Sie sind auf Seite 1von 25

Business Model Canvas

Malaysia

WWW.FIRDAUSARIFF.COM
WWW.MALAYSIANBUSINESSMODEL.COM
1
2

Kata Pengantar
Berita sekarang dipenuhi dengan kisah mereka yang Melalui buku Business Model Generation, saya bertemu
berjaya mengkomersilkan hasil inovasi mereka dan dengan pendekatan Business Model Canvas yang
diterima baik oleh pasaran. Dalam masa yang sama ada diperkenalkan oleh Dr. Alex Osterwalder & Dr. Yves
juga yang membawa inovasi yang serupa tetapi tidak Pigneur.
berjaya bertahan dalam pasaran.
Setelah mempraktikkannya dan berkongsi dalam
Kita juga lihat bagaimana tukang masak yang hebat beberapa siri kelas, saya mengambil keputusan untuk
hanya ada satu kedai sedangkan ada peniaga menuntut terus dengan mereka. Alhamdulillah, berkat
membuka berpuluh-puluh kedai dengan resipi yang sokongan keluarga dan rakan-rakan saya dapat
biasa-biasa sahaja. menghadiri Business Model Workshop & Masterclass di
Singapura pada 15-16 Ogos 2012.
Persoalan-persoalan itu semua sebenarnya berkisar
kepada model bisnes. Selama ini model bisnes atau Di sana, Dr. Yves menerangkan bahawa ilmu Business
business model adalah satu istilah yang dianggap elit Model Canvas masih terbuka dan saya bebas untuk
dan menjadi mainan ekseutif korporat serta konsultan menghasilkan buku dalam topik ini dalam konteks
antarabangsa. Malaysia.

Sebenarnya itu tidak benar dan model bisnes Oleh itu, saya menghasilkan eBook ini dan diharap para
seharusnya dikuasai oleh semua orang. Kekangan yang pembaca mendapat manfaat dari perkongsian ini
wujud selama ini adalah tidak ada satu kerangka mudah
bagi memperihalkan dan berinovasi dengan model Muhammad Firdaus Ariff
bisnes. 30 Ogos 2012
Bandar Baru Bangi

www.malaysianbusinessmodel.com
2

Apa Itu Business Model?

Model bisnes adalah definisi bagaimana sesebuah


organisasi mengumpul, mencipta dan menyalurkan
nilai. Nilai tesebut boleh jadi nilai ekonomi, nilai sosial
atau lain-lain. Model bisnes adalah kerangka
bagaimana sesebuah organisasi menukar sumber
yang ada kepada sesuatu yang lebih bernilai.

Analogi yang mudah adalah membayangkan sebuah


enjin. Secara asasnya enjin menukar bahan bakar
kepada pergerakan. Namun bukan semua bahan
bakar itu bertukar menjadi pergerakan kerana hilang
dalam bentuk haba, geseran dan bunyi. Bisnes pula menukar modal/sumber menjadi
nilai/keuntungan, tetapi ada modal yang habis sebagai
kos menjalankan perniagaan. Kos boleh jadi kos
pengeluaran, sewa, pengedaran, gaji dan sebagainya.

Enjin yang bagus adalah yang dapat menukarkan
sebanyak mungkin bahan bakar menjadi pergerakan dan
tidak terbuang dalam bentuk lain. Berapa peratus bahan
bakar bertukar menjadi pergerakan? Lebih tinggi
peratusnya, lebih tinggi tahap efisiennya. Begitu juga
dengan bisnes, kita mahu bisnes yang efisien yang dapat
menukar modal menjadi keuntungan!

www.firdausariff.com
3

Business Model Canvas


Business Model Canvas merupakan satu pendekatan Tuan-tuan mungkin biasa menggunakan peta minda
yang diasaskan oleh Alexander Oesterwalder & Yves bagi meringkaskan nota dan dalam masa yang sama
Pigneur dalam mencipta dan menilai model bisnes. meningkatkan kefahaman. Begitu juga dengan
Dalam satu halaman, pendekatan ini dapat merangkumi Business Model Canvas, pendekatan ini ibarat peta
semua elemen-elemen penting bisnes tanpa berisiko minda bagi pelan bisnes.
menjadi terlalu ringkas.

www.malaysianbusinessmodel.com
4

www.firdausariff.com
5
1
2

Blok-blok Business Model Canvas


1. Value Proposition Business Model Canvas memberikan satu pandangan
2. Customer Segment menyeluruh bagaimana kesemua bahagian bisnes
3. Channels memainkan peranan. Contoh di bawah adalah ilustrasi
4. Customer Relationship Business Model Canvas sebuah kedai laksa.
5. Revenue Stream
6. Key Resources
7. Key Activites
8. Key Partners
9. Cost Structure

www.malaysianbusinessmodel.com
6
1
2

Value Proposition
Newness (Baru)

Peniaga menawarkan perkara baru dalam produk atau


perkhidmatannya yang tidak pernah dijual sebelum ini.
Sebagai contoh, syarikat Karangkraf mengeluarkan
majalah baru Hijabista yang mempunyai rangkuman
yang baru dan berbeza dengan majalah-majalah lain.

Performance (Prestasi)

Tawaran nilai prestasi selalunya berlaku dalam industri


yang melibatkan peralatan dan jentera. Sebagai
contoh, Toyota menawarkan kereta-kereta yang
dicanang sebagai mempunyai prestasi yang lebih baik
dari segi kuasa dan penjimatan minyak. Perbandingan
Value proposition atau tawaran nilai adalah apa yang
prestasi boleh dibuat kepada produk sendiri atau
dijanjikan oleh peniaga atas perkhidmatan atau produk
pesaing.
yang dijual. Dalam erti kata lain, apa yang pelanggan
dapat dengan wang mereka? Terdapat pelbagai jenis
value proposition dan perbezaan itu boleh berlaku
walaupun menggunakan alat yang sama serta industri
yang serupa.

www.firdausariff.com
7
4
3

Customization (Personalisasi)
Status (Jenama)
Tawaran nilai ini adalah bagi perniagaan yang
menghasilkan barangan atau memberikan Ada juga barangan dan perkhidmatan yang dibeli kerana
perkhidmatan secara tempahan. Sebagai contoh, status jenamanya. Sebagai contoh, memliki beg Louis
tukang jahit dan kedai papan tanda. Vuitton dikaitkan dengan kekayaan dan kejayaan.

Getting the Job Done (Selesaikan Tugas) Price (Harga)

Ada masanya, pembelian dibuat kerana 'terpaksa' Sebuah syarikat boleh menonjol dalam pasaran dengan
dan 'terdesak' bagi menyelesaikan masalah. Sebagai menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama
contoh, seseorang itu memanggil syarikat Rentokill pada harga yang lebih rendah. Sebagai contoh,
kerana rumahnya sudah diserang anai-anai dan dia pasaraya Mydin dan syarikat penerbangan Air Asia.
mahu semua perosak itu dihapuskan. Dalam erti kata
lain, syarikat menawarkan sesuatu yang menjadi Cost Reduction (Pengurangan Kos)
penyelesaian kepada masalah pelanggan.
Value Proposition ini berlaku apabila kos keseluruhan
Design (Rekabentuk) memilih satu perkhidmatan atau produk akan menjadi
lebih murah. Sebagai contoh, kereta terpakai mempunyai
Dalam sesetengah industri, rekabentuk menjadi harga yang lebih murah berbanding kereta baru tetapi
perbezaan tawaran apabila harga sudah lebih kurang berhadapan dengan peningkatan kadar faedah dan kos
serupa. Sebagai contoh, kereta-kereta Toyota, Nissan selenggaraan yang lebih tinggi. Dalam contoh ini, kereta
dan Honda mensasarkan kelas harga yang sama. baru mempunyai value proposition Cost Reduction jika
Dalam keadaan sebegini agak ramai juga yang dibandingkan dengan kereta terpakai.
membuat pilihan berdasarkan rekabentuk.

www.malaysianbusinessmodel.com
8
6
5

Risk Reduction (Pengurangan Risiko) Convenience (Kemudahan)

Bagi Value Proposition ini, pembeli tidak semestinya Sektor makanan banyak memberi contoh bagi value
tidak boleh membuat sendiri produk atau perkhidmatan proposition seperti ini. Kemudahan boleh datang dalam
tersebut. Tetapi membiarkan pihak lain membuatnya bentuk makanan segera atau sejuk beku. Serbuk
adalah lebih selamat. Sebagai contoh, kita boleh sahaja perencah juga satu bentuk kemudahan - berapa ramai
baiki wayar lampu di rumah tetapi lebih baik kita panggil antara kita masih membancuh serbuk kari sendiri? Bagi
tukang bagi melakukan kerja tersebut. makanan siap juga, rangkaian makanan segera adalah
raja kemudahan melalui perkhidmatan penghantaran dan
Accessibility (Kebolehcapaian) kaunter pandu lalu.

Kebolehcapaian membolehkan pengguna membeli
produk dan perkhidmatan yang selama di luar
jangkauan mereka atas sebab-sebab tertentu. Sebagai
contoh, syarikat PTS banyak menerbitkan buku-buku
terjemahan bestseller. Ini memberi satu value
proposition yang besar kepada para pengguna yang
kurang fasih Bahasa Inggeris tetapi sangat berminat
dengan konten versi asal.

www.firdausariff.com
9
1
2

Customer Segment Niche

Customer segment atau segmen pelanggan adalah Menyambung contoh pasaraya, fikirkan niche pasaraya
individu atau organisasi yang akan menjadi sasaran seperti barangan organik dan halal. Contohnya rangkaian
Value Proposition yang ditawarkan. kedai az-Zain. Perniagaan yang mensasarkan niche
mempunyai ciri unik yang tersendiri.
Terdapat lima jenis segmen pelanggan iaitu:
Segmented (Bersegmen)
1. Mass Market (Umum)
2. Niche Sebuah syarikat boleh mempunyai pelbagai segmen
3. Segmented produk bagi kategori pelanggan yang berbeza. Sebagai
(Bersegmen) contoh, syarikat Lego mempunyai sub-jenama Technic
4. Diversified bagi remaja lelaki, Duplo bagi kanak-kanak dan
5. Multi-sided Mindstorm bagi pelanggan yang lebih dewasa serta
1. sektor pendidikan.
Mass Market (Umum)
Diversified (Pelbagai)
Perniagaan yang mempunyai segmen pelanggan seperti
ini adalah pasaraya dan juga perkhidmatan Segmen pelanggan diversified berlaku apabila sebuah
pengangkutan. Mereka memnjual dan memberi syarikat mempunyai pelanggan-pelanggan yang tidak
perkhidmatan kepada semua. Antara contoh adalah berkaitan langsung. Sebagai contoh, konglomerat
Giant dan Transnasional. seperti Sime Darby menjual rumah dengan niche
tersendiri (lifestyle) dan dalam masa yang sama menjual
produk makanan berjenama Alif untuk mass market.

www.malaysianbusinessmodel.com
10
3

Multi-Sided (Platform)

Segmen multi-sided atau platform selalu berlaku dalam


penerbitan. Sebagai contoh syarikat Karangkraf
mempunyai pelanggan dari kalangan pembaca majalah
yang membeli naskhah dan pelanggan dari kalangan
pengiklan yang membeli iklan yang diletakkan dalam
majalah.

www.firdausariff.com
11

Channels
Channels atau Saluran adalah jambatan antara Value Proposition kepada Customer Segment. Dalam erti kata lain,
Channels adalah medium untuk anda membawa nilai kepada pelanggan.

Channels pula kemudiannya mempunyai beberapa jenis dan berfungsi untuk beberapa fasa.

1. Pemborong (Orang Tengah + Rakan)


2. Kedai Rakan Niaga (Orang Tengah + Rakan)
3. Kedai Sendiri (Orang Tengah + Sendiri)
4. Web (Sendiri + Terus)
5. Jurujual (Sendiri + Terus)

1. Kesedaran
2. Penilaian
3. Pembelian
4. Penghantaran
5. Khidmat selepas jualan
Setiap saluran pula boleh digunakan untuk kesemua
jenis fasa atau sebahagiannya. Sebagai contoh,
kempen kesedaran boleh dilakukan secara online
sehingga pada tahap pembelian (pembayaran) tetapi
selepas itu penghantaran dan khidmat selepas
jualan dilakukan oleh jurujual atau ejen syarikat.
www.malaysianbusinessmodel.com
12
1
2

Customer Relationship

Dedicated Personal Assistance (Bantuan Peribadi


Customer Relationship atau Perhubungan Pelanggan Khusus)
merujuk kepada kaedah dan tahap perhubungan
bisnes dengan pelanggan. Terdapat beberapa pilihan Bentuk perhubungan pelanggan jenis ini selalunya
Perhubungan Pelanggan dalam menjalankan sesuatu ditemui bagi produk dan perkhidmatan yang lebih mahal.
bisnes. Sebagai contoh pengurus dana saham amanah mungkin
akan menjaga seorang hartawan yang melaburkan
Personal Assistance (Bantuan Peribadi) berjuta-juta.

Personal Assistance berlaku sama ada melalui staf di Self-Service (Khidmat Mandiri)
kedai atau melalui telefon, emel & alat-alat komunikasi
lain. Dalam cara perhubungan ini, memang ada Vending Machine adalah contoh terbaik bagi
seseorang yang melayan pelanggan secara peribadi perhubungan pelanggan jenis ini. Pelanggan dibiarkan
pada waktu tersebut. untuk bertindak sendiri dengan sistem atau mesin yang
disediakan oleh syarikat.
www.firdausariff.com
13
4
3

mereka lalu diperhalusi oleh ahli-ahli lain sebelum


Automated (Sistem Auto) dikilangkan serta diedarkan oleh Quirky. Perhubungan
pelanggan jenis ini kurang digunakan dalam konteks
Kaedah Automated pula lebih canggih berbanding self- tempatan kerana memerlukan pembangunan platform
service kerana sistem ini akan mengetahui profil co-creation yang khusus.
pelanggan dan dapat berinteraksi dengan pengguna.
Sistem tempahan tiket online adalah contoh tipikal Memilih Kaedah Perhubungan Pelanggan
kaedah ini.
Antara pertimbangan dalam pemilihan kaedah
Communities (Komuniti) Perhubungan Pelanggan adalah kos.

Para pelanggan akan berkomunikasi sesama sendiri Personal


melalui forum atau platform online yang sudah Assistance
disediakan. Kebanyakan pertanyaan-pertanyaan biasa tentunya
akan dapat dijawab oleh pelanggan lain dan selebihnya
akan dijawab oleh wakil syarikat.

Co-Creation paling mahal kerana


memerlukan syarikat membayar gaji,
Co-Creation berlaku apabila syarikat dan pelanggan latihan dan infrastruktur. Sedangkan Self Service dan
sama-sama terlibat dalam menawarkan produk atau Automated itu kosnya lebih murah bagi setiap transaksi.
perkhidmatan. Sebagai contoh Quirky.com Perbezaan kos ini sangat ketara apabila kita berinteraksi
membolehkan pengguna upload rekabentuk produk dengan syarikat seperti AirAsia kerana harga tiket akan
berbeza mengikut kaedah perhubungan yang kita pilih.
Malah, talian telefon AirAsia X merupakan talian premium
yang mengenakan caj RM1.95 seminit!

www.malaysianbusinessmodel.com
14
1
2

Revenue Stream
Revenue Stream atau Aliran Pendapatan adalah mengenakan caj 15sen seminit bagi panggilan telefon
bagaimana bisnes mendapat pendapatan melalui Value dalam negara. Pos Malaysia pula mengenakan caj RM3
Proposition yang ditawarkan. Terdapat 7 saluran aliran bagi satu sampul kecil Pos Ekspres.
pendapatan (revenue stream) dan ini merupakan satu
aspek yang menarik untuk berinovasi. Subscription Fee (Yuran Langganan)

Asset Sale (Jualan Aset) Aliran pendapatan jenis ini pula bergantung kepada
tempoh penggunaan sesuatu perkhidmatan atau
Ini adalah aliran penghantaran produk. Sebagai contoh, kita boleh
pendapatan yang melanggan perkhidmatann UniFi pada harga RM149
klasik, peniaga sebulan dan melanggan dengan mamak di kampung
menjual stok produk bagi menghantar akhbar ke rumah setiap hari.
fizikal yang dimilikinya kepada Langganan juga membawa maksud penggunaan
pelanggan. Kita berhadapan dengan transaksi jenis ini berterusan dan selalunya mempunyai tempoh minima
setiap hari apabila berurusan dengan kedai runcit dan setahun.
kedai makan. Sama juga apabila kita membeli baju dan
kasut.

Usage Fee (Yuran Penggunaan)

Aliran pendapatan ini pula bergantung kepada kadar


penggunaan oleh pengguna. Sebagai contoh, Celcom

www.firdausariff.com
15
4
3

Brokerage Fee (Komisen)

Komisen pula diperolehi apabila sesuatu entiti menjadi


orang tengah bagi sebuah transaksi. Kadar komisen
boleh jadi mengikut peratusan atau satu kadar rata.
Sebagai contoh, kita dikenakan bayaran RM1 apabila
mengeluarkan wang melalui ATM bank lain. Bank pula
mengenakan caj 3% bagi transaksi kad kredit. Paypal
pula mengenakan kadar rata RM2 serta caj 3.9%.
Lending / Renting / Leasing (Sewaan)
Advertising (Iklan)
Sewaan pula merujuk kepada caj penggunaan bagi
tempoh yang spesifik. Sebagai contoh, syarikat Avis Pendapatan jenis ini pula adalah atas hak untuk
mengenakan caj RM200 sehari bagi menyewa sebuah menyiarkan iklan dalam medium atau platform yang
kereta. dimiliki oleh peniaga. Iklan digunakan sama ada untuk
mengurangkan kos bahan penerbitan (Utusan Malaysia)
Licensing (Perlesenan) atau memberi perkhidmatan percuma (Google).

Perlesenan
pula merujuk
kepada yuran
atau caj atas kebenaran menggunakan sesuatu.
Selalunya perlesenan adalah bagi harta intelek seperti
buku, muzik dan video. Sebagai contoh, komposer
mendapat royalti setiap kali lagunya dimainkan di radio.

www.malaysianbusinessmodel.com
16
1
2

Revenue Stream: Mekanisme Harga


Mekanisme Harga terbahagi kepada dua iaitu Fixed
Menu (Harga Tetap) dan Dynamic Pricing (Harga Harga Dinamik
Dinamik)
1. Negotiation (Rundingan / Tawaran)
Harga Tetap 2. Yield Management (Pengurusan Hasil) - contoh:
1. List price (harga tersenarai) Harga tiket AirAsia lebih murah jika dibeli lebih
2. Product feature dependant (Bergantung kepada awal. Sistem pula memastikan semua kerusi
ciri produk) - contoh: model kereta Toyota Camry dipenuhi.
mempunyai beberapa varian di mana harganya 3. Real-time-market (Pasaran
bergantung kepada saiz enjin dan bodykit masa nyata) - contoh: jual beli
3. Customer Segment Dependant (Bergantung komoditi seperti emas,
kepada segmen pelanggan) - contoh: harga tiket minyak, perak
Aquaria berbeza untuk pelajar dan pelancong 4. Auction (Lelongan) Harga
biasa ditentukan melalui bidaan dan dijual
4. Volume Dependant (Bergantung kepada jumlah kepada pembida yang memenuhi kriteria
pembelian) - contoh: membeli barang secara yang ditetapkan.
borong akan membawa kepada harga yang lebih
murah

www.firdausariff.com
17
1
2

Key Resources
Key Resources atau Sumber Utama adalah bahan- termasuklah bayaran awal daripada pelanggan. Kredit
bahan yang diperlukan bagi menghasilkan Value daripada pembekal juga boleh menjadi salah satu
Proposition yang ditawarkan. Terdapat empat jenis sumber kewangan dalam menjalankan bisnes.
Value Proposition.
Intelek
Manusia
Sumber jenis ini semakin penting dalam ekonomi baru.
Sumber manusia meliputi pekerja serta konsultan dan Kebiasaannya sumber ini dalam bentuk paten, hakcipta
kontraktor luar. Dalam sesetengah bisnes, bakat dan trade secret. Jenama juga termasuk dalam sumber
sumber manusia adalah penjana utama pendapatan. intelek.
Bagi perkhidmatan Web 2.0, pengguna aplikasi juga
termasuk sebagai sumber manusia yang penting.

Fizikal

Antara contoh sumber fizikal adalah premis, bahan


mentah dan infrastruktur.

Kewangan

Sebut sahaja bahagian ini, ramai yang terbayang


pinjaman dan geran daripada bank atau agensi
kerajaan. Sebenarnya terdapat banyak sumber lain

www.malaysianbusinessmodel.com
18
1
2

Key Activities
Menyelesaikan Masalah
(Problem Solving)

Berbeza dengan pengeluaran,


Key Activities atau Aktiviti Utama adalah bahagian di penyelesaian masalah memerlukan
mana kerja sebenar berlaku. Mempunyai bakat penyelesaian yang berlainan bagi setiap
melakukan sesuatu kerja atau menghasilkan sesuatu pelanggan. Contoh paling mudah adalah
sebenarnya hanya memboleh seseorang menjalan Key klinik di mana doktor perlu mendiagnos
Activities. pesakit dan memberikan rawatan yang bersesuaian.
Kerja doktor adalah problem solving tetapi kilang
Pengeluaran (Production) pengeluaran ubat adalah production.

Pengeluaran melibatkan penghasilan produk fizikal. Platform / Network (Platform / Rangkaian)


Sebagai contoh, Ramly Burger
mengeluarkan burger dan nugget Aktiviti jenis ini lebih rumit berbanding pengeluaran dan
dari kilangnya. Aktiviti penyelesaian masalah kerana platform berhadapan
jenis ini memerlukan bahan dengan pelbagai jenis pelanggan dan pembekal (multi-
mentah serta mesin dan sided). Sebagai contoh, syarikat Karangkraf harus
pekerja. Pengeluaran bersifat mengendalikan pembaca akhbar serta majalah,
rutin di mana setiap produk wartawannya sendiri, penulis luar, penulis dan pengiklan.
yang dihasilkan adalah sama. Pengendali platform harus memastikan platform dikenali

www.firdausariff.com
19
4
3

dan semua infrastrukturnya berjalan lancar. Pihak


Karangkraf harus memastikan semua majalah terbit
tepat pada masanya, diedarkan dengan menyeluruh,
dipromosikan secara meluas dan mendapat pengiklan
yang berprestij.

Kerja pengendalian platform adalah renyah dan


melibatkan kedua-dua production serta problem
solving. Sebagai contoh, kerja mencetak majalah
adalah production tetapi memujuk pengiklan membeli
ruang iklan itu adalah problem solving.

www.malaysianbusinessmodel.com
20
1
2

Key Partners
Risk Reduction (Pengurangan Risiko)

Berbeza dengan Kumpulan Karangkraf, PTS Publication


tidak mempunyai unit percetakan sendiri. Kos membeli
dan mengendalikan mesin pencetak adalah sangat
mahal. Overhead yang tinggi dapat memberi kesan
buruk kepada operasi syarikat. Tambahan pula,
kepakaran yang diperlukan juga sangat berbeza. Buku
mungkin tersalah cetak dan mesin boleh mengalami
Key Partners atau Rakan Utama adalah individu atau pincang tugas. Oleh itu, bagi mengurangkan risiko
organisasi yang membolehkan sesuatu bisnes operasi dan kewangan, adalah lebih baik bagi PTS
beroperasi. Terdapat tiga motif mengapa sesuatu menggunakan khidmat syarikat pencetak.
bisnes mendapatkan rakan kongsi.
Acquisition of Resources & Activities (Pemerolehan
Economy of Scale Sumber & Aktiviti)

Bagi motif ini, peniaga mahu mendapatkan kuasa Sebagai contoh, sebuah syarikat pembinaan boleh
pembelian yang lebih besar bagi mengurangkan kos. mempunyai sebuah syarikat perlombongan batu sebagai
Sebagai contoh, McDonalds Malaysia yang mempunyai rakan niaga. Ini akan memberinya bekalan terus pada
ramai franchisee dapat membeli bahan mentah pada harga yang lebih murah dan konsisten. Kerjasama ini
harga yang lebih murah kerana mereka dapat membeli dapat memberikan kelebihan yang signifikan
secara pukal. terutamanya bagi projek berskala besar.

www.firdausariff.com
21
1
2

Cost Structure
Cost Structure atau Struktur Kos menerangkan kos Contoh paling mudah, kos bahan mentah Nasi Lemak
yang terlibat dalam menyampaikan Value Proposition Istimewa adalah sama di gerai dan di hotel. Katakan
kepada pelanggan. kosnya RM3. Namun Cost Structure gerai adalah Cost-
Driven menyebabkan pemilik gerai hanya boleh caj
Cost Structure boleh jadi Cost- maksima RM6. Berbeza dengan Cost
Driven (Pacuan Kos) atau Value- Structure hotel yang Value-Driven
Driven (Pacuan Nilai). Bagi Cost-Driven Cost membolehkan harga diletakkan melebihi
Structure, harga jualan berkait rapat dengan kos RM20. Dalam keadaan ini, persepsi 'keistimewaan' itu
penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan. yang turut dijual bersama kepada pelanggan.
Value-Driven Cost Structure pula meletakkan
harga berdasarkan persepsi nilai sesuatu
produk atau perkhidmatan.

www.malaysianbusinessmodel.com
22
1
2

Cost Structure: Ciri-ciri Kos


Kos Tetap Economies of Scale

Sesetengah bisnes Model bisnes yang melibatkan pengeluaran biasanya


mempunyai kos tetap yang mempunyai economies of scale kerana semakin banyak
signifikan. Selalunya ciri ini produk dihasilkan, semakin murah kosnya. Sebagai
wujud dalam bisnes-bisnes contoh, kos membuat acuan dan mesin menghasilkan
yang memerlukan infrastruktur berus gigi itu mahal kos permulaannya tetapi kos bahan
fizikal yang besar. Sebagai mentah setiap unit berus gigi itu sangat murah. Setelah
contoh, kilang mempunyai kos kos permulaan dapat ditampung, maka kos pengeluaran
tetap yang besar bagi bangunan, mesin dan overhead setiap unit selepas itu menjadi tersangat murah.
bulanan untuk elektrik, gaji serta air.
Economies of Scope
Kos Boleh Ubah
Economies of Scope pula datang apabila sesuatu bisnes
Kos boleh ubah pula boleh dilihat dalam bisnes seperti menambah perkhidmatan atau produk yang
khidmat guaman. Peguam tidak dapat tahu lebih awal mengoptimumkan penggunaan sumbernya. Sebagai
berapa banyak kos pengangkutan dan kos contoh, syarikat perlombongan yang mempunyai kuari
dokumentasi yang diperlukan bagi setiap kes. Hanya batu boleh menambah perkhidmatan sebagai kontraktor
setelah selesai kes barulah dia tahu kos sebenar. Kos pembinaan jalan. Berbekalkan sumber utama yang terus
bagi kes berikutnya pula akan berbeza walaupun dalam dan lebih murah, mereka dapat meletakkan harga yang
bidang yang sama. lebih rendah bagi kualiti yang sama.

www.firdausariff.com
23
1
2

Mahu Belajar Lebih Lanjut?


Coaching
Ikuti Melalui Emel
Saya menawarkan coaching Business Model Canvas
Ikuti blog FirdausAriff.com melalui emel bagi
kepada individu dan juga organisasi. Mohon berhubung
mendapatkan entri terkini dan kemaskini tarikh kelas
terus melalui emel firdaus.ariff@gmail.com atau talian
serta bengkel. Mohon mendaftar di http://bit.ly/daftarFA
013-2002705.
Bengkel
Sesi di Unit Kaunseling, UPM

Tuan Hadi Rofiee, Jurnalinspirasi.com

Dapatkan maklumat terkni bengkel di


http://www.firdausariff.com/p/bengkel.html

www.malaysianbusinessmodel.com
24
1
2
3

Profil Penulis
Muhammad Firdaus bin Ariff Pengalaman Training
merupakan Training Advisor di 1. Coaching Business Model Canvas, Unit Kaunseling
Talent Development Consulting UPM; 13 Ogos 2012
yang merupakan ejen bertauliah 2. Bengkel Menulis Dengan Kreatif Bagi Pegawai
bagi modul-modul latihan keluaran JPA, Kings Hotel, Melaka: 7-9 Jun 2011
PTS COE. Beliau berkerja rapat 3. Bengkel Pemikiran Kreatif Dalam Kerjaya, INTAN
dengan Tim Pengkaji Psikologi Sabah: 18-22 Oktober 2010
Hadith dan PTS COE bagi menghasilkan produk- 4. Program PERMATApintar: 30 November 17
produk baru dan merancang strategi pemasaran. Disember 2009

Sebelum ini beliau juga merupakan penulis dan


penterjemah freelance di PTS Media Group Sdn Bhd
selain menulis artikel dan cerpen bagi penerbitan-
penerbitan lain.

Buku-buku Yang Diterjemah

1. Rich Dad Poor Dad - PTS Professional, 2012


2. Seni Bisnes Terhebat Tao Zhugong - PTS
Professional, 2011
3. Sun Tzu Art of Business - PTS Professional, 2011
4. Sun Tzu Art of War - PTS Professional, 2011
5. Rahsia Bisnes Google PTS Professional, 2009 Menghadiri Business Model Workshop & Masterclass kendalian
Dr. Alexander Osterwalder & Dr. Yves Pigneur di Singapura.

www.firdausariff.com
25

Das könnte Ihnen auch gefallen