You are on page 1of 3

Latihan Berformat SPM: [Graf Jarak-Masa]

1. KLT12K2BAS9 Rajah 9 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan sebuah kereta dan sebuah bas
dalam tempoh 150 minit. Graf AEB mewakili perjalanan kereta dari Bandar R ke Bandar S. Graf CDEF
mewakili perjalanan bas dari Bandar S ke Bandar R. Kereta itu bertolak dari Bandar R dan bas itu
bertolak dari Bandar S pada waktu yang sama dan melalui laluan yang sama.

Rajah 9
(a) Nyatakan tempoh masa, dalam minit, ketika bas itu berhenti.
(b) Cari jarak, dalam km, dari Bandar S apabila kedua-dua kenderaan bertemu.
(c) Hitung purata laju, dalam kmj-1, bas itu untuk keseluruhan perjalanan itu.
(d) Diberi purata laju kereta itu ialah 75 kmj -1, hitung nilai bagi t.
[6 markah]

2. TRG13K2BAS8 Rajah 8 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan sebuah kereta dan sebuah bas.
Graf PQR mewakili perjalanan kereta itu dari bandar A ke bandar B. Graf STQU mewakili perjalanan bas
dari bandar B ke bandar A. Kereta bertolak dari bandar A dan bas bertolak dari bandar B pada masa yang
sama dan melalui laluan yang sama.

(a) Nyatakan jarak, dalam km, bas dari bandar B ke tempat bas itu berhenti.
(b) (i) Jika perjalanan itu bermula jam 11.00 a.m., pukul berapakah kedua-dua kenderaan itu
bertemu?
(ii) Nyatakan tempoh masa, dalam minit, bas itu berhenti.
(c) Hitung purata laju, dalam kmj-1, bas itu bagi keseluruhan perjalanan.
[5 markah]
3. PRK12K2BAS10 Rajah 10 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan sebuah kereta dan sebuah
lori.

Rajah 10
Graf NPQRS mewakili perjalanan kereta itu dari bandar A ke bandar B. Graf JQK mewakili perjalanan
lori dari bandar B ke bandar A. Kereta itu bertolak dari bandar A dan lori itu pula bertolak dari bandar B
pada waktu yang sama dan melalui jalan yang sama.
(a) Nyatakan tempoh masa, dalam jam, kereta itu berhenti.
(b) (i) Jika perjalanan itu bermula jam 6.30 petang, pukul berapakah kedua-dua kenderaan itu
bertemu?
(ii) Cari jarak dalam km, dari bandar B apabila kedua-dua kenderaan itu bertemu.
(c) Hitung purata laju dalam kmj-1, kereta itu bagi keseluruhan perjalanan.
[5 markah]

4. KDH13K2BAS7 Graf PQRS mewakili perjalanan pelumba basikal X dari titik A ke titik B. Graf TU
mewakili perjalanan pelumba basikal Y dari titik B ke titik A. Pelumba basikal X bertolak dari titik A dan
pelumba basikal Y bertolak dari titik B pada waktu yang sama dan melalui jalan yang sama.

Rajah 7
(a) Nyatakan tempoh masa, dalam minit, pelumba basikal X berehat.
(b) Nyatakan jarak, dalam km, dari titik B di mana pelumba basikal itu bertemu.
(c) Hitungkan purata laju, dalam kmh-1, pelumba basikal X untuk keseluruhan perjalanan.
[6 markah]