Sie sind auf Seite 1von 2

Puteri Gunung Ledang

Setiap rakyat Malaysia pada hari ini, boleh dikatakan mengetahui akan lagenda
yang satu ini, Puteri Gunung Ledang.
Sultan Mahmud Syah pada ketika itu baru sahaja kemangkatan
permaisurinya.Hibanya tidak terkata mengenangkan isteri yang telah tiada
meskipun baginda mempunyai isteri-isteri yang lain Namun pada suatu malam
baginda bermimpikan Puteri Gunung Ledang yang sangat cantik, jelita
sehinngakan baginda terpikat dengannya.Pada keesokan harinya,
SCENE 1
Sultan: Beta ingin menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai pengganti pemasuiri
beta yg telah mangkat.Beta mahu kalian berangkat ke Gunung Ledang untuk
menghantar rombongan meminang bagi pihak beta.
Hang Tuah : Baiklah tuanku, skrg juga patik berangkat ke sana.
Tun Mamat: Baiklah tuanku.
Sang Setia: Baiklah tuanku.
Maka, sebuah rombongan peminangan diadakan, diketuai oleh Hang Tuah sendiri
yang pada ketika itu telah pun tua, diiringi oleh Tun Mamat dan Sang Setia
.Apabila tiba di suatu kawasan, mereka menyedari kawasan sekeliling mereka
tidak lagi dikelilingi oleh pepohon hutan yang besar mahupun akar rotan yang
berselirat disana sini, sebaliknya, muncul rimbunan pokok bunga yang pelbagai
warna dan rupa. Malah udara yang mereka hirup bukan setakat dingin dan sejuk
malah berbau harum pula.
Rupanya mereka telah tiba di istana Puteri Gunung Ledang.Mereka pun masuk dan
berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang.

Scene 2
Hang Tuah: Patik ialah Hang Tuah
Tun Mamat: Patik ialah Tun Mamat
Sang Setia:Patik pula Sang Setia
Hang Tuah: Patik ialah utusan dari Sultan Mahmud Syah yg membawa titah
peminangan dari Baginda untuk Tuan Puteri.
Puteri Gunung Ledang:Patik akan menerima pinangan itu, tetapi dengan 7 syarat
iaitu,
"Sebuah jambatan emas yang dibina dari istana Melaka hinga ke puncak Gunung
Ledang, sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga
ke istana Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh
tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk
darah Raja Muda"
Terbeliak mata Hang Tuah, Tun Mamat, Sang Setia mendengar akan syarat-syarat
tersebut tetapi mereka sebaik mungkin cuba menyembunyikan perasaan itu. Kalau
difikir dan diamati, semua syarat itu semuanya mustahil untuk dipenuhi, dan kalau
benar pun, ia tentu mengambil masa bertahun-tahun untuk disempurnakan...
Maka mereka pun pulang lah ke istana dan bertemu dengan Sultan Mahmud Shah.
Scene 3
Hang Tuah: Ampun Tuanku, Puteri Gunung Ledang hanya akan menerima
pinangan Tuanku dengan 7 syarat.
Tun Mamat: 7 syarat itu ialah sebuah jambatan emas yang dibina dari istana
Melaka hinga ke puncak Gunung Ledang, sebuah jambatan perak yang dibina dari
puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka.
Sang Setia: Dan tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh
tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk
darah Raja Muda.
Sultan: Hmmmm..Beta sanggup untuk menunaikan kesemua syarat itu kecuali
semangkuk darah Raja Muda..Hmmmm.Beta tidak sanggup membunuh
anakanda kesayangan beta, malahan anakanda beta masih kecil..Kalau begitu
tidak mengapalah, Beta akan membatalkan hasrat untuk memperisterikan Puteri
Gunung Ledang

Das könnte Ihnen auch gefallen