Sie sind auf Seite 1von 16

CURRENT

AWARENESS
SERVICE

APRIL 2016
Issue No. 4 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

dato sri DR sharifah zarah syed ahmad


merasmikan pusat ilmu integriti sempena
ulang tahun integriti ke-12
CONTENTS / KANDUNGAN

04 05 06 07 09 11

whats in the news / BERITA TERKINI


09 GST: Isu Integriti
03 Syahredzan: Whistleblowers not immune to OSA 10 Peniaga perlu amalkan integriti tanpa waswas

SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS


news / berita
04 INTEGRIT langsungkan tiga acara serentak
11 Forum Perdana Ehwal Islam bincang kepentingan
integriti dalam mencari rezeki

integrity Art night / malam seni integriti

05 Ulang tahun ke-12, INTEGRITI sambut dengan sederhana FEATURES / Rencana


tetapi bermakna 12 Integriti kekang salah guna kuasa

breakfast talk / Syarahan NEW BOOKS IN OUR LIBRARY / BUKU BAHARU


06 Akta 711 lindungi pemberi maklumat
PUSAT ILMU INTEGRITI

14 Buku-buku baharu di Pusat Ilmu INTEGRITI

round table discussion / perbincangan meja bulat


gallery / galeri

07 Penguatkuasaan berterusan tangani isu PATI 15 Berita bergambar tentang aktiviti-aktiviti lain di
INTEGRITI
08 Kasih sayang bantu utuhkan institusi keluarga

EDITORIAL TEAM / SIDANG PENGARANG

Advisor Editor Staff Writers Photographer Contributors


Dr. Anis Yusal Yusoff Zubayry Abady Sofian Norsheeda Din Rosalizawati Arshad Wan Kamaliah Wan Dagang
Fison Hamdi Ahmad
Assistant Editor Cover Hj. Hamilye Sham Harun
Nor Azni Ahmad Husairi (Malay) Aryzam Rahim Fara Hasda Suhaimi
Aimi Farhana Mohd Amin Harisham Ibrahim
(English) Nelly Mansin
Anuar Ahmad
Mohd Ismail Abdul Jalil
Published monthly by
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA
Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my

2
whats in the news / berita terkini

Syahredzan: Whistleblowers not


immune to OSA
KUALA LUMPUR: The Whistleblower Protection Act 2010
will not protect whistleblowers if the information exposed is
classified as secret under the Official Secrets Act (OSA), said
a lawyer.

Bar Council National Young Lawyers Committee chairman


Syahredzan Johan said Section 6 of the act did not state that
a whistleblower was protected from OSA or any other laws.

This is a weakness and will impact a whistleblower


especially civil servants who wanted to report wrongdoings in
the government administration, he said.

He was speaking at a question and answer session


Breakfast Talk entitled Whistleblowers should be protected
organised by the Malaysian Institute of Integrity (INTEGRITI)
here today.

Also present at the session were INTEGRITI president and


chief executive officer Dr Anis Yusal Yusoff, Key Performance
Indicator (KPI) Officer to Datuk Paul Low, Shuhairoz Mohamed
Shukeri and the Prime Ministers Department Legal Affairs Mr. Syahredzan Johan
Division principal assistant director Akhzailina Md Akhir.

This means a whistleblower is not entitled to receive Meanwhile Akhzailina said from 2010 to 2015, there
protection for any exposure of documents which have been were 55,287 complaints received from whistleblowers under
classified as official secret. The whistleblower is only protected the Whistleblower Protection Act and from the total, 12,527
if the information revealed is not classified as secret under complaints were received last year.
OSA or any other laws, said Syahredzan.
The tip-offs involved the wrongdoings of civil servants and
Meanwhile, Shuhairoz said a whistleblower need not expose private sector employees and to date only 396 whistleblowers
documents classified as secret under OSA or any other laws were eligible for protection under the act, she said.
as the person only had to report the matter to the authorities
on any wrongdoings by their employers or superiors. She said other complaints could not be accepted for
various reasons among them false statements, doubts on
However, the whistleblower cannot remove files or sources and information or the information was categorised
documents as only the appointed enforcement agency could as petty as well as whistleblowers who did not adhere to all
do so, she said. conditions under the act, she said.

Source: The New Straits Times, 15 April 2016

3
SPECIAL EVENT / PROGRAM KHAS

Detik-detik menarik sepanjang majlis

integriti langsungkan tiga acara serentak


Oleh Azni Husairi dan Wan Kamaliah Wan Dagang

T
arikh 19 April amat istimewa apabila tiga acara berlangsung Zarah turut menyifatkan Pusat Ilmu Integriti sebagai pusat dan
serentak di Menara Integriti sempena sambutan ulang sumber kepada pendidikan, sekali gus menjadi tempat rujukan
tahun Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) yang ke-12. mengenai hal-hal yang berkaitan dengan integriti.

Tiga acara yang dimaksudkan ialah perasmian Pusat Ilmu Sementara itu, pelancaran Pertandingan Mencipta Video
INTEGRITI, pelancaran Pertandingan Mencipta Video Pendek Pendek Integriti yang telah diadakan dengan kerjasama
Integriti dan penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Universiti Tunku Abdul Rahman (UPTAR) memberi peluang
Integrity In Action yang telah dilancarkan sebelum ini pada kepada INTEGRITI untuk mendekati generasi Z. Bertemakan
1 Disember tahun lalu. Majlis perasmian dan pelancaran Nilai Integriti Pelbagai Agama Teras Kesejahteraan Rakyat,
berkenaan telah dilakukan oleh Dato Sri Dr. Sharifah Zarah pertandingan ini terbuka kepada semua penuntut universiti
Syed Ahmad yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian swasta dan akan berakhir pada 20 Julai 2016. Ia merupakan
Komunikasi dan Multimedia (KKM) dan juga Ahli Lembaga sebahagian daripada usaha murni kedua-dua pihak dalam
Pengarah INTEGRITI. Ia turut disaksikan oleh Naib Presiden meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan memelihara
Universiti Tunku Abdul Rahman (UPTAR), Dr. Lee Sze Wei. semangat perpaduan dan persefahaman antara penganut
pelbagai agama dalam masyarakat.
Perasmian Pusat Ilmu Integriti yang sebelum ini dikenali
sebagai Pusat Sumber Bestari adalah penting sebagai Bagi Pertandingan Fotografi Integrity In Action, pemenang
sebahagian daripada penjenamaan semula perpustakaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu A yang bertemakan
berkenaan. Malahan, ketika berucap, Dato Sri Dr. Sharifah integriti dan B bertemakan Malaysia. Untuk kategori A,
Muhammad Haffizzuddin Baharin diumumkan sebagai juara,
manakala kategori B pula dimenangi oleh Muhammad Ashari
Mohamad Napiah. Masing-masing membawa pulang wang
tunai sebanyak RM3,000 dan sijil penyertaan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI,


Dr. Anis Yusal Yusoff, pertandingan tersebut dianjurkan sebagai
usaha untuk menyebarluaskan mesej integriti berdasarkan
minat individu. Malahan, ia turut memberi kesempatan kepada
para peserta untuk menterjemahkan integriti menerusi sentuhan
kreatif lensa masing-masing. Usaha untuk membudayakan
integriti harus dipelbagaikan agar ia sampai ke setiap lapisan
masyarakat.
Para pemenang Pertandingan Fotografi In Action bergambar kenangan
di akhir majlis

4
integrity art night / malam seni integriti

ulang tahun ke-12, integriti sambut


dengan sederhana tetapi bermakna
Oleh Azni Husairi dan Fison Hamdi Ahmad

Dr. Anis Yusal Yusoff


memotong pulut
kuning sempena
menyambut ulang
tahun INTEGRITI
yang ke-12 dengan
disaksikan oleh (dari
kiri) YB. Dr. Tan Seng
Giaw, Prof. Emeritus
Dato Dr. Ibrahim
Ahmad, Dr. Chandra
Muzaffar, Dr. Zainal
Abidin Abdul Majeed
dan Datuk Dr. Mohd
Tap Salleh

M
eraikan ulang tahun yang ke-12, juga insan seni kurang upaya, Pak Zuki Turut hadir bagi meraikan sambutan
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Peniup Seruling. Pada masa yang sama, ulang tahun INTEGRITI ialah ahli-ahli
tampil dengan siri khas Integrity ia turut diselangi dengan satu dialog santai Lembaga Pengarahnya, ahli-ahli INTEGRITI
Art Night bertemakan Integriti di Hati yang bersama ketua kumpulan Recycle Band dan Datuk Dr. Mohd Tap Salleh yang
berlangsung pada 29 April yang lalu di MDHS, Pak Deik dan pengurus kumpulan, merupakan mantan Presiden INTEGRITI.
Menara Integriti. Pn. Nurul Huda Ahmad Khairuddin.

Ketika berucap, Presiden dan Ketua Ujar Pak Deik, pemilihan instrumen yang
Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Anis digunakan merupakan inisiatif kumpulan itu
Yusal Yusoff berkata, majlis berkenaan amat untuk menggalakkan masyarakat agar kreatif
bermakna kerana ia berjaya menghimpunkan dalam mengguna dan mengubah suai bahan
pelbagai pihak yang telah memainkan terbuang supaya boleh digunakan semula.
peranan sejak INTEGRITI ditubuhkan lebih
sedekad yang lalu. Malah, ia juga menjadi Penggunaan alat muzik yang berasaskan
satu milestone yang penting buat INTEGRITI. bahan kitar semula ini merupakan medium
perantara untuk menyedarkan masyarakat
Pn. Nurul Huda Ahmad Khairuddin dan Pak
Adalah menjadi kebanggaan INTEGRITI tentang pentingnya menjaga alam sekitar Deik sewaktu sesi dialog
apabila majlis ini walaupun diadakan secara dan tidak membuang sampah di merata
sederhana turut mendapat sokongan tempat secara sewenang-wenangnya, kata
daripada semua pihak tanpa mengambil Pak Deik lagi.
kira sebarang perbezaan fahaman politik,
sambung beliau lagi. Sementara itu, Pak Zuki juga sempat
menyuarakan harapannya agar masyarakat
Pada malam itu, semua tetamu dihiburkan memberikan ruang, peluang dan sokongan
dengan persembahan menarik daripada kepada pemuzik jalanan sepertinya meraih
Recycle Band MDHS, sebuah kumpulan rezeki yang halal dengan menggunakan
muzik yang menggunakan sepenuhnya bakat yang ada, sekali gus menyebarkan
instrumen daripada bahan kitar semula dan nilai-nilai positif. Pak Zuki ketika ditemu bual

5
breakfast talk / syarahan

(Dari kiri) Pn. Akhzailina Md. Akhir, Dr. Anis Yusal Yusoff, Pn. Shuhairoz Mohamed Shukeri dan En. Syahredzan Johan

Akta 711 lindungi pemberi maklumat


Oleh Hj. Hamilye Sham Harun dan Fara Hasda Suhaimi

K
egiatan rasuah tidak wajar (SSM), Suruhanjaya Integriti Agensi diberikannya, kes atau laporan tersebut
dipandang remeh kerana ia boleh Penguatkuasaan (EAIC), Suruhanjaya akan ditutup, ujar Pn. Shuhairoz lanjut.
memudaratkan negara. Justeru, Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
kerjasama orang ramai melaporkan salah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Sementara itu, peguam dan Pengerusi
laku berkenaan amat perlu agar rasuah Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda
dapat dibanteras daripada terus menular Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Nasional (JPMN) Majlis Peguam Malaysia,
dalam masyarakat. dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat En. Syahredzan Johan menjelaskan
mempromosikan akta berkenaan kepada bahawa pemberi maklumat boleh
Menurut Ketua Penolong Pengarah masyarakat. dikategorikan kepada orang ramai dan
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang penjawat awam. Katanya, kerjasama
(BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Menekankan aspek kerahsiaan menjadi daripada golongan ini amat penting bagi
Pn. Akhzailina Md. Akhir ketika menjadi keutamaan, panel kedua, Pn. Shuhairoz menangani kegiatan rasuah dan salah
ahli panel dalam program Breakfast Talk Mohamed Shukeri yang merupakan guna kuasa kerana mereka merupakan
anjuran Institut Integriti Malaysia pada 14 Pegawai KPI kepada Menteri di JPM, orang dalaman sesebuah organisasi
April lalu yang bertajuk Pemberi Maklumat YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan yang tahu tentang salah laku yang berlaku.
Wajar Dilindungi, pemberi maklumat menegaskan bahawa pegawai yang Meskipun begitu trust deficit yang berlaku
ataupun whistleblower tidak perlu takut bertanggungjawab menerima maklumat dalam masyarakat perlu ditangani terlebih
melaporkan sebarang aktiviti rasuah yang daripada pemberi maklumat mestilah dahulu.
berlaku dalam organisasi ataupun jabatan terdiri daripada individu yang jujur, amanah
masing-masing kerana individu terbabit dan berakauntabiliti dalam menyimpan Menurut En. Syahredzan, trust deficit
akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan rahsia tersebut. yang dimaksudkan adalah melibatkan
Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang persepsi orang ramai yang tidak yakin
telah diluluskan oleh Parlimen pada 6 Mei Jika pegawai atau penerima maklumat dengan agensi penguat kuasa serta
2010. itu bertukar, kes atau laporan yang diterima kebimbangan mereka terhadap ketirisan
juga akan ditukarkan kepada pegawai lain maklumat yang diberikan. Malahan, ada
Katanya lagi, bagi menggalakkan ramai yang layak. Tetapi, jika pemberi maklumat juga pemberi maklumat yang lebih selesa
individu menjadi pemberi maklumat, tidak mahu pegawai lain (pegawai baru mendedahkan maklumat yang dimiliki
BHEUU dengan kerjasama pelbagai pihak yang menggantikan pegawai lama) kepada ahli politik atau media berbanding
seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia memproses maklumat yang telah pihak berkuasa.

6
round table discussion / perbincangan meja bulat

Penguatkuasaan berterusan
tangani isu PATI
Oleh Harisham Ibrahim

kerajaan bagi mengekang keadaan ini.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung


misalnya akan sentiasa melakukan
pemeriksaan berkanun dan pemeriksaan
tanpa notis di tempat-tempat pekerjaan
yang menggajikan bilangan pekerja
asing dengan jumlah yang ramai secara
berterusan. Malahan, mana-mana majikan
yang menggajikan pekerja asing yang
dikenal pasti telah melanggar peraturan
dan perundangan perburuhan negara ini
Dato Jaafar Mohammed En. Jack Meredu Ko En. Goh Seng Wing juga akan didakwa, jelas beliau lanjut
seraya menambah bahawa kerajaan pada

K
ehadiran pekerja asing di Malaysia kegiatan pelacuran. masa yang sama tidak mengabaikan hak-
sudah menjadi bahan bualan hak pekerja asing di negara ini.
masyarakat tempatan sejak 1990- Tambah beliau, sekitar 25 juta orang
an lagi. Namun, lambakan mereka di warga asing datang ke Malaysia setiap Turut hadir sebagai ahli panel dalam
negara ini dilihat kian ketara dengan statistik tahun bagi tujuan bekerja dan melancong. dialog berkenaan ialah Perunding Kanan,
yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Namun, hanya 22 juta sahaja yang Perhubungan Perusahaan, Persekutuan
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan pulang ke negara masing-masing, Majikan Malaysia, En. Goh Seng Wing.
menunjukkan bahawa bilangan warga manakala selebihnya memilih untuk kekal
asing yang mendaftar bekerja dalam lima berada di sini dengan pelbagai alasan Menerusi dialog ini, terdapat beberapa
sektor iaitu pertanian dan perladangan, seperti berkahwin dengan penduduk perkara yang telah dikenal pasti. Ini
pembinaan, pembuatan, perkhidmatan tempatan dan memiliki pas UNHCR. meliputi keperluan latihan yang cukup
serta pembantu rumah berkenaan telah daripada aspek patriotisme kepada
mencecah 2.1 juta orang pada tahun lalu Menyedari kemasukan warga asing kalangan pegawai penguat kuasa. Dalam
berbanding 1.8 juta orang pada 2010. yang kian menjadi-jadi, Timbalan konteks integriti, para pegawai agensi
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja penguatkuasaan ini perlu melaksanakan
Meskipun angka tersebut kian meningkat Semenanjung Malaysia, En. Jack Meredu tugas without fear and favour, jauh sekali
dari hari ke hari, namun isu utama yang Ko menegaskan bahawa penguatkuasaan daripada mengambil kesempatan untuk
membimbangkan kerajaan ialah kadar yang berterusan sentiasa dilakukan oleh kepentingan peribadi.
kemasukan pendatang asing tanpa izin
(PATI) yang semakin berleluasa. Dalam
dialog khas berkaitan integriti agensi
penguatkuasaan yang bertajuk Kebanjiran
Warga Asing, Apa Kesudahannya pada
20 April lalu anjuran Institut Integriti
Malaysia (INTEGRITI), Pengarah Bahagian
Penguatkuasaan Jabatan Imigresen
Malaysia (JIM), Dato Jaafar Mohammed
memberitahu bahawa terdapat PATI
yang terlibat dengan aktiviti-aktviti yang
melanggar undang-undang negara seperti

7
round table discussion / perbincangan meja bulat

(Dari kiri)
Puan Nazlina
Abd Ghani,
Dr. Ghazali
Darusalam dan
Encik Hairil
Fadzly Md Akir

Kasih sayang bantu utuhkan


institusi keluarga
Oleh Nelly Mansin

S
ejajar dengan peranan Institut Integriti ditekankan agar saling hormat- tangan pihak ketiga. Bagaimanapun,
Malaysia (INTEGRITI) sebagai badan menghormati, sayang-menyayangi serta kajian yang lebih dalam dan terperinci
koordinasi, pemantau dan penilai mempunyai rasa tanggungjawab antara perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca
terhadap usaha-usaha yang dilakukan satu sama lain. Ini penting agar semua utama perceraian berlaku dalam rumah
oleh agensi pelaksana Pelan Integriti ahlinya terhindar daripada pelbagai tangga.
Nasional (PIN) di Malaysia, INTEGRITI perkara yang tidak baik seperti perceraian,
telah menganjurkan satu perbincangan keganasan rumah tangga dan penderaan Selain itu, penderaan dan penganiayaan
meja bulat bagi membincangkan tentang kanak-kanak. kanak-kanak oleh ibu bapa mahupun
Strategi Bagi Memantapkan Institusi penjaga turut mendapat perhatian meja
Keluarga Selaras dengan Tekad Ke-4 Pelan Berdasarkan daripada statistik yang bulat. Di negara ini, jumlah kanak-kanak
Integriti Nasional (PIN) pada 27 April lalu. dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah yang memerlukan pemeliharaan dan
Ia dihadiri oleh 19 orang wakil daripada Malaysia, didapati bahawa kadar penceraian perlindungan dilaporkan kian meningkat.
pelbagai agensi pelaksana. membabitkan pasangan yang berkahwin Mengikut data yang diperoleh daripada
dalam tempoh lima tahun pertama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM),
Program yang berlangsung di meningkat daripada 48,073 kes pada tahun bilangan mereka meningkat dari 3,831
Menara Integriti ini mengetengahkan tiga 2012 kepada 49,722 pada tahun berikutnya. pada 2012 kepada 4,119 orang pada tahun
orang panel iaitu Pegawai Kerja Sosial, Jumlah berkenaan terus meningkat sehingga selepasnya. Jumlah ini kemudian mencecah
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 53,904 pada tahun 2014. sebanyak 4,295 pada dua tahun lalu.
Puan Nazlina Abd Ghani, Pengarah, Pusat
Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga, Sementara itu, laporan Penemuan Melihatkan statistik yang diketengahkan
Universiti Malaya, Dr. Ghazali Darusalam Utama Kajian Penduduk dan Keluarga oleh ahli-ahli panel, isu kekeluargaan
dan Pengarah Sektor Dasar dan Penilaian Malaysia Kelima (KPKM - 5) oleh LPPKN yang melanda institusi keluarga pada hari
Outcome, Lembaga Penduduk dan turut mendedahkan bahawa kebanyakan ini jelas perlu diberikan perhatian yang
Pembangunan Negara (LPPKN), Encik perceraian berlaku disebabkan oleh serius. Sehubungan itu, semua input yang
Hairil Fadzly Md Akir. ketidaksefahaman antara suami dan isteri. diperoleh daripada perbincangan meja bulat
Faktor lain yang juga menjadi penyumbang ini amat penting bagi merangka strategi
Dalam perbincangan meja bulat kepada keruntuhan rumah tangga ialah untuk memantapkan lagi institusi keluarga
berkenaan, setiap anggota keluarga pasangan curang dan wujud campur yang sedia ada di Malaysia.

8
round table discussion / perbincangan meja bulat

GST: isu integriti peniaga


Oleh Anuar Ahmad

P
elaksanaan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) telah pun
genap setahun sejak ia mula
dikuatkuasakan buat kali pertama
di negara ini pada 1 April tahun lalu.
Sepanjang tempoh itu, pelbagai
reaksi diberikan oleh pelbagai lapisan
masyarakat tentang integriti dan
kejayaan pelaksanaan GST.

Diskusi bertajuk Integriti Para Peniaga


Selepas Setahun Pelaksanaan GST
yang dianjurkan oleh Institut Integriti
Malaysia (INTEGRITI) pada 28 April En. Abdul Mohsein Mohd En. Saravanan Thambirajah En. Tan Kim Siat
Shariff
lalu mendedahkan bahawa sebanyak
409,843 syarikat telah berdaftar dengan Namun, menurut salah seorang Sumber, Gabungan Persatuan-
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), ahli panel, Tan Kim Siat, Pengarah persatuan Pengguna Malaysia
sementara kutipan GST yang diperoleh Bahagian GST, Jabatan Kastam (FOMCA), Saravanan Thambirajah
sepanjang sembilan bulan pada tahun Diraja Malaysia, sehingga kini masih berkata bahawa terdapat banyak
2015 menjangkau RM27 bilion, sekali terdapat sebanyak RM1 bilion tuntutan aduan dibuat oleh pengguna tentang
gus menyumbang kepada 12 peratus bayaran balik input cukai oleh peniaga bebanan yang terpaksa ditanggung
hasil pendapatan negara. Malah, yang ditahan JKDM kerana butiran akibat kenaikan harga barang yang
dianggarkan bahawa jumlah kutipan tuntutan yang diberikan meragukan. telah diwartakan sebagai zero-rated
pada tahun ini boleh mencecah RM39 Selain itu, wujud juga kecenderungan dan tidak wajar dikenakan GST.
bilion. Bagaimanapun, pelaksanaan segelintir peniaga yang bertindak
GST jelas perlu berhadapan dengan menutup perniagaan yang telah dikenal Mengulas akan hal itu, Setiausaha
pelbagai isu integriti dalam kalangan pasti layak mendaftar kerana jumlah Agung, Dewan Perdagangan Islam
peniaga. threshold tahunan melebihi RM500 Malaysia (DPIM), Abdul Mohsein Mohd
ribu setahun, tetapi membuka semula Shariff mengakui masih ramai ahli DPIM
Antara isu utama yang diketengahkan perniagaan berkenaan pada skala kecil yang kurang jelas berkaitan barang-
dalam diskusi berkenaan ialah bagi mengelak daripada pendaftaran barang yang dilabelkan sebagai bebas
kegagalan peniaga melaksanakan dua GST. GST. Justeru, katanya, sesi penerangan
perkara iaitu mendaftar dengan JKDM yang berterusan oleh JKDM perlu
dan menyerahkan hasil kutipan GST Mengupas isu integriti dari kaca mata bagi mempertingkatkan lagi tahap
kepada kerajaan dalam tempoh yang pengguna, Pengarah Komunikasi, pemahaman mereka.
ditetapkan. Penyelesaian Pertikaian dan Mobilisasi
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan
bahawa ada peniaga yang perlu
menaikkan harga bagi menampung kos
untuk perisian khas GST dan penyediaan
laporan bulan serta penghantarannya
kepada JKDM. Kos turut bertambah
apabila peniaga terpaksa menggaji
pekerja tambahan untuk mengendalikan
sistem GST ekoran kurang kemahiran.
Beberapa orang peserta memberikan idea dan cadangan

9
news / berita

Peniaga perlu amalkan integriti


tanpa waswas
Oleh Mohd Ismail Abdul Jalil
dan Azni Husairi

P
ara peniaga perlu berintegriti
dalam menjalankan urusan
peniagaan, ulas Datuk Bandar
Petaling Jaya, En. Mohd Azizi Mohd
Zain sewaktu menghadiri program
Integriti Bersama Peniaga di Petaling
Jaya pada 5 April lalu di Dewan Sivik
MBPJ.

Ujar beliau lagi, program berkenaan


yang merupakan anjuran bersama
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ) ini diadakan bagi membaiki
kefahaman dan kesedaran peniaga
tentang kepentingan integriti ketika
melaksanakan aktiviti perniagaan
selain patuh dengan prosedur yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan (Dari kiri) En. Mohd Azizi Mohd Zain, Dr. Anis Yusal Yusoff dan En. Nizal Mohammad sebagai
moderator
masalah pada kemudian hari.

Dalam satu sesi dialog bertajuk agensi lain sebelum permit dapat yang rendah kualiti dan menyorokkan
Pengamalan Etika Perniagaan dikeluarkan. Pada masa yang sama, barang jualan seperti gula dengan
Dan Tadbir Urus Yang Baik En. Mohd Azizi juga mengingatkan niat untuk menaikkan harga jualannya
yang diadakan sempena dengan peniaga agar sentiasa menjaga pada masa depan.
program tersebut, En. Mohd Azizi kebersihan premis masing-masing
memberitahu bahawa MBPJ telah dan tidak menjalankan peniagaan Dr. Anis berkata, peniaga tidak
mempermudahkan borang-borang di kaki lima jalan kerana tindakan perlu waswas untuk menjalankan
yang berkaitan dengan permohonan tersebut boleh mengganggu lalu lintas perniagaan secara beretika mahupun
lesen perniagaan dan urusan-urusan di kawasan tersebut. melakukan tadbir urus yang baik.
lain. Dengan ini, para peniaga boleh Ini kerana pelanggan lazimnya akan
berurusan terus dengan MBPJ tanpa Sementara itu, Presiden serta mempunyai persepsi yang positif
perlu menggunakan khidmat orang Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, terhadap mana-mana peniaga
tengah yang bukan sekadar akan Dr. Anis Yusal Yusoff yang juga yang bersikap jujur, amanah,
menyebabkan peningkatan kos, merupakan salah seorang ahli panel bertanggungjawab, telus dan bebas
tetapi maklumat yang diberikan oleh turut mengetengahkan beberapa isu rasuah.
golongan ini juga ada kalanya kurang integriti yang acap kali melibatkan
tepat. peniaga. Antaranya termasuklah Pelanggan biasanya akan
memberi maklumat palsu ketika terdorong untuk membeli barangan
Selain itu, beliau turut meminta memohon pinjaman kewangan daripada peniaga yang sama jikalau
semua peniaga agar bersabar daripada institusi perbankan, dia mendapat layanan yang baik dan
semasa memohon permit perniagaan kegagalan mematuhi peraturan serta mesra daripada peniaga tersebut,
dengan MBPJ kerana ada kalanya undang-undang yang ditetapkan katanya.
hal berkenaan perlu dirujuk dengan pihak berkuasa, menjual produk

10
newS / berita

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM


bincang kepentingan integriti
dalam mencari rezeki
Oleh Harisham Ibrahim

(Dari kiri) Ustaz Zakaria


Othman, Ustaz Elyas
Ismail dan Dato Badli
Shah Alauddin

I
nstitut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Haji Ismail Haji Abd. Muttalib yang juga Othman dari Jabatan Kemajuan Islam
dengan kerjasama Kementerian merupakan Ahli Parlimen Daerah Maran Malaysia (JAKIM) sebagai moderator.
Sumber Manusia telah menganjurkan turut hadir dalam program berkenaan.
Forum Perdana Ehwal Islam pada 28 April Forum berkenaan membincangkan
lalu di Arena YAM Tengku Muda Pahang, Antara lain yang turut hadir ialah ADUN tentang keperluan umat Islam negara
Maran, Pahang. Forum yang bertajuk Chenor, YB. Hj. Mohamed Arifin Awang ini untuk melaksanakan tugas dan
Rahsia Tarik Rezeki ini diadakan Ismail, ADUN Kuala Sentul, YB. Dato tanggungjawab yang diamanahkan
bersempena dengan ulang tahun ke- Shahaniza Shamsuddin, dan Timbalan dengan penuh dedikasi dan berintegriti
12 INTEGRITI dan juga sambutan Hari Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, agar rezeki yang diperoleh diberkati
Pekerja yang diraikan pada 1 Mei setiap Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dan Allah.
tahun. Ketua Penyelaras, Pusat Pembangunan
dan Perlaksanaan Program INTEGRITI, Malahan, mereka turut disarankan
Juga disiarkan secara langsung di Mohammad Diah Hj. Wahari. agar sentiasa muhasabah dan menilai
saluran TV1, forum perdana ini nyata tahap etika serta integriti masing-masing
menerima sambutan yang menggalakkan Program yang berlangsung selama ketika menjalankan tugas. Perbuatan
dengan jumlah kehadiran dianggarkan sejam ini menampilkan dua panel iaitu tidak berintegriti seperti curi tulang dan
mencecah sehingga 2,500 orang yang Ketua Penolong Pengarah Bahagian omong kosong semasa bekerja perlu
mana kebanyakan daripada mereka Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan dielakkan supaya mereka dapat menjadi
merupakan penduduk sekitar daerah Agama Islam Pahang, Dato Badli Shah pekerja yang produktif, sekali gus mampu
Maran. Lebih istimewa apabila Timbalan Alauddin dan pendakwah bebas, Ustaz menyumbang kepada pembangunan
Menteri Sumber Manusia, YB Dato Sri Elyas Ismail dengan Ustaz Zakaria dan kesejahteraan ummah.

11
FEATURES / Rencana

Integriti kekang
salah guna kuasa
Oleh Anuar Ahmad
Disiarkan dalam Utusan Malaysia, 6 April 2016

B
arubaru ini negara ini digemparkan dengan berita oleh pembekal/kontraktor;
seorang pegawai tinggi kerajaan iaitu Setiausaha
iii) Pembaziran dana kerajaan;
Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan
yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan iv) Kelemahan pengurusan pemungutan hasil kerajaan;
rasuah melibatkan dana kerajaan berjumlah RM32.4 juta
yang dilakukan sejak enam tahun lalu. Sebagai rakyat v) Kelemahan pengurusan aset kerajaan; dan
Malaysia yang prihatin terhadap kesejahteraan negara,
kita sewajarnya me rakamkan ucapan tahniah kepada vi) Ketidakpatuhan terhadap undang-undang alam
Suruhanjaya Pencegahan R asuah Malaysia (SPRM) yang sekitar.
bekerja keras menjalankan penyiasatan dan m
engumpulkan Kesalahan secara berulang ini tidak akan berlaku jika
bukti sehingga berjaya mengheret pegawai berkenaan semua pegawai kerajaan menyempurnakan amanah dan
ke muka pengadilan untuk dibicarakan secara adil dan tanggungjawab dengan penuh berintegriti. Ini kerana dari
saksama. segi sistem dan prosedur perolehan, sistem yang diguna
Kejadian ini mengingatkan kita akan pentingnya nilai pakai di negara kita adalah amat sistematik. Begitu juga dari
integriti terus disemai dan dipupuk dalam diri setiap penjawat segi penguatkuasaan u ndang-undang. Undang-undang
awam agar mereka sentiasa peka tentang pentingnya sedia ada juga mencukupi untuk mengekang sebarang
menjaga amanah yang disandarkan di bahu mereka iaitu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Dari segi inisiatif, pengukuhan moral dan nilai penjawat
Dalam hubungan ini, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) awam, kita ada Indeks Persepsi Integriti Nasional dan
telah menganjurkan persidangan meja bulat atas tajuk Indeks Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) yang mana
Isu-Isu Integriti Utama Dalam Dapatan Laporan Ketua skor indeks komposit nilai penjawat awam bagi tahun terkini
Audit Negara pada 29 Mac lalu yang menampilkan para adalah 72.3 peratus.
panel iaitu Timbalan Pengarah, Bahagian Audit Kerajaan Sementara itu, dari segi mengukur tahap kecintaan rakyat
Persekutuan, Jabatan Audit Negara, Zaki Ismail, Timbalan kepada negara kita ada Indeks Patriotisme Negara yang
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Sazali Salbi dan dikeluarkan oleh Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri
Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), iaitu pada paras 3.8/5 (2014) dan dari segi pematuhan
Datuk Yusli Mohamed Yusoff. kepada syariah kita ada Indeks Maqasid Syariah yang baru
Persidangan meja bulat ini dihadiri oleh seramai 20 orang diumumkan oleh kerajaan yang berada pada paras 75.42
wakil dari pelbagai kementerian, badan berkanun, syarikat peratus.
milik kerajaan (GLC) dan juga pertubuhan bukan kerajaan Namun, memang benarlah ungkapan ahli falsafah
(NGO) berkaitan. terkenal Britain, Betrand Russell, bekas pemenang Hadiah
Secara keseluruhan, dapatan Ketua Audit Negara yang Keamanan Nobel yang mengatakan bahawa No amount
dibentangkan menunjukkan bahawa berlaku kesalahan- of rules could ensure morality. Sistem dan prosedur yang
kesalahan secara berulang-ulang oleh pegawai-pegawai canggih sekalipun tidak dapat mengekang pengkhianatan
kerajaan pada setiap tahun dan ia dapat dikelompokkan kepada amanah selagi penjawat awam tidak menjadikan
kepada enam jenis kesalahan seperti berikut: agama sebagai cara hidup mereka.

i) Kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi, tidak Dari segi Islam, jenayah mencuri atau menggelapkan
berkualiti atau tidak sesuai; wang kerajaan ini tergolong dalam kelompok jenayah yang
disebut sebagai Al-Sariqah. Dalam hal ini Allah berfirman:
ii) Kelewatan menyiapkan projek yang tidak munasabah Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri

12
features/ rencana

maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu Apa yang paling utama, bagi mengekang jenayah rasuah,
balasan dengan sebab apa yang telah mereka usahakan, ahli-ahli politik tidak wajar sama sekali menggunakan
(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan pengaruh politik untuk melindungi pesalah rasuah yang
(ingatlah) Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana. ( Surah mempunyai pertalian dengan mereka seperti yang berlaku
Al-Maidah 5:38). pada 1993 kepada Michael Mates iaitu seorang anggota
Kabinet pen ting dalam Kabinet bekas Perdana Menteri
Mengikut perundangan Islam, bagi pesalah yang mencuri Britain yang terkenal iaitu John Major. Beliau menerima
maka hendaklah dipotong tangannya pada kali pertama tajaan politik dari peniaga berbangsa Turki, Asil Nadir iaitu
dan bagi kesalahan mencuri kali kedua, maka hendaklah Ketua Eksekutif Polly Peck Ptd. Limited yang satu masa
dipotong kaki kirinya. unggul se bagai syarikat pengedar buah -buahan yang
terbesar di dunia.
Walau bagaimanapun, jika dia mencuri lagi kali ketiga dan
disabitkan kesalahan, maka dia akan dikenakan hukuman Namun pada 1990, syarikat ini bankrap dengan
takzir dan dipenjarakan. Semasa pemerintahan Saidina Ali hutang terkumpul sebanyak 1.3 bilion Pound dan Nadir
bin Abi Talib, seorang lelaki telah disabitkan untuk kesalahan dikenakan 13 pertuduhan meng g elapkan duit syarikat
mencuri maka baginda telah memotong tangan kanan lelaki berkenaan. Setelah dihadapkan ke mahkamah dan diikat
berkenaan. jamin, Nadir telah melarikan diri ke Cyprus dan pihak
berkuasa Britain gagal mendapatkan perintah ekstradiksi
Kemudiannya lelaki berkenaan dibawa kepadanya untuk
terhadap beliau.
kesalahan mencuri kali kedua dan baginda telah memotong
kaki kirinya pula. Namun apabila lelaki berkenaan dibawa untuk Siasatan polis Britain akhirnya mendapati bahawa Mates
kesalahan mencuri kali ketiga, Saidina Ali r.a. berkata bahawa: ialah dalang di sebalik skandal rasuah berkenaan apabila
Aku tidak akan memotong tangan kiri dan kaki kanannya, didapati beliau menulis surat kepada Peguam Negara Britain
jika aku memotong tangannya lagi dengan apakah dia akan untuk mempengaruhi agar meng gugurkan pertuduhan
berjalan? Sesungguhnya aku sangat malu terhadap Allah di terhadap Nadir. Apabila skandal ini diketahui umum maka
atas tindakan aku itu. Lalu Saidina Ali memukul lelaki tersebut Mates tiada pilihan melainkan meletakkan jawatan.
dengan kayu dan memenjarakannya. (Riwayat Al-Baihaqi).
Mudah-mudahan dengan ada
nya usaha-usaha
Begitulah indahnya Islam meletakkan hukuman terhadap penyemaian nilai murni yang berterusan seperti yang
jenayah Sariqah ini di mana sekiranya seseorang itu mencuri tersemat dalam Bab 9 Rancangan Malaysia Ke-11 atas
kerana terlalu lapar dan dahaga yang boleh membawa tajuk Nilai dan Akauntabiliti maka skandal penyelewengan
maut maka ia dianggap sebagai al-darurah dan tidak akan yang besar melibatkan penjawat awam seperti yang berlaku
dikenakan hukuman seperti di atas. baru-baru ini tidak akan berulang kembali.

* Penulis ialah Penyelaras Program Institusi Pentadbiran

13
new books in our library/ buku baharu di pusat ilmu integriti

The Quest for a Moral Compass: A Global


History of Ethics
Publisher: Melville House

First published 2014

Writer: Kenan Malik

I
n this remarkable and groundbreaking book, Kenan Malik explores the history
of moral thought as it has developed over three millennia, from Homers Greece
to Maos China, from ancient India to modern America. It tells the stories of the
great philosophers, and breathes life into their ideas, while also challenging many
of our most cherished moral beliefs.

Engaging and provocative, The Quest for a Moral Compass confronts some
of humanitys deepest questions. Where do values come from? Is God necessary
for moral guidance? Are there absolute moral truths? It also brings morality down
to earth, showing how, throughout history, social needs and political desires have
shaped moral thinking. It is a history of the world told through the history of moral
thought, and a history of moral thought that casts new light on global history.

Conscience in Moral Life


Publisher: Rowman & Littlefield International

First published 2014

Writer : Jason J. Howard

T
he notion of conscience remains one of the most widely used moral concepts
and a cornerstone of ordinary moral thinking. This book explores where this
widespread confidence in conscience stems from, examining the history of
conscience as a moral concept and its characteristic moral phenomenology.

Jason Howard provides a comprehensive reassessment of the function of


conscience in moral life, detailing along the way the manifold problems that arise
when we believe our conscience is more reliable than is actually warranted. The
result is a step-by-step evaluation of our most accepted assumptions. Howard
goes on to argue, from a phenomenological perspective, that conscience is indispensable for understanding moral
experience. He capitalizes on a dialectical perspective developed by Hegel and Ricoeur, in which conscience is seen as
the recognition of the other, and integrates this with work in the philosophy of emotion, arguing that conscience is best
seen in terms of the function it serves in moderating the moral emotions of shame, guilt and pride.

14
GALLERY / GALERI

anugerah cemerlang
Pada 12 April 2016 yang lalu,
seramai enam orang warga
INTEGRITI telah menerima
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2015. Mereka ialah
Muhammad Azlan Mohamed
Lazim, Mohd Elminizam Mohamed
Ramli, Jaafar Othman, Nazsalwani
Mohd Senan, Rozana Md Tahir
dan Busroo Yusoff.

Konvokesyen ceio ke-5


Barisan Ahli Lembaga
Pengiktirafan Pegawai Integriti
Bertauliah (CeIO) sempena
Konvokesyen CeIO ke-5 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC)
pada 7 April 2016. (Dari kiri)
Dato Abdul Wahab Abdul Aziz,
Dr. Anis Yusal Yusoff, Tan Sri siaran langsung
Hj. Abu Kassim Mohamed, Tan
Sri Mohamad Zabidi Zainal, Tan Pada 7 April 2016, Presiden dan
Sri Dato Seri Megat Najmuddin Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI,
Megat Khas, Dato Seri Zainal Dr. Anis Yusal Yusoff telah dijemput
Rahim Seman dan Dato Seri oleh radio SPRM dalam sesi temu
Ranjit Ajit Singh. bual secara langsung di macc.fm.

KUnjungan Sukan
INTEGRITI telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pegawai integriti Para pemenang Kejohanan Dodge Ball INTEGRITI anjuran Kelab Sukan
bertauliah (CeIO) pada 8 April 2016 yang lalu. Taklimat berkaitan INTEGRITI telah dan Rekreasi INTEGRITI (KESKIM) bergambar kenangan sebaik sahaja
disampaikan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Anis Yusal perlawanan yang berlangsung pada 14 April 2016 berakhir.
Yusoff di Dewan Murni, Menara Integriti.

15
ww w.inte griti.my

integriti.my @integritidotmy integriti.my

Das könnte Ihnen auch gefallen