Sie sind auf Seite 1von 5

KEPENTINGAN/KEBAIKAN KELAS TAMBAHAN

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar waktu
persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan menjadi suatu
kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula beranggapan kelas tambahan ini perlu bagi
meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak.

Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh diikuti oleh
murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan ibu
bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri.

Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang
boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai
latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti
peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya
memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula.

Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih kefahaman kepada
murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini tidak
menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak membantu murid-murid sederhana dan lemah
untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang
berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid
untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Ini dapat menghalang mereka terbabit
dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus
menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.
SEORANG RAKAN TERCEDERA. APA TINDAKAN KAMU KETIKA SEDANG BERLATIH DI PADANG,
SEORANG RAKAN KAMU TERCEDERA. APAKAH TINDAKAN-TINDAKAN YANG KAMU LAKUKAN.

Mata pelajaran yang pertama pada pagi itu ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Semua
murid kelas 6 Cerdik bergerak ke padang untuk bersukan selepas aktiviti pagi yang berlangsung
sebentar tadi. Apabila guru sukan kami, Encik Bakhri memberi arahan untuk bermain hoki, kami pun
mengambil kayu dan bola hoki untuk bermain di padang. Kami diagihkan kepada dua kumpulan oleh
Encik Bakhri untuk berlawan di padang.

Aktiviti sukan pada pagi itu akan berlangsung selama satu jam. Setelah beberapa minit kami
bermain, seperti rutin hariannya, Encik Bakhri telah pergi ke kantin sekolah untuk bersarapan pagi.
Jadi, kami akan bersukan berdasarkan pelajaran yang telah kami belajar sebelum ini. Sedang kami
bermain, tiba-tiba salah seorang daripada rakan kami terjatuh kerana tidak dapat mengawal kayu
hoki dan kayu tersebut menghempap kaki kirinya.

Aku dan kawanku yang lain segera berlari ke arah murid perempuan itu untuk
menghulurkan bantuan. Setelah melihat wajah budak perempuan itu, barulah aku tahu bahawa
murid itu ialah rakan karibku sendiri iaitu Fatimah. Fatimah kelihatan sangat sakit dan dia meraung
meminta tolong. Aku segera mengarahkan rakanku yang lain untuk mengambil peti pertolongan
cemas yang berada berdekatan dengan padang. Fatimah memberitahuku bahawa kakinya berasa
sakit pada bahagian betis kirinya.

Tanpa membuang masa, aku segera memicit betis kirinya dengan perlahan-lahan untuk
mengurangkan kesakitan yang dirasainya. Walaupun tidak berpengalaman memicit bahagian badan
sesiapa, namun aku cuba untuk membantunya yang berada dalam kesakitan. Fatimah mengadu
kesakitan apabila aku memicit betisnya lalu aku cuba memperlahankan picitanku. Setelah rakanku
yang membawa peti pertolongan cemas itu datang, aku mencari ubat-ubatan yang terdapat di
dalam peti pertolongan cemas untuk memeriksa ubat yang sesuai yang akan aku gunakan untuk
merawatnya.

Aku dan kawanku yang lain memapah Fatimah ke tepi padang untuk memberi bantuan
segera kepadanya. Aku menggunakan ubat-ubatan yang terdapat dalam peti pertolongan seperti
minyak gamat, pembalut luka kecil dan sebagainya. Setelah melihat keadaan betis Fatimah, aku
berasa sangat terkejut kerana betisnya lebam dan berdarah. Aku cuba untuk menghentikan darah
itu daripada terus mengalir. Fatimah hanya membiarkan air matanya gugur bak manik putus tali dek
rasa sakit yang teramat.
Aku berasa sangat kasihan melihat keadaan Fatimah yang cuba untuk menahan sakit tetapi
tidak mampu. Selepas merawat betisnya dengan ubat tersebut, akupun menyuruhnya untuk cuba
berdiri tegak. Namun cubaannya hanya sia-sia kerana kakinya masih tidak boleh berdiri seperti biasa.
Aku memicit betisnya perlahan-lahan agar dapat mengurangkan bebanannya untuk berdiri. Setelah
mendapati kakinya tidak dapat bergerak lagi, aku dan kawan-kawanku bercadang untuk
mengusungnya.

Kami akan mengusungnya sehingga sampai ke bilik manakala salah seorang daripada kami
akan mencari guru untuk meminta bantuan. Setelah sampai di bilik rawatan, Fatimah kelihatan
seperti tidak berdaya lagi dan memerlukan rehat. Sementara Fatimah sedang rehat, aku dan kawan-
kawanku cuba merawat luka yang kelihatan agak teruk. Kami cuba membalut betis yang luka itu
menggunakan pembalut. Beberapa minit kemudian, Encik Bakhri pun sampai bersama beberapa
guru yang lain.

Mereka melihat keadaan Fatimah yang kelihatan sangat letih itu. Mereka juga cuba merawat
betis kirinya dan bercadang untuk pergi ke klinik. Aku dan kawan-kawanku diarah untuk mengusung
Fatimah ke dalam kereta Encik Bakhri untuk menghantarnya ke klinik berdekatan. Aku berasa sangat
terkejut apabila Encik Bakhri menyuruhku turut pergi ke klinik kerana mahu menemani Fatimah.
Selepas itu, aku segera ke arah kereta Encik Bakhri lalu membuka pintu keretanya di tempat duduk
belakang. Sepanjang perjalanan, aku sentiasa membantu Fatimah untuk mengurangkan
kesakitannya kerana bimbang dia akan berasa tidak selesa.

Beberapa minit kemudian, kami pun sampai di klinik berdekatan yang dinamakan Klinik
Citra. Encik Bakhri segera mengarahkanku untuk mengusung Fatimah masuk ke dalam klinik.
Walaupun klinik tersebut sarat dengan orang ramai, Fatimah telah didahulukan oleh para jururawat
kerana kecederaannya terlalu parah. Sementara menunggu Encik Bakhri dan Fatimah yang berada
dalam bilik rawatan, aku sempat berdoa agar keadaan Fatiamh tidak teruk. Sebaik sahaja pintu bilik
itu terbuka, aku berasa sangat bersyukur kerana Fatimah berada dalam keadaan yang baik. Setelah
dirawat oleh doktor dan membeli ubat, kami pun pulang ke sekolah semula.
Contoh Surat Kiriman Rasmi - Permohonan Untuk Mengadakan
Lawatan
Anis Syuhada binti Lamzah
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Alam Megah ,
No.2,Jalan Telok Panglima Garang ,
40400 Shah Alam
Selangor

Encik Abdul Aziz bin Md Ali


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Alam Megah,
No.2,Jalan Telok Panglima Garang ,
40400 Shah Alam.
SELANGOR 3 FEBRUARI 2014

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Merujuk perkara di atas,saya Anis Syuhada binti Lamzah dari Persatuan Bahasa Melayu ingin
memohon kebenaran mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur.

2.Untuk pengetahuan tuan,tujuan lawatan ini adalah seperti berikut :-


i. Untuk menambah ilmu pengetahuan ahli-ahli dengan lebih terperinci.
ii.Ahli-ahli dapat mengenal Kuala Lumpur dengan lebih dekat
iii.Ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu dapat mempelajari tentang sejarah-sejarah
Kuala Lumpur.
3.Selain itu,butir-butir lawatan adalah seperti berikut :-
i.Lawatan ni akan diadakan pada 15 hingga 17 Mac.
ii.Jumlah ahli yang mengikuti lawatan ini ialah 35 orang.
iii.Jumlah guru pengiring ialah sebanyak 5 orang yang terdiri daripada Puan Rita Sarvina binti
binti Md Rozi,Encik Zaffan bin Hayat,Puan Fatimah binti Omar,Encik Tengku Hassan
bin Tengku Omar dan Encik Khairuddin bin Ishak.
4.Namun begitu,antara aktiviti yang akan diadakan ialah :-
i.Melawat Pusat Sains Negara.
ii.Melawat Muzium Negara.
iii.Melawat Zoo Negara.
Harapan saya agar pihak tuan meluluskan permohonan ini dalam kadar segera.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
Anis Syuhada
(ANIS SYUHADA BINTI LAMZAH)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Alam Megah .

Das könnte Ihnen auch gefallen