Sie sind auf Seite 1von 2

Latihan 1

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di negeri-negeri terpilih di
Semenanjung Malaysia pada tahun-tahun yang diliputi.

Usaha mengawal peningkatan bilangan penagih dadah di negara kita menjadi keutamaan
kerajaan. Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah membantu pihak berkuasa
dalam mengesan penagih dadah di seluruh negara.

Pada tahun 2005, sebanyak 38 808 orang penagih dadah telah dikesan di seluruh negara.
Lebih separuh daripada bilangan penagih ini dikesan di negeri Johor, Pulau Pinang, Perak,
Kedah dan Wilayah Persekuruan Kuala Lumpur. Hal ini membimbangkan kerana sebahagian
besar daripada penagih ini terdiri daripada remaja.

Walaupun negeri Pulau Pinang lebih kecil saiznya berbanding dengan negeri-negeri lain,
tetapi bilangan penagih dadah paling ramai dikesan di negeri tersebut pada tahun 2005 dan
2006, masing-masing mencatat 6 403 orang dan 6 127 orang.

Bilangan penagih dadah di negeri-negeri lain juga menuniukkan penurunan, kecuali negeri
Kedah. Bilangan penagih dadah yang dikesan di Perak mencatatkan penurunan sebanyak
23.80% pada tahun 2006 berbanding dengan 3 340 orang pada tahun 2005. Pengurangan
bilangan penagih dadah yang dikesan ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan
dalam usaha kerajaan untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk
di negara ini.

Pada tahun 2005, bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur ialah 4 906 orang. iaitu kedua tertinggi sclepas Pulau Pinang. Memandangkan
Wllavah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat bandar raya utama di Malaysia, pihak
berkuasa telah berusaha membanteras kegiatan penyeludupan dan penyalahgunaan dadah di
bandar raya tersebut untuk menjaga imejnya. Kesannya, bilangan penagih dadah di bandar
raya tersebut. menurun sebanyak 2 889 pada tahun 2006 berbanding dengan bilangan penagih
dadah pada tahun 2005.

Begitu juga usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk membanteras penyeludupan
dadah di pintu masuk utama dari Singapura telah memperlihatkan kesan positif dengan
penurunan bilangan penagih dadah di Johor. Bilangan penagih dadah di Johor menurun kepada
2 329 orang pada tahun 2006 berbanding dengan 3 910 orang pada tahun 2005.

Walaupun bilangan penagih dadah di Kedah paling sedikit berbanding dengan negeri-negeri
lain pada tahun 2005, tetapi bilangannya meningkat sebanyak 28 orang, iaitu peningkatan
kepada 2 634 orang pada tahun 2006. Walaupun peningkatannya adalah sedikit, namun
peningkatan ini menggambarkan usaha kerajaan dalam membanteras penyalahgunaan dadah
di negeri tersebut belum berjaya berbanding dengan negeri-negeri lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri, 2006)

Das könnte Ihnen auch gefallen