Sie sind auf Seite 1von 6

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Maklumat Am:

Tarikh: 29.9.2016 Bil. Pelajaran: 1 Tingkatan: 1 Cemerlang

Hari: Khamis Minggu: 4 Bil. Pelajar: 30 Orang

Masa: 7.30 pagi-8.10 Pagi (40 minit) Jantina: Lelaki:14 orang Perempuan:16 orang

Tunjang Pembelajaran: Kemahiran

Bidang Pembelajaran: Olahraga Balapan

Unit/Fokus Pembelajaran: Acara lari pecut

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar telah didedahkan dengan pembelajaran lari pecut semasa di sekolah rendah dan pernah melakukannya.

Objektif Pembelajaran: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :

a) Psikomotor: Pelajar dapat melakukan lari pecut 100m dengan cara dan teknik yang betul sekurang-kurangnya 4 daripada 6 percubaan.
: Pelajar dapat melakukan fasa kemahiran lari pecut iaitu fasa persediaan, permulaan lari, pecutan dan penamat.
b) Kognitif : Pelajar dapat menjelaskan kedudukan semasa permulaan larian dengan betul.
: Pelajar dapat menyatakan empat fasa acara lari pecut.
a. Afektif: : Pelajar memberikan kerjasama dengan guru dan rakan sekelas semasa melakukan aktiviti.
: Pelajar bantu-membantu untuk menguasai permulaan lari pecut
Strategi Mengajar: Stail E- gaya peningkatan
KBKK/Nilai/Kemahiran Proses Sains: Mengaitkan prinsip-prinsip asas biomekanik dalam kemahiran lari pecut.

: Pelajar dapat mengetahui undang-undang dan peraturan acara lari pecut.

Persediaan Pelajar: Peralatan sukan yang sesuai, peralatan tulis.

Persediaan Guru: Penanda, blok permulaan (starting block), wisel, kon, Alat Bantu Mengajar (ABM)
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN SAINS SUKAN

Maklumat Am:

Tarikh: 29.9.2016 Bil. Pelajaran: 2 Tingkatan: 2 Rajin

Hari: Rabu Minggu: 4 Bil. Pelajar: 30 Orang

Masa: 7.30 pagi-8.10 Pagi (40 minit) Jantina: Lelaki:14 orang Perempuan:16 orang

Tunjang Pembelajaran: Anatomi dan fisiologi manusia

Bidang Pembelajaran: Sistem rangka

Unit/Fokus Pembelajaran: Fungsi sistem rangka

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar telah didedahkan dengan pembelajaran sistem rangka semasa di sekolah rendah

Objektif Pembelajaran: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :

a. Psikomotor : Pelajar dapat mengenalpasti 2 komponen sistem rangka dengan betul


: Pelajar dapat menyenaraikan 3 daripada 5 fungsi sistem rangka
b. Kognitif : Pelajar dapat menghuraikan 2 daripada 5 fungsi sistem rangka
: Pelajar dapat melabelkan 8 daripada 13 jenis tulang yang terdapat dalam komponen sistem rangka
c. Afektif : Pelajar dapat memupuk semangat kerjasama yang baik dalam kumpulan ketika perbincangan dan pembentangan
: Menunjukkan disiplin yang baik dan mampu mendengar arahan guru dengan jelas
Strategi Mengajar : Peta Pokok dan Peta Pokok

KBKK/Nilai/Kemahiran Proses Sains: Pelajar dapat mengaitkan sistem rangka dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Persediaan Pelajar: Peralatan yang sesuai, dan alat tulis

Persediaan Guru: Alat Bantu Mengajar (ABM), buku rujukan dan buku teks
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMEBELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Maklumat Am:

Tarikh: 29.9.2016 Bil. Pelajaran: 2 Tingkatan: 3 Rajin

Hari: Isnin Minggu: 4 Bil. Pelajar: 30 Orang

Masa: 7.30 pagi-8.10 Pagi (40 minit) Jantina: Lelaki:14 orang Perempuan:16 orang

Tunjang Pembelajaran: Gaya Hidup Sihat

Bidang Pembelajaran: Pemakanan

Unit/Fokus Pembelajaran: Piramid Makanan

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar: Pelajar telah didedahkan dengan piramid makanan pada kelas sebelum ini

Objektif Pembelajaran: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :

a. Psikomotor : Pelajar menyenaraikan 3 daripada 4 kumpulan makanan yang terdapat dalam piramid makanan
: Pelajar dapat melabelkan jenis makanan dalam keempat-empat aras yang terdapat dalam piramid makanan
b. Kognitif : Pelajar dapat menyatakan 3 kepentingan makanan yang berkhasiat pada tubuh badan manusia
: Pelajar dapat menyenaraikan 2 daripada 3 jenis makanan yang terdapat dalam setiap aras piramid makanan
c. Afektif : Pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik dengan guru semasa dalam proses pembelajaran.
: Pelajar cuba untuk meningkatkan pengetahuan dalam piramid makanan.
Strategi Mengajar: Peta Buih Berganda dan Peta Pokok

KBKK/Nilai/Kemahiran Proses Sains: Menghubungkaitkan pemakanan yang perlu diambil oleh golongan obesiti dan golongan kurang berat

badan

Persediaan Pelajar: Peralatan yang sesuai, alat tulis dan buku Pendidikan Kesihatan

Persediaan Guru: Alat Bantu Mengajar (ABM), Buku rujukan, Buku teks

Das könnte Ihnen auch gefallen