Sie sind auf Seite 1von 2

Pulau Pinang gagal cabar perintah

menteri haramkan PPS

Kerajaan Pulau Pinang gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi


untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi
untuk membatalkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela Pulau
Pinang (PPS) sebuah organisasi haram.

Ketika menolak permohonan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang


Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata PPS adalah sebuah pertubuhan.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapati bahawa PPS tidak berdaftar


mengikut Seksyen 101 (b) (5) Akta Kerajaan Tempatan yang memerlukan
sesebuah pertubuhan itu didaftarkan.

Beliau berkata, seksyen itu hendaklah dibaca bersama Seksyen 2 Akta


Pertubuhan 1966 bahawa sesebuah pertubuhan perlu mendaftar di
bawahnya.

"Jika sesebuah pertubuhan itu tidak berdaftar, semua aktiviti oleh


organisasi berkenaan dianggap menyalahi undang-undang," kata hakim.
Hakim Hadhariah juga berkata mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan,
menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) mempunyai "budi bicara
mutlak" mengenai perkara itu.

Beliau ambil maklum bahawa menteri membuat keputusannya


berdasarkan bahawa PPS adalah sebuah pertubuhan, kumpulan
beruniform dan mengamalkan sistem ranking, perlu didaftarkan sebagai
sebuah pertubuhan.

"Terdapat laporan polis yang dibuat terhadap kumpulan itu dan


sesetengah ahlinya didapati mempunyai rekod jenayah," kata hakim.

Pada 27 Jan lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang memfailkan permohonan


bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk
membatalkan perintah KDN yang mengisytiharkan PPS negeri ini sebagai
sebuah pertubuhan haram.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri menamakan Menteri Dalam


Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden dan
antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan
perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang
mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang
mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi


mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan,
lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah


ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen
101(v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

[Baca berita penuh]

Das könnte Ihnen auch gefallen