhi harapan dan
permintaannya mereka. Anak guam biasanya
mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya
daripada peguam agar dia boleh memenangani
kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman
diringankan melalui proses rayuan ke Mahkamah
yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan
membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu
kes berlandaskan kepada prinsip keadilan.

Maka itu, sewajarnya seseorang peguam itu


mempunyai kelayakan yang membolehkannya
dilantik menjadi seorang peguam untuk mewakili
anak guamnya di dalam mahkamah. Seseorang
peguam ditugaskan untuk membela anak
guamnya di mana-mana mahkamah dalam kes
yang mana mahkamah tersebut mempunyai
bidang kuasa terhadap kes yang akan
dibicarakan. Peguam Syarie akan beramal di
Mahkamah Syariah manakala peguam sivil pula
akan Mahkamah Syariah memandangkan
pentadbiran Mahkamah Syariah di bawah bidang
kuasa kerajaan negeri di Malaysia.

Apakah tugas-tugas seorang peguam?


Mewakili pelanggan di mahkamah rendah
atau mengarahkan barrister atau peguam
bela membela kes di mahkamah yang lebih
tinggi
Membantu pelanggan merundingkan
penyelesaian dalam hal yang melibatkan
pertikaian undang-undang
Mendraf perundangan dan menyediakan
peraturan kerajaan berdasarkan undang-
undang yang sedia ada
Memberikan nasihat undang-undang
berhubung dengan berbagai-bagai perkara
kepada pelanggannya (termasuk kerajaan)
dan Menjalankan urusan undang-undang bagi
pihak pelanggan
Menjalankan penyelidikan ke atas teori dan
prinsip undang-undang dan hubungannya
dengan undang-undang tertentu atau
penghakiman mahkamah
Menerima arahan dan membela di
mahkamah yang lebih tinggi
Menyediakan pembelaan atau kes bagi
plaintif atau defenden dan menjalankannya
di mahkamah
Memeriksa keadaan pertikaian atau jenayah
yang dilaporkan untuk memastikan fakta dan
implikasi undang-undangnya
Menyediakan dokumen undang-undang,
wasiat, afidavit, dan kontrak serta
mengendalikan sumpah
Bertindak sebagai pendakwa bagi pihak
kerajaan dalam kes jenayah

Ciri-Ciri Peribadi Yang Perlu Ada Pada


Seorang Peguam
Berminat dengan profesion ini
Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Memiliki kemahiran berkomunikasi
Berkebolehan menilai, meneliti dan
berpandangan jauh
Suka membaca
Mengikuti perkembangan semasa
Berdisiplin dan berfikiran matang

Syarat-syarat Perlantikan Seorang Peguam


Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus
memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana
Muda Undang-undang (L.L.B) serta perlu
mengikuti sekurang-kurangnya 9
bulan chambering sebelum diterima/melayakkan
diri sebagai peguam. Syarat-syarat kelayakan
bagi rakyat Malaysia untuk melayakkan diri
dalam bidang kerjaya peguam adalah di bawah
seksyen 10 dan 11 Akta dan tertakluk di bawah
seksyen 14 Akta, iaitu "orang layak" dan boleh
diterima menjadi seorang peguambela dan
peguam cara di Malaysia perlu memenuhi syarat-
syarat berikut:

Calon tersebut telah berumur 18 tahun pada


tarikh permohonan
Mempunyai keperibadian yang baik
Sama ada warganegara atau seorang
pemastautin tetap Malaysia
Berada di Malaysia mengikut tempoh yang
ditetapkan dalam latihan untuk melayakkan
diri.
Telah menjalani atau dikecualikan daripada
Bahasa Malaysia Qualifying Examination
yang dikendalikan oleh Lembaga.
Untuk melayakkan diri dalam bidang undang-
undang sebagai peguam, dan sebelum diterima
menjadi peguam (called to bar), calon tersebut
mestilah membuat chambering iaitu kursus dan
latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-
mana firma guaman yang dikendalikan oleh
peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam
sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sepanjang
tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk
mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang
berkaitan dengan amalan guaman khususnya
perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di
universiti. Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa
Malaysia Qualifying Examination yang dijalankan
oleh badan penilaian seperti yang tertera di
bawah Legal Profession Act. Pengecualian
menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan
berdasarkan keputusan Bahasa Melayu peringkat
SPM. Bahasa Malaysia Qualifying Examination di
bawah seksyen 5(f) dan 11(2). Peperiksaan ini
mengandungi satu ujian lisan untuk menguji
kemahiran dalam Bahasa Malaysia sebelum
dibenarkan menyertai kerjaya ini.

BAHAGIAN
C
Syarat Melanjutkan Pengajian Dalam Bidang
Guaman

Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara


untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang iaitu :
SPM/SPMV
Lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti program
tajaan JPA dan MARA di luar negara. Syarat
yang diperlukan adalah lulus tidak kurang
tiga kepujian dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris, Sejarah, Matematik serta subjek
sains dan teknikal.

STPM
Dengan menggunakan keputusan STPM iaitu
sekurang-kurangnya tiga prinsipal C, para
pelajar boleh meneruskan cita-cita mereka
dalam bidang undang-undang peringkat
ijazah di UM, UKM, UIAM dan UUM.

Matrikulasi
Lepasan SPM boleh mengikuti kursus
matrikulasi selama satu tahun. Selepas itu,
mereka boleh meneruskan pengajian
undang-undang di peringkat ijazah pertama.
Kursus ijazah ini mengambil masa empat
tahun.

Universiti Teknologi Mara


Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti
kursus matrikulasi undang-undang dan
kemudian mengikuti kursus Sarjana Muda
Undang-undang. Bagi mereka yang memiliki
Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang
atau Perakaunan dari UiTM, mereka boleh
memasuki UM untuk mengikuti Ijazah
Pertama Undang-undang.

A Level
Bagi mereka yang memiliki A Level, mereka
biasanya mengikuti kursus di luar negara
seperti di United Kingdom, , Ireland, Australia
dan New Zealand (STPM juga boleh
digunakan) memakan masa empat tahun
sementara di United Kingdom dan Ireland
mengambil tiga tahun.

South Ausralian Matriculation


Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke
Australia tetapi boleh digunakan untuk
kemasukan ke United Kingdom dan New
Zealand.

Sijil Amalan Guaman


Para graduan yang mengikuti kursus di
United Kingdom dan Ireland dikehendaki
menduduki Bar Course. Peluang ini diberikan
kepada pelajar yang mendapat kelas dua
atau kepujian. Bagi mereka yang gagal dalam
peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar
yang lain, mereka bolehlah mengambil ujian
untuk Sijil Amalan Guaman (Certificate of
Legal Practice)di UM.

Walau bagaimanapun, tanpa sijil ini mereka


masih boleh diterima untuk menjawat
pelbagai jawatan di bidang atau jurusan, lain
seperti di badan-badan perundangan atau
kehakiman kecuali peguam. Para graduan
dari IPT di Singapura, New Zealand dan
Australia dikecualikan daripada mengambil
peperiksaan ini kerana mata pelajaran yang
diikuti adalah berbeza dengan mata
pelajaran yang diberi di Malaysia.

Senarai IPTA / IPTS Yang Menawarkan Bidang


Guaman
Malaysia

Universiti Malaya, Bachelor of Laws (LL.B)


Qualifying Board CLP
Institut Teknologi MARA ADIL
Universiti Islam Antarabangsa, Bachelor of
Laws (LL.B)
Universiti Kebangsaan, Bachelor of Laws
(LL.B)

Singapura

University of Singapore Bachelor of Laws


(LL.B)
National University of Singapore Bachelor of
Laws (LL.B)
University of Malaya in Singapore Bachelor of
Laws (LL.B)
United Kingdom

The Inner Temple Barrister-at-Law


The Middle Temple Barrister-at-Law
Gray's Inn Barrister-at-Law
Lincoln's Inn Barrister-at-Law
The Law Society Solicitor of the Supreme
Court of Judicature England

Ireland

King's Inn, Dublin Barrister-at-Law

Australia

Australian National University Bachelor of


Laws (LL.B)
University of Sydney Bachelor of Laws (LL.B)
University of Adelaide Bachelor of Laws (LL.B)
Monash University Bachelor of Laws (LL.B)
University of Melbourne Bachelor of Laws
(LL.B)
University of Western Australia Bachelor of
Laws (LL.B)
Macquarie University Bachelor of Laws (LL.B)
University of New South Wales Bachelor of
Laws (LL.B)
University of Queensland Bachelor of Laws
(LL.B)
University of Tasmania Bachelor of Laws
(LL.B)
University of Technology, Sydney Bachelor of
Laws (LL.B)
Bond University, Queensland Bachelor of
Laws (LL.B)
Murdoch University Bachelor of Laws (LL.B)
Queensland University of Technology
Bachelor of Laws (LL.B)

New Zealand

University of Auckland Bachelor of Laws


(LL.B)
University of Centerbury Bachelor of Laws
(LL.B)
Victoria University of Wellington Bachelor of
Laws (LL.B)
University of Otago Bachelor of Laws (LL.B)
University of Waikato Bachelor of Laws (LL.B)

BAHAGIAN
D Prospek Masa Depan
Sebaik sahaja seseorang pelajar undang-undang
lulus dengan Ijazah Sarjana Muda dari mana-
mana fakulti undang-undang yang diiktiraf,
sebagai graduan undang-undang, dia kini boleh
memilih beberapa peluang kerjaya.
Biasanya, peluang yang jelas bagi graduan
undang-undang ialah:
1.peguam bela @ peguam cara
2.majistret
3.penasihat undang-undang
4.peguam syarie (dengan mengambil kertas khas
ataupun berdasarkan pengkhususan semasa di
universiti)

Walau bagaimanapun, sebagai graduan undang-


undang bukan semestinya akan menjadi mana-
mana seperti 1-4 di atas. Menjadi graduan dalam
apa-apa bidang sekalipun, ia adalah sebagai 1
loncatan semata-semata.

Yang penting kita kena kreatif dalam memilih


kerjaya.
Bercakap tentang peguam, ramai yang ingin
tahu lebih lanjut tentang perbezaan jawatan
peguam itu sendiri sepeti peguam bela, peguam
cara, ataupun peguam syarie.

Sekiranya graduan tadi memilih untuk menjadi


seorang peguam, dia hendaklah mencari satu
firma guaman. Di dalam firma tersebut, dia
hendaklah mngenal pasti sama ada peguam
yang memiliki ataupun bertugas di firma tersebut
telah menjadi peguam dalam tempoh 7 tahun
berturut-turut. Hanya peguam senior itu yg boleh
menerima graduan tadi sebagai peguam terlatih.
Peguam yang mempunyai tempoh amalan
kurang daripada 7 tahun tidak boleh menerima
mana-mana peguam pelatih ataupun chambering
student.

Untuk mndapat kelayakan sebagai peguam yang


bertauliah, peguam pelatih akan mndapatkan
tunjuk ajar daripada peguam senior tadi selama
9 bulan. Sebaik-baik sahaja dia tamat tempoh
tersebut, satu majlis khas akan diadakan di
Mahkamah Tinggi dan pada ketika itu peguam
pelatih tadi akan diisytiharkan oleh hakim
sebagai seorang peguam bela atau peguam cara.

Mulai daripada tempoh tersebut, dia sudah boleh


digelar peguam bertauliah.

Di Malaysia, seorang peguam yang bertauliah


secara automatik akan diberikan status peguam
bela atau peguam cara. Secara kasar, peguam
bela ialah peguam yang hadir ke mahkamah dan
menjalankan perbicaraan kes di mahkamah.
Sementara peguam cara ialah peguam yang
menguruskan surat-surat cara, perjanjian serta
urusan jual beli tanah, penyewaan ataupun apa-
apa urusan yang tidak melibatkan peguam itu ke
mahkamah.
Mana-mana graduan undang-undang yang tidak
mengikuti program latihan selama 9 bulan di
firma guaman, tidak layak bergelar peguam.

Sebagai contoh, jika graduan tersebut berminat


untuk menjadi majistret atau hakim, dia boleh
terus memohon jawatan tersebut tanpa melalui
proses chambering tadi. Begitu juga dengan
jawatan penasihat undg-undang syarikat.

Peguam syarie pula ialah peguam yang khusus


menguruskan kes-kes di mahkamah syariah
sahaja. Hanya peguam yang beragama Islam
sahaja layak untuk menjadi peguam syarie.
Peguam syarie perlu mengkhusus dalam bidang
guaman syarie semasa di universiti ataupun
graduan undang-undang biasa yang mengambil
diploma guaman syarie selepas tamat pengajian.

Apabila menjadi peguam bela atau peguam cara,


peguam itu boleh sahaja hadir di mana-mana
mahkamah di Semenanjung ataupun mahkamah
di Sabah dan Sarawak. Tetapi seorang peguam
syarie di Kuala Lumpur misalnya, tidak boleh
hadir bertugas di mahkamah-mahkamah negeri
lain, melainkan beliau mendapat tauliah daripada
negeri yg berkenaan.

Hal ini disebabkan tauliah peguam syarie


dikeluarkan oleh setiap negeri. Ertinya, jika
peguam syarie tersebut ingin menjalankan
amalannya dalam setiap negeri di Malaysia,
beliau hendaklah memiliki 14 jenis tauliah
peguam syarie. Itulah keunikan sebagai peguam
syarie.

Ketika menonton di kaca televisyen, seringkali


kerjaya sebagai peguam (baik sivil mahupun
syariah) digambarkan sebagai suatu bidang yang
penuh dengan glamor dan mengujakan.
Kebanyakan daripada kita apabila menonton
televisyen sering disajikan dengan suasana
perbicaraan mahkamah di mana para peguam
mengemukakan hujah-hujah bernas yang
mengejutkan hakim dan juga pihak lawan, dan
akhirnya memenangi kes tersebut. Ada juga
segelintir masyarakat yang mengatakan bahawa
seorang peguam sudah pasti kaya dek kerana
yuran khidmat guaman yang mahal dikenakan
kepada anakguam mereka. Tetapi, adakah ini
sebenarnya terjadi pada kehidupan harian
seorang peguam?

Sebenarnya tidak, selain daripada imej mereka


yang dipaparkan melalui drama televisyen,
realitinya para peguam hanya menghabiskan
sedikit masa berhujah di hadapan hakim
(walaupun mereka mungkin menghabiskan
banyak masa mereka menunggu di dalam dewan
perbicaraan mahkamah sementara menanti
hakim masuk ke dalam dewan untuk memulakan
sidang kes atau menunggu giliran kes dipanggil).

Bagi setiap jam yang dihabiskan di dalam dewan


bicara mahkamah, para peguam sebenarnya
menghabiskan lebih banyak masa mereka
melakukan penyelidikan, menemubual
anakguam dan juga menyiapkan dokumen-
dokumen kes. Bahkan ramai di kalangan peguam
langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke
mahkamah.
GAJI PERMULAAN PEGUAM

Bagi seorang peguam yang memulakan


kerjayanya dengan gred L41 dan mempunyai
kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang
gaji mereka sebanyak RM2,100.00.

Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 1,700 5,200
Sektor Swasta (RM) : 1,960 4,280

BAHAGIAN
E
Peranan Peguam
Peranan sebenar peguam adalah sangat penting
tetapi sering dilihat sebagai hanya melibatkan
urusan duniawi sahaja. Para peguam berperanan
dalam menasihati anak guam mereka dalam
pelbagai urusan perundangan termasuklah
prosiding penceraian, jual beli hartanah,
pengambilan anak angkat, kontrak, isu-isu cap
dagang, prosiding jenayah dan juga prosiding
sivil. Mereka adalah orang yang berperanan
dalam menderaf dokumen-dokumen undang-
undang, perunding kepada kontrak bagi pihak
anakguam dan juga mewakili anakguam untuk
menghadiri prosiding mahkamah. Tugasan-
tugasan tersebut adalah merupakan peranan
sebenar para peguam baik peguam sivil
mahupun peguam syarie.

Cabaran

Seseorang law student tu wajib menguasai


bidang teori dan juga praktikaliti undang-
undang secara holistik. Maksudnya setiap
law student perlu menguasai bagaimana
nak menghubungkan teori undang-undang
yang mereka pelajari dengan realiti hidup
yang berlaku sama ada praktikali undang-
undang berlaku selaras dengan teori atau
tidak.
Apabila ada masalah berlaku, maka
students patut mengetahui bagaimana
untuk membetulkan masalah tu. Lecturers
akan beri bimbingan dan law students pun
patut banyak melakukan inisiatif sendiri
untuk memantapkan pengetahuan teori dan
praktikaliti undang-undangnya. InsyaAllah
boleh.

Kesimpulan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dengan lim
pah kurniaNya, dapat juga sayamenyiapkan folio
kerjaya ini.Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya
ini telah banyak membantu saya dalam
memilih bidang kerjaya dan kursus yang
bersesuaian dan bertepatan
dengan personaliti saya.

Selain itu, tugasan ini juga turut memberi


rangsangan kepada saya untuk meneruskan cita-
cita yang saya idam-idamkan sejak kecil lagi
sehingga saya berjaya mendapatkannya.Oleh
yang demikian, saya akan memastikan saya
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi
membuka peluang kepada saya
untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
undang-undang.

Selain itu, tugasan ini juga telah membuka mata


saya menyiapkan diri saya untuk memenuhi syar
at-syarat kelayakan ke universiti bagi
meneruskan cita-cita saya dalam bidang
perubatan dan seterusnya mengecapi matlamat
hidup saya.

BAHAGIAN
A
F
O
L K
I E
O R
J

Das könnte Ihnen auch gefallen