Sie sind auf Seite 1von 36

PENAFIAN PENULISAN

Penulis (merangkap penerbit) telah sedaya upaya memastikan ebook 5

LANGKAH MUDAH PUKAU PELANGGAN MELALUI BUSINESS CARD

ini mengandungi kandungan maklumat yang bermanfaat dan berautoriti,

besesuaian dengan tujuan asal penulis.

Penulis ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat profesional

seperti konsultasi, perundangan mahupun perakaunan kepada para

pembaca.

Sila dapatkan khidmat ahli professional yang bertauliah sekiranya anda

memerlukan segala bantuan dan pakar dalam bidang berkaitan.


HAK, HAKCIPTA DAN PENAFIAN

Hakcipta 5 LANGKAH MUDAH PUKAU PELANGGAN MELALUI

BUSINESS CARD terpelihara.

Sebarang pengubahsuaian untuk tujuan komersial, dijual di mana-mana

platform perniagaan adalah dilarang.

Versi Asal adalah 1.0, diterbitkan pada 2 Januari 2015


PENDAHULUAN

Tujuan e-book (buku elektronik) ini

ditulis untuk tujuan pendidikan semata-

mata.

Saya khususkan 5 LANGKAH MUDAH PUKAU PELANGGAN MELALUI

BUSINESS CARD kepada sesiapa yang merasakan business card

mereka tidak pernah mendapat perhatian pelanggan.

Antara kesukaran yang sering berlaku pada peniaga (mereka yang

kekurangan informasi) adalah bagaimana membina kredibiliti dan menarik

perhatian pelanggan untuk terus menjadi perhatian dalam perniagaan

(branding).

Antara tujuan sesuatu business card itu dicetak adalah sebagai pengganti

diri untuk memulakan pengenalan samada antara peniaga mahupun

pelanggan.
Biasanya peniaga akan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pereka

grafik yang dibayar untuk merekabentuk business card mereka sedangkan

impak business card sangatlah besar dalam perniagaan .

Masalah kedua yang sering melanda adalah, peniaga seringkali melihat

business card tiada kepentingan utama sedangkan melalui business card,

pelanggan akan menilai terhadap keseriusan peniaga terhadap apa yang

diniagakan sekaligus melihat (first impression) kepada kredibiliti

(kepercayaan) peniaga tersebut.

Oleh itu, diharap panduan sedikit sebanyak mampu membuka minda dan

ilham kepada para pembaca dalam membina kredibiliti melalui business

card.

5 LANGKAH MUDAH PUKAU PELANGGAN MELALUI BUSINESS

CARD adalah penulisan PERCUMA, bersih dari sebarang spyware,

adware ataupun virus. Jadi anda boleh gunakannya 100% tanpa was-was.
LANGKAH SATU-NICHE

Maksud NICHE- merujuk halifsaat.com, Niche di dalam kamus dwibahasa

Oxford keluaran fajar edisi ketiga mengatakan Niche bermaksud celah,

ceruk dan relung.

Manakala Wikepedia pula mengatakan Niche market ialah set pemasaran

yang mana menumpukan lebih kepada sesuatu produk tersebut.

Apa pun maksud yang diberi sebenarnya niche memainkan peranan yang

penting dalam anda memasarkan produk atau menjalankan sebuah

perniagaan.

Mengapakah penting anda perlu mempunyai niche tersendiri.

Mudah dilihat anda pakar dalam sesebuah bidang

Mengurangkan pesaing anda

Anda akan dilihat sebagai seorang yang sempurna dalam bidang

anda

Anda mudah dikenali dalam bidang yang anda ceburi


Anda akan lebih mudah mendapatkan pelanggan kerana tertumpu

kepada keperluan pengguna

Anda boleh lebih fokus masa anda untuk lebih berkembang dan

berdaya maju

Niche bukan semata-mata dipilih untuk membuat business card, malah ia

menjadi agenda terpenting sebelum memulakan perniagaan.

Oleh yang, demikian para peniaga hendaklah menggariskan apakah niche

mereka sebelum membuat business card. Niche yang jelas banyak

membantu perniagaan terutama dalam membina kepercayaan pelanggan

terhadap perniagaan.

Antara cara memilih niche adalah dengan menyenaraikan secara terperinci

dan tepat terhadap aktiviti perniagaan yang kita jalankan.

Contohnya, keluarkan beberapa soalan secara terperinci kepada

perniagaan kita sehingga kita dapat menilai niche kita dengan jelas.
1. Apakah perniagaan kita?

Jawapan: Percetakan

2. Percetakan apa?

Jawapan: Percetakan offset

3. Apakah contoh-contoh percetakan offset tersebut?

Jawapan: Business card, flyers, letterhead

4. Antara ketiga-tiga keluaran produk, apakah produk yang paling tinggi

permintaan dan menjadi sumber pendapatan paling tinggi?

Jawapan: Business card

5. Kesimpulannya, apakah niche perniagaan anda?

Jawapan: Percetakan business card

6. Wujudkan kredibiliti melalui niche yang di pilih.

Jawapan: Kepakaran saya adalah membantu orang ramai yang


memerlukan business card yang memukau hati pelanggan dengan

harga terendah di pasaran.

Nah! Anda akan dilihat sangat pakar dalam bidang percetakan

business card melalui pemilihan niche yang tepat berbanding mereka

yang tidak tahu apakah niche perniagaan mereka.

Perhatian-Ramai peniaga yang memilih terlalu banyak niche dalam

perniagaan sehingga mengelirukan pelanggan malah mengelirukan diri

mereka sendiri apakah sebenar niche perniagaan yang mereka jalankan.

Pesan guru saya, Dr. Hj. Azizan Osman, pakar pemasaran No. 1 Asia,

dalam perniagaan kita kena fokus kepada sesuatu niche dan kembangkan

sehingga berjaya. Jangan dicampuradukkan dengan pelbagai aktiviti dalam

perniagaan yang kita jalankan. Kejayaan hanya akan datang kepada

mereka yang fokus dalam sesuatu.


LANGKAH DUA-PENJENAMAAN (BRANDING)

Maksud PENJENAMAAN-Penjenamaan bermaksud memberi gambaran

jelas, tepat dan specific terhadap bidang, produk mahupun perniagaan

yang anda jalankan.

Antara faktor yang menyebabkan pelanggan kekal dan membuat

pembelian yang berterusan melalui perniagaan anda adalah penjenamaan

yang jelas, mudah, ringkas serta mudah untuk diingati, terlekat dalam

pemikiran pelanggan.

Sebab itulah, pemilihan jenama juga merupakan agenda penting dalam

perniagaan.

Sebagai contoh penjenamaan yang sangat hebat adalah seperti ubat gigi.

Jika hari ini anda ke kedai runcit untuk membeli ubat gigi, anda pasti

menyebut Colgate. Sedangkan Colgate adalah jenama ubat gigi bukanlah

jenis produk keperluan harian, malah masih banyak lagi jenama ubat gigi

yang lain seperti Darlie, Mukmin dan sebagainya.


Secara tidak langsung, Colgate mendapat keuntungan pemasaran

percuma melalui buah mulut orang lain untuk membeli ubat gigi.

Begitulah hebatnya kuasa penjenamaan dalam perniagaan. Jadi, apakah

jenama anda?

Bagaimana memilih jenama produk atau perkhidmatan dalam perniagaan

anda?
LANGKAH 1

Berikan nama perniagaan.

Pilihlah apa jua nama untuk diberikan terhadap perniagaan anda samada

dengan menggunakan nama sendiri, nama keluarga atau apa jua nama

yang anda rasakan sesuai untuk perniagaan anda.

Perhatian-Pemilihan nama terbaik adalah dengan memilih nama yang

catchy, unik dan berlainan dari peniaga lain. Semakin unik nama anda,

semakin senang pelanggan anda akan ingat.

Sebagai contoh, dalam perniagaan percetakan saya, saya memilih

perkataan Waghih. Waghih berasal dari perkataan waris melalui sebutan

dialek Negeri Sembilan (kerana saya berasal dari Negeri Sembilan).

Perkataan ini menjadi ingatan pelanggan saya kerana bunyi yang unik bagi

mereka yang bukan berasal dari negeri kelahiran saya.

Perhatian-Nama yang tidak terlalu panjang. Nama yang terlalu panjang

boleh menyebabkan pelanggan anda susah untuk ingat jenama anda.


Antara syarat yang digariskan oleh guru saya, Tuan Abdul Basit, sifu

printing Malaysia, kita hanya boleh memilih perkataan yang tidak boleh

melebihi 3 patah perkataan.

Contohnya, WA GHIH, ZA LO RA, LA ZA DA. Jika anda memilih lebih

panjang dari 3 patah perkataan boleh menyebabkan pelanggan susah

untuk ingat jenama anda.

Malah jika anda perhatikan, Kentucky Fried Chicken juga melakukan

penjenamaan semula terhadap perniagaannya menjadi K F C untuk

memudahkan pelanggan mengingati jenama mereka.

LANGKAH 2

Berikan aktiviti perniagaan dengan jelas.

Pemilihan aktiviti perniagaan sangat penting kerana ia melibatkan

pemahaman pelanggan anda terhadap perniagaan anda.


Pemilihan aktiviti hendaklah jelas selari dengan niche yang telah anda

bina.

Sebagai contoh, saya memilih perkataan Printing sebagai aktiviti

perniagaan untuk disatukan dengan nama yang telah saya pilih.

Hasilnya, Waghih Printing. Hasil gabungan nama yang unik dan aktiviti

yang jelas dalam penjenamaan perniagaan saya. Sesiapa pun yang

pertama kali dengar jenama ini akan mudah untuk ingat apakah jenis

kepakaran yang saya ada dan mudah mengenali saya sebagai orang

Negeri Sembilan.

Jika anda perhatikan Kentucky Fried Chicken memilih nama yang sangat

mudah di Eropah. Kentucky adalah nama tempat di eropah dan Fried

Chicken bermaksud ayam goreng. Dengan mudahnya orang-orang di

Eropah malah seluruh dunia mengingati perniagaan ini dengan mambawa

maksud Ayam Goreng Kentucky.


Perhatian-Buat carian di google.com, atas jenama yang telah anda pilih.

Berkemungkinan jenama anda telah digunakan oleh orang lain. Anda

hendaklah memilih nama yang lain sekiranya jenama yang anda pilih telah

digunakan oleh orang lain.

Saya akan terangkan kepada anda kenapa jenama sangat penting dalam

rekabentuk di dalam tajuk tips isi dan kulit nanti.

LANGKAH TIGA-PEMBINAAN LOGO

Saya menganggap anda tidak mempunyai kepakaran dalam merekabentuk

logo mahupun desain. Walaupun begitu, anda perlu tahu jenis logo apakah

yang perlu anda upah kepada designer agar logo anda mempunyai nilai

eksklusif dan menjadi ingatan kepada pelanggan.

Hasil kajian saya sebagai pakar dalam bidang rekabentuk, dunia

penjenamaan hari ini sudah berubah dalam membina logo jenama.

Pada era 90-an, anda boleh lihat kebanyakan perniagaan menggunakan


logo-logo yang dibina dari perkataan. Contohnya seperti di bawah ini.

Untuk pengetahuan anda, dunia desain hari ini sudah berubah kepada logo

yang lebih eksklusif seperti jata (emblem). Lebih nilai dan nampak mewah.

Saya sarankan kepada anda untuk memilih logo jata (emblem) kerana ia

mengikut perkembangan dunia desain.

Bagaimana rupa bentuk emblem?


Lihat contoh logo di bawah.

Sepanjang karier saya sebagai pakar dalam menghasilkan rekabentuk,

saya mendapati permintaan terhadap logo seperti ini mendapat permintaan

lebih tinggi berbanding logo yang menggunakan perkataan.

Antara faktor permintaan yang tinggi adalah logo seperti ini memaparkan
imej yang lebih eksklusif sekaligus meningkatkan nilai eksklusif perniagaan

anda.

Ia juga nampak kemas, cantik dan memukau mata pelanggan. Ia juga

sangat sesuai jika dicetak di bahan cetakan lain seperti t-shirt dan banner.

Tetapi anda diingatkan bukan mudah untuk merekabentuk logo seperti ini

sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran merekabentuk.

Kadangkala, designer terpaksa mengenakan caj yang lebih mahal kepada

anda untuk membina logo seperti ini.

Saya juga menggunakan logo seperti ini untuk syarikat dan jenama yang

saya bangunkan.
Ini logo syarikat dan jenama saya.

Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk buat carian di google.com dan

cuba pilih logo berdasarkan emblem seperti ini.

Cuba cadangkan kepada designer anda sebelum mereka mereka bentuk

logo perniagaan atau jenama anda.

Di bawah juga merupakan logo-logo pelanggan yang saya reka dengan

hasil tangan saya sendiri.


Dan ada banyak lagi. Cantik? Anda perlu berlogo seperti ini.

Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada anda untuk memilih logo yang

bersesuaian dengan perniagaan anda.


LANGKAH EMPAT-ISI DAN KULIT

Business card juga seperti buku. Ia mempunyai isi dan kulit. Isi tidak boleh

ditempatkan di kulit dan kulit tak boleh ditempatkan dibahagian isi.

Jika anda perhatikan contoh business card di atas, sebelah kiri adalah kulit

manakala sebelah kanan adalah isi.

Anda tidak boleh meletakkan maklumat perniagaan anda di bahgian kulit.

Cukup sekadar mempunyai logo yang besar sebagai menarik mata

pelanggan untuk mengingati jenama anda.


Manakala dibahagian isi, anda hanya perlu letakkan maklumat syarikat dan

maklumat peribadi.

Perhatian-Ramai peniaga suka meletakkan segala jenis produk dan

perkhidmatan perniagaan mereka di dalam business card sehingga

menjadikan business card nampak kelam kabut dan tidak kemas.

Cukuplah sekadar jenama anda yang telah anda pilih. Sebab itu pada

permulaan topik TIPS PENJENAMAAN tadi saya sangat tekankan agar

anda betul-betul memilih jenama yang senang diingat oleh pelanggan

anda. Barulah business card anda akan mudah menjadi perhatian dalam

simpanan pelanggan.

Dalam kaedah ini, maklumat syarikat perlu diletakkan diatas, seperti nama

syarikat, alamat syarikat, nombor telefon syarikat, email syarikat dan

sebagainya.

Manakala nama anda, nombor telefon peribadi diletakkan di tengah-tengah

business card.
Di bahagian bawah pula, anda boleh letakkan pautan laman sosial anda

seperti Facebook, Instagram, email peribadi atau website peribadi anda.

Contoh pelanggan lain.


LANGKAH LIMA-PEMILIHAN WARNA

Antara syarat untuk pemilihan warna bagi merekabentuk business card

tidak boleh melebihi 3 warna.

Jika anda lihat contoh-contoh logo di atas anda akan dapati hanya

maksima 3 warna akan dikenakan samada kepada logo mahupun

rekabentuk business card itu sendiri.

Jika anda lihat di papan-papan tanda, billboard mahupun tanda arah, anda

akan dapati mereka tidak akan menggunakan melebihi 3 warna.

Kerana warna yang terlalu banyak akan menyebabkan rekabentuk anda

nampak keliru, tidak kemas dan serabut.

Selain itu, anda perlu tahu menggunakan warna kontra dalam business

card.
Warna kontra amat penting bagi menaikkan mesej yang tersirat di dalam

rekabentuk samada pada desainnya mahupun perkataan-perkataan yang

anda gunakan.

Dibawah adalah carta warna kontra yang perlu anda ambil perhatian.

Warna yang berlawanan merupakan warna kontra.


TIPS BONUS-GAMBAR PROFIL

Antara rahsia pukau pelanggan melalui business card yang sangat

berkesan adalah meletakkan gambar profil anda di bahagian kulit business

card.

Ini adalah langkah paling berkesan untuk pelanggan anda mengingati anda

dengan jenama yang anda bawa.

Cuba bayangkan anda bertukar-tukar business card samada di majlis

keramaian, seminar dan majlis-majlis perniagaan, anda akan menyimpan

banyak business card peniaga lain di dalam business card holder, dan

anda cuba menyemak semula business card tersebut, sudah pasti susah

untuk anda ingat siapakah yang memberi business card tersebut kepada

anda. Lebih-lebih lagi yang baru pertama kali anda berkenalan dengan

mereka.
Anda lebih mudah mengenal mereka dan jenama mereka sekiranya

mereka meletakkan gambar profil di business card.

Kajian penjenamaan menunjukkan adalah lebih mudah pelanggan

mengenal anda dan jenama apabila anda lebih menonjolkan diri melalui

gambar profil di business card anda.


Sebagai contoh, jika saya bertanyakan kepada anda siapakah pengasas

kepada produk Samsung? Sudah pasti anda tidak kenal malah saya juga

tidak kenal hingga ke hari ini.

Berbeza dengan jenama Apple, sudah pasti anda akan menjawab Steve

Job sebagai pengasas kepada jenama Apple. Maka tidak hairanlah jika

jenama Apple jauh lebih mahal berbanding Samsung.


Inilah rahsia impak hebat terhadap jenama yang anda bawa.

Jadi, kaedah ini memberi keberkesanan yang lebih hebat terhadap

perniagaan anda.

Cuba lihat business card saya.


TIPS TAMBAHAN-GAMBAR PROFIL

Saya sangat-sangat-sangat sarankan agar anda meletakkan gambar profil

di business card anda kerana inilah rahsia terbesar yang akan memukau

pelanggan anda.

Tapi anda diingatkan bukan sebarang gambar yang boleh anda letak di

business card.

Anda juga tidak perlu ke studio gambar untuk mengambil gambar

sekiranya anda tidak mampu, cukuplah hanya menggunakan kamera

telefon bimbit anda.

Langkah-langkah mengambil gambar profil.

Langkah 1- Pakailah pakaian yang formal, kemas dan nampak professional

dengan perniagaan anda.


Langkah 2 - Cari dinding putih atau dinding kosong untuk dijadikan latar

belakang.

Langkah 3 - Dapatkan cahaya lampu di atas kepala anda atau di depan

muka anda supaya muka anda nampak jelas tanpa bayang-bayang.

Langkah 4 - Berdiri posisi 45 menghadap ke kanan.

Langkah 5 - Pandang tepat ke arah kamera telefon bimbit anda.

Langkah 6 - Senyum dengan seikhlas hati. Pastikan anda senyum dengan

lebar.

Langkah 7 - Cuba ambil gambar beberapa kali dan pilih gambar yang

terbaik untuk di jadikan gambar profil.

PERHATIAN- Jangan lupa gunakan gambar yang sama sebagai gambar

profil di media sosial seperti Facebook, Instagram, Tweeter dan

sebagainya agar mudah pelanggan mencari anda di alam maya.


PENUTUP

Saya mengharapkan 5 LANGKAH MUDAH PUKAU PELANGGAN

MELALUI BUSINESS CARD ini memberi manfaat kepada anda dalam

menghasilkan business card.

Saya menghalalkan segala teknik, strategi dan rahsia ini untuk menambah

nilai dalam perniagaan anda.

Saya doakan agar ada perubahan berlaku kepada perniagaan anda

melalui perkongsian ini.

Apa yang penting, kita hendaklah berani bertindak melalui ilmu yang kita

perolehi. Ilmu yang tidak diamalkan umpama pohon yang tidak berbuah.

Sebarang cadangan untuk penambahbaikan amatlah saya harapkan.

Semoga ilmu ini memberi inspirasi untuk anda terus berjaya dalam bidang

yang anda lakukan.


Ikhlas dari saya,

Hj. Mohd Shukri bin Hj. Othman

Sahabat Percetakan Anda!

www.shukriothman.com

www.waghihprinting.biz

www.facebook.com/shukrimillionmedia

www.facebook.com/shukriothmandotcom

Das könnte Ihnen auch gefallen