Sie sind auf Seite 1von 15

SOALAN SAINS

KERTAS 1
2016

DISEDIAKAN OLEH
PUAN HASLINDA BINTI AHMAD
SK TEBOK BANJAR
1. Antara berikut yang manakah tidak dianggap sebagai kemajuan dalam bidang pembinaan?

A.hospital C.rumah atap

B.kondominium D.rumah pangsa

2. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR mengenai bahan semulajadi?

A.sumbernya sentiasa bertambah

B.perlu diproses sebelum digunakan

C.boleh digunakan terus secara mentah

D.berasal daripada tumbuhan dan haiwan sahaja

Roti P Direnjis air dan dibiarkan di atas meja


Roti Q Direnjis dan disimpan dalam peti sejuk
Roti R Direnjis dan dibiarkan di atas meja
Roti S Dikeringkan dan disimpan dalam peti sejuk

3. Empat keping roti disimpan dengan cara yang berlainan seperti yang ditunjukkan di atas. Roti
yang manakah yang akan ditumbuhi kulat dalam masa paling singkat.

A.P C.R

B.Q D.S

Tumbuhan yang tidak berbunga,


Tentunya tidak mengeluarkan buah,
Tetapi boleh membiak dan hidup subur,
Seperti tumbuhan lain,
Hanya dengan butir-butir hakus,
Yang banyak terdapat di bawahnya.

4. Pernyataan di atas adalah benar bagi menerangkan sejenis tumbuhan. Apakah tumbuhan
tersebut?

A.Teratai C.Pokok Betik

B.Cendawan D.Pokok Periuk Kera


5.Setiaptahun bilangan ikan paus di dunia semakin berkurangan. Antara berikut, yang mana punca
penyusutan bilangan ikan paus?

I. Kurang sumber makanan

II. pencemaran udara

III. Aktiviti pemburuan secara berlaluasa

IV. Persaingan untuk mendapatkan pasangan

A. I dan III sahaja C.I,II dan III sahaja

B.II dan IV sahaja D.I,II,III dan IV

P Q
Edaran Bumi Mengelilingi Matahari Edaran Bulan Mengelilingi Bumi

6. Nyatakan kesan gerakan P dan Q di atas.

P Q
Bumi mengalami siang dan malam Kejadian fasa fasa bulan
Kejadian pasang surut air laut Kejadian 4 musim
Kejadian 4 musim Kejadian gerhana
Kejadian 4 musim Kejadian pasang surut air laut

7. Pak Mail menternak ikan keli dalam sebuah kolam belakang rumahnya.Dia mendapati bilangan
ikan-ikannya semakin berkurangan. Di antara berikut yang manakah merupakan cara terbaik untuk
mengawal ikannya dari terus berkurangan ?

I.memagar kolam

II.memasang perangkap memerang

III. memberi ikan ikannya vitamin

IV. menambah bilangan anak ikan

A. I dan II sahaja C. I,II dan II sahaja

B. I,II dan IV sahaja D.semua di atas


8.Seseorang ahli sains Perancis, Louis Pasteur telah memperkenalkan teknik pempasteuran untuk
mengawet susu segar. Apakah kelebihan cara pengawetan ini?

I. zat susu kekal

II. Rasa susu dikekelkan

III. bakteria dimusnahkan

IV. susu disejukkan kepada 10`c

A. I dan II C.I,II dan III

B.I,II dan IV D.semua di atas

9. Antara alat berikut, yang manakah berfungsi berdasarkan prinsip pembiasan cahaya?

A. Periskop

B. Binokular

C. Cermin muka

D. Kaleidoskop

10. Mengapakah terowong jalan raya yang dibina mengharungi kawasan gunung berbentuk
melengkung

A. Dapat dibina dengan mudah.

B. Kelihatan cantik dan kemas.

C. Dapat digunakan dengan selamat

D. Dapat menahan tekanan dari semua arah

11. Antara pernyataan-pernyataan berikut yang manakah benar?

A. Binaan yang kuat dipengaruhi oleh struktur dan jenis bahan binaan.
B. Struktur binaan tidak mempengaruhi kestabilan.

C. Pemilihan bentuk struktur binaan tidak bergantung pada beban yang akan ditanggung.

D. Bahan asas binaan struktur tidak mempengaruhi kekuatan struktur.

12. Pilih pernyataan yang benar mengenai sumbangan teknologi.

I. Teknologi memajukan bidang perubatan.

II. Gitar elektrik dan piano adalah contoh perkembangan teknologi dalam bidang komunikasi.

III. Melalui teknologi roket berjaya dicipta.

IV. Penciptaan senjata api adalah kejayaan manusia yang paling penting.

A. I Dan II C. II Dan III

B. I Dan III D. II Dan IV

Tempat Ketinggian (m)


W 400
X 900
Y 1500
Z 2700
Jadual 1

13. Jadual 1 menunjukkan ketinggian di tempat tertentu yang diukur dari aras laut. Mengapakah kita
menghadapi kesukaran bernafas apabila kita bergerak daripada W hingga Z?

A. Berat semakin bertambah.

B. Cuaca semakin panas.

C. Jerebu semakin tebal.

D. Udara semakin nipis.


14. Seorang murid menjalankansatu penyiasatan untuk menentukan kadar gerakan satu objek di
atas lantai simen. Apakah alat yang perlu digunakan dalam penyiasatan itu?

I. Neraca spring

II. Pembaris meter

III. Jam randik

IV. Termometer makmal

A. III Sahaja C. II Dan III

B. I Dan II D. II,III Dan IV

15. Antara perkara-perkara berikut yang manakah menggunakan prinsip daya geseran.

A. Pengguling

B. Alas bebola

C. Pengasah pisau

D. Minyak pelincir

16. Antara objek berikut yang manakh dipadankan betul dengan sifat fizikalnya?

Objek Sumber asas


A.Tuala Kalis air
B. Varnis Melekat dan berkilat
C.Arang Kenyal dan lembut
D. Kapas Keras dan tahan lama
Guli Yang Dijatuhkan Kedalaman lubang pada permukaan plastersin

P 3 cm
Q 2 cm
R 5 cm

Jadual 2

17. Jadual 2 menunjukkan kesan jatuhan guli pada permukaan plastersin. Apakah yang
menyebabkan kedalaman lubang yang terbentuk pada permukaan plastersin berbeza- beza.

I. Berat guli

II. Warna guli

III. Ketinggian guli dijatuhkan

A. I Sahaja C. I Dan III Sahaja

B. I Dan II Sahaja D. I, II Dan III Sahaja

P - Marikh

Q - Zuhal

R - Bumi

S - Neptun

18. Maklumat di atas adalah tentang nama sebahagian planet-planet. Antara berikut yang manakah
urutan kedudukan planet yang betul bermula daripada planet yang jauh dari matahari?

A. P,Q ,R ,S

B. Q ,S ,R ,P

C. R ,P, Q, S

D. S ,Q ,P ,R
Radio

Dinamo Basikal

Telefon

Kompas

19. Maklumat diatas menunjukkan alat-alat kegunaan dalam kehidupan harian. Apakah persamaan
yang terdapat pada alat-alat tersebut?

A. Mempunyai magnet

B. Merupakan alat elektrik

C. Merupakan bahan bermagnet

D. Merupakan alat perhubungan

20. Sekumpulan murid ingin melakukan penyiasatan tentang gerhana. Antara langkah berikut yang
manakah perlu dilakukan untuk melihat gerhana bulan?

I. Menggerakkan bola ping pong sehingga berada dalam bayang-bayang glob.

II. Menggerakkan bola ping pong berada di hadapan glob.

III. Meletak glob di antara bola ping pong dengan cahaya lampu suluh dalam satu garis lurus.

IV. Menggerakkan bola ping pong berada di depan cahaya lampu suluh.

A. I Dan II Sahaja C. II, III Dan IV Sahaja

B. I Dan III sahaja D. I ,II, III Dan IV

21. Ciri-ciri yang manakah antara berikut menentukan kestabilan sesebuah kenderaan?

I. Rendah

II. Mempunyai saiz yang kecil

III. Mempunyai tayar yang lebar

IV. Mempunyai tayar yang lebar


A. I Dan II Sahaja C. III Dan IV Sahaja

B. I Dan III Sahaja D. I, III, Dan IV Sahaja

* Kuku kambing * Cangkul

* Tajak * Pembajak

22. Apakah alat Teknologi yang boleh menggatikan alat-alat pertanian tradisional dalam jadual di
atas?

A. Traktor

B. Jentera penuai

C. Jentolak

D. Jentera pengangkut

23. Sumpah-sumpah (iguana), kuda belang dan harimaubintang mempunyai corak tertentu pada
kulitnya untuk..

A. Memberi bentuk yang menarik.

B. Menarik perhatian pasangannya.

C. Menyamar diri dengan keadaan alam sekitarnya.

D. Memanaskan badan dan menyesuaikan diri dengan iklim.

24. Manusia mempunyai perbezaan dengan kehidupan lain. Antaranya ialah..

A. Melindungi anaknya daripada ancaman bahaya.

B. Berupaya medapatkan makanan daripada alam sekitar.

C. Berupaya menggunakan alat teknologi untuk melakukan pekerjaan.

D. Membiak dengan melahirkan anak untuk meneruskan spesisnya.


Tumbuhan P

Haiwan Q Haiwan R Haiwan S

Haiwan T

Haiwan U

Rajah 3

25. Rajah 3 menunjukkan siratan makanan bagi suatu kawasan. Berapakah bilangan rantai makanan
yang terdapat dalam rajah di atas?

A. 3 B. 4 C. 5 D. 6

X - Menyerap cahaya

Y - Membias cahaya

Z - Memantul cahaya

Jadual 1

26. Berdasarkan kenyataan di atas apakah bahan X, Y, Z ?

X Y Z
A. Cermin muka Blok kaca Baju hitam
B. Blok kaca Cermin muka Baju hitam
C. Baju hitam Blok kaca Cermin muka
D. Blok kaca Baju hitam Cermin hitam
27. Seorang murid ingin mengkaji kelajuan bagi beberapa objek yang berlainan. Apakah maklumat-
maklumat yang perlu diukur oleh murid tersebut bagi mencari laju sesuatu objek?

A. Berat objek dan masa yang diambil.

B. Jarak yang telah dilalui oleh objek dan kecondongan landasan yang dilalui.

C. Masa yang diambil oleh objek dan jarak yang dilalui.

D. Jarak dilalui oleh objek dan berat objek.

P - Air dan tabung uji

Q - Air dan kelalang

R - Air dan silinder penyukat

S - Air dan piring petri


Jadual 1

28. Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, pasangan yang manakah boleh digunakan untuk
menguji isipadu objek yang bentuknya tidak sekata?

A. P B. Q C. R D. S

29. Semua peryataan di bawah benar mengenai cara mencegah pengaratan, kecuali

A. Sebatang jarum dibungkus di dalam kertas.

B. Kuali roti canai disapu minyak.

C. Sebilah parang disapu cat.

D. Pembaris besi disadur timah.


30. Pilih kumpulan bahan yang terdiri daripada bahan-bahan dalam keadaan yang sama.

A. Minyak, pen, pemadam, dakwat.

B. Minyak, susu UHT, cuka, air limau.

C. Wap air, raksa, embun.

D. Gula pasir, karbon dioksida, wap air, oksigen.

Diperbuat daripada bahan semulajadi

Tidak menyerap air

Bersifat kenyal
Jadual 2

31. Berdasarkan maklumat di atas, apakah objek yang sesuai dengan maklumat tersebut?

A. Span

B. Gelang getah

C. Khemah kain

D. Pembaris plastik

Tiada atmosfera
Tiada air
Tarikan graviti yang lemah

Jadual 4

32. Pernyataan dalam jadual 4 bedasarkan maklumat tentang.

A. Bumi

B. Bulan

C. Bintang

D. Matahari
33. Antara sumber tenaga elektrik berikut, yang manakah membekalkan tenaga elektrik yang paling
besar?

A. Dinamo

B. Sel suria

C. Akumulator

D. Stesen jana kuasa hidroelektrik

34. Sebiji bola ping pong yang kemik menjadi bulat semula selepas dimasukkan ke dalam air panas.
Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

A. Jisim bola ping pong

B. Udara dalam bola ping pong mengembang

C. Udara dalam bola ping pong mengecut

D. Air masuk ke dalam bola ping pong

35. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai suhu suatu bahan?

A. Jumlah tenaga dalam bahan itu

B. Jumlah haba dalam bahan itu

C. Pengembangan dan pengecutan bahan itu

D. Pengukuran darjah kepanasan dan kesejukan bahan itu


36. Maklumat di bawah menunjukkan sifat-sifat bahan X. Apakah bahan X?

# Boleh diampatkan

# Tidak mempunyai bentuk dan isi padu yang tetap

A. Mentega

B. Wap air

C. Jus oren

D. Air mineral

37. Antara faktor brikut, yang manakah tidak mempengaruhi kadar penyejatan segelas air?

A. Suhu persekitaran

B. Keadaan angin

C. warna air

D. Luas perukaan air yang terdedah

38. Mengapakah tenaga yang boleh diperbaharui lebih baik daripada tenaga yang tidak boleh
diperbaharui?

A. Mudah diubah

B. Boleh diperoleh dimana-mana

C. Tidak mencemarkan alam sekitar

D. Mempunyai tenaga yang berkualiti tinggi

39. Antara peralatan elektrik berikut, yang manakah mengubah tenaga elektrik kepada tenaga
kinetik?

A. Pemanas air

B. Kipas meja

C. Cerek elektrik

D. Seterika elektrik
40. Apakah bentuk tenaga yang terdapat pada seutas gelang getah yang direnggangkan?

A. Tenaga haba

B. Tenaga bunyi

C. Tenaga kinetik

D. Tenaga keupayaan

Das könnte Ihnen auch gefallen